Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pembaharuan Harga Kereta Elektrik smart #1 Kini Mampu Milik

Kereta elektrik dengan harga mampu milik untuk anda!

Tentunya ramai mula tertarik dengan kehadiran kereta elektrik di pasaran sekarang, dengan pelbagai jenama dan model yang ditawarkan.

Bagaimanapun, kereta elektrik kebiasaannya mempunyai harga permulaan yang agak tinggi dan ia mungkin hanya mampu dimiliki oleh sesetengah individu.

Mungkin bukan untuk selamanya harga kereta elektrik kekal mahal, kini smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu mampu milik untuk model smart #1 Premium dan Pro.

Ini merupakan langkah strategik yang selari dengan harga dari smart Global, dan dalam masa yang sama ia merupakan komitmen smart dalam menyediakan platform kereta elektrik yang boleh dimiliki untuk semua.


Dedikasi smart Untuk Pelanggan Setia

Dalam pada itu, demi menghargai para pelanggan smart, smart Malaysia menawarkan pakej servis kenderaan 4 tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro.

Inisiatif ini menunjukkan dedikasi smart untuk memastikan para pelanggan dihargai dan memupuk komuniti smart dengan lebih kukuh, dan inilah tanda penghargaan ke atas kesetiaan mereka.

Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, penurunan harga smart #1 merupakan satu langkah untuk menyatukan pelanggan ke dalam komuniti smart dan juga untuk meningkatkan pengalaman pemilikan premium kepada pembeli. 


Pelancaran smart #3 SUV Coupe, Kini Boleh Ditempah!

Sementara itu, sempena berlangsungnya program Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang, smart Malaysia memperkenalkan smart #3 SUV Coupe yang kini sedia menerima tempahan.

Apa yang menarik tentang smart #3 ini adalah kualiti reka bentuknya yang luar biasa dan inovasi, direka oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.

Untuk smart #3, anda boleh memilih antara tiga varian yang menarik, iaitu; BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia.

Kalau anda dah lama teringin nak memiliki kereta elektrik dan berminat dengan smart #3, boleh buat tempahan awal dan berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad kepada 333 pelanggan pertama sahaja.

Jadi, anda boleh tempah smart #3 di pengedar rasmi smart yang terdekat atau melalui Aplikasi Hello smart.

Untuk maklumat lanjut, boleh singgah ke laman sesawang my.smart.com.

End of Article