Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
nespresso vertuo pop 4

Nespresso Vertuo Pop, Koleksi 'Estetik' Buat Peminat Kopi

Mesin kopi pun boleh dipadankan dengan personaliti anda.

Buat peminat minuman kopi yang mahukan mesin kopi sendiri di rumah, tentu inginkan mesin kopi yang nampak cantik dan moden.

Lagi seronok kalau mesin kopi itu dapat dipadankan dengan personaliti kita, dan juga membuatkan ruangan dapur atau tempat letak mesin kopi di rumah atau kedai kelihatan ‘estetik’.

Nespresso mungkin dapat memenuhi kehendak anda menerusi mesin Nespresso Vertuo Pop terbaharu, sebuah mesin kopi kompak yang dikeluarkan dalam enam pilihan warna iaitu Aqua Mint, Spicy Red, Coconut White, Liquorice Black, Pacific Blue, dan Mango Yellow.

Reka bentuknya yang moden dan sesuai dalam apa sahaja ruang, menjadikan mesin kopi ini sesuai diletakkan di ruangan rumah anda.


Teknologi Terkini Centrifusion™ Vertuo Pop

Antara penawaran terbaharu daripada Nespresso adalah kehadiran teknologi Centrifusion™ Vertuo Pop, sistem yang menawarkan penghasilan lebih daripada 30 menu kopi, termasuk single origin.

Dengan hanya membaca kod bar yang unik pada setiap kapsul, mesin ini dapat menyesuaikan aliran dan jumlah air, suhu, masa infusi, dan putaran kapsul untuk menghasilkan segelas cawan kopi sempurna buat anda.

Yang penting, anda tidak perlu lagi menekan pelbagai butang untuk menghasilkan minuman kopi yang berbeza, cukup dengan satu butang sahaja pada Nespresso Vertuo Pop ini.

Selain itu, anda boleh pilih empat saiz hidangan, iaitu: Espresso (40ml), Double Espresso (80ml), Gran Lungo (150ml), dan Mug Size (230ml).

Satu mesin kopi untuk setiap hidangan kopi mengikut cita rasa yang pelbagai, sesuai digunakan untuk diri sendiri atau ingin menyediakan air kopi buat tetamu istimewa.

Untuk mengetahui lanjut lagi mengenai Nespresso Virtuo Pop, boleh terus ke laman web www.nespresso.com.my, atau laman media sosial di Instagram (@nespresso.my) dan Facebook (@Nespresso.MY).

End of Article