Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
serbuk matcha

Serbuk Matcha (Matcha Powder) Terbaik Malaysia 2024

Hari-hari boleh minum matcha latte dekat rumah, jimat dan berbaloi!

Sekarang menu matcha green tea latte memang wajib ada di kafe-kafe lokal kan kerana minuman ini telah menjadi kegemaran ramai terutamanya anda yang kurang gemar minum kopi

Kini, anda boleh nikmati keenakan matcha latte atau matcha dessert dengan cara buat sendiri di rumah

Terdapat banyak produk matcha yang terbaik dan sedap yang dijual di pasaran, namun untuk memudahkan anda buat pilihan, kali ini kami kongsikan 10 jenama serbuk matcha berkualiti untuk kegunaan bahan masakan dan minuman anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Serbuk Matcha Terbaik

Serbuk matcha terbaik secara keseluruhan
Honestea Shizuoka Matcha Powder
Honestea Shizuoka Matcha Powder
From
RM21.01
Check Honestea Shizuoka Matcha Powder price below:
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Tidak dicampur dengan gula atau pengawet
add_circle Sedap diminum sejuk atau panas
add_circle Bagus untuk kesihatan
add_circle 100% organik
remove_circle Hanya ada 2 pilihan pek sahaja, 50gm & 100gm

Sebab menjadi pilihan utama:

Diperbuat daripada 100% matcha asli dari Shizuoka, Jepun, serbuk ini bukan hanya sesuai untuk air matcha, malah kalau nak guna untuk buat kek gulung atau biskut berperisa matcha pun tetap enak. 

Ciri-ciri:

Ia merupakan matcha yang mempunyai gred kulinari yang sesuai untuk pelbagai resepi termasuklah untuk aiskrim matcha. 

Namun, untuk matcha latte atau teh, ia ada rasa sedikit pahit, jadi disarankan untuk tambah sedikit gula perang untuk kurangkan pahit. 

Yang penting, matcha powder Malaysia ini telah disahkan halal oleh Japan Halal Foundation, jadi boleh minum setiap hari tanpa was-was. 

Review:

“Rasa matcha sama macam yang dijual di kafe. Boleh buat matcha latte dan matcha cheesekut. Rasa tak kuat sangat tapi boleh banyakkan serbuk kalau nak rasa yang lebih kaw.”

Serbuk matcha untuk matcha latte
Habits.co MIZUKI Premium Japan Matcha Powder
Habits.co MIZUKI Premium Japan Matcha Powder
From
RM54.95
Check Habits.co MIZUKI Premium Japan Matcha Powder price below:
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Tidak mengandungi pengawet
add_circle Sesuai untuk baking
add_circle Tanpa gula
remove_circle Shelf Life 2 bulan selepas buka

Serbuk matcha premium tanpa bahan campuran lain jenama Habits.co ini telah diimport dari bandar Yame di Jepun dan ia kaya dengan rasa Umami yang kompleks. 

Bukan sekadar boleh dibuat sebagai minuman, ia boleh dijadikan bahan untuk masakan dan baking seperti kek batik atau biskut berperisa matcha. 

Kalau nak guna untuk buat iced matcha latte, hanya perlu tambahkan ais dan campurkan bancuhan serbuk matcha dengan susu segar atau susu oat. 

Selain itu, turut sesuai dijadikan minuman kesihatan pengganti kopi. 

Serbuk matcha sedap ini juga boleh membantu detoks badan anda sekali gus membantu mengurangkan berat badan.

Matcha latte 3 in 1
Aik Cheong 3 In 1 Matcha 25g x 12s
Aik Cheong 3 In 1 Matcha 25g x 12s
From
RM10.65
Check Aik Cheong 3 In 1 Matcha 25g x 12s price below:
add_circle Murah
add_circle Mudah dibancuh
add_circle Tak perlu tambah gula
add_circle Disahkan halal oleh JAKIM
add_circle Produk buatan Malaysia
remove_circle Air matcha agak cair apabila dibancuh

Nikmati keenakan matcha latte yang boleh dibancuh sendiri di rumah dengan serbuk matcha Aik Cheong 3 in 1 ini. 

Tak perlu lagi beli matcha latte yang mahal di kafe hipster, sekali gus menjimatkan wang belanja bulanan anda.

Rasa matcha ini berkrim, wangi dan tidak pahit kerana telah dicampur dengan gula dan krimer agar anda boleh nikmati cita rasa matcha yang unggul. 

Cara nak buat air matcha latte pun sangat senang, hanya perlu tuangkan seluruh isi pek ke dalam cawan dan tambah 150ml air panas sebelum dikacau. 

Kalau nak minum matcha sejuk, boleh tambahkan ais.

Matcha untuk diet
Matcha Latte Detox Kurus Uji Matcha
Matcha Latte Detox Kurus Uji Matcha
From
RM2.16
Check Matcha Latte Detox Kurus Uji Matcha price below:
add_circle Harga murah
add_circle Tanpa gula
add_circle Sesuai untuk vegan
add_circle Melegakan sembelit & sistem penghadaman
remove_circle Kuantiti hanya 20gram

Mahu mula jaga pemakanan dan berdiet agar berat badan dapat diturunkan? 

Serbuk matcha jenis Uji ini memang sesuai untuk anda kerana ia bagus untuk membantu menurunkan berat badan berlebihan. 

Selain itu, jenis matcha juga mampu membantu anda  untuk mencegah dari kanser usus. 

Ia turut mengandungi serat oat, stevia, krimer dari sumber tumbuhan dan ekstrak teh hijau yang bagus untuk kesihatan.

Uji matcha
Premium Uji Matcha Powder Halal Certified (85g) by Tea Farmers
Premium Uji Matcha Powder Halal Certified (85g) by Tea Farmers
From
RM28.90
Check Premium Uji Matcha Powder Halal Certified (85g) by Tea Farmers price below:
add_circle Bergred premium
add_circle Sesuai untuk baking
add_circle Sebagai pengganti kopi
add_circle Boleh juga buat matcha latte
remove_circle Shelf Life 1 bulan selepas buka

Matcha premium Tea Farmers ini hanya menggunakan teh hijau asli yang dikisar halus sehingga menjadi serbuk matcha yang kaya dengan nutrien untuk kesihatan badan. 

Diimport secara terus dari Uji, Jepun, matcha ini sangat beraroma dan kaya dengan rasa umami dan sedikit rasa manis semula jadi. 

Sesuai digunakan untuk buat kek, pastri, biskut atau aiskrim berperisa matcha kerana ia bergred kulinari.  

Boleh diminum oleh anda yang menghidap kencing manis kerana japan matcha ini tidak mengandungi gula. 

Anda yang miliki kafe dan nak jual minuman berasaskan matcha juga boleh guna serbuk ini.

Serbuk matcha halal
Niko Neko - YURI / Matcha Powder
Niko Neko - YURI  Matcha Powder
From
RM62.10
Check Niko Neko - YURI / Matcha Powder price below:
add_circle Membantu mencantikkan kulit
add_circle Mengandungi kafein, alternatif sihat kepada kopi
add_circle Sedap diminum panas atau sejuk
add_circle Rasa umami sederhana
remove_circle Harga mahal
remove_circle Disarankan untuk habiskan matcha dalam masa 2 bulan lepas dibuka

Untuk yang mahukan serbuk matcha terbaik dan halal agar boleh diminum tanpa ragu, Yuri Matcha Powder Niko Neko ini memang untuk anda kerana disahkan halal oleh Japan Halal Association yang diperakui JAKIM. 

Serbuk matcha Niko Neko memang sedap kerana telah menjadi pilihan banyak kafe tempatan yang menjual matcha latte dan kek berperisa teh hijau. 

Boleh digunakan untuk pelbagai resepi, tak kira untuk buat air matcha panas, matcha latte, smoothies, kek batik, biskut dan pastri seperti matcha croissant.

Matcha dari Jepun ini juga original kerana diperbuat 100% daripada daun teh hijau premium yang dikisar halus tanpa ditambah gula. 

Setiap pek serbuk boleh digunakan untuk buat sehingga 20 cawan matcha latte atau 40 cawan teh matcha.

Serbuk matcha organik
ORGANIC FIELDS Organic Matcha Powder (120g)
ORGANIC FIELDS Organic Matcha Powder (120g)
From
RM83.90
Check ORGANIC FIELDS Organic Matcha Powder (120g) price below:
add_circle Tiada gula
add_circle Sesuai untuk individu vegan
add_circle Tinggi protein & kaya dengan antioksidant
add_circle Dipek di kilang yang diluluskan MeSTI
remove_circle Harga mahal

Dibawa khas dari Jepun, serbuk matcha Organic Fields ini bagus untuk meningkatkan fungsi otak anda agar lebih fokus dalam kerja seharian dan dapat menenangkan minda kerana mengandungi L-theanine. 

Sesuai untuk anda yang mahukan serbuk matcha organik tanpa gula atau pengawet.  

Serbuk matcha ini boleh digunakan untuk buat matcha smoothie, matcha oats, matcha latte atau jika nak taburkan di atas salad atau acai bowl pun tiada masalah. 

Mengandungi 137 kali lebih antioksidan berbanding teh hijau yang dibancuh biasa sekali gus sihat untuk tubuh anda. 

Juga menyokong pengurangan berat badan dengan cara meningkatkan tahap metabolisma anda.

Setiap pek serbuk matcha ini boleh digunakan untuk buat 60 hidangan atau minuman.

Serbuk matcha untuk baking
Baking Matcha Powder
Baking Matcha Powder
From
RM27.50
Check Baking Matcha Powder price below:
add_circle Harga murah
add_circle Bergred kulinari
add_circle Boleh buat matcha brownies & biskut
remove_circle Kurang manis & ada rasa pahit

Anda gemar buat atau jual kek dan pastri berperisa matcha? 

Dapatkan serbuk matcha untuk baking ini kerana kualitinya bergred kulinari, jadi sesuai digunakan untuk pelbagai resepi minuman dan makanan. 

Antara resepi yang boleh dibuat dengan jenis matcha ini ialah matcha burnt cheesecake, roti matcha, kek cawan matcha, macarons, lempeng atau waffle matcha untuk sarapan. 

Selain itu, kalau nak buat aiskrim matcha dan dijadikan topping crepe cake pun boleh tau dengan serbuk ini. 

Namun, kalau nak buat matcha latte pula, disarankan tambah sedikit pemanis seperti sirap vanilla atau gula perang agar rasa pahitnya dapat dikurangkan.

Serbuk matcha untuk kek batik
Matcha Green Tea Powder (Sweetened) - 1KG (MUCCHA by Rosie's Ross)
Matcha Green Tea Powder (Sweetened) - 1KG (MUCCHA by Rosie's Ross)
From
RM120.97
Check Matcha Green Tea Powder (Sweetened) - 1KG (MUCCHA by Rosie's Ross) price below:
add_circle Boleh buat aiskrim matcha
add_circle 100% semula jadi tanpa pewarna
add_circle Sesuai untuk kegunaan kafe, hotel, restoran
remove_circle Telah dicampur dengan pemanis gula

Untuk anda yang mahu membuat kek batik matcha indulgence, kami sarankan untuk dapatkan serbuk matcha MUCCHA ini kerana ia bergred kulinari. 

Matcha bergred kulinari memang lain dari matcha yang digunakan untuk upacara teh (tea ceremony) kerana mempunyai rasa yang lebih kuat agar perisa matcha tetap dapat dirasai meskipun dicampur dengan tepung, mentega atau bahan lain. 

Sekali gus menjadikannya sangat sesuai digunakan untuk membuat pelbagai jenis pemanis mulut berperisa matcha seperti kek batik, waffle, tart, topping kek keju, matcha smoothies,  bingsu dan espresso matcha.

Serbuk matcha murah
Premium Matcha Powder
Premium Matcha Powder
From
RM5.90
Check Premium Matcha Powder price below:
add_circle Boleh digunakan untuk baking
add_circle Aroma matcha yang harum & kuat
add_circle Boleh dijadikan topping & hiasan kek
remove_circle Perlu disimpan dalam peti sejuk selepas pek dibuka

Matcha premium ini berkualiti tinggi kerana dibawa asli dari Nishio, Jepun. Rasa matcha ini lebih kuat atau pahit daripada Uji Matcha. 

Rasa matcha yang kuat ini menjadikannya sesuai dicampurkannya dengan susu yang berkrim, jadi memang sedap dan seimbang apabila buat matcha latte atau kek keju mocha berkrim. 

Boleh juga dijadikan bahan untuk smoothies sihat, matcha butter cookies atau almond london matcha untuk raya. 

Harga serbuk matcha ini sangat murah, jadi anda boleh buat matcha latte atau teh matcha panas setiap hari di rumah tanpa perlu beli di kafe. 

Boleh pilih sama ada nak serbuk matcha dalam pek 30g, 60g, 100g atau 250g. 


Apa Itu Matcha

Matcha ialah sejenis teh hijau Jepun yang sangat popular di seluruh dunia. Ia dibuat daripada daun teh hijau yang dikisar sehingga menjadi serbuk halus.   


Beza Matcha Dengan Green Tea

Matcha dan teh hijau (green tea) adalah berasal dari tumbuhan atau daun teh yang sama iaitu Camellia Sinensis. 

Namun, proses membuat matcha dan teh hijau berbeza bermula dari proses tanamannya lagi sekaligus menghasilkan tekstur yang berbeza. 

Tekstur matcha adalah dalam bentuk serbuk yang lembut apabila disentuh manakala green tea pula bertekstur kasar seperti teh uncang biasa yang lain. 

Apabila dicampur dengan air, warna hijau matcha juga adalah lebih terang daripada green tea

Selain itu, rasa matcha juga lebih kuat jika dibandingkan dengan green tea

Untuk pengetahuan semua juga, serbuk matcha akan larut apabila dikacau dalam air panas, manakala teh hijau yang dibancuh dengan air panas pula akan menghasilkan teh biasa dan ia tidak larut, hanya warna air sahaja yang akan bertukar hijau pudar.   


Manfaat Matcha 

Matcha kaya dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan kulit wajah. Antaranya: 

  • Mengandungi caffeine, sesuai untuk anda yang tak minum kopi. 
  • Meningkatkan fungsi otak & daya fokus seseorang. 
  • Membantu anda mengurangkan berat badan. 
  • Membantu melindungi hati. 
  • Kaya dengan antioksidan.
  • Boleh mencantikkan kulit. 
  • Mengurangkan stres. 
  • Mencegah kanser.
End of Article