Tipulah smartphone anda tidak disarungkan casing untuk elakkan dari tercalar atau terjatuh.
Lebih-lebih lagi kalau smartphone anda kategori high end, dan kalau guna smartphone mid-range sekalipun, mesti anda nak smartphone kelihatan mewah.
Jadi, dengan cara memilih sarung telefon dapat menjadikan telefon pintar kelas pertengahan anda kelihatan canggih, cantik dan lebih kemas.
Cuma pilih casing bukan dari segi cantik dan kemas saja, banyak faktor lain juga yang perlu dipertimbangkan.
Tapi nak senang, kami sarankan anda beli casing jenama CASETiFY sebab dikatakan perisai yang sangat bagus dengan rekaan trendy.
Lagipun CASETiFY ada buat promosi kaw-kaw pada 10 Oktober ni, so grab it before you regret!
Penyunting
Table of Contents
Kenapa CASETiFY?
Kami yakin sebelum nak beli sesuatu barang, mesti anda nak tahu ciri-ciri barang tu kan? Jom baca lebih terperinci.
CASETiFY tidak seperti sarung telefon pintar yang biasa anda jumpa di mana-mana kedai alat peranti sebab penggunaan bahan pembuatannya berbeza sedikit dari yang lain.
Bahan yang digunakan adalah thermoplastic polyurethane (TPU) atau polycarbonate (PC).
Dua jenis bahan plastik ini mempunyai kelebihan yang berbeza kerana bahan PC menjadikan telefon pintar lebih keras, tahan lama.
Manakala bahan TPU menjadikan casing lebih lembut dan fleksibel cuma tak selembut silikon dan getah. Lain sikit!
Selain itu, sesuai untuk pengecasan tanpa wayar dan mempunyai bumper bahagian tepi casing untuk perlindungan skrin telefon yang maksimum.
Bukan itu saja, untuk casing jenis Clear Case dari CASETiFY mereka menggunakan bahan plastik yang baik dan mempunyai 65% bahan pelet kitar semula dan berasaskan tumbuhan.
Malah, 65% bahan pelet kitar semula ini bukan saja untuk Clear Case tapi untuk semua jenis casing dari CASETiFY.
Ini menjadikan casing phone jenis ini kekal tahan lebih lama dan melambatkan casing bertukar menjadi kuning sekaligus menjadikan casing anda kekal kelihatan seperti baru.
Oh! Paling best, jenama ini mempunyai teknnologi EcoShock™ yang mana dapat menyerap hentakan ketika telefon anda jatuh sekaligus dapat melindungi peranti anda dari kerosakan.
Ada Berapa Casing Dari CASETiFY?
Jenama casing CASETIFY mempunyai banyak jenis tapi kategori paling laris adalah Impact, Mirror dan Clear case.
Setiap satu casing ini mempunyai ciri yang tersendiri. Pertama sekali kami terangkan ciri Impact Case yang bertemakan everyday protection.
Impact Case menggunakan bahan teknologi EcoShockTM yang mampu menyerap hentakan jika telefon pintar anda terjatuh.
Anda boleh lihat sendiri rekaan bumper pada seluruh bahagian tepi casing yang berfungsi untuk memberi perlindungan di setiap sudut telefon pintar.
Malah, Impact Cases telah lulus selepas membuat ujian ketahanan kerana casing CASETiFY masih mampu melindungi smartphone walaupun jatuh setinggi 2.5 meter.
Bukan itu saja, ujian jatuh telah dilakukan di setiap sudut dengan pelbagai kemungkinan sebanyak 104 kali sehingga mencapai 4x military grade standard.
Seterusnya, Mirror Case yang bertemakan perlindungan yang mencerminkan diri anda kerana casing ini mempunyai ciri cermin sekaligus menjadikan kelihatan lebih fancy.
Memang sesuai la untuk perempuan yang suka cermin diri, ihiks!
Cuma perbezaan ciri dengan Impact case adalah Mirror Case mampu melindungi telefon pintar dengan setinggi 1.5 meter.
Bahan pembuatannya terdiri daripada struktur electroplate-coated polycarbonate yang menjadikan ciri body casing seperti cermin.
Ujian ketahanan mencapai standard 1x military grade selepas melakukan 26 kali ujian jatuh di setiap jatuh.
Akhir sekali, Clear Case bertemakan crystal clear kerana sarungnya dapat memperlihatkan body smartphone anda yang original, sangat sesuai untuk smartphone warna yang limited.
Ciri Clear Case mampu melindungi telefon pintar setinggi 2 meter dengan drop test mencapai 2x military grade standard selepas melakukan 26 kali ujian jatuh di setiap sudut.
Jangan risau, material yang digunakan untuk pembuatan semua Clear Case dapat digunakan pada pengecasan MagSafe.
Untuk pengetahuan anda, bagi kesemua model CASETiFY anda boleh pilih corak dan jenis perlindungan yang anda inginkan di laman sesawang rasmi mereka.
Apa lagi yang anda ragukan dengan perlindungan maksimum dari casing CASETiFY ni?
Pilih sekarang, masuk dalam cart siap-siap sebab 10.10 nanti boleh check out laju-laju!
Aksesori CASETiFY Pun Ada!
Oh! Bukan ada pilihan casing yang menarik je tapi tahu tak CASETiFY pun ada aksesori yang best antaranya Pearl Strap, 2-in-1 Utility Lanyard dan Rope Strap.
Aksesori Pearl Strap sangat sesuai untuk wanita kerana bentuk mutiara menjadikan lagi aura telefon pintar anda kelihatan lebih elegan.
Jangan risau, Pearl Strap ni tak mengganggu anda pun kerana mempunyai ciri panjang 118cm dengan berat 124g saja.
Kemudian, 2-in-1 Utility Lanyard yang merupakan antara aksesori CASETiFY famous.
Lanyard ni sesuai untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak sebab boleh gantung dekat leher, silang atau pada bahagian pergelangan tangan.
Paling best lagi kepanjangan tali lanyard untuk leher boleh laras antara 102cm hingga 140cm dengan kelebaran tali 2.5cm.
Cuma untuk kepanjangan tali lanyard untuk pergelangan tangan tidak boleh laras tapi panjangnya 45cm.
Anda boleh pilih sama ada warna hitam atau silver dan boleh pilih ciri lanyard yang sweatproof atau hypoallergenic.
Seterusnya Rope Strap yang mempunyai ciri istimewa yang tersendiri seperti mempunyai pilihan warna yang pelbagai.
Selain itu, ciri istimewanya boleh laras dua tali sekaligus menjadikan sesuai untuk kegunaan aktiviti luar dan semua jenis telefon.
CASETiFY Buat Promosi Apa 10.10 Ni?
Kepada pengguna alat peranti Samsung, Apple dan Google pasti gatal tangan nak buat check out bila dapat tahu ada CASETiFY ada buat promosi 10.10 kan?
Tapi sebelum nak check out tu, pastikan anda tahu syarat promosi 10.10 ni.
- Nikmat lebih 20% mana-mana barangan CASETiFY yang terpilih.
- Promosi sangat terhad mulai 5 Oktober.
- Gunakan kod promo: 101023
Calling to all smartphone users, apa tunggu lagi? Jom beli CASETiFY supaya telefon anda dilindungi dengan maksima.