Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
castify-review-free

Padankan Samsung Galaxy S24|S24+ Dengan CASETiFY

Pelbagai corak menarik untuk anda pilih, buat peminat Harry Potter pun ada!

Selain screen protector, casing atau selongsong juga perkara yang wajib dicari bagi meningkatkan perlindungan telefon anda daripada sebarang hentakan atau kesan terjatuh.

Baru-baru ini, Samsung baru sahaja melancarkan siri Samsung Galaxy yang baharu dan ini membuatkan ramai peminat Samsung teruja dengan kelainan yang dibawakan.

Jika anda salah seorang pemilik Samsung Galaxy S24 atau S24+, baca lanjut untuk ketahui selongsor apa yang boleh dipadankan dengan telefon baru anda.


Terpasang Dengan Kemas Pada S24 Dan S24+

Antara ciri yang penting buat pengguna adalah bagaimana casing dapat dipasang dengan sempurna pada telefon tanpa meninggalkan ruang-ruang yang memungkinkan untuk air masuk.

Kami dapati selongsor CASETiFY ini dapat dipasang dengan baik dan ia melekat secara kemas pada peranti S24 dan juga S24+.

Material selongsor ini juga rasa solid dan memiliki bahagian bucu yang keras, jadi ia dapat menahan kesan hentakan atau kesan terjatuh yang minimal.

Selain itu, ia juga tidak mudah tertanggal atau tercabut daripada telefon walaupun anda meletakkan telefon anda di dalam seluar yang agak ketat.

Dari segi texture, bahagian luaran selongsor ini dapat dirasakan dibuat dengan kemas, dan corak-corak yang ada pada selongsor ini tidak mudah tercabut walaupun selepas dicakar dengan kuku.

Sementara itu, isu discolour seperti yang terdapat pada casing lut sinar lain tidak dapat dipastikan pada casing ini kerana perlu memakainya pada tempoh yang lama untuk memastikannya.


Corak Yang Menarik, Ada Juga Untuk Peminat Harry Potter!

Untuk pemilihan corak, kami memilih dua corak menarik ini dan salah satunya adalah corak siri Harry Potter yang terkenal untuk Galaxy S24.

Di laman sesawang CASTiFY anda boleh lihat pelbagai corak menarik untuk anda pilih dengan harga bermula RM360+.

Harga selongsor dari CASETiFY ini mungkin sedikit mahal, tetapi jika anda merupakan peminat bagi sesetengah corak seperti corak siri Harry Potter ini, anda boleh pertimbangkan untuk membelinya.

Kedua-dua casing ini adalah jenis impact case yang menggunakan bahan teknologi EcoShockTM yang mampu menyerap hentakan jika telefon anda terjatuh.

Anda boleh juga pilih jenis lain seperti Mirror Case dan juga Clear Case, tapi apa-apa pun pilihan di tangan anda dan mengikut bajet anda.

End of Article