Ibu bapa pasti akan mengutamakan kesihatan anak-anak terutamanya apabila si comel anda masih kecil.
Kuman dan bakteria adalah salah satu musuh nombor satu ibu bapa kerana jangkitan kuman pada anak terutamanya bayi boleh mengundang maut.
Barangan bayi yang mudah terdedah untuk kuman kumpul antaranya ialah botol susu, puting, mainan getah seperti teether dan sebagainya.
Ibu bapa jangan risau! Anda boleh dapatkan pelbagai jenis sterilizer machine untuk menghapuskan kuman dan virus dengan mudah.
Jom lihat senarai mesin sterilizer terbaik, bottle sterilizer atau steam sterilizer untuk bersihkan barangan bayi anda.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 7 Sterilizer Baby Terbaik
Sebab menjadi pilihan:
Mempunyai 4 mod pilihan dan bukan sahaja sesuai untuk steril barangan bayi anda tapi kelengkapan lain seperti smartphone pun boleh tau!
Ciri-ciri:
4 fungsi mod ialah mod auto, pengeringan, pensterilan dan penyimpanan boleh diubah suai mengikut keperluan anda.
Direka dengan bentuk yang elegan tanpa butang, mesin ini hanya menggunakan skrin LCD dan luaran produk bersalutkan kemasan penebat yang tinggi.
Ciri ini untuk berikan keselamatan terbaik untuk pengguna manakala casing luar Coby UV pula direka dengan bahan ABS untuk menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat.
Paling penting, sterilizer ini berikan penjimatan masa untuk pensterilan sebanyak 50% tau!
Ini kerana mesin ini dilengkapi lampu UV Philips berkembar yang akan mempercepatkan proses pensterilan dan sterilisasi dapat dilakukan secara lebih menyeluruh.
Dengan kapasiti besar 16L, anda boleh steril dan menghapuskan bakteria dengan cekap untuk sekurang-kurangnya 12 botol susu dalam masa yang sama.
Menarik lagi, mesin ini mempunyai sistem penapisan udara HEPA bagi memastikan udara bersih di seluruh pensteril UV.
Review:
“Barang dah test, semua ok.. kecik2 cili padi, nmpak kecik tp boleh letak banyak botol & design sumpah nampak mewah. Botol avent 330ml tu pon muat tau..”
Kalau anak anda masih bangun malam untuk minum susu botol, sterilizer ini mungkin pilihan tepat untuk anda!
Sterilizer bayi ini mempunyai kelebihan untuk memastikan susu kekal suam selama 12 jam tanpa memerlukan pemanasan semula pada waktu malam.
Menariknya, produk ini direka dengan bentuk ukuran bekas yang lebih dalam untuk pemanasan susu yang lebih baik.
Dengan struktur dua lapisan, storan produk ini berkapasiti tinggi boleh mensterilkan sebanyak 11 botol susu dan pelbagai kelengkapan bayi yang lain pada waktu yang sama.
Anda tidak perlu risau kerana sterilizer ini dicipta dengan keliling tiga dimensi iaitu 360° (stim dengan suhu yang tinggi) bagi memastikan pensterilan lebih menyeluruh.
Selain mempunyai 4 warna pilihan menarik, produk ini bebas BPA dan menggunakan bahan gred PP yang memenuhi standard keselamatan.
Paling menarik, anda juga boleh memanaskan makanan selain menggunakannya sebagai mesin sterilizer barangan anak seperti botol dan mainan.
Mesin sterilizer ini mempunyai pengeringan udara panas yang kuat, aliran haba siklonik bagi mengelakkan pembiakan bakteria.
Plat pemanasnya pula diperbuat daripada keluli tahan karat dan kotoran boleh dibersihkan dengan menggunakan kain lap sahaja. Sangat mudah!
Mesin sterilizer Philips Avent ini memberikan jaminan pensterilan kuasa wap 99.9% berkesan untuk menghapuskan kuman dan bakteria.
Sterilizer ini juga selamat digunakan jika anda terlupa off suiz kerana akan tertutup secara automatik selepas 10 minit kitaran pensterilan selesai.
Paling penting, mesin pensteril ini akan kekal steril selama 24 jam jika anda biarkan penutupnya tertutup dan jangan risau, barangan di dalamnya tidak akan berbau.
Sterilizer jenama terkenal ini mempunyai dua bahagian compartment, satu untuk barangan bersaiz kecil seperti puting manakala satu lagi untuk barangan besar seperti botol.
Rekaan sterilizer ini 3 dalam 1 yang membolehkan anda gunakan mod full measurement untuk mensterilkan hingga enam botol sekaligus.
Keduanya, mod medium measurement untuk mensterilkan barangan kecil dan ketiga pula drying mode untuk mengeringkan botol setelah proses sterilisasi selesai.
Mesin Sterilize dari jenama Tommee Tippee ini ada 4 fungsi iaitu mod sterilize, mod pengering, auto mode dan storage mode .
Jika anda pilih untuk guna auto mode, mesin ini akan keringkan botol dan terus set kepada sterilizing cycle bagi memastikan botol kekal bersih.
Untuk storage mode pula, lampu UV akan dinyalakan setiap 2 jam untuk memastikan barangan yang di simpan di dalam mesin kekal sterile.
Fungsi ini akan menghapuskan 99.9% kuman berbahaya termasuklah seudomonas aeruginosa, E.coli, Enterococcus faecalis, Staphylococcuaureus dan Aspergillus brasilienis.
Dengan saiz 28.5 cm (D) x 22,5 cm (W) x 35 cm (H), anda boleh masukkan 6 botol susu untuk proses pembersihan dalam masa 60 minit.
Menariknya, mesin ini akan automatik pause jika pintu terbuka semasa proses kitaran untuk elakkan sinaran UV terdedah keluar.
Turut mempunyai skrin LED yang akan menunjukkan masa kitaran sterilisasi dan steriliser ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising.
Dengan menggunakan PTC seramik heater, proses suhu pengeringan pada anggaran 55⁰C untuk melindungi barangan yang di sterilisasi dari mudah rosak.
Anda perlukan pensteril stim pembasmian kuman yang pantas dan murah? Jangan risau, beli sahaja 6 In 1 Baby Milk Bottle Steamer Sterilizer Steriliser Thermostat ini.
Bukan sahaja murah, mesin sterilizer ini dapat stim selama 8 minit sahaja untuk proses pembasmian kuman!
Selain itu, mesin ini selamat digunakan sebab tiada kandungan Polipropilena dan bahan toksik yang lain.
Paling penting, steriliser ini amat mudah untuk dikawal dan mempunyai fungsi Smart Control untuk mengelak situasi yang tidak diingini seperti litar pintas.
Menarik lagi, sterilizer bayi ini mempunyai kapasiti yang agak besar dan anda boleh masukkan 6 botol pada satu masa.
Anda mencari sterilizer berkapasiti besar? Jom dapatkan Ultraviolet baby Bottle Disinfection Dryer And Storage Disinfection Cabinet ini.
Mesin steriliser ini mempunyai kapasiti yang lebih besar dengan 23L berbanding dengan produk steriliser yang lain.
Dengan saiz kapasiti besar ini anda boleh memuatkan pelbagai kelengkapan bayi seperti botol susu, mainan, barangan peribadi dan juga sebarang peranti elektronik.
Ibu bapa tidak perlu risau kerana mesin ini telah diuji 99.9% berkesan untuk membunuh bakteria dan mampu berikan kebersihan terbaik.
Dulang di dalam steriliser ini boleh dialihkan mengikut kesesuaian anda bagi memberikan peningkatan penggunaan ruang.
Paling penting, sterilizer ini juga mempunyai HEPA Filter Cotton + Activated Carbon Filter System untuk memastikan udara sentiasa bersih.
Mesin Autumnz Mini UV Steriliser & Dryer Sterilizer ini mempunyai UV sterilization dengan lampu PHILIPS UV yang kuat.
Dengan hanya suhu rendah untuk heat drying process (65°C), mesin ini akan memastikan barangan bayi seperti botol susu, puting atau mainan plastik tidak mudah rosak.
Ibu bapa tidak perlu ragui keberkesanannya kerana mesin ini telah diuji 99.9% berkesan untuk membunuh bakteria.
Ada 4 fungsi mod yang anda boleh pilih antaranya mod pengeringan, mod sterilisasi, mod automatik (pengeringan dan sterilisasi) serta mod penyimpanan.
Turut mempunyai bunyi buzzer setiap kali selesai sesi sterilisasi dan lampu LED pada skrin sentuh supaya mudah untuk anda lihat masa penggunaan.
Selain saiznya yang portable, mesin steriliser ini mempunyai security door switch yang akan hentikan operasi proses secara automatik jika pintu terbuka.
Apakah Fungsi Sterilizer?
Sterilizer adalah alat atau proses yang digunakan untuk pembersihan dan pembasmian mikroorganisme seperti bakteria atau kuman merbahaya yang lain.
Selain itu, fungsinya juga adalah untuk mengelakkan penyebaran jangkitan dan menjaga kebersihan.
Berikut adalah beberapa fungsi sterilizer:
-
Sterilisasi alat perubatan.
Digunakan untuk membersihkan alat-alat perubatan seperti jarum suntik, dan peralatan bedah.
Ianya amat penting dalam proses perubatan bagi mencegah penyebaran jangkitan antara pesakit.
-
Sterilisasi perkakas makmal.
Digunakan untuk membersihkan dan menghapuskan sebarang bakteria dari perkakas makmal.
-
Sterilisasi makanan dan minuman.
Digunakan untuk memberikan kualiti yang terbaik dan memastikan keselamatan pengguna.
Contohnya seperti proses pengawetan makanan dengan menggunakan kepanasan pada suhu tertentu.
-
Sterilisasi peralatan dan kelengkapan bayi
Kebiasaannya botol-botol bayi perlu disterilkan terlebih dahulu dengan menggunakan pensteril untuk menghapuskan kuman dan menjaga kebersihannya.
Dalam semua perkara diatas, sterilizer menggunakan kaedah sterilisasi.
Seperti pemanasan menggunakan wap, pemanasan kering untuk membunuh atau menghilangkan mikroorganisme berbahaya yang ada.
Sterilisasi yang efektif sangat penting dalam mencegah penyebaran jangkitan, melindungi kesihatan manusia, dan menjaga kebersihan dari pelbagai sudut.