Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Baby Monitor Untuk Anda Pantau Keselamatan Si Kecil

Tak perlu risau lagi!

Dengan teknologi semakin berkembang kini, pelbagai ciptaan terhasil bagi memudahkan tugasan harian terutamanya bagi anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Baby monitor juga antara teknologi yang mengalami evolusinya tersendiri yang dapat membantu kehidupan harian. Ini adalah salah satu keperluan yang patut ada untuk setiap keluarga yang mempunyai bayi.

Apakah kegunaan baby monitor?

Menjaga bayi dan anak kecil  bukanlah satu tugasan yang mempunyai waktu-waktu tertentu seperti waktu pejabat. Ia perlu dipantau 24 jam dan disinilah perlunya baby monitor untuk kemudahan ibubapa. Selain daripada itu, baby monitor juga membantu menjaga keselamatan bayi dan ada juga yang boleh berinteraksi terus dengan bayi serta membolehkan bayi tenang apabila mendengar suara ibubapa. 

Bagi bayi atau anak kecil yang tidur nyenyak hingga tidak sedar keadaan sekeliling, baby monitor membantu ibubapa untuk memastikan keadaan bayi, bilik dan sekeliling selamat serta tenang untuk membuat kerja rumah yang lain. Ayuh lihat senarai baby monitor terbaik untuk kegunaan anda; 

10 Alat Monitor Bayi (Baby Monitor) Terbaik di Malaysia

Baby monitor yang murah dan berkualiti tinggi
mulai
RM164.98
Semak BuzzTech VB601 Baby Monitor Wireless Video harga dibawah:

Baby monitor VB601 ini membuatkan bayi tidur dengan lebih nyenyak kerana ia dilengkapi dengan built-in lullabies. Ianya juga dapat mengawasi suhu keadaan sekeliling untuk membantu ibubapa memastikan keselesaan anak di dalam bilik. 

Baby monitor ini juga berfungsi di waktu malam dan gelap secara automatik dengan kehadiran teknologi night vision dan membolehkan ibubapa dan bayi tidur dengan tenang sepanjang malam. Harganya juga agak murah dan ditambah pula dengan harga yang bermutu.

Baby monitor tanpa wifi – boleh dipantau jika berada frekuensi sama
mulai
RM168.00
Semak Bremed Obebe Baby Monitor (BD3000) harga dibawah:

Baby Monitor Obebe ini menggunakan kaedah frekuensi yang bersesuaian yang membolehkan ibubapa memantau anak-anak walaupun berada di dua bilik berbeza. Namun demikian, ia tidak dilengkapi dengan sistem wifi seperti kebanyakan baby monitor, maka ibubapa tidak boleh memantau keadaan anak menggunakan internet. 

Ianya juga mempunyai fungsi untuk ibubapa berkomunikasi melaluinya. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak boleh menggunakan wifi kerana anda masih boleh memantau si kecil melalui baby monitor ini.

Baby monitor untuk nightvision – penglihatan malam lebih jelas
mulai
RM209.00
Semak Apeman IP75 Baby Monitor harga dibawah:

Baby monitor Apeman ini menggunakan teknologi 1080P FHD Night Vision untuk menghasilkan gambar yang jelas. Ia juga mempunyai teknologi pintar yang boleh  mengesan gerakan badan dan 2 infra merah bagi memberi imej yang jelas walaupun di dalam keadaan yang kurang pencahayaan. 

Dengan sensor automatik yang pantas mengesan pergerakan, ianya akan memberi isyarat penggera terus ke dalam telefon anda supaya anda dapat memastikan bayi anda selamat.

Baby monitor untuk dua bilik, mampu berfungsi di waktu malam
mulai
RM244.39
Semak Dragon Touch Pro Baby Monitor (DT24) harga dibawah:

Baby monitor Dragon Touch DT24 ini didatamgi dengan kamera dan audio, bateri kamera berkapasiti tinggi, pemain lullaby, infra merah untuk night vision dan berfungsi sehingga jarak 1000 kaki. Ia juga dilengkapi dengan video baby monitor dengan audio dua hala yang membuatkan ia boleh digunakan untuk dua bilik. 

Anda juga boleh menetapkan pelaras sesuai untuk suhu bilik dan waktu penyusuan dimana penggera akan dibunyikan apabila tiba masa mengikut setting tertentu.

Baby monitor untuk bayi kembar
mulai
RM244.75
Semak Mamon 2.4G Baby Monitor harga dibawah:

Kepada anda yang memiliki anak kembar sudah tentu memerlukan lebih banyak masa untuk diberi kepada kedua-dua bayi tercinta. Dengan adanya baby monitor, ia tentu dapat memudahkan tugasan dan kerisauan anda dalam memantau bayi kembar anda. Baby monitor Mamon ini didatangi dengan skrin LCD 4.3” yang agak lebar dan jelas serta membolehkan anda memantau bayi kembar anda. 

Ia juga dilengkapi dengan teknologi pintar seperti memantau suhu bilik dan memberi isyarat penggera jika perlu. Fungsi lullaby pula untuk melenakan bayi serta penggera yang mengingatkan ibubapa waktu untuk menyusukan anak.

Baby monitor wireless, lakukan kerja sambil pantau keadaan si kecil
Reolink
mulai
RM338.00
Semak Reolink C2 Pro 5MP Baby Monitor harga dibawah:

Baby monitor jenama Reolink ini mempunyai video dan audio serta menggunakan teknologi wireless untuk menghubungkan sistem komunikasinya. Ia dilengkapi dengan teknologi two-way audio supaya ibubapa dapat berinteraksi dengan bayi dan sebaliknya. Ia mengaplikasikan sistem wifi dual-band yang memberi signal yang lebih kuat dan jelas serta lensa optikal yang lebih jelas.

Audio baby monitor untuk menangkap sebarang bunyian
Farlin
mulai
RM359.00
Semak Farlin Digital Audio Baby Monitor harga dibawah:

Baby monitor Farlin ini adalah baby monitor tanpa kord dan mudah alih serta boleh digunakan di dalam lingkungan jarak 300m. Ia akan menghidupkan sistem penggera sekiranya ia diletakkan di dalam keadaan mute dan adanya bunyi bising atau frekuensi tinggi dari bilik bayi anda. 

Ia juga mempunyai lampu malam yang membolehkan anda memeriksa bayi yang sedang nyenyak tidur tanpa memerlukan anda membuka lampu bilik.

Baby monitor dengan interkom – mudah untuk berkomunikasi
VTech
mulai
RM376.00
Semak VTech Audio Baby Monitors BM2600 harga dibawah:

Baby monitor Vtech BM2609 ini menggunakan teknologi 2.4GHz FHSS untuk memastikan sambungan yang stabil dan jelas tanpa sebarang gangguan. Ia dilengkapi dengan speaker atau mikrofon untuk komunikasi interkom 2 hala antara unit bayi dan unit ibubapa. Ia menggunakan bateri yang boleh dicaj dan mampu bertahan sehingga 2 ½ jam.

Baby monitor video HD dengan paparan visual lebih jelas
Motorola
mulai
RM399.00
Semak Motorola Peekaboo Baby Monitor harga dibawah:

Baby monitor Peekaboo ini mempunyai fungsi remote pan scan dan digital tilt yang  membolehkan anda melihat di sekitar ceruk bilik dari jauh. Anda boleh melihat bayi dan keadaan sekelilingnya menggunakan penstriman video secara jauh. 

Ia menghasilkan gambar video 1080p HD yang membolehkan anda melihat video bayi  terus ke dalam telefon pintar dan tablet. Monitor ini juga mempunyai filter warna untuk memastikan pencahayaan sekitar lebih terang dan paparan visual tampak terang.

Baby monitor dengan wifi – pantau si kecil dimana sahaja anda berada
Kodak
mulai
RM759.00
Semak Kodak Baby Monitor (C225) harga dibawah:

Baby monitor KODAK C225 ini boleh disambung dengan wifi dan membolehkan anda sentiasa berhubung dan dapat memantau bayi anda samada anda di rumah atau di tempat kerja.  Ia memberi ketenangan minda dan mempunyai teknologi yang membuatkan ianya boleh melakukan tugas walaupun di waktu malam dengan cahaya minimal. 

Dilengkapi dengan teknologi VOX (Voice Activated Alert) untuk mengurangkan frekuensi luar yang boleh mengganggu komunikasi. Sistem wifi yang ada mampu menghantar video HD dan audio di sepanjang masa.

Artikel Berkaitan 

End of Article