Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Astrofotografi

Guna Tricks Ni, Anda Boleh Jadi Astrofotografi Yang Pro!

Minat gambar astrophotography? Gunakan S23 Ultra

Kalau anda nak tahu, NASA berjaya merakam lebih 15,000 galaksi pada waktu malam dengan menggunakan kamera yang berteknologi tinggi.

Tapi tahu tak sebenarnya anda juga berpeluang mengambil gambar bintang malam sendiri seperti astrofotografi yang pro dengan menggunakan telefon pintar Galaxy S23? 

Ha jangan terkejut sebab telefon pintar yang kami nak bincangkan kali ini boleh hasilkan gambar sama taraf seperti kamera DSLR.

Tapi dengan syarat anda guna tricks yang kami kongsikan ni supaya boleh hasilkan gambar level profesional dengan hanya menggunakan telefon pintar.



Manfaatkan Kelebihan Kamera Bila Guna Smartphone Terbaik

Kami yakin sebelum beli smartphone, mesti anda pertimbangkan kelebihan dan kualiti sesebuah kamera terutama mereka yang suka bergambar.

Jadi Galaxy S Siri ini, adalah pilihan yang tepat untuk anda yang sukakan gambar  astrofotografi kerana bahagian kameranya mampu menangkap gambar yang low-light.

Misalnya anda ingin ambil gambar bintang yang terang dalam keadaan langit yang gelap, kamera telefon ini mampu ambil gambar yang jelas.

Lagipun Samsung sekarang berjaya menghasilkan kualiti kamera mod Nightography yang hebat.

Malah setiap tahun mereka akan cuba bawa kamera yang berteknologi ke satu tahap yang lebih hebat dan bagus.

Model telefon yang paling terkenal dengan mod Nightography adalah Galaxy S22 Ultra dan yang yang terbaru untuk tahun 2023, Samsung Galaxy S23 Ultra.

Bahagian kamera utama ini mempunyai 200MP yang mana dapat mengambil gambar yang cantik walaupun dalam keadaan cahaya yang sangat banyak. 

Tambah pula dengan Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy processor dimana dapat menghasilkan imej pemprosesan yang jauh lebih baik.


Aktifkan Mod Astrofoto 

Untuk pengetahuan anda, mod astrofoto mempunyai constellation guide dimana gambar dapat dihasilkan dengan lebih baik dan kelebihan ini hanya untuk Samsung Galaxy S23 Ultra.

Lebih menarik lagi, feature ExpertRAW dapat menjadikan kamera anda seperti penggunaan DSLR yang mana anda boleh bergambar dengan lebih fleksibiliti.

Jadi dengan kelebihan yang ada ini, anda boleh mengambil gambar bintang yang ada di langit dengan cantik dan jelas walaupun dalam keadaan gelap. 

Cuma ingin diingatkan ExpertRAW perlu di muat turun terlebih dahulu supaya dapat diaktifkan pada kamera sistem ketika menggunakan mod astrofoto.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara muat turun ExpertRAW, jom lihat langkah mudah di bawah:

  1. Muat turun ExpertRAW dari Galaxy Store.
  2. Buka kamera dan tekan pada More.
  3. Pilih ExpertRAW dari bahagian menu.

    Astrofotografi (3)

  4. Tetapkan Astrophoto Mode dari toolbar dan disini anda boleh pilih sama ada nak tunjukkan constellation guide atau tidak.
  5. Kemudian, pilih tetapan hyper-lapse.
  6. Seterusnya laraskan kamera pada pemandangan yang anda ingin tangkap.
  7. Mulakan sesi penggambaran!

Senang je kan? Tak perlu keluar duit yang banyak untuk beli DSLR, guna kamera telefon pintar je dah boleh ambil gambar cantik seperti DSLR.


Syarat Guna ExpertRAW

Dengan ExpertRAW mungkin ada yang beranggapan kerja menangkap gambar menjadi lebih mudah tapi ada perkara yang anda perlu titik beratkan iaitu…

  • Mesti ada tripod

Kalau anda nak tahu, hyperlapse mengambil masa yang lama untuk tangkap gambar dan sangat mustahil untuk anda pegang telefon tanpa ada sebarang pergerakan.

Lagipun pegang telefon lebih dari 10 minit sangat melenguhkan tangan. Jadi guna jalan smart move, guna je tripod okay?

  • Telefon cukup bateri

Seperti kami bagitahu pada syarat sebelum ini, perlu ada tripod sebab memerlukan masa yang lama untuk ambil gambar bila guna hyperlapse.

Secara tak langsung menggunakan banyak bateri, jadi sebaiknya pastikan telefon S23 Ultra anda mempunyai bateri penuh sebelum menggunakan mod Astrofoto.

Tapi jangan risau Galaxy S23 mempunyai bateri sebesar 5000mAh ditambah pula dengan processor yang kami mention di atas, menjadikan telefon ini lebih efisien dan tahan lama.

Bila telefon ni dicas penuh, bateri boleh tahan lebih kurang sehari untuk kegunaan harian, jadi memang tak ada masalah nak ambil gambar astrofoto yang hanya memerlukan 10 minit.


Secara amnya, hobi boleh jadi benda yang mahal terutama aktiviti yang memerlukan barang berteknologi tinggi seperti kamera, mikrofon, spotlight dan lain-lain yang memerlukan kos besar.

Tidak lagi dengan teknologi sekarang, hanya perlukan pemilihan telefon pintar yang tepat, sedikit skill dan tuju pada pandangan bintang yang menarik untuk hasil imej yang cantik.


Promosi Galaxy S23 Ultra

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana mulai dari sekarang hingga 30 Jun 2023, Samsung menawarkan dua kali ganda penyimpanan tanpa kos tambahan untuk setiap pembelian Samsung Galaxy S23 Ultra yang baru! 

Ini bermakna anda dapat memperoleh penyimpanan dalaman sebanyak 1TB hanya dengan RM6,199!

Tak cukup dengan itu pihak Samsung juga bagi anda sepasang Galaxy Buds Live secara PERCUMA serta ditambah dengan potongan sehingga RM600 jika anda menukar telefon Galaxy lama.

Klik saja disini untuk terus ke laman utama Samsung!


Artikel Berkaitan

End of Article