Penjagaan pemakanan untuk ibu mengandung amat penting terutamanya ketika tempoh tiga bulan pertama hamil kerana pada ketika itu, janin baru sahaja terbentuk.
Selain harus makan makanan yang seimbang, wanita mengandung juga perlu makan supplement atau ubat ibu mengandung yang sesuai.
Ada pelbagai jenis vitamin untuk ibu mengandung di farmasi, suplemen tambahan untuk ibu mengandung dan vitamin kehamilan yang anda boleh cuba.
Ini senarai ubat untuk ibu mengandung atau suplemen untuk ibu mengandung terbaik untuk bantu bayi membesar dengan baik.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 17 Supplement Ibu Mengandung Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Suplemen Blackmores ini merupakan salah satu vitamin bagi wanita hamil yang kekurangan nutrisi untuk menyokong perkembangan janin yang sihat.
Ciri-ciri:
Setiap kapsul suplemen ini akan memberikan anda dan bayi dalam kandungan 17 nutrien penting termasuklah asid folik, iodine, Vitamin C dan Vitamin D3.
Asid folik akan mengurangkan risiko bayi mengalami masalah spina bifida, manakala iodine pula menyokong perkembangan kecerdasan dan IQ bayi sejak dalam kandungan lagi.
Paling penting, juga mengandungi minyak ikan yang kaya dengan DHA untuk pertumbuhan sistem saraf, mata dan otak bayi.
Suplemen ini juga sesuai untuk ibu yang mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes gestasi.
Jadi, anda tidak perlu risau kerana suplemen ini bebas pemanis tiruan dan gluten tambahan.
Kami nasihatkan anda untuk makan terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini kerana tidak disarankan untuk ambil jika perut kosong.
Review:
"Berkesan membantu penghasilan susu badan. Tubuh rasa kurang penat. Kalau tak makan, rasa badan letih sangat. Pil takde bau ikan & senang nak telan."
Khasiat dalam susu susu Anmum ibu mengandung ini dapat menjadi sumber tenaga tambahan buat ibu hamil dengan keperluan AHA/DHA sebagai komponen penting dalam perkembangan membran sel otak janin.
Harus diingatkan bahawa bayi memerlukan nutrisi yang lengkap sejak dalam kandungan dan bukan hanya selepas lahir.
Nutrisi utama dalam susu ini seperti gangliosida, GA dan DHA yang mampu untuk membantu melancarkan lagi sistem peredaran darah pada ibu hamil.
Dalam pada itu, serat folat yang terkandung dalam susu ini seperti kalsium mineral dan zat besi penting untuk tulang.
Supplement minyak ikan Shaklee ini merupakan pilihan utama untuk para ibu mengandung atau menyusukan anak.
Ini kerana mengandungi DHA yang dapat memastikan si ibu mendapat nutrien yang mencukupi dan mengurangkan kelahiran bayi pra-matang.
3 kapsul minyak ikan ini kaya dengan 999mg Omega-3 fatty acids, 546mg EPA dan 360mg DHA sekaligus dapat mengatasi masalah ekzema, sakit sendi dan meningktkan imunisasi badan.
Hadir dalam betuk kapsul softgel sangat selesa untuk ditelan dan mudah dipecahkan untuk dicampur dalam makanan atau jus kegemaran anda.
Suplemen asid folik ini bukan sahaja boleh diambil oleh wanita mengandung pada tempoh awal kehamilan, malah wanita yang merancang untuk mengandung juga boleh makan.
Ini kerana asid folik sangat bagus untuk mengurangkan risiko neural tube defects (NTD) yang boleh menjejaskan pertumbuhan otak dan tulang belakang pada bayi yang belum lahir.
Selain itu, asid folik jenama Appeton ini bebas pewarna tiruan jadi sangat selamat untuk ibu hamil.
Bagi yang merancang untuk hamil, anda disarankan untuk makan asid folik ini 3 bulan sebelum tempoh perancangan anda.
Jangan risau, pil ini senang ditelan kerana saiz setiap kapsul kecil sahaja.
Vitamin NeuroGain PB ini bukan hanya bagus untuk ibu mengandung, malah sesuai diambil oleh wanita yang sedang menyusukan anak.
Selamat diambil oleh wanita hamil kerana tidak mengandungi Evening Primrose Oil yang membahayakan janin atau menyebabkan kelahiran lebih awal.
Kapsul suplemen ini diperbuat daripada gelatin lembut dengan sayuran yang lebih sihat berbanding kapsul yang diperbuat daripada haiwan.
Turut diformulasikan dengan fatty acids (asid lemak) yang penting dan bagus untuk ibu menyusu dan hamil.
Paling penting, pil ini tidak berbau hanyir dan saiznya yang kecil akan mudahkan anda untuk telan.
Untuk ibu hamil yang kurang gemar minum susu, boleh ambil suplemen Shaklee ini untuk dapatkan khasiat kalsium, zinc dan magnesium semasa mengandung.
Selain kalsium, produk ini juga mengandungi Vitamin D yang mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk tingkatkan ketumpatan tulang.
Suplemen ibu hamil yang bagus ini juga boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan anak dan wanita yang pernah melahirkan.
Selain itu, turut membantu mereka yang mengalami senggugut atau PMS teruk untuk kurangkan rasa sakit.
Mereka yang mengalami masalah sembelit dan selalu sakit kaki dan sendi juga boleh makan tanpa masalah.
Vitamin dan mineral dalam suplemen ini bakal membantu merawat masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Dengan saiz kapsul yang sederhana, vitamin ini sangat diperlukan oleh ibu hamil dan wanita yang sedang menyusukan anak.
New Obimin ini mengandungi Vitamin B12, asid folik, iodine, Vitamin B1, Vitamin B2 dan Vitamin B6.
Turut diformulasikan dengan kalsium dan zat besi untuk menguatkan tulang dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Kandungan DHA dan EPA dalam vitamin ini pula akan membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi.
Cara pengambilan, untuk wanita hamil boleh makan sebiji kapsul sehari sebelum atau selepas makan.
Kombinasi zat besi, asid folik, Vitamin B dan Vitamin C dalam satu kapsul ini bakal memberikan nutrisi yang baik buat wanita mengandung.
Turut sesuai untuk kurangkan masalah kelesuan, pening kepala dan wajah pucat semasa mengandung.
Selain itu, Vitamin C, Vitamin B dan asid folik diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah terutamanya jika anda mengalami masalah anemia.
Suplemen ini sangat ideal dan selamat diambil juga oleh ibu mengandung kerana tidak menyebabkan sakit perut dan tidak mempunyai rasa.
Menariknya, suplemen ini boleh juga diambil oleh orang dewasa yang aktif bekerja agar lebih bertenaga.
Untuk ibu hamil yang mengalami anemia, anda disarankan untuk ambil suplemen Nutrilite yang mengandungi bayam yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah.
Vitamin kehamilan ini boleh memberikan anda nutrisi yang diperlukan ketika mengandung agar bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat.
Paling penting, asid folik dalam supplement ini pula boleh mencegah berlakunya kecacatan tiub neural pada janin atau bayi sumbing.
Ibu mengandung boleh ambil suplemen ini seawal kehamilan berusia 0-12 minggu.
Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk dapatkan nasihat doktor sebelum ambil vitamin ini.
Abbot Iberet Folic memiliki formula suplemen dengan gabungan zat besi, asid folik dan Vitamin B kompleks agar badan ibu hamil tetap bertenaga ketika mengandung.
Selain itu, suplemen ini turut mengandungi Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
Manakala Vitamin B kompleks pula membantu tubuh anda untuk menggunakan tenaga menerusi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak.
Asid folik dalam vitamin tambahan ini pula mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang pada bayi yang sedang membesar dalam perut si ibu.
Saiz kapsul ini sederhana dan setiap kapsul vitamin dipek secara individu untuk mengelakkan pengoksidaan.
Pengambilan kalsium sangat digalakkan buat ibu mengandung kerana sangat penting bagi pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
Dengan kombinasi kalsium dan magnesium dalam suplemen Kordel’s, ibu akan mendapat khasiat yang secukupnya.
Kelebihan vitamin ini juga akan bantu ibu hamil elak daripada kekejangan otot kaki terutama pada waktu malam.
Suplemen ini juga boleh dimakan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan orang dewasa yang kurang gemar minum susu.
Menariknya, suplemen ini juga sesuai diambil oleh wanita yang mengalami fasa menopause untuk memastikan hormon badan sentiasa dalam keadaan baik.
Untuk ibu hamil yang tidak mendapat kalsium yang mencukupi melalui pemakanan harian, boleh cuba ambil suplemen kalsium Moo Milk ini.
Suplemen ini akan bantu menguatkan tulang dan gigi bayi dalam kandungan untuk terbentuk dengan lebih baik.
Suplemen yang sesuai untuk ibu mengandung ini turut mengandungi Vitamin D yang membantu kalsium dapat diserap dengan lebih mudah.
Cara pengambilan senang sahaja, untuk wanita mengandung dan menyusu, boleh ambil 1 biji tablet dua kali sehari sebelum makan.
Manakala untuk orang dewasa, boleh makan 1 biji kapsul sehari.
Bagi ibu mengandung yang batuk dan sukar tidur malam, dapatkan ubat batuk yang disahkan KKM ni.
Dikeluarkan oleh pengeluar ubat batuk terkenal Xepa dan selamat digunakan sepanjang tempoh mengandung.
Selain meredakan batuk dan mengurangkan lendir, ubat batuk ini boleh digunakan untuk selsema dan kebanyakan klinik memberikan ubat batuk ini kepada pesakit.
Mengandungi Bromhexine iaitu agen yang membantu mencairkan dan memudahkan pengeluaran kahak tebal dalam saluran pernafasan.
Kahak cepat hilang, rasa pun sedap dan tak buat mengantuk.
Ubat kalsium karbonate boleh menggantikan kekurangan kalsium dalam badan ibu hamil.
Bukan sahaja membekalkan kalsium tambahan kepada badan, malah ubat ini juga digunakan untuk keadaan lain seperti disarankan doktor.
Tablet jenis kunyah dan boleh diambil sama ada dengan atau tanpa makanan.
Turut digunakan untuk mencegah preeklamsia iaitu komplikasi kehamilan dengan tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan pada organ lain.
Keadaan ini biasanya berlaku selepas 20 minggu kehamilan.
Suplemen untuk ibu mengandung yang bagus untuk kesihatan dalaman.
Mengandungi 21 vitamin penting termasuk asid folik, iodin, omega-3 DHA, kolin dan Vitamin D untuk persediaan badan sebelum mengandung.
Sesuai untuk semua peringkat kehamilan termasuk sebelum mengandung dan menyusukan bayi.
Turut diformulasi dengan zat besi rendah yang tidak akan menyebabkan sembelit.
Multivitamin ini juga membantu pertumbuhan dan perkembangan sihat bayi anda.
Anda ingin rasa ceria dan bertenaga sepanjang hari? Beli je Enervon-C Plus Flexifoil Tablet!
Diperkaya dengan Vitamin B-kompleks dan Vitamin C, suplemen ini boleh membantu proses penukaran makanan kepada tenaga dalam badan.
Tambahan pula, Vitamin C dalam tablet ini memperkuatkan sistem imun, menyembuhkan luka, membantu anda kekal sihat dan terhindar dari jangkitan penyakit.
Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami stres, mudah letih, atau wanita mengandung.
Adakah anda rasa letih atau kurang selera? Itu salah satu tanda kekurangan zat besi dan asid folik.
Jadi, kunyah je tablet yang mengandungi zat besi dan folat ini untuk menggantikan kekurangan tersebut.
Zat besi memastikan hemoglobin berfungsi dengan normal dan asid folik pula membantu dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan sel serta diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
Sesuai untuk dewasa dan remaja yang mengalami gejala anemia ringan.
Folic Acid Untuk Apa
Asid folik merupakan nutrien yang amat penting terutamanya untuk wanita mengandung semasa trimester pertama kehamilan dan mereka yang merancang untuk hamil.
Berikut adalah beberapa kepentingan asid folik:
-
Mencegah anemia (kurang darah merah)
Asid folik diperlukan untuk penghasilan sel darah merah, pembaikan sel, membaikpulih DNA dan mencegah anemia semasa mengandung.
Bila kurang darah merah, wanita mengandung akan cepat letih, pening, nadi laju, cepat sesak nafas dan pucat.
-
Perkembangan bayi
Pengambilan asid folik sebelum dan semasa kehamilan dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan, kelahiran pra-matang dan keguguran.
-
Fungsi otak
Asid folik penting untuk fungsi otak yang optimum, membantu mencegah kemurungan, penyakit Alzheimer dan masalah mental yang lain.
-
Membantu mengawal paras homocysteine dalam badan
Paras homocysteine yang tinggi meningkatkan risiko anda terkena penyakit jantung dan stroke.
Asid folik juga dikenali sebagai Vitamin B9. Kekurangan asik folik termasuk kepenatan, cirit-birit dan sakit pada lidah.
Oleh itu, wanita hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik setiap hari dan dinasihatkan makan kekacang serta sayur-sayuran hijau yang kaya dengan folat (asid folik semula jadi).
Cara Besarkan Bayi Dalam Kandungan
Anak anugerah terindah buat ibu bapa. Anda sedang mengandung dan ingin memastikan si manja dalam perut membesar dengan baik?
Jangan risau, ikuti je tips di bawah untuk membantu anda menjaga dan membesarkan bayi dalam kandungan:
-
Amalkan pemakanan seimbang
Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur, buah, bijirin, daging, telur dan tauhu.
Minum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi dan membuang toksin dalam badan.
-
Rehat secukupnya
Badan anda memerlukan lebih banyak rehat semasa mengandung.
Tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam setiap malam untuk membantu bayi membesar dengan sihat.
-
Elakkan stress
Keadaan emosi ibu akan menjejaskan bayi.
Jadi ambil masa untuk tenangkan fikiran dan buat aktiviti yang menyeronokkan.
Antaranya mendengar muzik, yoga, membaca atau melakukan hobi kegemaran anda.
-
Amalkan gaya hidup sihat
Jauhi alkohol, rokok dan dadah untuk melindungi bayi daripada kesan sampingan.
Lakukan senaman ringan, berbasikal, berjoging atau berjalan kaki selama 10-20 minit untuk mengurangkan pertambahan berat badan berlebihan.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat atau suplemen tambahan.
Hadiri semua check up kehamilan dan lakukan ujian seperti yang disyorkan.
Kebaikan Suplemen Ibu Mengandung
Selain pemakanan yang sihat dan seimbang, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan.
Ini untuk bantu badan kekal sihat dan bayi dalam kandungan juga akan membesar dengan baik.
Antara kebaikan suplemen untuk wanita mengandung ialah:
- Membantu tumbesaran bayi di dalam kandungan.
- Mengelakkan masalah bayi tidak cukup berat badan ketika lahir.
- Mengurangkan risiko bayi cacat atau lahir tidak cukup bulan.
- Membantu perkembangan otak dan mata janin.
- Membantu perkembangan sistem saraf bayi termasuk saraf tunjang.
Contohnya, pengambilan asid folik oleh si ibu ketika awal kehamilan boleh membantu mengelakkan masalah tumbesaran pada otak dan tulang belakang bayi.
- Kalsium pula membantu membina tulang & gigi yang kuat untuk bayi dan ibu.
- Zat besi pula penting agar boleh membantu sel darah merah menyalurkan oksigen kepada bayi dalam kandungan.
Apa-apa pun, pastikan anda yang sedang berbadan dua dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi yang terlatih sebelum ambil mana-mana suplemen atau vitamin bagus untuk ibu hamil.
Jangan lupa juga makan mengikut dos yang dibenarkan sahaja dan jika anda masih keliru, boleh tengok video di bawah untuk penjelasan yang lebih jelas.
Artikel Berkaitan
- 8 Suplemen Kulit Terbaik 2024 (Kulit Putih, Cantik & Glowing)
- 14 Suplemen Kolagen Terbaik Untuk Kulit di Malaysia 2024
- 19 Vitamin C Terbaik di Malaysia 2024 - Untuk Imuniti Badan