Fesyen

Senarai 8 Stokin Kaki Terbaik di Malaysia 2026

A
Editor · 22 Mar 2023, 10:10am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Senarai 8 Stokin Kaki Terbaik di Malaysia 2026

Stokin bukan hanya untuk menghangatkan kaki tapi antara satu aksesori tambahan untuk lengkapkan stail seseorang.

Kalau pandai cari, memang akan jumpa stokin yang trendy dan sarung kaki direka pelbagai saiz, design dan ciri yang unik untuk kegunaan tertentu.

Kandungan

Malah stokin kaki boleh didapati dengan ketebalan yang berbeza supaya dapat dipadankan mengikut aktiviti harian masing-masing.

Jom lihat senarai sarung kaki terbaik mengikut kegunaan yang sesuai untuk harian anda.


Senarai 8 Stokin Kaki Terbaik

Aulora Socks with Kodenshi
Stokin terbaik secara keseluruhan 1 daripada 8
Aulora Socks with Kodenshi
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk ibu mengandung dan berpantang
Mengurangkan bau kaki
Bau kain stokin agak kuat
2 lagi
Bantu masalah tidur
Rekaan ergonomik

Sebab menjadi pilihan utama:

Stokin kaki Aulora sesuai digunakan bagi yang aktif dan sering bergerak kerana dapat membantu mengurangkan tekanan pada kaki dan meningkatkan sirkulasi darah. 

Ciri-ciri:

Stokin kaki Aulora menggunakan teknologi mineral untuk meningkatkan sirkulasi darah pada kaki dan membantu anda yang ada masalah tidur.

Ini membuat stokin kaki Aulora sesuai digunakan bagi mereka yang memiliki masalah kesihatan kaki, sakit lutut, kurangkan pembengkakan dan tekanan kaki.

Stokin jenama ini diperbuat dengan bahan berkualiti tinggi yang mampu menyerap peluh pada kaki dengan baik jadi kaki anda sentiasa kering dan tak berbau.

Malah dengan rekaan ergonomik stokin kaki Aulora membuat kaki selesa jika kerap berdiri dan banyak berjalan kerana jahitan dan kainnya tidak kasar.

Paling best, ibu mengandung dan berpantang juga sesuai memakai stokin ini bagi mengurangkan rasa tak selesa dan dapat memulihkan tapak kaki pecah atau mengelupas.

Review:

"Mengurangkan kaki kebas, cramp dan melancarkan darah dari kaki ke seluruh badan"

Medical TED High Thigh Compression Stockings
Stokin kesihatan 2 daripada 8
Medical TED High Thigh Compression Stockings
Dari RM37.89
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kurangkan risiko darah beku
Mudah dipakai
2 lagi
Mudah dicuci
Ada toe pocket

Medical TED High Thigh adalah jenis stokin kaki kesihatan khusus untuk meningkatkan sirkulasi darah pada kaki.

Ciri ini menjadikan sesuai untuk pesakit bedridden kerana dapat mengurangkan risiko pembekuan darah di vena pada kaki anda atau deep vein thrombosis (DVT).

Toe pocket disediakan bagi memudahkan anda check kaki untuk elakkan gangrene iaitu tisu kaki mati akibat darah tak mengalir dengan baik atau jangkitan bakteria. 

Stokin kaki ini ada pelbagai pilihan saiz bagi memastikan pengguna memakai saiz yang sesuai mengikut keselesaan untuk penggunaan optimum. 

Medical TED High Thigh mudah digunakan dan anda boleh memakainya dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.

Medical TED High Thigh mudah dicuci dan anda dinasihatkan untuk mencucinya dengan kerap agar kekal bersih dan dapat elakkan iritasi pada kulit.

Silvy Original PANJANG & PENDEK Mesir Stokin
Stokin muslimah 3 daripada 8
Silvy Original PANJANG & PENDEK Mesir Stokin
Dari RM5.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Panjang
Tak jarang
Benang jahitan tebal
2 lagi
Ringan
Tak ketat

Jenama Silvy Original antara pilihan stokin kaki muslimah yang popular kerana rekaan dan cirinya khusus untuk wanita muslimah. 

Ukurannya lebih panjang daripada stokin kaki biasa membolehkan anda menutup aurat kaki secara menyeluruh dan anda boleh pakainya ketika solat.

Stokin kaki ini dibuat daripada kapas yang lembut bagi memberikan keselesaan dan kaki anda rasa ringan walaupun cukup tebal untuk dipakai semasa beribadah. 

Stokin kaki ini juga boleh dibasuh dengan mesin dan ianya tak mudah koyak, berbulu atau luntur kerana ia tahan lasak.

Pilihan warna untuk jenama ini lebih kepada neutral membuatkannya tak jarang dan mudah dipadankan dengan pakaian harian anda.

Maternity Stocking Confinement Socks
Stokin pantang 4 daripada 8
Maternity Stocking Confinement Socks
Dari RM2.40
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kain tebal
Kain serap peluh
Stokin pendek
1 lagi
Meningkatkan peredaran darah

Stokin kaki ini sesuai untuk ibu yang sedang berpantang kerana kainnya cukup tebal untuk memastikan kaki anda tak mudah sejuk dan bentan.

Malah direka khusus untuk memberikan sokongan kaki yang baik dan dalam masa yang sama membantu sirkulasi darah berjalan lancar.

Selain itu, penggunaan stokin kaki yang kerap akan mengurangkan bengkak pada kaki dan kekejangan kaki si ibu akan berkurangan.

Jangan risau, mudah disarung pada kaki dan fabriknya diperbuat daripada kapas lembut supaya mudah menyerap peluh. 

Stokin kaki ini mudah dibasuh dengan cucian mesin atau tangan dan ia tak mudah berbulu walaupun kerap dibasuh.

Waterproof Breathable Socks
Stokin getah 5 daripada 8
Waterproof Breathable Socks
Dari RM63.79
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air
Unisex
Tak sesuai untuk kulit sensitif
2 lagi
Tahan lasak
Lembut

Stokin kaki Waterproof Breathable Socks ini sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti sukan luar seperti hiking atau camping.

Stokin getah ini kalis air dan mudah dikeringkan selepas penggunaan selain membuatkan kaki selesa semasa melakukan aktiviti lasak.

Ia direka dengan kain nylon di bahagian luar stokin kaki manakala kain dalamnya pula fabrik spandex dan waterproof membrane membuatkan ia lebih elastik. 

Luaran kalis air dan dalam yang lembut akan buatkan kaki anda terasa selesa dan tak sakit jika berjalan jauh.

Stokin ini ada beberapa pilihan saiz dengan warna selamat, jadi, anda boleh pilih mengikut keselesaan dan sesuai dipakai untuk lelaki dan wanita.

Nike Casual Running Sports Socks
Stokin sukan 6 daripada 8
Nike Casual Running Sports Socks
Dari RM14.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Menyerap peluh
Anti-bakteria
Tak sesuai untuk saiz kaki besar
2 lagi
Rekaan ergonomik
Teknologi Dri-FIT

Bagi penggemar bersukan, anda boleh pilih stokin ini untuk digunakan ketika melakukan aktiviti lasak.

Ini kerana memiliki beberapa kelebihan seperti rekaan ergonomik yang mengikut bentuk kaki supaya dapat memberi sokongan yang tepat pada bahagian kaki anda.

Selain itu, stokin kaki ini mempunyai teknologi Dri-FIT yang dapat membantu menghilangkan peluh kaki sekaligus memastikan kaki anda sentiasa kering, selesa dan tak berbau.

Jenama stokin kaki ini juga terkenal dengan kualiti yang tahan lasak jadi sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti harian.

Dengan rekaan yang simple membuatkan stokin ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.

Low Ankle Stokin
Stokin pendek 7 daripada 8
Low Ankle Stokin
Dari RM0.82
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tak ketat
Stretchable
Saiz kecil
2 lagi
Sesuai untuk kanak-kanak
Tak tebal

Stokin kaki pendek atau biasa disebut ankle socks adalah jenis stokin kaki yang pendek hanya menutupi sehingga pergelangan kaki. 

Stokin low ankle ini sesuai digunakan ketika berjalan-jalan atau untuk aktiviti sukan yang ringan seperti brisk walk atau regangan.

Disebabkan saiznya pendek, ia memberikan keselesaan pada kaki terutama pada bahagian pergelangan kaki anda tak terasa tertekan.

Selain itu, low ankle socks ini juga sesuai dipakai oleh kanak-kanak pergi ke sekolah kerana tak terlalu tebal dan stretchable.

Jadi memang dapat beri keselesaan si kecil sepanjang persekolahan.

Stoking Vken
Stokin untuk kaki bengkak 8 daripada 8
Stoking Vken
Dari RM164
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh dipakai ketika bersenam
Teknologi ergonomik
Agak ketat
1 lagi
Cara anyaman 3D

Stokin Vken dilengkapi dengan teknologi ergonomik yang mana dapat mengikut bentuk kaki untuk keselesaan kaki anda semasa penggunaan. 

Malah, bahannya dibuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tahan lama. Ciri ini dapat membantu anda meningkatkan peredaran darah.

Malah, boleh mengurangkan pembengkakan pada kaki dan pergelangan kaki anda.

Selain itu, dapat melindungi kaki dari kecederaan, terutama semasa bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang intensif.

Sangat bagus untuk anda yang ada masalah stroke, gout, darah tinggi, sakit jantung, kebas-kebas kaki tangan, migrain, sakit kaki atau kejang kaki.

Stokin Vken juga boleh bantu anda melancarkan peredaran darah, membekalkan oksigen kepada darah dan memberi tenaga pada badan


Cara Nak Pilih Stokin Yang Bagus dan Berkualiti?

Terdapat banyak pilihan stokin yang bagus dan berkualiti di Malaysia mengikut keselesaan dan citarasa masing-masing.

Ada yang memilih stokin yang dapat membantunya meningkatkan kelegaan dan kesihatan kaki. Jangan risau, kami bantu!

Jom ikuti cara memilih stokin yang bagus dan berkualiti di Malaysia:

1. Bahan 

Pilih stokin kaki yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan selesa dipakai sepanjang hari.

Antara bahan yang anda perlu tahu ialah serat kapas, polyester, atau nylon yang kebiasaannya menjadi pilihan ramai.

Pastikan bahan yang digunakan dapat menyerap peluh dengan baik dan tak menyebabkan iritasi pada kulit anda.

2. Ukuran 

Ini adalah salah satu tips penting anda perlu pertimbangkan ketika memilih stokin kaki. 

Anda haruslah pilih stokin yang sesuai dengan ukuran kaki anda untuk keselesaan dan cengkaman kaki tepat akan buatkan kaki anda lega semasa memakainya. 

Selain itu, anda perlu pastikan stokin tak terlalu ketat atau terlalu longgar.

3. Aktiviti harian

Jika anda melakukan aktiviti olahraga, berlari, memanjat atau sebagainya, pilihlah stokin yang dibuat khas untuk aktiviti sukan. 

 Stokin sukan kebiasaannya direka dengan teknologi khusus untuk memastikan anda boleh lakukan aktiviti suka dengan baik dan lancar.

4. Design stokin kaki

Selain itu, anda pilihlah design stokin yang sesuai dengan gaya dan aktiviti anda untuk dipakai sepanjang hari. 

 Anda juga perlu pakai stokin yang memiliki design yang sesuai untuk jenis kasut yang digunakan.

5. Jenama stokin kaki

Akhir sekali, anda juga boleh pertimbangkan jenama stokin pilihan ramai semasa membeli stokin kaki. 

Ini bukan sahaja akan bantu anda sentiasa mengikut trend semasa malah anda juga akan memakai stokin kualitinya dipercayai ramai. 


Adakah Stokin Tebal Lebih Bagus Daripada Stokin Nipis?

Kedua-dua jenis stokin ini ada kelebihan dan kekurangan yang bergantung kepada setiap penggunaan. 

Kebiasaannya, stokin tebal akan memberikan lebih banyak perlindungan dan keselesaan pada kaki anda serta buatkan kaki anda tak mudah sakit.

Stokin tebal juga dapat membantu menghangatkan kaki anda, terutama ketika cuaca dingin atau sesuai untuk mereka yang mudah terasa sejuk.

 Namun, stokin tebal mungkin tak sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas atau untuk lakukan aktiviti sukan. 

Ia akan membuatkan kaki anda mudah terasa panas dan cepat berpeluh - anda akan rasa kurang selesa jika kaki basah akibat peluh. 

Sementara itu, stokin nipis pula lebih sesuai dipakai ketika cuaca panas atau untuk digunakan semasa anda bersukan. 

Stokin nipis juga dapat memberikan keselesaan, support yang cukup pada kaki anda dan ia mudah menyerap peluh.

Namun, kami cadangkan anda untuk tak memakai kasut nipis, keras atau kasar jika sedang pakai stokin nipis.

Pemilihan jenis stokin kaki bergantung pada aktiviti harian yang anda akan lakukan, oleh itu padankan stokin kaki anda mengikut keselesaan.


Apakah Fungsi Stokin?

Stokin kaki berfungsi untuk menghangatkan kaki ketika sejuk, elakkan kaki daripada mudah melecet atau luka, menyerap peluh dan meningkatkan sirkulasi darah pada kaki.

Selain itu, ia dijadikan sebagai salah satu pelengkap fesyen seseorang yang suka bergaya. 

Ada juga stokin kaki yang direka khas untuk kesihatan seperti stokin kompresi untuk membantu kurangkan sakit lutut dan bengkak pada kaki anda.

Stokin kaki juga digunakan oleh atlet atau orang yang lakukan senaman untuk memastikan kaki tak licin dan peluh kaki diserap dengan baik. 


Kelebihan Dan Kekurangan Stokin Kaki

Penggunaan stokin kaki bergantung pada individu, ada yang memakainya untuk kesihatan dan ada juga yang memakainya kerana gaya.

Antara salah satu kelebihan stokin kaki adalah ia dapat berikan kehangatan pada kaki anda apabila anda berada di kawasan yang sejuk seperti Cameron Highland atau Genting Highland.

Pemakaian stokin kaki  juga dapat elakkan kaki anda muda melecet disebabkan geseran kaki dengan kasut semasa berjalan. 

Untuk mereka yang mudah berpeluh, anda boleh memakai stokin kaki untuk serap peluh pada kaki untuk kekal kering dan selesa.

Bagaimanapun, ada sesetengah orang mudah alergi kulit jika memakai stokin kaki kerana kulit mereka sensitif.

Selain itu, harga stokin kaki yang berkualiti atau ada spesifikasi khas untuk kesihatan lebih tinggi berbanding stokin kaki biasa.

Stokin kaki memerlukan penjagaan rapi keran ia boleh menjadi punca kaki anda berbau jika tak ditukar dan cuci secara kerap.

Penggunaan stokin kaki yang kerap dan terlalu ketat boleh mengganggu sirkulasi darah pada kaki anda dan menyebabkan edema.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation