Jika anda menghadapi masalah bacaan tekanan darah tinggi atau bacaan tekanan darah rendah, anda harus sediakan alat mengukur tekanan darah di rumah.
Dengan adanya mesin tekanan darah atau mesin darah tinggi ini, anda boleh check tekanan darah dan mengetahui status kesihatan dengan lebih cepat supaya dapat mengelakkan perkara buruk terjadi, termasuk risiko penyakit jantung.
Walaupun anda tidak mempunyai masalah tekanan darah sekalipun, mesin blood pressure ini penting sebagai langkah pencegahan awal, terutama jika anda mengamalkan gaya hidup yang memerlukan pemantauan berat badan dan tekanan darah secara berkala.
Sebaiknya sediakan sekurang-kurangnya satu jenis alat untuk mengukur hipertensi di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang tua.
Lagipun, mesin tekanan darah ini boleh dibawa ke mana sahaja, termasuk ketika melancong.
Jadi, jom lihat jenama alat tekanan darah terbaik di bawah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Jenama Alat Tekanan Darah Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Pemantau tekanan darah Bplife ini sesuai dimiliki bagi yang mengalami masalah tekanan darah tinggi kerana boleh periksa keadaan kesihatan bila-bila waktu.
Ciri-ciri:
Bacaan tekanan darah yang dihasilkan oleh alat yang ada pengesahan KKM ini dijamin tepat.
Sangat mudah untuk digunakan walaupun anda bukanlah seorang petugas kesihatan.
Beroperasi menggunakan bateri AAA atau kabel USB dan memiliki fungsi Double Memory di mana boleh menyimpan data ukuran tekanan darah untuk 2 orang.
Jadi, ibu dan ayah anda yang berusia boleh guna bersama-sama.
Tambahan lagi, bahagain cuff lengannya juga selesa dipakai dan muat dengan semua jenis saiz lengan.
Turut disertakan dengan buku panduan untuk memudahkan anda menggunakannya.
Review:
"Bagus beli ini, sesuai untuk check tekanan darah ibu atau ayah yang ada darah tinggi dan kencing manis. Mudah sikit nak pantau kesihatan."
Mesin tekanan darah ini sangat portable untuk dibawa kemana saja kerana tidak mempunyai wayar atau pengecasan. Hanya menggunakan bateri 2AA saja.
Cara guna pun mudah, gulungkan wrap Sphygmomanometer pada lengan dengan anggaran jarak 1 atau 2 cm pada pergelangan tangan dan tekan butang mula.
Waktu bacaan dilakukan keadaan badan anda perlu duduk dalam keadaan relax dan pastikan sphygmomanometer dan bacaan jantung adalah sama tinggi.
Mudah je kan? Memang sesuai untuk mereka yang sudah berusia kerana senang digunakan, skrin yang jelas dan hanya tekan satu butang saja dan secara automatik mesin boleh beroperasi.
Jangan risau, wrap ukur lilit pergelangan tangan boleh sehingga 13.5cm hingga 19.5cm dan boleh menyimpan data bacaan 2 orang.
Alat pemantau tekanan darah jenama OMRON ini sangat mudah digunakan kerana jenis automatik.
Selain itu, alat ini menggunakan 4 bateri AA untuk berfungsi jadi tidak perlu cas alat ini.
Walaupun guna bateri tapi mesin ini boleh mengesan jika detak jantung anda tidak sekata.
Turut mempunyai fungsi Body Movement Detection di mana akan mengukur semula tekanan darah apabila mengesan terdapat kesilapan disebabkan berlaku pergerakan badan.
Bukan itu sahaja, simbol Hypertension Indicator Heartbeat akan berkelip jika tekanan sistolik atau diastolik anda berada di luar julat yang normal (lebih 135 sistolik/85 diastolik mmHg).
Selain mudah digunakan, meter tekanan darah manual ini hadir dalam beg khas untuk memudahkan anda bawa ke mana saja.
Lagi menarik, anda mendapat stetoskop percuma.
Jadi, sesuai dimiliki oleh pelajar perubatan yang mahu berlatih cara mengambil tekanan darah sendiri di rumah.
Walaupun alat ini memerlukan anda untuk pam sendiri menggunakan cara manual, namun keputusan tekanan darah yang dihasilkan tetap tepat.
Meter tekanan darah Samu Giken ini jadi pelaburan terbaik untuk kesihatan anda sekeluarga yang mempunyai bajet terhad.
Ini kerana walaupun harganya murah, tapi tetap memberikan bacaan tekanan darah yang tepat.
Selain itu, sangat sesuai digunakan untuk pantau tekanan darah ibu bapa anda di rumah.
Turut jimat tenaga kerana alat pemantau tekanan darah ini akan tertutup secara automatik jika tidak beroperasi selepas 1 minit.
Boleh beroperasi menggunakan bateri AAA atau kabel USB dan boleh simpan data tekanan darah untuk 2 orang dalam 1 masa.
Jika anda mencari alat untuk ukur hipertensi untuk ibu bapa yang tidak sihat, boleh guna mesin pemantau tekanan darah Rossmax ini.
Lengkap dengan fungsi Hypertension Risk Indication dan juga boleh mengesan degupan jantung yang tidak sekata.
Cara menggunakannya juga sangat ringkas, hanya perlu pakai cuff lengan ergonomik yang sesuai dengan semua saiz lengan dan kemudian tekan butang pada mesin.
Keputusan tekanan darah yang dihasilkan tepat dan mudah dibaca kerana mempunyai skrin LCD yang besar.
Paling penting, tidak menyebabkan ketidakselesaan atau rasa sakit pada lengan.
Mesin untuk mengukur tekanan darah OUSON+ ini menggunakan teknik terkini agar bacaan yang dihasilkan adalah yang paling tepat mengikut standard klinikal.
Boleh beroperasi menggunakan 2 cara iaitu menggunakan 4 bateri AA atau disambungkan dengan kabel USB.
Mampu menyimpan data untuk dua orang pengguna dalam 1 masa di mana setiap pengguna boleh rekod hingga 99 ukuran tekanan darah.
Terdapat tiga pilihan saiz cuff lengan untuk semua golongan umur iaitu saiz 22-32cm (S), 22-48cm (L) dan 22-52cm (XL).
Jangan risau, mesin ini telah mendapat pengesahan KKM dan tempoh waranti selama 3 tahun.
Mesin tekanan darah ini sangat mudah digunakan oleh mereka yang menghidap masalah hipertensi untuk pantau sendiri keadaan kesihatan di rumah.
Turut sesuai digunakan di persekitaran klinikal oleh pakar kesihatan di klinik atau hospital.
Alat ini lengkap dengan ciri pengesanan pergerakan badan di mana akan mengambil semula bacaan jika berlaku sebarang ralat akibat badan anda yang tiba-tiba bergerak.
Cuff lengannya juga selesa dipakai dan tidak menyebabkan kesakitan.
Mesin tekanan darah Cofoe ini sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki lengan bersaiz 22-32cm.
Selain beroperasi dengan 4 bateri AA, alat ini juga boleh berfungsi jika disambung dengan kabel USB.
Apa yang menariknya, mesin ini direka dengan paparan 3 lampu yang akan memudahkan pengguna baca keputusan tekanan darah walaupun dalam keadaan gelap.
Skrin mesin ini akan bertukar merah jika tekanan darah anda tinggi manakala bertukar warna hijau jika tekanan darah anda normal.
Malah, mampu merekod data bacaan tekanan darah untuk 2 orang, jadi ibu dan ayah anda boleh berkongsi mesin yang sama.
Nak cari alat mengukur tekanan darah dan denyutan jantung? Dapatkan sahaja mesin tekanan darah jenama Akodi ini!
Alat ini juga mempunyai laporan suara dalam bahasa inggeris, pengukuran kadar denyutan jantung, petunjuk tekanan darah, rekod profil dua orang, 99 set memori dan paparan HD yang jelas.
Senang sahaja nak ukur tekanan darah, anda hanya perlu meletakkan cuff band pada lengan dan tekan hanya satu butang.
Kemudian, alat ini akan berbunyi memberitahu anda nilai bacaan tekanan darah.
Alat mengukur tekanan darah ini mudah digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang kurang mahir dalam menggunakan peralatan perubatan.
Mesin ini mempunyai paparan digital LCD dengan lampu latar dan penunjuk IHB (degupan jantung tidak teratur).
Ciri ini penting kerana dapat membantu memantau kesihatan jantung dan mengesan sebarang kelainan dalam degupan jantung.
Selain itu, turut mempunyai fungsi untuk mengesan pembalut cuff yang memastikan alat dipasang dengan betul.
YE660F mempunyai ciri yang memaparkan purata tiga ukuran yang akan memberikan anda bacaan yang lebih tepat.
Ini amat membantu untuk memantau perubahan tekanan darah dari semasa ke semasa.
Sesuai untuk orang dewasa yang saiz lengannya antara 22-45cm dan menggunakan ukuran ayunan dan boleh mengambil pelbagai ukuran tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
Hayat bateri yang baik dan mampu menjalankan sehingga 300 pengukuran.
Sekarang ramai yang menginginkan barang yang mudah digunakan, dikendalikan dan paling penting portable.
Jadi kami syorkan DeMoce Rechargeable Wrist Blood Pressure Monitor - A01 Pro sebab mempunyai semua ciri di atas.
Penggunaannya hanya gulungkan wrap pada bahagian lengan dengan anggaran jarak 1 atau 2 cm dan tekan butang mula.
Anda juga boleh memilih lebih 14 bahasa untuk set bahagian voice broadcast supaya penggunaan lebih praktikal.
Disebabkan mempunyai ciri wireless, jadi anda perlu caj terlebih dahulu sebelum menggunakanannya dan sekali caj, anda boleh guna sebanyak 100 kali penggunaan.
INSMART Blood Pressure Monitor adalah alat yang mudah digunakan untuk memantau tekanan darah anda dengan tepat.
Ia dilengkapi dengan paparan digital LCD yang besar untuk bacaan yang jelas dan menggunakan kaedah osilografi untuk pengukuran yang tepat, meliputi julat 0-280mmHg untuk tekanan udara dan 40-195 denyutan seminit untuk kadar nadi.
Dengan kesesuaian lilitan lengan 22-42cm, monitor ini sesuai untuk kebanyakan pengguna.
Peranti ini dilengkapi dengan sistem kawalan pam udara mikroelektronik untuk memastikan peningkatan dan pengurangan tekanan yang lancar, sementara ketepatannya dijamin dengan margin ± 3mm Hg untuk tekanan dan ± 5% untuk kadar nadi.
Monitor ini mempunyai fungsi penyimpanan yang menyimpan sehingga 99 set pengukuran untuk dua pengguna, lengkap dengan cap tarikh dan masa, memastikan data anda tidak hilang.
Selain itu, ia juga termasuk fungsi suara yang boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keutamaan anda.
Dikuasakan dengan 4 bateri AA atau sambungan Type C, peranti ini mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana.
Novoplus Upper Arm Electronic Blood Pressure Monitor merupakan alat check tekanan darah yang mesra pengguna, direka untuk memberikan bacaan tekanan darah yang tepat.
Disokong dengan jaminan selama 5 tahun, monitor ini memastikan kebolehpercayaan jangka panjang tanpa anda perlu risau ia cepat rosak.
Ia dilengkapi dengan sistem penilaian WHO (World Health Organization) yang mengelaskan ukuran menggunakan skala warna lampu isyarat yang intuitif, menjadikannya lebih mudah untuk anda memahami bacaan anda dengan sekilas pandang.
Dengan 90 slot memori yang tersedia, monitor ini boleh digunakan oleh dua pengguna dan membolehkan anda menjejaki tekanan darah dengan mudah dari semasa ke semasa.
Ia juga termasuk penunjuk aritmia yang memberi amaran kepada anda mengenai sebarang degupan jantung yang tidak teratur.
Peranti ini boleh mengira nilai purata dari tiga ukuran terakhir anda, menawarkan gambaran yang lebih tepat mengenai tekanan darah anda.
Selain itu, monitor ini dilengkapi dengan paparan yang sangat besar dan mudah dibaca yang menunjukkan sistolik, diastolik, nadi, tarikh, dan masa.
Philips Electronic Blood Pressure Monitor adalah peranti canggih yang direka untuk pemantauan tekanan darah yang tepat dan mudah di rumah.
Dengan ketepatan yang setanding dengan peralatan perubatan profesional, monitor ini membolehkan anda mengukur tekanan darah dengan yakin secara sendiri.
Peranti ini dilengkapi dengan arahan suara dalam Bahasa Inggeris yang secara automatik membimbing anda melalui proses pengukuran, menjadikannya sangat mudah digunakan.
Padat dan ringan, ia direka untuk dibawa ke mana-mana, membolehkan anda memantau tekanan darah anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Apa yang paling bagus tentang alat ini, dengan maklum balas AI, peranti ini menganalisis bacaan anda dan memberitahu anda jika tekanan darah anda rendah, normal, atau tinggi.
Ia juga dilengkapi dengan paparan digital LCD, memberikan bacaan yang jelas dan pantas.
Cara Pilih Alat Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi merupakan isu kesihatan yang lazim dalam kalangan masyarakat. Jika kita memiliki monitor tekanan darah sendiri, kita dapat memantau tekanan darah bila perlu.
Jangan risau, kami akan membantu anda memilih alat tekanan darah yang terbaik.
-
Jenis Alat Mengukur Tekanan Darah
Terdapat dua jenis alat mengukur tekanan darah iaitu manual dan digital.
Jenis manual menggunakan stetoskop dan manometer untuk mengukur tekanan darah, manakala jenis digital menggunakan sensor elektronik untuk tujuan yang sama.
Alat mengukur darah digital lebih mudah dan disyorkan untuk kegunaan di rumah, manakala profesional perubatan biasanya menggunakan jenis manual.
-
Kemudahan Penggunaan
Dapatkan alat mengukur tekanan darah yang mesra pengguna, dengan ciri seperti butang, paparan yang jelas dan bacaan yang tepat.
ni akan memudahkan proses memantau tekanan darah anda secara berkala.
Nak senang pilih sahaja alat mengukur tekanan darah yang guna pergelangan tangan berbanding lengan, namun jenis pembalut lengan memberikan bacaan lebih tepat.
-
Saiz lengan
Sebelum membeli alat ini, pastikan anda mengukur saiz lengan anda.
Pastikan alat pemantauan tekanan darah yang anda pilih mempunyai peletakan lengan lebar kerana akan memudahkan pengukuran tekanan darah.
Bacaan tekanan darah yang tidak tepat boleh disebabkan oleh lengan baju yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Tambah lagi, pastikan pembalut cuff terdiri daripada bahan lembut, selesa digunakan dan mempunyai tali yang cukup panjang untuk memudahkan pengukuran tekanan darah.
Apa Kelebihan Dan kekurangan Alat Tekanan Darah?
Salah satu kelebihan alat mengukur tekanan darah ialah dapat digunakan di rumah dan anda tidak perlu pergi ke klinik untuk mengukur tekanan darah.
Ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang lemah atau mereka yang mempunyai jadual kerja yang sibuk.
Menggunakan alat ini juga boleh meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan membolehkan anda mengambil langkah yang sesuai untuk meningkatkan kesejahteraan diri jika perlu.
Tapi kekurangan utamanya ialah alat mengukur tekanan darah ini boleh membawa kepada bacaan tekanan darah yang salah dan keputusan yang agak mengelirukan.
Memilih alat mengukur tekanan darah yang berkualiti tinggi juga memerlukan kos yang tinggi menyebabkan perbelanjaan meningkat.
Walaupun pemantau tekanan darah boleh membantu, mereka tidak dapat menggantikan doktor kerana doktor menggunakan peralatan yang lebih canggih dan boleh membuat ukuran yang lebih tepat.
Cara Mengukur Tekanan Darah Tanpa Alat
Kaedah yang paling tepat untuk mengetahui bacaan tekanan darah anda adalah dengan menggunakan alat atau mesin mengukur tekanan darah yang juga dipanggil sebagai Sfigmomanometer.
Memang ada cara yang boleh digunakan untuk periksa tekanan darah anda tanpa alat.
Caranya hanya menggunakan nadi atau aplikasi, tapi kaedah ini tidak boleh dipercayai 100 peratus dan tidak konsisten.
Jadi, anda tidak disarankan untuk menggunakan cara tanpa alat tersebut untuk ketahui tekanan darah diri.
Oleh itu, anda perlu menggunakan Sfigmomanometer atau mesin khas untuk periksa tekanan darah.
Bagi dapatkan keputusan yang lebih tepat sila berjumpa dengan doktor atau jururawat bertauliah.
Berapakah Bacaan Darah Yang Normal?
Bacaan tekanan darah yang ideal ialah antara 90/60mmHg hingga 120/80mmHg.
Anda dikira sedang mengalami tekanan darah tinggi jika tekanan darah anda adalah dari 120/90mmHg atau lebih tinggi dari nilai itu.
Tekanan darah rendah pula dikira berlaku apabila tekanan darah anda adalah dari 90/60mmHg atau lebih rendah dari itu.
Anda boleh dengar penjelasan menerusi video di bawah untuk mengetahui bacaan darah yang normal.
Petua Turunkan Darah Tinggi
Bagi anda yang sudah mencecah usia 30-an ke atas, tentu anda mahu memastikan tahap kesihatan anda berada pada tahap terbaik.
Jika tidak, banyak masalah kesihatan yang akan anda alami dan bertambah lebih teruk jika anda tidak menjaga gaya hidup anda.
Menurunkan tekanan darah tinggi memerlukan perubahan gaya hidup yang sihat dan mengamalkannya secara konsisten.
Berikut adalah beberapa petua untuk membantu menurunkan darah tinggi:
Kurangkan Pengambilan Garam
Mengurangkan pengambilan garam dalam diet harian boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Cuba elakkan makanan yang tinggi garam seperti makanan segera, makanan yang diproses, dan makanan ringan.
Kekalkan Berat Badan Sihat
Berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
Mengekalkan berat badan yang sihat melalui diet seimbang dan senaman boleh membantu mengawal tekanan darah.
Bersenam Secara Berkala
Senaman seperti berjalan kaki, berjoging, berenang, atau berbasikal selama 30 minit sehari boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Amalkan Diet Sihat
Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan makanan rendah lemak.
Kurangkan makanan yang tinggi lemak tepu dan kolesterol.
Kurangkan Pengambilan Alkohol
Mengurangkan atau berhenti minum alkohol boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Berhenti Merokok
Merokok boleh meningkatkan tekanan darah dan risiko penyakit jantung.
Berhenti merokok dapat membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan, serta memastikan orang sekeliling anda tidak menjadi secondary smoker.
Kawal Tekanan (stress)
Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.
Mencari cara untuk mengurangkan tekanan seperti meditasi, bernafas dalam-dalam, atau melakukan aktiviti yang anda suka juga boleh membantu.
Pantau Tekanan Darah
Memantau tekanan darah secara berkala di rumah atau dengan bantuan profesional kesihatan dapat membantu mengesan sebarang perubahan awal.
Ambil Ubat Seperti yang Ditetapkan
Jika doktor telah memberikan ubat untuk tekanan darah tinggi, pastikan untuk mengambilnya seperti yang diarahkan.
Tidur yang Cukup
Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap yang sihat.
Jika anda mengikuti petua-petua ini secara konsisten, ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan memperbaiki kesihatan jantung anda.