Sukan bola sepak merupakan sukan utama yang popular sehinggakan paling banyak dimainkan dan ditonton di seluruh dunia.

Salah satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam permainan bola sepak ini adalah kualiti biji bola dan jenis kasut.

Sekiranya anda pemain bola sepak, pasti dapat kenal pasti perbezaan setiap model bola sepak yang digunakan.

Bersempena musim bola yang bakal menghangatkan beberapa bulan ini, kami senaraikan jenis bola sepak yang ada di pasaran.

Lagipun anda boleh beli mengikut kesesuaian kegunaan.


Senarai 6 Bola Sepak Terbaik di Malaysia 2026

Bola sepak terbaik secara keseluruhan
Adidas Al Rihla Competition Ball
Partnership with Adidas
Adidas Al Rihla Competition Ball
From
RM236.55
Check Adidas Al Rihla Competition Ball price below:
Bola rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Kualiti menepati standard piawaian FIFA
Permainan yang mudah diramal
Tidak perlu pam lebih kerap
Harga mahal

Sebab menjadi pilihan

Sempena Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi, bola ini pastinya menjadi pilihan,

Lagipun bukan sahaja untuk permainan tapi mempunyai nilai bagi collector item bagi kejohanan paling berprestij ini. 

Ciri-Ciri:

Untuk edisi kali ini, Adidas menampilkan rangkaian model bola sepak terbaharu iaitu Al Rihla sebagai bola rasmi Piala Dunia FIFA Qatar.

Bola ini merupakan bola gred pertandingan dengan kualiti yang bertepatan dengan standard piawaian FIFA.

Bagi menjamin kualiti dan permainan yang penuh keterujaan, bola ini dibina dengan 60% polyurethane, 40% polyester cover, buttyl bladder dan pembinaan ikatan thermal yang lancar.

Bola ini direka dengan speedshell panel yang moden bagi memberi prestasi dan kestabilan apabila ia dimainkan.

Untuk rekaan grafik, bola ini menampilkan corak pangkalan putih mutiara yang diilhamkan oleh industri mutiara tradisional Qatar.

Review

“Terbaik, barang wajib beli untuk musim Piala Dunia”

Bola luar yang terbaik
Nike English Premier League 22-23
Partnership with Nike
NIKE ENGLISH PREMIER LEAGUE 22-23
From
RM90.30
Check Nike English Premier League 22-23 price below:
Bola rasmi EPL
Ketahanan yang tinggi
Alur tambahan membantu dengan cengkaman semula jadi
Terdapat banyak produk tiruan di pasaran

Buat penggemar liga bola sepak paling popular di dunia iaitu Liga Perdana Inggeris atau EPL, bola jenama Nike ini merupakan bola sepak yang wajib ada dalam list sebagai bola pilihan.

Disebalik populariti jenama Nike dan EPL, prestasi dan kualiti semamngnya tidak harus dipertikaikan lagi kerana bola ini mampu memberi permainan yang bertaraf dunia.

Bola ini dibina dengan butyl bladder untuk menjamin ketahanan angin serta permukaan berlamina untuk sentuhan lembut dan ketahanan yang tinggi.

Alur tambahan pada bola ini membantu dengan cengkaman semula jadi untuk memberi first touch dan kawalan bola yang baik.

Bola dalaman yang terbaik
Molten Vantaggio Futsal Ball
Partnership with
Molten Vantaggio Futsal Ball
From
RM28.70
Check Molten Vantaggio Futsal Ball price below:
Harga berpatutan
Sesuai untuk futsal
Rekabentuk yang menarik
Kurang 40% geseran berbanding model Vantagio semasa
Tidak sesuai untuk bola sepak padang

Bola ini hadir dengan struktur Acentec iaitu teknologi ikatan terma unik Molten yang menghasilkan penutup yang licin dan lancar dimana ia tidak boleh dihasilkan dengan jahitan tangan.

Hasilnya memberi permukaan yang seragam dan penyerapan air yang berkurangan, memastikan prestasi luar biasa yang tidak terjejas oleh keadaan cuaca.

Kestabilan bola ini juga dipertingkat untuk membolehkan pemain meningkatkan mutu permainan mereka dengan hantaran dan pukulan yang lebih tepat.

Tambahan lagi bola ini mengguna injap baharu bagi mengurangkan geseran (40% berbanding model Vantaggio semasa).

Maksudnya apabila bola mengembung, menjadikannya lebih tahan terhadap kerosakan.

Rekabentuk Vantaggio atau bermaksud api keghairan berasaskan konsepvgabungan corak berlian dan api keghairahan sebagai trademark bola ini.

Bola training terbaik
Puma Accelerate 2022 Training Ball MFL Edition
Partnership with Puma
Puma Accelerate 2022 Training Ball MFL Edition
From
RM169.00
Check Puma Accelerate 2022 Training Ball MFL Edition price below:
Bola rasmi Liga Malaysia (MFL)
Menepati standard piawaian kualiti FIFA
Bahan binaan yang bermutu tinggi
Harga mahal

Khusus untuk peminat bola sepak tempatan, bola sepak jenama Puma ini merupakan bola rasmi untuk Liga Malaysia (MFL) termasuk Piala Malaysia.

Jadi kali ini hadir dengan pilihan training ball  untuk rangkaian model Accelerate MFL edition.

Paling penting bola ini menepati standard piawaian kualiti dan saiz yang ditetapkan oleh FIFA.

Untuk pengetahuan, bola ini dibina dengan 30 peratus kulit sintetik, 30 peratus foam getah sintetik,  30 peratus getah sintetik dan 10 peratus polyester untuk kualiti yang tinggi.

Selain dari training ball, model Puma Accelerate MFL turut hadir dengan versi official match ball dimana merupakan bola yang sama digunakan dalam perlawanan liga tempatan.

Bola sepak murah terbaik
Kipsta Decathlon Football Ball
Partnership with
Kipsta Decathlon Football Ball
From
RM15.00
Check Kipsta Decathlon Football Ball price below:
Murah
Warna menarik
Sesuai untuk beginner dan kanak-kanak
Corak terlalu ringkas
Tidak sesuai untuk pro player dan kegunaan pertandingan

Murah, ringan dan tidak menyakitkan apabila terkena pemain dan ini merupakan antara ciri-ciri yang membuatkan bola sepak ini sesuai untuk kanak-kanak dan beginner.

Bola ini diperbuat daripada PVC yang tebal menjadikan bola ini tahan lasak dan tiada bladder untuk memastikan pengekalan udara yang berpanjangan.

Jadi, bola ini sesuai di permukaan padang rumput dan berpasir.

Tambahan lagi bola ini mampu melantun sehingga ketinggian 1 hingga ke 1.5 meter apabila dijatuhkan dari ketinggian 2 meter.

Bola sepak kanak-kanak terbaik
Umbro Neo Swerve Football Size 3
Partnership with
Umbro Neo Swerve Football Size 3
From
RM35.00
Check Umbro Neo Swerve Football Size 3 price below:
Sesuai untuk kanak-kanak
Jenama yang terkemuka
Harga murah
Kualiti bertepatan penilaian IMS dan FIFA
Saiz 3 tidak sesuai untuk pertandingan peringkat dewasa

Bola sepak Umbro Neo Swerve merupakan bola latihan berkualiti premium dengan penilaian Standard Match Antarabangsa (IMS).

Penilaian ini sekaligus membolehkan anda menggunakan dimana-mana hari perlawanan.

Bola ini mempunyai pelbagai warna yang menarik dan setiap satunya menampilkan cetakan grafik dinamik untuk memastikan rupa yang hebat.

Jangan risau, bola sepak ini sesuai untuk pelbagai permukaan kerana dibina dengan pundi getah lateks berjahit mesin dengan 16 panel timbul TPU luar.

Malah, terdapat 2 lapisan dalaman untuk kualiti dan mutu permainan yang baik.

Model ini hadir dengan saiz 3 dimana khas untuk kanak-kanak atau junior level dalam sukan bola sepak.


Apakah Jenama Bola Sepak Terbaik?

Terdapat pelbagai jenama bola sepak yang terbaik yang menjadi pilihan di kalangan penggiat sukan bola sepak.

Antara yang paling terkenal ialah jenama Adidas, Nike dan Puma.

Secara khususnya amat sukar untuk mengatakan secara spesifik jenama mana yang terbaik kerana, setiap jenama utama sememangya tidak kurang hebatnya.

Namun secara konklusi, bola jenama Adidas, Nike dan Puma boleh dianggap antara jenama yang terbaik kerana bertepatan dengan standard piawaian kualiti FIFA.

Malah, telah menjadi pilihan kebanyakan liga dan kejohanan utama di seluruh dunia.


Soalan Lazim

Berapa harga bola sepak yang berpatutan di Malaysia?

Bola sepak latihan atau replika biasa dijual dari RM25 hingga RM110 di Shopee Malaysia bergantung jenama dan kualiti bahan (disemak 25 Ogos 2026). Bola perlawanan rasmi berjenama seperti Adidas atau Nike biasanya lebih mahal kerana menggunakan bahan dan teknologi jahitan yang lebih tinggi standardnya.

Apakah perbezaan bola sepak untuk latihan dan bola untuk perlawanan rasmi?

Bola latihan (training ball) dibuat lebih tahan lasak untuk kegunaan kerap di padang kasar atau rumput sintetik, manakala bola perlawanan rasmi (match ball) seperti Adidas Al Rihla direka mengikut piawaian FIFA untuk pergerakan dan lantunan yang lebih tepat. Untuk kegunaan harian atau latihan kelab, bola training sudah memadai dan lebih menjimatkan.

Saiz bola sepak berapa yang perlu saya pilih?

Saiz 5 adalah piawaian untuk pemain dewasa dan remaja berumur 13 tahun ke atas. Saiz 4 sesuai untuk kanak-kanak 8 hingga 12 tahun, manakala saiz 3 untuk kanak-kanak bawah 8 tahun atau futsal. Pastikan semak label saiz pada penerangan produk sebelum membeli.

Di mana boleh beli bola sepak yang asli (original) di Malaysia?

Beli dari kedai rasmi jenama (Adidas, Nike, Puma) di Shopee Malaysia atau peruncit sukan berdaftar untuk elakkan produk tiruan. Semak rating kedai dan ulasan pembeli lain, serta pastikan jahitan dan cetakan logo kemas sebelum membuat pembayaran.


Artikel Berkaitan