Kecantikan

Kali Ni Lazada Buat Sale Barang Kecantikan Kaw Kaw Wei!

Lazada 7.7 menawarkan diskaun hebat untuk barangan kecantikan daripada jenama kegemaran anda. Jom lihat antara barangan lazada 7.7 promotion di sini !


Editor · 4 Jul 2022, 4:20pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kali Ni Lazada Buat Sale Barang Kecantikan Kaw Kaw Wei!

Seperti biasa, setiap bulan Lazada pasti adakan promosi besar-besaran pada tarikh kembar.

Jadi untuk bulan Julai ini berita baik bagi yang sukakan barangan kecantikan kerana Lazada mengadakan Lazada voucher 7.7 untuk barangan kecantikan.

Kandungan

Ada banyak yang anda boleh lihat link di sini tapi untuk peringatan, gunakan telefon pintar untuk akses link tersebut.

Apa pun, jom kita lihat antara barangan lazada 7.7 promotion tapi sebelum tu, klik butang di bawak untuk dapatkan promosi.

DAPATKAN PROMO


Senarai 7 Barangan Lazada Sales 2022

Eucerin Poreless Solution & A.I Matt Set
1 daripada 8
Eucerin Poreless Solution & A.I Matt Set
Partnership with
Dari RM167
Menghaluskan pori
Melicinkan tekstur kulit
Kurang sesuai untuk kulit normal & sensitif
1 lagi
Sesuai untuk kulit berminyak

Jika anda ingin memiliki kulit licin tanpa cela, kami sarankan produk penjagaan kulit dari Eucerin sempena promosi Lazada 7.7 ini.

Dalam 1 set, anda akan mendapat Pore Minimizer Serum dan A.I. Matt Fluid.

Paling menarik, serum Eucerin mengandungi Lactic Acid yang bagus untuk memperbaiki kulit. 

Selain itu, turut dirumus dengan Glycolic Acid yang dapat menyingkirkan sel kulit mati agar kulit lebih licin. 

Anda juga bakal mendapat produk percuma iaitu ProACNE Cleansing Gel dan ProACNE A.I. Clearing Treatment. 

L’Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Plumping Serum 30mlx2
2 daripada 8
L’Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Plumping Serum 30mlx2
Partnership with L'Oreal Paris
Dari RM198
Mengurangkan kedutan wajah
Kulit lebih licin
Harga mahal
2 lagi
Tanpa paraben & pewangi
Sesuai untuk kulit sensitif

Dengan serum L’Oreal Paris ini, kulit anda akan kembali muda kerana diformulasikan dengan 1.5% Hyaluronic Acid tulen. 

Memiliki tekstur cepat meresap ke dalam kulit untuk menghidratkan semula kulit. Hasilnya, kedutan dapat berkurangan dalam masa 2 minggu. 

Keberkesanannya telah diuji bersama ahli dermatologi dan tidak mengandungi sebarang minyak mineral dan pewarna sintetik. 

Tunggu apa lagi! Dapatkan segera serum ini di Lazada sempena diskaun 7.7 kerana anda boleh dapat 2 botol serum dengan harga yang berbaloi!

Clinique - 3pcs Skincare Set
3 daripada 8
Clinique - 3pcs Skincare Set
Partnership with Clinique
Dari RM188
Ada hyaluronic acid
Kulit jadi lebih berseri
Perlu pakai konsisten
1 lagi
3 produk dalam 1 set

Bagi yang mempunyai kulit jenis kering, kami sarankan anda untuk dapatkan set pelembab  muka dari Clinique ini.

Krim ini dirumus dengan Aloe Bio-Ferment Technology yang membantu menarik kelembapan.

Hasilnya, kulit akan jadi lebih licin sebab kedutan atau garis halus tidak akan terlalu kelihatan.

Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cleansing Foam Set
4 daripada 8
Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cleansing Foam Set
Partnership with
Dari RM110
Membersih sisa mekap
Boleh dipakai setiap hari
2 lagi
Bebas dari bahan berasaskan haiwan
Kulit rasa ringan & segar lepas guna

Gunakan pembersih muka Laneige untuk bersihkan semua kotoran termasuklah minyak pada muka yang menyebabkan liang pori tersumbat. 

Sangat terbaik untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati kerana produk ini mengandungi enzim papain. 

Pembersih muka ini turut mampu menanggalkan kekotoran yang berada di dalam pori. 

Ini kerana terdapat manik kecil yang menyerap partikel halus, hasilnya kulit anda tampil lebih cerah dan lembut. 

Kandungan hyaluronic acid dalam produk ini menjadikannya sesuai digunakan pada semua jenis kulit sama ada berminyak, kombinasi dan sensitif serta kering.

Tom Ford Beauty - 3pcs Set
5 daripada 8
Tom Ford Beauty - 3pcs Set
Partnership with
Dari RM213
Tidak mengeringkan
Warna matte menawan
1 lagi
Rekaan gincu elegan

Serlahkan kecantikan persis model dengan lipstick jenama mewah Tom Ford ini, barulah lebih yakin berdepan orang ramai. 

Teksturnya sangat pigmented, jadi apabila dipakai pada bibir, memang akan menyerlahkan bibir mungil anda. 

Terdapat lebih 8 pilihan warna gincu menarik yang ditawarkan oleh jenama ini, antaranya Steel Magnolia, Wild Ginger, Scarlet Rouge, Dashing dan Fascinator. 

Lagi menarik, dengan pembelian gincu ini, anda juga akan mendapat 2 botol minyak wangi dengan kuantiti 2ml dalam setiap satunya.

Inklasting Foundation Glow Set N201
6 daripada 8
Inklasting Foundation Glow Set N201
Partnership with
Dari RM89
Tekstur kulit jadi berseri
Melindungi kulit dari matahari
2 lagi
Ada SPF30 PA++
Mampu tutup kesan garis halus

Kalau anda minat memakai mekap apabila keluar, memang wajib beli foundation The Face Shop ini dengan tona cerah ini (kod N201 Apricot Beige) 

Apa yang bagus tentang produk ini ialah, mengandungi Adenosine yang berfungsi sebagai anti kedut. 

Jangan risau, foundation ini mampu bertahan lama pada wajah dan turut dirumus dengan polimer primer.

Rumusan ini boleh menutup semua kawasan kulit yang tidak rata, jadi kulit anda akan kelihatan lebih licin. 

Namun, dalam masa yang sama, foundation ini tidak akan menyebabkan anda rasa tak selesa sebab akan meninggalkan lapisan yang nipis pada wajah. 

Lagi best, anda akan mendapat produk Skin Filter Base dan face mask daripada The Face Shop yang akan melembabkan dan menghidratkan kulit dengan pembelian set ini. 

Aveeno Daily Moisturizing Set
7 daripada 8
Aveeno Daily Moisturizing Set
Partnership with Aveeno
Dari RM143.70
Terbukti secara klinikal untuk menyihatkan kulit kering
Bebas pewangi & pewarna
1 lagi
Melembabkan kulit

Set penjagaan diri Aveeno Skin ini diformulasikan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif, kering dan normal.

Set ini terdiri daripada 2 botol body wash dan 1 botol losyen pelembab yang bagus untuk membersihkan dan menghalang kulit daripada kering. 

Produk ini dirumus daripada formula oat prebiotik yang bakal menyihatkan kulit. 

Malah, boleh membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan memulihkan keseimbangan PH kulit. 

Tekstur produk ini tidak melekit dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari. 

Dengan penggunaan yang konsisten, kulit badan anda akan menjadi lembut, licin dan sihat.

INNISFREE Soothing & Refreshing Mask Set (15-PC in box)
8 daripada 8
INNISFREE Soothing & Refreshing Mask Set (15-PC in box)
Partnership with
Dari RM177
Ada 15 keping sheet mask dalam 1 set
Sesuai untuk semua jenis kulit
1 lagi
Menyegarkan kulit

Kulit terasa kusam dan tak bermaya? Usah risau, My Real Squeeze Mask daripada Innisfree ini akan membantu kulit agar kembali lembab dan segar kerana ia diperkaya dengan kelembapan daripada teh hijau dan aloe vera. 

Manakala Jeju Root Energy Mask pula diformulasikan daripada ekstrak akar sayuran dari Jeju dan 5 jenis asid hyaluronik yang akan memberikan nutrien penting dan kelembapan kepada kulit. 

Lagi menarik, produk ini juga mampu melegakan kulit yang kering dan sensitif. 

Selain itu, untuk pembelian set ini ketika 7.7 di Lazada ini, anda juga bakal mendapat 17 lagi produk Innisfree lain secara percuma seperti Innisfree Retinol Cica Repair Ampoule 10ml dengan harga yang cukup rendah. Memang berbaloi! 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation