Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
abaya

8 Jubah Abaya Terbaru & Terkini di Malaysia 2024

Hanya sarung saja dan sesuai untuk semua majlis.

Kini pemakaian abaya bukan saja popular dalam kalangan wanita berusia tapi anak gadis remaja juga.

Malah, kalau musim perayaan anak perempuan dan mak boleh pakai sedondon pakai abaya jubah.

Ini mungkin abaya dress mudah dipakai. Hanya sarung saja dan sesuai untuk semua majlis.

Jadi kami senaraikan abaya terkini yang boleh dapat menerusi online saja. Jom lihat!


Senarai 8 Abaya Terbaru & Terkini

Lubna Abaya by Haurabelle
mulai
RM69.00
Semak Lubna Abaya by Haurabelle harga dibawah:
add_circle Mempunyai kaf hujung tangan
add_circle Tidak perlu gosok
remove_circle Tidak mempunyai lace

Lubna abaya ini mempunyai cutting lengan kelawar di sebelah kiri membuatkan si pemakai lebih bergaya dan trendy.

Selain itu, kainnya diperbuat daripada material moss crepe yang lembut, sejuk dan ironless jadi amat selesa apabila dipakai dan paling penting, kainnya tidak perlu digosok.

Menariknya lagi, abaya memberikan 5 jenis pilihan warna kepada si pemakai dan mempunyai saiz dari S hingga ke XXL.

Jangan risau, abaya ini menggunakan konsep hidden zip di bahagian belakang dan cutting loose.

Erti kata lain, anda akan nampak lebih kemas apabila memakai abaya Lubna ini.

SYIFA ABAYA HIJABISTAHUB FAITH SERIES
mulai
RM269.00
Semak SYIFA ABAYA HIJABISTAHUB FAITH SERIES harga dibawah:
add_circle Mempunyai shawl khas
add_circle Mudah bergerak
remove_circle Sukar digosok

Abaya keluaran Hijabistahub ini diperbuat daripada kain chiffon bersama lace bercorak bunga yang amat cantik apabila dipakai.

Setiap pembelian akan mendapat 3 helaian kain iaitu sepasang seluar, inner sleeves dan juga cardigan.

Apa yang menarik, anda tidak perlu pening untuk memilih dan membeli tudung kerana setiap set pembelian akan mendapat sehelai shawl yang menawan dari hijabistahub sendiri.

Cardigan yang disediakan akan diikat dengan menggunakan selempang mengikut kreativiti anda sendiri.

Jangan risau tentang saiz kerana anda boleh menghubungi pihak kedai untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terperinci supaya tidak salah memilih saiz.

ABAYA JUBAH EVELYN LACE DRESS
mulai
RM28.15
Semak ABAYA JUBAH EVELYN LACE DRESS harga dibawah:
add_circle Mempunyai corak lace yang cantik
add_circle Kain tidak panas
remove_circle Tidak sediakan tudung

Abaya Evelyn menggunakan material kain daripada jenis Comocrepe bersama lace eksklusif yang amat cantik apabila dipakai.

Selain itu, abaya ini amat selesa apabila dipakai kerana mempunyai potongan kain yang longgar.

Paling penting, abaya ini tidak panas dan jarang sesuai untuk semua muslimah.

Menariknya lagi, abaya ini lengkap dengan zip depan sesuai untuk si ibu yang menyusukan anak.

Saiz abaya ini bermula dari saiz “S” hinggalah saiz “4XXL”.

Abaya cardigan inner dress muslimah jubah dubai
mulai
RM62.03
Semak Abaya cardigan inner dress muslimah jubah dubai harga dibawah:
add_circle Nursing friendly
add_circle Cutting loose cuffs
remove_circle Tidak sesuai untuk berbadan kecil

Abaya cardigan ini amat sesuai dijadikan sebagai baju raya kerana menggunakan jenis fabrik high density chiffon.

Jubah abaya cardigan ini mempunyai belt dress untuk menampak anda kelihatan tinggi dan ramping dengan cutting loose cuffs.

Bukan sahaja sesuai untuk raya tapi boleh dijadikan sebagai hadiah hari jadi, dress untuk ke majlis formal dan tidak formal.

Menariknya lagi, bagi ibu menyusu anda tidak perlu lagi pening kepala kerana abaya ini mempunyai ciri nursing friendly.

Jangan risau terdapat pelbagai pilihan warna iaitu hitam, off white, baby pink , violet, ruby maroon, nude, baby blue dan olive green.

Abaya untuk orang gemuk / plus size
Jubah Abaya Balqis by MILYMARYAM
mulai
RM199.00
Semak Jubah Abaya Balqis by MILYMARYAM harga dibawah:
add_circle Mempunyai warna yang eksklusif
add_circle Tudung disediakan
remove_circle Pre-order

Jubah abaya Balqis dari Milymaryam ini mempunyai gabungan antara jubah dan kaftan.

Hasil rekaan ini menjadikan abaya ini kelihatan simple dan sangat eksklusif.

Setiap pembelian anda akan mendapat shawl yang sama warna dengan abaya pilihan anda.

Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk mix and match abaya dan tudung. 

Terdapat warna yang menarik antaranya dusty pink, ungu, merah, hitam, blue black, old gold, krim kuning, emerald green, dark honey blonde, grey silver, orange blossom dan olive green.

Warna-warna ini menjadikan sesuai dipakai untuk majlis kasual dan rasmi.

EJ STYLE Anggelina Abaya - Assorted Colours
mulai
RM98.99
Semak EJ STYLE Anggelina Abaya - Assorted Colours harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Wudhu friendly
add_circle Mudah di gosok
remove_circle Gadis petite perlu alter

Bagi mereka yang inginkan pakaian yang mudah digosok, beli saja abaya EJ STYLE ni.

Fabrik yang digunakan sangat lembut dan tidak jarang. Jadi tidak perlu pakai inner atau legging.

Bahagian lace pada lengan pula terletak cantik dan ditaburkan sedikit manik menjadikan abaya ini tidak kelihatan terlalu kosong.

Jangan risau, bagi wanita yang menyusu badan anda tidak perlu susah-susah untuk menyelak dari bawah kerana terdapat zip bahagian tengah dada.

Malah, abaya ini juga mempunyai ciri wudhu friendly. Erti kata lain, wanita yang tidak menyusu pun boleh pakai abaya Anggelina Abaya ini.

LEEYANARAHMAN Klasiek Be Yours Abaya
mulai
RM249.00
Semak LEEYANARAHMAN Klasiek Be Yours Abaya harga dibawah:
add_circle Mempunyai cardigan dan tali pinggang
add_circle Nursing friendly
remove_circle Hanya mempunyai satu pilihan warna

Koleksi klasik abaya Be'Yours ini  direka khas untuk wanita kelihatan sopan dan trendy. 

Mengambil tema botanical classic membuatkan anda kelihatan elegan dan berkelas dengan cara anda sendiri.

Fabrik yang digunakan dari jenis chanel chiffon yang lembut dan sejuk apabila dipakai.

Walaupun mempunyai satu jenis warna iaitu pastel pink tetapi setiap set pembelian akan mendapat cardigan bersama tali pinggang yang matching dengan warna abaya anda.

Untuk ibu menyusu, anda tidak perlu risau kerana abaya ini mempunyai inner jenis long sleeve yang mempunyai zip dibahagian depan erti kata lain nursing friendly.

mulai
RM41.00
Semak Esolo ZANZEA Women Muslim Abaya Full Sleeve Double Layer harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita plus size
add_circle Harga yang murah
remove_circle kain yang nipis

Bagi sesiapa yang mencari abaya dengan kos rendah, abaya Esolo zanzea ini amat sesuai kerana harga setiap pembelian tidak sampai 100 ringgit.

Walaupun harganya yang murah tetapi jenis kain yang dipilih mempunyai kualiti yang tinggi iaitu 95% Polyester dan 5% Spandex.

Pilihan warna yang disediakan juga amat menarik antaranya navy, green dan pink.

Selain itu, abaya ini sesuai untuk dipakai ke majlis perkahwinan mahupun percutian.

Saiz abaya ini bermula dari saiz “S” hinggalah saiz “5XL”.

Jadi, abaya ini tidak menjadi masalah walaupun wanita berbadan besar memakainya.

Tips Untuk Menggayakan Abaya

Fesyen abaya ini berasal dari negara Arab Saudi, kemudian dengan perkembangan semasa abaya kini menjadi lebih menarik.

Malah, di sana pengantin sendiri akan memakai abaya sebagai baju sepersalinan mereka di pelamin.

Jika tidak, dahulu kalau abaya je mesti warna hitam dan sedikit lace dan manik. 

Tapi kini sudah berbeza kerana dimodenkan oleh pereka fesyen ternama bagi menampakkan abaya kelihatan lebih menarik.

Malangnya, ada diantara kita tersalah menggayakan abaya. Ada yang terdedah bahagian dada atau terselak bahagian bawah.

Jadi, tip untuk menggayakan abaya ini adalah pertama sekali seharusnya menutup semua aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jika ingin sedikit moden, letakkan saja lace, manik pada bahagian lengan, bawah atau hujung tudung mengikut kreativiti sendiri.

Kemudian pastikan cutting loose tidak mengikut bentuk badan. Jika badan bersaiz kecil, boleh ikat guna tali tapi longgarkan.

Bahagian tali tersebut, mungkin anda boleh gayakan lagi dengan mengikat reben dengan kemas supaya penampilan kelihatan lebih anggun.

Seterusnya, jika abaya anda menggunakan fabrik pleated atau sudah sarat dengan alunan kain, sebaiknya gunakan tudung plain. 

Elakkan tudung bercorak kerana akan membuatkan anda nampak lebih berserabut. 

Lagipun abaya berkonsepkan simpel dan anggun. Jadi tak perlu sarat dengan pelbagai corak dan motif.


Artikel Berkaitan

End of Article