Kini ramai yang ingin memilih washing machine tahan lasak atau saiz yang jimat ruang supaya keadaan bilik air tidak terlalu sempit dan kemas.
Apa yang menjadi masalah, ramai yang tidak tahu untuk memilih jenama mesin basuh front load terbaik.
Bukan apa, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan apabila memilih mesin basuh front load.
Antaran penggunaan sabun basuh baju untuk mesin front load supaya dapat mengurangkan penghasilan buih dan tidak melimpah terkeluar.
Jadi kami bantu anda senaraikan mesin basuh pintu depan terbaik dan harga washing machine yang sesuai untuk anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 16 Mesin Basuh Front Loader Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Walaupun harga mahal tapi puas hati sebab besar dan sistem teknologi yang canggih. Guna handphone pun boleh.
Ciri-ciri:
Mesin basuh keluaran Sharp ini mempunyai dua fungsi iaitu pencucian dan juga pengeringan.
Jangan risau, mesin basuh ini mampu membasuh dan mengeringkan pakaian anda tanpa merosakan kualitinya.
Selain itu, mesin basuh ini mempunyai kapasiti yang besar iaitu 10kg untuk pencucian dan 6kg untuk pengeringan.
Sesuai untuk keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai.
Menariknya lagi, mesin ini mempunyai sistem intelligent inverter dan intelligent sensor yang pastinya memudahkan lagi sesi pencucian.
Mesin ini juga dilengkapi dengan program Colour 15° untuk mengelakkan warna pada pakaian luntur.
Ukuran mesin ini adalah panjang x tinggi x lebar = 67cm x 87cm x 68cm. Agak besar!
Pastikan anda mempunyai ruangan khas untuk meletakkan mesin basuh front loader 10kg ini.
Akhir sekali, mesin ini mempunyai 2 tahun general warranty, 3 tahun panel warranty dan 10 tahun motor warranty dari Sharp Malaysia.
Review:
"Senang kerja cucian. Guna satu mesin untuk 2 kerja, basuh dan kering. Mantap!"
Model mesin basuh dan pengering LG ini boleh dijadikan pilihan buat anda yang mencari kapasiti mesin 8 kilogram.
Setanding dengan harga yang ditawarkan, mesin ini dilengkapi teknologi terkini LG iaitu AI Direct Drive.
Teknologi ini dapat mengesan berat muatan, jenis fabrik dan memilih proses cucian yang sesuai.
Manakala keringan pakaian pula dilakukan oleh Steam+™ yang mengering pakaian dengan baik sambil menghapuskan 99.9% alergen dari pakaian menerusi mod wap.
Fungsi yang menjadi kegemaran ramai, Wrinkle Care dimana dapat mengurangkan kedutan pada pakaian. Jadi ia dapat menjimatkan masa menggosok pakaian.
Menerusi sambungan WiFi pada washer dryer pula and boleh mengawal kitaran mesin dari aplikasi terkini LG, ThinQ™.
Mesin basuh front loader 8.5kg berjenama Samsung ini mempunyai teknologi AI control yang canggih.
AI control ini akan membasuh dengan sendiri pakaian anda dengan memberi cadangan kitaran pencucian serta memaparkan informasi ketika sesi pencucian.
Selain itu, mesin basuh ini juga boleh dipadankan dengan telefon pintar anda melalui Smart Thing Apps.
Hanya melalui telefon pintar, anda dapat mengawal kitaran cucian, merancang masa cucian serta mengenal pasti kerosakan mesin.
Tambahan pula, mesin basuh ini memiliki sistem auto dispensed dimana penggunaan bahan pencuci dan juga pelembut secara automatik dan optimum.
Menariknya lagi, mesin basuh berukuran 60cm x 85cm x 60cm ini dilengkapi dengan teknologi Hygiene Steam Cycle dan juga Eco bubble.
Hygiene steam akan melepaskan wap panas melalui bawah drum dan akan menyingkirkan 99% bakteria pada pakaian secara menyeluruh.
Manakala teknologi Eco Bubble pula menjadikan bahan pencuci terus menjadi buih supaya dapat menembusi fabrik sekaligus menghilangkan kotoran dengan lebih berkesan.
Produk mesin basuh front load keluaran Media mempunyai kapasiti 7kg sesuai untuk mereka yang berstatus bujang ataupun pasangan yang baru berkahwin.
Mesin ini lengkap dengan pengawalan suhu dan dispensari secara automatik untuk mengurangkan kedutan pada pakaian yang sudah dibasuh.
Menariknya lagi, mesin ini mempunyai sistem quick wash dimana dapat cuci pakaian dalam masa 15 minit sahaja. Jimat masa!
Bahagian sistem keselamatan pula, mesin basuh ini dilengkapi dengan sistem child lock.
Sistem ini untuk mengelakkan si manja anda daripada mengganggu ketika mesin basuh beroperasi.
Untuk ukuran pula, mesin basuh ini berukuran 59.5cm x 49.5cm x 85cm, sangat sesuai untuk ruangan bilik air yang kecil.
Jangan risau, mesin basuh ini mempunyai warranty selama 5 tahun untuk motor dan 2 tahun untuk general warranty
Mesin basuh Toshiba washer dryer ini dilengkapi dengan real inverter motor menjadikan mesin ini kurang mengeluarkan bunyi ketika beroperasi, lebih cekap dan lebih tahan lama.
Selain itu, tempoh masa pencucian juga menjadi lebih pantas dengan mengambil masa 12 minit sahaja.
Mesin basuh yang ada inverter ini mempunyai dua pilihan kapasiti iaitu 11kg dan 7kg dimana 11kg untuk sistem pencucian dan 7kg untuk sistem pengeringan.
Maksudnya, selepas proses pengeringan anda boleh terus melipat tanpa perlu menyidai. Mudah bukan?
Untuk ukuran pula, mesin basuh ini berukuran 59.5cm x 61.5cm x 85cm, sangat sesuai untuk ruangan bilik air yang kecil.
Ciri lain untuk mesin basuh ini juga tidak menggunakan knob butang sebaliknya mesin ini menggunakan LED digital pada bahagian control panel.
Mesin ini mempunyai warranty selama 10 tahun untuk kerosakan motor sahaja.
Mesin basuh jenama Bosch ini berkapasiti 8kg dan mempunyai program Eco Silent Drive yang sangat cekap tenaga dan beroperasi tanpa sebarang bunyi.
Menariknya lagi, mesin basuh ini memiliki Sistem Allergy Plus.
Sistem Ini menggunakan peringkat suhu yang lebih lama dan tambahan bilasan pada pakaian.
Sangat sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Tambahan pula, mesin ini juga dilengkapi dengan program Speed Perfect dimana 65 % masa mencuci dapat dijimatkan tanpa menjejaskan kualiti dan kebersihan pakaian. Sangat pantas!
Selain itu, mesin ini juga memberi jaminan terhadap motornya selama 10 tahun jadi tak perlu risau dengan ketahanan motor mesin basuh ini.
Mesin ini juga direka dengan rekaan AntiVibration yang menjadikan mesin ini stabil tanpa menghasilkan sebarang gegaran yang mengganggu ketika anda sedang melakukan perkara lain.
Ukuran mesin ini adalah panjang x tinggi x lebar = 59.8cm x 84.8cm x 59cm.
Mesin basuh yang ada inverter keluaran LG ini mempunyai teknologi 6 motion DD iaitu gerakan secara tumbling, rubbing, swing, rolling, compression dan beat.
Mesin ini pintar dalam mengawal kelajuan dan arah putaran serta dapat membasuh banyak pakaian tanpa merosakkan kualiti pakaian tersebut.
Penjimatan penggunaan tenaga serta beroperasi secara senyap dan tanpa getaran membuatkan anda selesa menggunakannya.
Apa yang menarik tentang mesin basuh ini adalah sistem Smart Diagnosis.
Sistem ini akan mengenal pasti kerosakan mesin dan memberi jalan penyelesaian secara terus melalui telefon pintar apabila anda menghubungkan talian khidmat pelanggan.
Jadi, anda tidak perlu untuk memanggil juruteknik apabila berlaku kerosakan. Sangat senang!
Ukuran mesin ini adalah panjang x tinggi x lebar = 60cm X 85cm X 55cm.
Mesin basuh Panasonic front loader ini dilengkapi dengan teknologi Auto Tub care dimana berfungsi untuk menyingkirkan pertumbuhan kulat dan bakteria dalam tub pencuci.
Selain itu, mesin ini juga memiliki 3Di Inverter yang beroperasi secara bijak dengan memaksimumkan prestasi mencuci dengan penggunaan tenaga secara optimum.
Tambahan pula, mesin ini mempunyai sistem Active Foam System dengan menghasilkan buih dari bahan pencuci supaya kotoran lebih mudah disingkirkan.
Ukuran mesin ini adalah panjang x tinggi x lebar = 59.6cm x 84.5cm x 6ocm.
Dengan saiznya yang agak besar membuatkan mesin basuh ini mampu memuatkan pakaian sehingga 11kg. Wow, comforter pun muat ni!
Akhir sekali, mesin ini dilengkapi dengan sistem Child Lock dan juga 3D Sensor.
Mesin basuh ini memberikan warranty selama setahun.
Dengan jaminan 10 tahun (motor) dan 2 tahun (am), anda harus mempertimbangkan untuk membeli mesin basuh front loader ini.
Bukan sahaja dapat menyingkirkan 99.9% alergen dan kuman, malah mempunyai motor eco inverter, vapour care, auto sense dan kunci kanak-kanak untuk tambahan keselamatan dan kemudahan penggunaan.
Dengan kitaran pantas yang boleh disesuaikan dengan jadual anda dan suhu yang boleh ditetapkan untuk menjaga fabrik yang berbeza, anda boleh merancang pencucian anda dengan mudah.
Dilengkapi dengan ciri-ciri mencuci seperti dispenser automatik, kawalan suhu automatik, dispenser sabun, dispenser pelembut, kitaran bilas tambahan, dan putar kering.
Reka bentuknya yang elegan dengan warna badan putih dan dimensi lebar 600 mm, tinggi 850 mm, kedalaman 575 mm sesuai dengan ruang dalam rumah anda.
Haier 2 in 1 Washer & Dryer HWD100-BP14959S8 adalah pilihan yang sempurna untuk kerja membasuh anda.
Dengan kapasiti 6 kg untuk mengering dan 10kg untuk membasuh, anda boleh menjimatkan tenaga dan masa.
Pengalaman membasuh yang senyap dan stabil serta kuasa mesin basuh yang efisyen.
Dilengkapi dengan teknologi BLDC Inverter, smart dual spray, drum yang lebih besar sebanyak 525mm, I-Refresh, dan Anti Bacterial Technology (ABT).
Jaminan 2 tahun untuk jenis umum, 3 tahun untuk PCB dan 12 tahun untuk motor.
Beli sekarang dan dapatkan pengalaman membasuh yang hebat dengan Haier Malaysia!
Mesin basuh dari jenama Hitachi ini mampu menampung 7kg untuk sekali basuhan, sangat sesuai untuk mereka yang duduk bujang atau baru saja mendirikan rumah tangga.
Bagi saiz mesin basuh front load ini tak makan ruang yang banyak, hanya 595mm (w) x 850mm (h) x 495mm (D).
Walaupun saiznya agak kecil tapi Hitachi BD-70CE mempunyai pelbagai sistem yang baik antaranya:
- Intelligent Sensor System Water Level.
- Sensor Water Temperature.
- Sensor Load.
- Sensor Revolution.
- Sensor Foam Detection.
- Sensor Washing Function Self Correction System.
Seperti mesin basuh yang lain, Hitachi BD-70CE boleh Auto Restart, Auto Power Off dan paling penting ada child lock.
Mesin basuh 2 in 1 Panasonic sangat sesuai untuk keluarga kecil dengan kapasiti mencuci 10kg dan kapasiti kering 6kg.
Dilengkapi teknologi dry hybrid yang mengeringkan pakaian tanpa mengecutkan fabrik dan Hygienic Drying yang boleh menghapuskan 99% bakteria serta alergen.
Menawarkan total hygiene care yang merangkumi pencucian sejuk, pencucian panas, pengeringan, dan auto tub care yang menjaga kebersihan mesin.
Ciri AI Smart Wash boleh mengesan cucian anda dengan bijak untuk memaksimumkan prestasi mencuci dan menjimatkan elektrik.
Terdapat 16 program untuk dipilih termasuk basuh harian, kapas, penjagaan bayi, bedding, active speed 38, dan StainMaster+ untuk sos berminyak, alergi dan lumpur.
Tambahan pula, terdapat kunci kanak-kanak, penjagaan tab auto dengan cahaya UV diaktifkan oleh Blue Ag+, Alpha Drum, sistem Active Foam, Active Speed Wash dan auto restart.
Dengan mesin basuh Panasonic, pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga selamat dipakai!
Mesin basuh dan pengering jenama LG yang menawarkan kapasiti 10kg untuk basuhan dan 6kg untuk pengeringan.
Mesin basun warna platinum silver dengan pintu kaca hitam tempered yang nampak menarik dan kawalan mudah menggunakan tombol putar atau sentuh.
Dengan motor AI DD yang canggih, operasinya lebih senyap pada 53dB sahaja dan boleh melindungi fabrik pakaian.
Fungsi Turbowash 360° memberikan cucian yang lebih menyeluruh manakala sistem 4way Spray mengoptimumkan penggunaan air.
Pilihan Steam 6 Motion membantu menghapuskan kedutan dan Teknologi Drying Eco Hybrid memastikan pengeringan yang cekap dan jimat tenaga.
Turut dilengkapi dengan pelbagai program basuhan seperti cotton, speed wash, mixed fabrik, allergy care, dan baby care.
Program pengeringan seperti Turbo Dry dan Shirt Dry juga disediakan.
Berkapasiti 12kg, mesin basuh front load LG dengan ciri keselamatan child lock ini memang sesuai untuk keluarga besar.
Dilengkapi 6 Motion DD untuk membasuh fabrik dengan lebih berkesan dan AIDD™ melindungi fabrik anda dengan lebih baik.
Ciri lainnya termasuk TurboWash™ 360 yang mengurangkan masa mencuci dan Steam+™ yang membantu mengurangkan kedutan.
Menawarkan pengalaman membasuh yang senyap dan cekap tenaga dengan penarafan Kelas Triple A.
Anda juga boleh mengawal mesin basuh dari aplikasi dalam telefon dan teknologi LG Inverter Direct Drive juga boleh menjimatkan bayaran bil bulanan.
Mesin basuh Haier ini boleh memuatkan 15 kg pakaian untuk cucian dan 1400 rpm untuk fungsi spin yang pantas.
Dengan motor BLDC, mesin basuh ini agak cekap dan boleh digunakan lebih lama.
Dimensi luarnya agak besar pada 701x630x985 mm, tetapi bersesuaian dengan saiz rumah moden.
Ciri utamanya termasuk panel sentuh skrin ikon yang mesra pengguna, drum super, drum clean, steam, cucian pantas, wave dram, ciri smart dual spray dan ciri keselamatan child lock.
Menggunakan teknologi ABT untuk menyingkirkan bakteria dan teknologi laser welding yang boleh melindungi tekstur fabrik.
Paling penting, boleh menjimatkan tenaga elektrik, jaminan motor 20 tahun dan boleh menghilangkan segala bau serta kedutan pada pakaian anda.
Nikmati jaminan selama 10 tahun untuk motor dan 1 tahun untuk keseluruhan mesin basuh dan pengering kapasiti 15kg/8kg.
Model F2515RTGB ini menjimatkan tenaga dengan teknologi LG Inverter Direct Drive dan 4 sensor pintar AI Direct Drive™.
Terdapat fungsi TurboWash™ 360 yang memendekkan masa membasuh dan ciri Steam+™ yang boleh mengurangkan kedutan dan menjadikan cucian lebih bersih.
Selain itu, sistem ezDispense™ mengagihkan detergen dan pelembut fabrik secara automatik.
Turut dilengkapi Motor BLDC Direct Drive yang mengurangkan bunyi bising, aplikasi LG ThinQ™ (WiFi), ciri keselamatan child lock dan fungsi Eco Drum Clean.
Apa Beza Front Load vs Top Load?
Mungkin ramai fikir, mesin basuh top load dan front load ni sama je tapi sebenarnya tidak.
Dua jenis mesin basuh ini ada perbezaannya. Jom kita lihat penerangan dibawah.
Front load mempunyai kelebihan yang tersendiri antaranya penggunaan jumlah air yang lebih optimum berbanding top load.
Selain itu, mesin basuh front load juga sesuai digunakan oleh pengguna yang memiliki badan yang kecil.
Ini kerana, pintu hadapan mesin front load mudah dibuka dan tidak memerlukan ketinggian seperti mesin basuh top load.
Penggunaan tenaga elektrik bagi mesin basuh front load juga sedikit berbanding mesin basuh top load.
Mesin basuh front load juga kurang mengeluarkan bunyi ketika proses pencucian pakaian berbanding mesin basuh top load yang agak bising kerana gegaran yang terhasil pada dinding mesin.
Malangnya, mesin basuh front loader memerlukan kos yang tinggi dan juga kepakaran jika berlaku kerosakan pada mesin basuh.
Selain itu, anda mungkin perlu menggunakan sabun sesuai untuk mesin basuh front loading.
Tapi jangan risau, mesin basuh front loader ni tahan lama berbanding mesin basuh top loader.
Ingin kami ingatkan mesin basuh front loader sering berlaku kebocoran air pada bahagian pintu hadapan kerana sesendal kemungkinan besar tidak tahan lama.
Apa pun, jom tonton video ringkas perbezaan dua mesin basuh ini.
Apa Yang Perlu Pertimbangkan Bila Nak Beli Mesin Basuh?
Mesin basuh merupakan peralatan rumah yang sangat penting kerana dapat memudahkan, menjimatkan masa dan tenaga untuk proses pencucian.
Tapi, membeli mesin basuh boleh menjadi satu cabaran kerana terdapat banyak pilihan di pasaran.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli mesin basuh:
1. Kapasiti
Memilih saiz mesin basuh yang sesuai dengan keperluan anda.
Jangan terlalu besar atau terlalu kecil, kerana jika anda berkeluarga besar.
Ini kerana boleh menyebabkan masalah kekurangan ruang untuk mencuci baju anda.
Jika anda tinggal sendirian atau bersama pasangan, mesin basuh kecil atau sederhana sudah mencukupi.
2. Jenis mesin basuh
Pertimbangkan jenis mesin basuh yang anda inginkan.
Mesin basuh jenis top loading biasanya lebih mudah digunakan dan lebih murah, tapi mesin jenis front loading cenderung lebih hemat air dan boleh memberikan pencucian yang lebih bersih.
3. Harga
Bandingkan harga mesin basuh dari pelbagai pengeluar sebelum membuat pembelian. Ini akan membantu anda mendapatkan mesin basuh yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
4. Fungsi tambahan
Perhatikan pilihan fungsi yang disediakan oleh mesin basuh yang anda ingin beli.
Pastikan ia mempunyai fungsi yang anda perlukan seperti pencucian cepat, pencucian perlahan, pengeringan cepat, dan sebagainya.
5. Ulasan pelanggan
Baca ulasan dan mengikuti nasihat dari orang lain yang telah membeli mesin basuh sebelum ini.
Serba sedikit dapat membantu membuat pembelian yang lebih bijak dan memastikan bahawa anda mendapat mesin basuh yang terbaik untuk keperluan anda.
Mesin Basuh Inverter Atau Non-Inverter?
Bagi anda yang tertanya-tanya apa itu inverter dan non-inverter, kami ada jawapannya!
Zaman teknologi semakin berkembang dapat menghasilkan mesin yang mampu memberi banyak kelebihan kepada pengguna.
Antaranya, mesin automatik dilengkapi dengan motor inverter dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan peningkatan kecekapan
Terdapat juga kelebihan lain, berikut merupakan senarai kelebihan mesin basuh inverter.
- Tahap bunyi dikurangkan semasa mesin basuh beroperasi.
- Dapat menyingkirkan getaran dan gegaran yang berlaku semasa mencuci, ini memastikan dan mengekalkan pengedaran kain yang lebih baik di permukaan dram.
- Mesin yang menggunakan motor inverter akan menggunakan tenaga yang optimum pada kelajuan yang dikehendaki.
- Mesin basuh motor inverter dapat memberi kelancaran cucian dan menjadikan pakaian lebih lembut.
- Motor inverter dapat menghasilkan daya putaran pada kelajuan tinggi. Ini membolehkan anda mendapatkan hasil cucian yang bersih dan hampir kering.
Kesimpulannya, belilah barangan elektrik yang mengikut peredaran teknologi supaya semua kerja harian anda dapat diselesaikan dengan mudah.
Kelebihan Mesin Basuh Front Load
Berikut adalah beberapa kelebihan mesin basuh front load:
- Lebih jimat air dan tenaga elektrik
Mesin basuh front load menggunakan kuantiti air dan tenaga yang lebih rendah berbanding mesin basuh top load. Ini membantu menjimatkan bil utiliti anda.
- Kapasiti muatan yang lebih besar
Dengan kapasiti muatan yang lebih besar, anda boleh membasuh lebih banyak pakaian dalam satu kitaran.
- Lebih lembut pada fabrik
Pergerakan berpusing mesin basuh yang perlahan mengurangkan geseran pada fabrik dan melindungi pakaian daripada menjadi lusuh dengan lebih cepat.
- Lebih senyap
Reka bentuk yang stabil dan seimbang menghasilkan operasi yang lebih senyap dan kurang bergetar berbanding mesin basuh top load.