Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
granite pot

14 Periuk Batu Granite Terbaik 2024 (Tahan Panas & Selamat)

Seronok masak pakai periuk batu granit ni, lauk pun cepat masak!

Kini periuk batu atau periuk batu granite telah menjadi rebutan ramai para suri rumah dan home cookers walaupun harga periuk mahal.

Rata-rata dari mereka wajib ada satu jenis periuk granite atau kuali batu granite sebagai koleksi peribadi dan juga kelengkapan memasak. 

Ada pelbagai jenis dan jenama periuk granite terbaik di Malaysia untuk anda dapatkan dengan mudah, dan tentunya anda mahukan jenama cookware yang selamat digunakan.

Periuk batu asli ini tahan suhu panas, jadi anda boleh memasak dalam jangka masa yang lama tanpa risau tentang pengalihan haba.

Tapi, anda perlu berhati-hati ketika membeli kerana terdapat periuk batu garnit yang diperbuat daripada bahan tiruan dan bukan original yang mungkin boleh menjadikan periuk granite bahaya.

Sebab itu penting untuk tahu jenis periuk yang selamat digunakan, sama ada jenis granite atau periuk ceramic, dapatkan kuali terbaik untuk kesihatan.

Apa kata anda pilih sahaja jenama kuali atau periuk non stick yang selamat, atau kuali yang selamat digunakan dari Shopee dan Lazada yang kami senaraikan dibawah.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Periuk Batu Granite Terbaik

Periuk batu (granite) terbaik secara keseluruhan
Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set
Russell Taylors
Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set CWS-7
From
RM199.99
Check Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set price below:
add_circle Hadir dalam satu set
add_circle Ketahanan granite yang ekstra
add_circle Jenis non-stick
remove_circle Stok terhad

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Set periuk dan kuali granite dari Russell Taylors menawarkan harga cukup rendah walaupun kualitinya tiada tandingan untuk pelbagai jenis masakan dan boleh dijadikan sebagai hadiah kahwin kepada teman-teman.

Ciri-ciri:

Produk ini datang dengan 1 set periuk 28 cm dan penutup kaca, 1 set pemanggang 26cm, 1 set kaserol 22cm dan penutup kaca, 1 set kuali goreng 20cm dan spatula serta sudu sup kayu setiap satu. 

Settle! Anda tidak perlu nak beli jenama lain sebab set periuk baru Russell Taylors semua dah untuk masakan berkuah atau bergoreng. 

Setiap dari produk periuk batu Russell Taylors memberi kepuasan memasak dengan kelebihan kualiti non-stick dan pemanasan haba yang cepat. 

Mempunyai lima lapisan alumunium yang tebal bagi memberi ketahanan produk serta selamat digunakan bersama dapur gas sehinggalah dapur elektrik. 

Rekaan setiap set periuk juga mempunyai pemegang yang teguh dan bawah periuk turut kukuh supaya tidak mudah tergelincir atau jatuh dari dapur. 

Review:

“Kemasan periuk batu yang berkualiti, berfungsi dengan baik dan tiada bahan masakan melekat pun! Harga cukup berpatutan, memang sesuai untuk dibuat hadiah kepada kawan atau ibu di kampung.”

Periuk batu granite 40cm
Corel-HG Kuali Granite 40cm
Corel-HG Kuali Granite 40cm
From
RM147.00
Check Corel-HG Kuali Granite 40cm price below:
add_circle Diameter 40cm
add_circle Sesuai untuk semua jenis dapur
add_circle Tahan lama & mudah dijaga
add_circle Murah
remove_circle Ada jenis kuali sahaja

Kuali batu jenama Corel-HG memiliki saiz yang besar ini sesuai untuk memasak rendang, mee kari, soto dan pelbagai masakan berkuah dalam kuantiti yang banyak.

Periuk batu granite berukuran 40cm ini merupakan antara kuali granit dijual pada harga yang cukup berpatutan. 

Periuk Corel-HG terbukti tidak melekat dan cepat panas kerana menggunakan lapisan coating dari die cast aluminium dan batu granite yang berkualiti tinggi. 

Tiada lagi masalah jika bahan tumis hangus atau daging melekat pada permukaan periuk kerana anda boleh mencuci dengan mudah tanpa merendam atau guna span kasar. 

Walaupun periuk Corel-HG tahan lasak tapi anda tetap dinasihatkan menggunakan senduk kayu atau silikon. 

Ini untuk mengelakkan menggunakan peralatan yang boleh merosakkan permukaan periuk.

Periuk batu granite casserole
Shogun Granite Plus High Casserole with Induction (28cm x 12.5cm)
Shogun Granite Plus High Casserole with Induction (28cm x 12.5cm)
From
RM268.90
Check Shogun Granite Plus High Casserole with Induction (28cm x 12.5cm) price below:
add_circle Ringan
add_circle Kualiti coating non-stick tahan lama
add_circle Jaminan 2 tahun
remove_circle Harga agak mahal

Jenama Shogun memperkenalkan periuk batu yang disalut sembilan lapisan coating bersama seramik dan batu granite.

Dimana untuk memastikan lapisan non-stick bukan sahaja berfungsi tahan lama tapi selamat digunakan untuk memasak apa jua resepi. 

Saiz periuk yang comel ini memiliki diameter 28 cm dan ketinggian 12.5 cm.

Saiz ini cukup untuk anda yang tinggal bujang atau untuk masakan berkuah yang ringkas. 

Selain itu, lengkap dengan penutup periuk jenis kaca, pemegang periuk heat-resistance dan bawah periuk yang sesuai digunakan untuk apa jua jenis dapur. 

Anda dinasihatkan untuk tidak memberus periuk dengan berus kasar atau berus dawai.

Warranty yang diberi selama 2 tahun tetapi tidak boleh tukar jika terdapat kesan calar atau melepuh akibat penggunaan yang agresif.

Periuk batu granite purba bebas kimia bahaya
Periuk Batu Granite Purba KayuHome
Periuk Batu Granite Purba KayuHome
From
RM175.00
Check Periuk Batu Granite Purba KayuHome price below:
add_circle Mempunyai penutup kaca
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Jaminan 1 tahun
add_circle Mudah dicuci
remove_circle Berat

Periuk batu granite purba dari KayuHome dikatakan menggunakan lebih banyak batu granite berbanding jenama lain. 

Ini menjadikan sebuah periuk tahan lasak dan boleh dipakai bertahun-tahun tanpa perlu ditukar.

Lapisan batu granite pada periuk diperbuat dari 100% granite premium dengan dua lapisan pada bahagian luar dan dalam periuk. 

Bagi memberi pengaliran haba yang baik serta permukaan periuk yang licin dan tidak melekat. 

Periuk ini juga telah mendapat kelulusan bagi isu keselamatan PFAO dan lulus sijil FDA.

Jadi anda boleh guna periuk diatas dapur gas dan gas induction dengan yakin. 

Menariknya lagi, periuk KayuHome mudah dicuci kerana tiada isu sisa makanan melekat. 

Hanya boleh sapu dengan tisu atau bilas dengan air bersih! 

Tunggu apa lagi, cepat add to cart periuk granite KayuHome sekarang!

Periuk batu (granite) 20 cm
Dessini Italy Granite Die Cast Aluminium Cookware Tool 20cm
Dessini Italy Granite Die Cast Aluminium Cookware Tool 20cm
From
RM32.90
Check Dessini Italy Granite Die Cast Aluminium Cookware Tool 20cm price below:
add_circle Tahan lasak, tahan calar
add_circle Mempunyai pilihan warna periuk yang menarik
add_circle Sesuai untuk semua jenis dapur
add_circle Mudah dicuci

Mencari periuk granite bersaiz comel 20cm? Anda boleh pilih dari jenama Dessini Italy ini. 

Periuk batu ini tahan lasak, tahan calar dan memberi aliran haba yang baik ketika memasak. 

Selain itu, diperbuat dari granite dan die cast aluminium dan hasilnya non-stick tahan lama tanpa perlu risau kesan makanan melekat.

Saiz periuk casserole 20cm ini sesuai untuk digunakan dengan ketuhar atau dicuci menggunakan dishwasher

Kedua-duanya selamat rekaan luaran periuk yang tahan panas.

Periuk batu granite besar
Uakeen Germany 28cm Die Cast Granite Shallow Casserole Cookware Pot With Lid
Uakeen Germany 28cm Die Cast Granite Shallow Casserole Cookware Pot With Lid
From
RM99.00
Check Uakeen Germany 28cm Die Cast Granite Shallow Casserole Cookware Pot With Lid price below:
add_circle Bebas toksik seperti PFOA
add_circle Lapisan non-stick
add_circle Sesuai untuk semua jenis dapur
add_circle Tidak mudah calar
remove_circle Berat (1.3kg)

Saiz periuk granite yang lebar dan rendah ini sangat sesuai untuk masakan tumis sayur, pasta atau hidangan berkuah pekat. 

Pada ukuran diameter lebar 28cm sangat memadai untuk masakan 2-3 orang makan. 

Malah dilengkapi juga dengan penutup kaca, memudahkan untuk anda terus hidangkan makanan didalamnya. 

Periuk granite yang dicirikan material premium sudah pasti memberikan pengalaman memasak yang sempurna. 

Suhu pemanasan dari dapur pada periuk dihasilkan dengan sekata menjadikan waktu memasak anda lebih singkat.

Ciri lain lagi, periuk ini anti-calar, bahan menumis tidak melekat, boleh dibasuh menggunakan dishwasher dan paling hebat tahan lama hingga anda boleh jadikan periuk ini sebagai periuk turun-temurun!

Tidak lupa juga periuk ini mempunyai pemegang pada kiri dan kanan periuk bagi memudahkan anda mengalihkannya.

Bagaimanapun, bahagian tersebut mudah terdedah dengan haba panas jadi anda perlu hati-hati untuk mengangkat periuk.

Periuk batu granite frying pan
Jeetee Marble Stone Non Stick Frying Pan with Lid Granite Die-cast Cooking Pan
Jeetee Marble Stone Non Stick Frying Pan with Lid Granite Die-cast Cooking Pan
From
RM49.00
Check Jeetee Marble Stone Non Stick Frying Pan with Lid Granite Die-cast Cooking Pan price below:
add_circle Lapisan non-stick
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Selamat, bebas bahan toksik
remove_circle Jaminan hanya setahun

Fry pan diameter 24cm ini wajib ada pada setiap dapur anda kerana sangat praktikal dan sesuai untuk membuat pelbagai hidangan goreng. 

Sebuah fry pan yang mempunyai 5 lapisan dengan ketebalan 4.5mm batu granite dimana dapat memastikan kawalan haba terjaga dan tahan lasak.

Dengan fry pan ini anda boleh membuat pelbagai hidangan sihat yang tidak memerlukan kuantiti minyak yang banyak serta selamat dari penggunaan bahan pembuatan toksik seperti PFOA atau PTFE.

Fry pan Jeete mudah dibersihkan kerana anda boleh mengelap kotoran hanya dengan kain lembap atau air biasa saja. 

Paling penting, tidak mudah berkarat dan tahan lama sesuai untuk anda yang kerap memasak.

Menariknya lagi, pemegangnya diperbuat dari kayu supaya tiada haba yang diserap, jadi anda boleh memegang handle fry pan dengan selesa.

Periuk batu (granite) tahan calar (resistant to scratches & carrosion)
iGOZO Gigantic Non-Stick Premium Granite Pot Set
iGOZO Gigantic Non-Stick Premium Granite Pot Set
From
RM199.00
Check iGOZO Gigantic Non-Stick Premium Granite Pot Set price below:
add_circle Saiz periuk besar, 24cm & 32cm
add_circle Anti-calar, anti-karat
add_circle Jaminan 2 tahun
add_circle Murah
remove_circle Tidak boleh digunakan atas dapur elektrik / induction
remove_circle Berat

2 set periuk besar dari jenama iGOZO ini merupakan periuk granite anti-calar dan sukar untuk mengelupas. 

Ciri istimewa periuk ini sangat kukuh sekaligus selamat digunakan diatas dapur gas kesukaan anda. 

Material periuk diperbuat dari batu granite Jerman, mesra alam dan bebas dari bahan toksik berbahaya. 

Kehebatan non-stick periuk ini membolehkan anda masak segala masakan tanpa melekat pada bahagian dasar. 

Ini kerana periuk ini diperbuat daripada teknologi salutan dari Jerman sebanyak 3 lapisan berturut-turut. 

Dengan ketebalan dasar periuk 4mm, dapat memberikan peralihan haba yang sekata dan konsisten. 

Ciri lain yang menarik perhatian dari periuk iGOZO ini ialah disertakan penutup periuk berkaca dan pemegang periuk yang tahan panas.

Periuk batu set granite
Carote IceCream Cookware Set (7 Pcs)
Carote
periuk granite carote
From
RM658.00
Check Carote IceCream Cookware Set (7 Pcs) price below:
add_circle Kurang minyak yang diperlukan
add_circle Selamat
add_circle Tahan lama
add_circle Tidak melekat
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Mahal
remove_circle Tidak selamat untuk ketuhar
remove_circle Tidak selamat untuk mesin basuh pinggan mangkuk

Setiap periuk granite jenama Carote ini dilengkapi dengan lapisan Maifan Stone ILAG non-stick yang diimport dari Swiss.

Lapisan ini memastikan makanan tidak melekat, mudah dibersihkan dan periuk anda tahan lama.

Bahagian dalaman periuk pula diperbuat daripada aluminium Die-Cast, bukan berpalang, memberikan reka bentuk yang bersih, ringan dan kukuh.

Manakala pemegang periuk ini juga selamat dan anti melecur, memberikan keselamatan tambahan kepada pengguna.

Dengan tapak bawah yang tebal sebanyak 4.5mm yang terbuat daripada komposit, periuk ini menyediakan taburan haba yang stabil semasa memasak dan cepat panas.

Selain itu, periuk ini sesuai untuk digunakan pada penggunaan induksi, gas, dan elektrik.

Bagaimanapun, set periuk batu ini tidak sesuai untuk digunakan dalam oven dan mesin basuh pinggan automatik.

Periuk ini telah lulus pemeriksaan FDA Amerika dan mendapat pengiktirafan SGS.

Paling penting, periuk ini juga bebas dari PFOA, menjadikannya pilihan yang selamat dan sihat untuk penggunaan harian. 

Produk batu set granite jenama ini sangat tahan lama dan tahan lasak dengan perlindungan 5-lapisan yang diperkuat dan tahan haus sehingga 50,000 kali penggunaan. 

Tambahan pula, periuk ini memerlukan sedikit minyak sahaja dalam memasak, jadi sangat sesuai untuk masakan sihat dan diet.

Periuk batu granite saucepan
Euroware Granite Non Stick Frying Pan With Glass Lid By Europlus (28 cm)
Euroware
euroware periuk granite
From
RM189.00
Check Euroware Granite Non Stick Frying Pan With Glass Lid By Europlus (28 cm) price below:
add_circle Penggunaan minyak sedikit
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Lapisan anti-lekat
add_circle Bebas PFOA
add_circle Selamat digunakan
remove_circle Tidak boleh dipanaskan jika kosong

Saiz periuk ini adalah 28cm dan lapisan permukaan periuk menggunakan bahan granit premium berkualiti tinggi serta teknologi lapisan non-stick Greblon C3 dari Weilburger Technology, Jerman.

Periuk ini mempunyai 5 lapisan batu granit non-stick dan bebas dari bahan PFOA serta memenuhi standard keselamatan makanan Eropah.

Kualiti pengaliran haba yang baik pada periuk ini akan membantu menjimatkan masa dan tenaga semasa memasak.

Permukaan hitam elegan pada periuk ini mudah dibersihkan dan pemegang kayu pada periuk ini tahan lama, tidak berkarat dan tahan terhadap kepanasan.

Periuk ini sesuai untuk digunakan pada dapur induksi, elektrik, seramik, gas, dan halogen.

Manakala, bahagian badan periuk diperbuat daripada aluminium die-cast yang lebih ringan dengan teknologi die-casting

Dengan ketebalan tapak bawah sekitar 4.5mm, periuk ini menyediakan taburan haba yang stabil semasa memasak dan cepat panas jadi anda hanya perlu menggunakan sedikit minyak semasa memasak.

Mulakan dengan api sederhana dan tukar kepada api kecil apabila periuk sudah panas dan jangan panaskan periuk yang kosong dengan api yang terlalu tinggi kerana boleh merosakkan lapisan periuk.

Periuk batu granite non stick
Innerwell Frying Pan Granite Non stick 10 Inch
Innerwell
Innerwell Frying Pan Granite Non stick 10 Inch
From
RM36.00
Check Innerwell Frying Pan Granite Non stick 10 Inch price below:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Jenis non-stick
remove_circle Perlu beli penutup secara berasingan

Kuali Innerwell Granite bersaiz 10 Inci diperbuat dengan lapisan granite jenis non-stick, serta juga bebas PFOA dan tidak beracun untuk keselamatan anda.

Ia dilengkapi tempat pemegang yang diperbuat daripada kayu yang akan memastikan anda mendapat cengkaman yang selesa dan kukuh.

Selain itu, tempat pemegangnya juga boleh dikeluarkan, membolehkan anda memasukkan kuali ini ke dalam oven atau microwave

Dilengkapi dengan tapak magnetic conductivity yang tinggi, periuk ini menjamin pengagihan haba yang sekata dan menjamin masakan anda dapat dimasak dengan sempurna.

Sama ada anda sedang menggorang telur untuk sarapan atau membakar steak, kuali ini sesuai dengan semua jenis dapur.

Periuk batu granite untuk grill
Shogun Granite Plus 28 x 28cm Non-stick Grill Pan
Shogun
Shogun Granite Plus 28 x 28cm Non-stick Grill Pan
From
RM189.00
Check Shogun Granite Plus 28 x 28cm Non-stick Grill Pan price below:
add_circle Bebas PFOA
add_circle Jaminan sehingga 24 bulan
add_circle Induction friendly
remove_circle Hanya untuk masakan panggang

Anda suka makan steak atau suka masakan panggang? Kalau ya, anda wajib dapatkan Shogun Granite Plus Non-stick Grill Pan ini.

Direka untuk ketahanan yang tinggi, kuali panggang ini mempunyai lapisan non-stick yang kukuh dan tahan lama, memastikan masakan anda mudah dikendalikan.

Kuali ini telah diuji dengan teliti dan ia mematuhi peraturan ‘food contact’ antarabangsa yang selamat, termasuk piawaian USFDA dan Eropah.

Sementara itu, ia mempunyai pengaliran haba yang sangat baik dan kecekapan tenaga dengan kuali grill ini hasil daripada bahan binaan khas. 

Dengan keupayaan memasak yang cepat dan reka bentuk yang mudah untuk dibersihkan, penyediaan makanan menjadi lebih mudah.

Dibuat dengan teliti, badan kuali ini mempunyai dasar berketebalan dari 4 hingga 4.5mm, memastikan pengagihan haba yang sekata.

Manakala lapisan dalaman dilapisi dengan Tritanium Ultra-Plus, enam lapisan anti-lekat yang diperkuat dengan seramik dan granite dari Switzerland.

Walaupun harga sedikit mahal untuk satu grill pan, tetapi kualiti yang ditawarkan amat berbaloi untuk dibeli.

Periuk batu granite flat pan
JEETEE Kuali leper Non Stick Pan Granite
Jeetee
flat pan
From
RM42.00
Check JEETEE Kuali leper Non Stick Pan Granite price below:
add_circle Eco-friendly
add_circle Boleh kurangkan penggunaan minyak
add_circle Tahan lama
remove_circle Tak sesuai masakan berkuah

Kuali dari jenama Jeetee ini bebas dari bahan kimia berbahaya seperti PFOA, APEO, Kadmium, dan Plumbum.

Ia memenuhi piawaian keselamatan makanan Eropah yang terketat.

Selain itu, lapisan batu yang mesra alam, GREBLON® C3+ dari Teknologi Weilburger Jerman, memastikan ketahanan yang terbaik dan masakan tidak melekat.

Kuali ini juga sesuai dengan semua jenis dapur, sama ada jenis induksi, elektrik, seramik, dan gas cooker

Tambahan lagi, ia tidak hanya tahan lama dan tahan haus, tetapi juga menawarkan jangka hayat perkhidmatan yang panjang.

Dengan bahagian bawah setebal 5mm, ia memastikan pengedaran haba yang stabil dan pemanasan yang cepat.

Bagaimanapun, ia lebih sesuai jika anda mahu memasak jenis masakan kering seperti roti canai, capati dan masakan yang tidak berkuah.

Periuk batu granite original set
BITOFI GERMANY Alula 8PCS Cookware Set Non-Stick Granite
Alula
Alula-Full-Set
From
RM169.00
Check BITOFI GERMANY Alula 8PCS Cookware Set Non-Stick Granite price below:
add_circle Cepat panas
add_circle Masakan tidak mudah melekat
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tiada pilihan saiz

Set periuk ini sesuai untuk pelbagai jenis dapur, termasuk dapur gas, halogen, seramik induksi, dan pemanggang induksi standard, jadi tidak kisah jenis dapur apa yang anda pakai.

Setiap item dalam set ini sesuai untuk digunakan dalam ketuhar dan microwave, serta boleh juga dimasukkan ke dalam dishwasher dengan selamat.

Selain itu, set periuk ini juga mesra alam dan mudah untuk dibersihkan kerana mempunyai lapisan non-stick.

Reka bentuknya juga agak fashionable dan sesuai untuk diletakkan di dapur rumah anda. 

Tambahan lagi, bahagian bawah periuk mempunyai reka bentuk penjimatan tenaga, memastikan pemanasan yang lebih cepat, pengedaran haba yang sekata, dan penjimatan tenaga yang lebih banyak.


Apa Itu Periuk Batu Granite

Periuk batu granite adalah sejenis periuk masakan yang dilapisi dengan lapisan non-stick menggunakan bahan asas granit.

Lapisan ini memberikan sifat anti-lekat pada permukaan periuk atau kuali, membolehkan masakan anda tidak melekat ketika dimasak.

Antara kelebihan lapisan batu granite adalah ia tahan calar dan juga tidak cepat haus walaupun sudah digunakan berulang-ulang kali.

Selain itu, ia juga mempu mengekalkan kestabilan haba dengan baik.

Walaupun disebut sebagai "granit," lapisan tersebut biasanya terbuat dari campuran partikel granit dengan bahan yang lain.

Periuk batu granite biasanya sangat mudah untuk dibersihkan dan tahan lama, menjadikannya pilihan yang popular di dapur untuk digunaka memasak pelbagai hidangan.


Kelebihan Periuk Batu Granite

Kenali kelebihan periuk atau perkakasan dapur dari batu granite baru anda akan terasa lebih berbaloi dan tahu cara menggunakan periuk granite.

  • Ketahanan non-stick

Periuk batu granite sangat bagus dengan dasar yang non-stick kerana dapat tahan lama dan tidak akan menyebabkan bahan makanan anda melekat. 

Lebih lagi, jika anda memasak daging stik, ayam atau menumis bahan kering. 

Bahan masakan anda tidak akan mudah hangus dan paling best, anda boleh guna kuantiti minyak yang sedikit.

  • Tahan lasak & tahan calar

Setiap salutan pada periuk ini memberi elemen kukuh dan tahan lama. 

Periuk batu granite mempunyai jangka hayat yang panjang kerana tidak mudah calar, berkarat mahupun kemek. 

  • Peralihan haba yang terbaik

Jika anda mahu singkatkan waktu memasak, periuk batu granite boleh bantu! 

Periuk ini bijak memberi peralihan haba yang sekata dan secara konsisten. 

Tiada cold spot pada periuk, jadi setiap masakan anda dipanaskan dengan baik sekali.

Malah konsep ini juga menjaga nutrient yang ada pada masakan anda. 

Erti kata lain anda boleh masak apa jua masakan dalam periuk ini tidak kira menumis, menggoreng atau merebus. 

  • Mudah dibersihkan 

Sifat periuk yang non-stick, membolehkan proses membersih dan mencuci periuk menjadi lebih mudah. 

Malah keadaan permukaan periuk yang licin juga tidak memerlukan anda menggosok periuk dengan kuat, cukup ekadar lap, sabun dan bilas dengan air bersih. 

  • Tidak merbahaya pada kesihatan 

Periuk dan alat memasak dari batu granite dijamin selamat untuk digunakan. 

Tapi, perlu diingatkan anda wajib selidik spesifikasi periuk terlebih dahulu.

Pastikan tidak mempunyai sebarang bahan toksik seperti kadmium, plumbum, PFOA dan PFTE. 

Apa pun, jom kita menonton video ringkas ini kenapa korang kena beli periuk batu granit original.


Artikel Berkaitan

End of Article