Antara peralatan yang penting dalam proses pertukangan adalah gerudi tangan atau cordless drill.
Ini kerana mesin ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh digunakan ketika bertukang, dan ia juga jenis portable drill yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Antaranya membuka dan mengetatkan skru, menggerudi kayu, membuat lubang pada permukaan konkrit dan banyak lagi.
Drill elektrik juga memang senang untuk digunakan walaupun untuk mereka yang baru dalam bidang bertukang.
Dengan penggunaan cordless drill ini juga dapat menjimatkan masa dalam proses pertukangan.
Tapi di pasaran sekarang terdapat banyak jenis jenama gerudi tangan yang anda mungkin tidak pernah dengar.
Pening juga nak pilih the best cordless drill di Malaysia ni kalau perlu pergi ke kedai dan melihat satu persatu.
Jangan risau, jom lihat senarai jenis drill cordless terbaik dan juga jenama cordless drill malaysia yang anda boleh gunakan di rumah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Cordless Drill Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Gerudi ini merupakan gerudi tahan lasak untuk pelbagai jenis kerja.
Ciri-ciri:
STANLEY merupakan antara jenama yang sangat dikenali dan dipercayai seluruh dunia kerana kualiti barangan mereka tahan lasak sehingga bertahun-tahun.
Drill ini mempunyai suis forward dan backward bagi memudahkan kerja membuka dan mengetatkan skru.
Turut menggunakan bateri Litium-ion 1.5mAh dan mempunyai perlindungan elektronik bagi mengelakkan bateri terbeban, terlalu panas, dan nyahcas.
Binaan yang compact dan tahan lasak, drill ini boleh digunakan dalam pelbagai proses dengan kapasiti chuck 10mm dan kelajuan tork 26Nm.
Kelajuan sehingga 1500rpm memastikan gerudi ini boleh digunakan untuk kayu (20mm) dan besi (10mm) tanpa apa-apa masalah.
Review:
“Memang senang guna drill ni walaupun saiz dia agak kecil. Memang tahan lasak, banyak kali guna pun tak ada masalah.”
Cordless drill Makita ini sesuai untuk anda yang ingin melakukan kerja menggerudi yang banyak kerana mempunyai 2 transmisi kelajuan untuk pelbagai aplikasi.
Dilengkapi dengan lampu kerja LED kembar dengan fungsi preglow dan afterglow, jadi tiada masalah untuk bekerja dalam keadaan kurang cahaya.
Selain itu, 18V cordless drill ini turut mempunyai Teknologi Perlindungan Ekstrim (XPT) yang direka bentuk bagi meningkatkan rintangan habuk dan air untuk kerja berat.
Drill ini mempunyai brek elektrik untuk keselamatan pengguna dan meningkatkan produktiviti secara maksimum.
Rekaan untuk drill ini juga sangat compact dan ergonomik serta dilengkapi dengan 18V bateri Lithium-ion.
Gerudi hentaman ini mempunyai 25+3 gear tork untuk anda pilih dan dilengkapi dengan bateri lithium ETP, memang selamat serta stabil untuk digunakan.
Turut mempunyai teknologi butang kawalan kelajuan pintar untuk menangani pelarasan kelajuan dengan sempurna dan lancar.
Terdapat juga lampu LED di bahagian hadapan untuk anda yang bekerja pada waktu malam atau di kawasan yang gelap.
Boleh menggunakan suis hadapan atau terbalik bagi memudahkan penggerudian dan pengekatan skru.
Drill ini menggunakan copper motor yang sangat rendah bunyi dan jimat tenaga jadi jangka hayat drill ini juga tahan lebih lama walaupun harganya rendah.
Drill ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis kerja pertukangan terutamanya untuk dinding.
Turut mempunyai berus karbon yang boleh ditukar sekaligus memanjangkan jangka hayat motor pada drill ini.
Selain itu, perlindungan sel elektronik juga diletakkan bagi memastikan bateri dan drill ini sendiri tahan lama dan tidak cepat rosak.
Juga mempunyai paparan LED yang akan berkelip sekiranya lubang telah ditebuk bagi melindungi pengguna dan juga mesin tersebut.
Seperti gerudi lain, suis hadapan atau terbalik juga disediakan bagi memudahkan kerja mengetatkan atau membuka skru.
Untuk anda yang hanya ingin melakukan kerja pemasangan dan pembukaan skru, drill skru ini memang sangat mudah untuk digunakan.
Mempunyai semua saiz slot termasuklah slot silan dan ada juga pemutar skru ketepatan untuk skru bersaiz kecil.
Rekaan unik gerudi ini membolehkan anda menggunakan satu tangan sahaja dengan suis yang memastikan anda menggerudi skru ke dalam atau keluar.
Sangat sesuai untuk digunakan di ruangan yang sempit dan mudah untuk kerja pemasangan perabot, pembaikan taman, pejabat, dan juga di rumah.
Menarik lagi, drill ini mempunyai 18 kelajuan yang boleh dilaraskan pada 1350rpm.
Dengan bateri 200mAH, gerudi ini mampu bertahan selama 60 minit!
Bagi anda yang inginkan cordless drill ala-ala jenama Bosch tapi harga rakyat marhaen, boleh beli gerudi tangan jenama 4S Professional ni.
Jadi perkara pertama yang anda perlu tahu tentang produk S112 cordless drill ini adalah bahagian motornya menggunakan teknologi Jepun iaitu Brushed Motor.
Teknologi Brushed Motor ini dapat memberi kuasa gerudi 1400rpm, sangat sesuai pada permukaan keras seperti kayu, dinding, seramik, skru dan lain-lain.
Tambah pula bahagian bateri menggunakan High 12V Li-ion yang mana bateri mampu bertahan lama walaupun memerlukan 1 jam untuk pengecasan penuh.
Ciri lain S112 cordless drill ini adalah stabil ketika anda menggerudi kerana bahagian pemegang menggunakan Ergonomic Soft Grip yang dapat memeberi keselesaan dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Jangan risau, setiap pembelian drill ini pembeli akan memperoleh 2 tahun warranty.
Rekaan alat tukangan Dewalt tahan lasak dan berkualiti tinggi sekaligus dapat berikan drilling yang kukuh serta tahan lama.
Alat ini juga menggunakan bateri Lithium-Ion yang cekap dan tahan lama kerana bateri jenis ini mempunyai hayat yang lebih panjang dan ketahanan yang baik.
Turut mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menebuk dinding atau memutar skru dalam pelbagai permukaan seperti kayu, logam, dan plastik jadi sesuai untuk pelbagai jenis kerja.
Menarik lagi, terdapat lampu LED build in dalam alat ini yang menerangi kawasan kerja anda semasa digunakan di tempat yang gelap atau kurang cahaya.
Jika anda mencari satu set alat yang menyediakan pelbagai fungsi dan sesuai untuk kegunaan profesional, Milwaukee M12 Essential Combo M12 FPP2A2-402X SA adalah pilihan yang baik untuk dipertimbangkan.
Kombinasi M12 Essential Combo ini juga direka untuk tahan lasak dan tahan lama, sesuai untuk kegunaan dalam industri atau projek-projek profesional.
Cordless drill ini menggunakan bateri M12, yang merupakan sebahagian daripada sistem bateri Milwaukee yang mempunyai keupayaan yang tinggi dari segi daya tahan dan prestasi.
Turut mengandungi beberapa alat penting seperti mesin gerudi berkuasa, mesin gerudi dawai, serta pengisar sudut menjadikannya set yang serbaguna dan sesuai untuk pelbagai jenis kerja.
M12 ini ringan dan mudah alih akan membolehkan anda bekerja dalam kawasan yang sukar dijangkau dan memberikan kebolehgerakan yang lebih baik semasa bekerja.
Untuk anda sedang mencari cordless drill yang berkualiti tinggi dengan pelbagai ciri, Dongcheng Hammer Driver Drill Brushless Motor Full Set menjadi pilihan yang baik.
Mesin ini dilengkapi dengan motor brushless yang lebih cekap, mempunyai jangka hayat lebih panjang dan menghasilkan lebih sedikit haba serta geseran berbanding motor bersepadu tradisional.
Motor brushless membolehkan alat ini memberikan prestasi yang lebih baik dan daya tahan yang lebih tinggi berbanding alat yang menggunakan motor konvensional.
Cordless drill ini juga berfungsi sebagai mesin drill biasa serta hammer menjadikannya sesuai untuk drill pada permukaan yang lebih keras seperti konkrit atau batu bata.
Dongcheng mempunyai rekaan ergonomik dengan pegangan yang baik dan button yang mudah diakses boleh menjadikan alat ini lebih selesa dan mudah digunakan.
Dengan motor brushless dan rekabentuk ergonomik, alat ini sesuai untuk kegunaan dalam industri atau projek-projek yang lebih besar.
BOSCH GSB 120-LI GEN 2 Profesional Cordless Impact Drill dikuasakan dengan bateri lithium-ion 12 volt, memberikan kekuatan dengan keupayaan torque yang hebat.
Dengan torque yang berpusing dari 14 hingga 30Nm, ia dengan mudah mengendalikan permukaan yang lembut dan keras, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi.
Dilengkapi dengan dua tetapan kelajuan, driller ini menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan kelajuan dalam setiap kerja anda.
Sama ada anda sedang melakukan drill pada permukaan yang lembut yang memerlukan kecermatan atau bahan yang agak keras dan kasar, kawalan kelajuan boleh diubah bagi memastikan prestasi optimum.
Kelajuan tanpa beban berputar dari 0 hingga 400rpm dalam gear pertama dan 0 hingga 1,500rpm dalam gear kedua, membolehkan kerja drill dan pemasangan yang cekap.
Beratnya pula hanya 0.9kg tidak termasuk bateri, membuat drill ini mudah untuk dipegang dan digunakan dengan selesa untuk untuk tempoh yang lama.
Akhir sekali, dengan kadar impak maksimum 22,500bpm dan keupayaan drill berputar dari 1.5 hingga 13mm, drill ini memberikan kuasa dan kerja menggerudi yang mengagumkan.
Tidak kira sama ada anda sedang bekerja pada kayu, keluli, atau batu, ia dengan mudah menembusi pelbagai bahan.
Samu Giken Cordless Drill Screwdriver dengan Bateri Li-ion dilengkapi dengan driver yang padat dan tanpa wayar, mempunyai cekam tanpa kunci 0.8-10mm yang mudah.
Ia juga membolehkan pertukaran mata drill dengan cepat dan mudah tanpa memerlukan alat tambahan.
Selain itu, dilengkapi dengan fungsi ke hadapan, ke belakang, dan kunci, serta 18 tetapan torque yang menawarkan kawalan yang tepat untuk pelbagai kegunaan.
Sama ada anda sedang drill lubang atau memasang skru, anda boleh menyesuaikan torque dengan tugas anda dan memastikan prestasi optimum.
Dikuasakan oleh bateri Lithium-Ion 12V / 16.8V yang boleh dipercayai, driller ini boleh digunakan dalam tempoh yang agak lama dengan masa cas hanya 3-4 jam.
Tambahan lagi, turut dilengkapi lampu kerja LED yang akan membantu anda jika perlu drill di kawasan gelap.
Drill Cordless elektrik ini mempunyai cekam yang mudah dan cepat ditukar, direka khas memastikan mata drill kekal kukuh pada tempatnya semasa operasi.
Selain itu, aksesori yang disertakan sesuai untuk pelbagai tugas pemasangan, termasuk skru perabot.
Dengan cas kabel USB yang boleh mengecas pantas, dan bateri lithium yang diperbaharui secara dalaman akan memastikan kuasa yang tahan lama.
Cukup cucuk kabel USB ke mana-mana port yang sesuai, seperti laptop atau pengecas kereta, untuk mengecas dengan cepat dan mudah.
Tambahan lagi, lampu LED di hadapan dan belakang yang lebih terang memudahkan anda semasa bekerja di ruangan yang gelap.
Dilengkapi dengan 48 mata skru termasuk mata drill, pemutar skru ini boleh mengendalikan pelbagai tugas, dari menggantung gambar hingga memasang perabot.
Total Li-ion S12 Cordless Drill dikuasakan dengan bateri lithium-ion 12V, membolehkan drill ini menggerudi dengan bagus dan juga melakukan tugas lain seperti memasang skru.
Dilengkapi dengan cekam berkapasiti 0.8-10mm, driller jenama Total ini membolehkan pertukaran mata drill dengan mudah, memastikan keserasian dengan pelbagai jenis mata drill.
Dengan kotak gear dua kelajuan dan pencetus kelajuan yang boleh diubahsuai, anda dapat dengan mudah menyesuaikan kelajuan dari 0-400/min ke 0-1500/min mengikut kesesuaian kerja anda.
Mempunyai 15+1 tetapan torque dan boleh capai maksimum 20NM, torque ini menawarkan kawalan yang tepat dan kuasa untuk kerja drill ke dalam pelbagai material.
Disebabkan ia kecil dan ringan, Total Li-ion S12 Cordless Drill selesa digunakan untuk tempoh yang lama, manakala reka bentuk ergonomik mengurangkan keletihan dan tekanan pada tangan dan pergelangan tangan anda.
Selain itu, Pengecas 220-240V yang disertakan memastikan pengecasan pantas dan cekap, dengan masa pengecasan kira-kira 2 jam.
Driller dari jenama Black & Decker ini direka dengan rekaan ergonomik yang baik, serta ringan bagi menjamin keselesaan anda semasa melakukan kerja drill.
Dengan voltan 12V dan kapasiti cekam 10mm, driller ini sesuai untuk tugasan menggerudi yang biasa, dari projek DIY hingga penyelenggaraan rumah atau taman.
Selain itu, ia mempunyai kelajuan variabel dari 0-900rpm dan tetapan torque 8Nm untuk permukaan lembut dan 16Nm untuk permukaan keras.
Dengan kelajuan tersebut, Drill ini sesuai untuk projek kayu dan logam.
Sementara itu, ia juga dilengkapi lampu LED yang boleh menerangi ruang kerja anda di kawasan atau ruang gelap.
Paling bagus, ia dilengkapi dengan kapasiti bateri 1.5Ah yang menawarkan masa penggunaan yang lama, manakala masa pengecasan hanya 1.5 jam.
Driller XTITAN ini merupakan sebuah driller 3 dalam satu yang membolehkan anda menukar antara mod driver, drill, dan hammer drilling seperti yang diperlukan.
Sama ada anda perlu deal dengan kayu, bahan tembikar, keluli, dinding, atau konkrit, driller ini boleh melakukan tugas drilling dengan mudah dan cekap.
Dilengkapi dengan motor tanpa berus bersama minyak organik dalaman, driller ini beroperasi secara cekap dan juga boleh sejuk secara sendiri.
Motor tanpa berus ini padat, tahan habuk, ringan, dan bebas penyelenggaraan, menyediakan lebih banyak kuasa dan jangka hayat yang lebih lama.
Sementara itu, dengan diameter drilling maksimum 26mm dan kelajuan penarafan 930rpm, driller ini memberikan prestasi yang mengagumkan untuk pelbagai penggunaan.
Dikuasakan oleh bateri lithium 988VF, driller ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk dicas penuh, dan kemudian boleh digunakan untuk masa yang lama.
Paling penting, reka bentuk ergonomik driller XTITAN ini memastikan anda dapat melakukan kerja drilling dengan selesa dan selamat.
Apakah Fungsi Cordless Drill?
Gerudi tangan mempunyai pelbagai fungsi seperti penggantian pemutar skru, lubang perintis, membuat lubang konkrit dan banyak lagi.
Kewujudan gerudi tangan serba sedikit dapat menjimatkan masa dan proses pertukangan dapat dilakukan dengan lebih lancar.
Boleh juga digunakan untuk membuat gergaji lubang untuk memotong tombol pintu, longkang, atau pili sinki.
Dah tahu fungsi gerudi, jom kita lihat video cara gerudi dengan betul dalam video berikut.
Apakah Jenama Terbaik Gerudi Tangan?
Sebenarnya bergantung pada keperluan dan penggunaan anda.
Kalau nak buat kerja pemasangan skru sahaja, anda tidak perlu beli gerudi yang mahal.
Cukup beli gerudi tangan yang spesifik fungsinya. Selalunya gerudi pasang skru yang bagus brand KEELAT dan APACHE.
Bagi kerja professional pula disarankan agar mengambil jenama cordless drill yang dipercayai ramai seperti BOSCH, Dewalt, Makita, dan STANLEY.
Tapi harus diingatkan jenama ini sedikit mahal mengikut model, set dan fungsi.
Bagaimana Cara Pilih Cordless Drill?
Cordless drill antara alat yang sangat penting untuk kebanyakan penghuni rumah dan pembina.
Tapi memilih gerudi tangan yang sesuai juga menjadi tugas yang agak mengelirukan sebab banyak sangat pilihan.
Naahh! Jangan risau, kami akan membantu anda memilih cordless drill terbaik.
-
Pertimbangkan kegunaan anda
Sebelum membeli, fikirkan tentang apa yang anda perlukan daripada cordless drill.
Adakah anda menggunakannya untuk projek kecil di rumah atau kerja-kerja yang lebih besar di tapak pembinaan?
Keperluan anda akan menentukan jenis cordless drill yang anda perlukan.
-
Kekuatan cordless drill
Jika anda hanya memerlukan drill untuk kerja-kerja ringan seperti memasang rak buku atau melekatkan hiasan dinding, boleh memilih cordless drill dengan kekuatan yang lebih rendah seperti 12V atau 14V.
Manakala, jika anda memerlukan drill yang lebih kuat untuk menebuk kayu keras atau bahan logam, pilih cordless drill yang mempunyai kekuatan lebih tinggi seperti 18V atau 20V.
-
Saiz dan berat cordless drill
Jika anda akan menggunakan drill untuk kerja-kerja yang memerlukan kecekapan, anda perlu memilih cordless drill yang ringan dan mudah untuk digunakan.
Saiz yang kecil juga boleh membantu anda mengakses ruang yang sempit atau sukar dicapai.
-
Ciri-ciri tambahan
Contohnya, lampu LED, ukuran chuck, mata gerudi, kunci magnetik dan lainnya yang boleh membuat kerja anda menjadi lebih mudah dan cepat.
Pastikan pilih drill yang mempunyai pengaturan kecepatan yang berbeza untuk memudahkan anda menyesuaikan kelajuan gerudi mengikut jenis kerja.
-
Jenama & harga
Kami nasihatkan anda memilih jenama cordless drill yang boleh dipercayai dan disertakan jaminan dengan harga sesuai mengikut bajet anda.
Apa Kelebihan & Kekurangan Cordless Drill?
Mari kita mula dengan kelebihan cordless drill.
- Sangat mudah digunakan kerana anda tidak perlu risau tentang kabel yang menghalang gerakan atau mencari soket untuk menyambungkannya.
- Sangat mudah dibawa ke mana-mana dan boleh simpan dalam kereta atau dimana-mana jadi tidak perlu bimbang tentang kabel yang panjang, berat atau tergelincir.
Selain itu, cordless drill mempunyai pelbagai fungsi dan alat ini boleh digunakan untuk membuat lubang pada permukaan kayu, besi dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, boleh mengendurkan atau memasang skru pada permukaan yang sama.
Anda juga boleh mengubah tetapan untuk kelajuan gerudi sesuai dengan kerja yang anda ingin lakukan.
Tapi kekurangan utama cordless drill adalah masa penggunaannya yang terhad bergantung kepada ketahanan bateri.
Anda perlu mengecas semula bateri gerudi elektrik ini dari semasa ke semasa dan memerlukan masa yang sedikit lama untuk fully charged sebelum menggunakan alat ini kembali.
Apa Beza Hammer Drill Dengan Impact Drill?
Hammer drill dan impact drill adalah dua alat drilling yang sering digunakan untuk kerja-kerja penggerudian, tetapi kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza.
Hammer Drill:
- Hammer drill adalah alat drill yang mempunyai fungsi khas untuk drill dalam bahan yang lebih keras seperti konkrit, batu bata, atau batu.
- Driller ini menggunakan mekanisme pemukul atau hentakan bertalu untuk memberi tekanan ke hadapan semasa drill. Ini membolehkan driller menembusi bahan dengan lebih efektif, terutamanya bahan yang keras.
- Hammer drill boleh dihidupkan dan dimatikan dari fungsi hammer, yang membolehkannya digunakan sebagai driller biasa apabila tidak diperlukan fungsi hammer tersebut.
Impact Drill:
- Impact drill juga dikenali sebagai driver drill atau cordless impact driver.
- Alat ini direka untuk memasang skru dengan cepat dan berkesan, terutamanya pada bahan yang lebih keras seperti kayu keras atau baja.
- Berbeza dengan hammer drill, impact drill tidak dirancang khas untuk drilling dalam konkrit atau batu. Sebaliknya, ia memberikan tekanan yang kuat semasa memasukkan skru ke dalam bahan, membantu tembus dengan lebih mudah.
- Impact drill juga dilengkapi dengan keupayaan mengetat atau membuka skru yang lebih baik, menjadikannya pilihan yang lebih sesuai untuk kerja pemasangan.
Walaupun kedua-dua alat ini sering digunakan untuk kerja drilling, hammer drill lebih sesuai jika anda perlu drill bahan keras seperti konkrit atau dinding rumah, manakala impact drill lebih sesuai untuk memasang skru pada bahan yang keras seperti kayu dan batu-bata lembut.