Cat minyak pada asalnya tak diminati kerana baunya yang agak kuat tapi sejak kebelakangan ni semakin ramai menggunakan cat minyak bahagian luar rumah.
Mungkin sangat sesuai digunakan untuk tempat yang terdedah dengan matahari dan keadaan cuaca yang lembab kerana dapat beri ketahanan yang lama.
Tambah pula cat minyak lambat untuk kering serta memberikan kemasan licin dan memantul cahaya membuatkan ramai yang gemar memilih cat minyak.
Jadi jom lihat beberapa jenis cat minyak yang anda boleh guna di pasaran sekarang.
Isi Kandungan
- Senarai 6 Jenis Cat Minyak
- Apakah Fungsi Cat Minyak?
- Cara Hilangkan Bau & Bersihkan Cat Minyak
- Artikel Berkaitan
Senarai 6 Jenis Cat Minyak
- Nippon Paint Platone High Gloss (1L)
- Dulux Inspire Interior (1L)
- KTH K-996 High Gloss Paint (5L)
- Seamaster ICON High Gloss Finish Paint (1L)
- SANCora Super King Gloss Paint (1L)
- Winsor & Newton Oil Paint
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
“Jenama yang dipercayai dan mempunyai pelbagai pilihan warna. Cat ini juga cepat kering berbanding cat minyak yang lain”
Ciri-ciri;
Cat Platone ialah enamel yang berasaskan alkyd minyak yang diubah suai. Sangat mudah digunakan pada pelbagai jenis permukaan.
Cat ini mudah membentuk filem cat yang licin dan keras sekaligus menawarkan kemasan berkilat dan ketahanan yang sangat bagus.
Bukan tu je, cat ini sangat sesuai untuk hiasan dan memberi perlindungan kayu dalaman dan luaran rumah.
Malah, pada permukaan logam juga boleh digunakan.
Tidak seperti cat minyak lain yang lambat kering kerana cat minyak Nippon Paint ini diformulasi dengan Platone yang mampu kering dalam masa yang singkat.
Selain itu, dapat membuatkan permukaan yang dicat tahan kulat.
Paling penting, cat ini tidak ditambah bahan berbahaya seperti plumbum atau merkuri. Memang selamat digunakan.
Review;
“Memang sangat cantik colour cat ni, dah macam bau perabot baru di rumah. Yang paling best cepat kering!”
Dulux Inspire Interior merupakan cat yang berkualiti tinggi dan tahan lama kerana menggunakan teknologi Chroma Brite.
Dimana teknologi ini untuk memastikan rumah anda kelihatan baru dan lebih segar untuk masa yang lebih lama.
Cat ini memberi kemasan kilauan yang licin dan memberi selaput permukaan yang baik.
Malah melalui teknologi yang digunakan, warna cat ini jauh lebih cerah berbanding cat biasa.
Antara kelebihan cat ini adalah bau yang tidak kuat jadi tak perlu pening ketika mengecat rumah.
Selain itu cat ini menggunakan bahan yang tidak mempunyai bahan toksik.
Maknanya tiada campuran merkuri (hg) dan plumbum (pb). Memang selamat jika terkan kulit.
Cat KTH merupakan cat kemasan yang memberikan permukaan berkilat berkualiti tinggi.
Car ini dirumus khas untuk memberikan pengeringan dan keras dengan cepat.
Sangat sesuai digunakan untuk permukaan kayu, logam, dan juga permukaan cat lama.
Bagi permukaan kayu, mestilah dalam keadaan kering dan dibersihkan dari kotoran, gris, atau bahan yang rosak terlebih dahulu.
Pastikan guna kertas pasir sebelum menyapu primer.
Bagi logam pula sama saja seperti mengecat kayu. Permukaannya perlu kering, bersih dari kotoran dan tidak melekat.
Jika terdapat karat pada permukaan logam, pastikan anda meratakan terlebih dahulu untuk hilangkan karat.
Seterusnya, permukaan cat lama. Bersihkan dan buang cat yang terkupas.
Pastikan permukaan tidak berkarat dan melekat sebelum memulakan proses mengecat.
Mudah bukan?
Cat Seamaster ini sesuai digunakan untuk dalaman dan luaran. Kelebihan lainnya lagi adalah mempunyai kemasan enamel yang tinggi.
Proses pengeringan juga agak cepat dan dan memiliki tekstur yang mudah rata. Sangat cantik apabila dicat di atas permukaan kayu.
Untuk memastikan kemasan berkualiti, permukaan kayu mestilah kering dan bebas dari kotoran dan bahan cemar yang lain.
Disarankan agar bersihkan debu terlebih dahulu sekiranya ada. Terdapat juga beberapa tahap pengeringan sebagai rujukan anda:
- Touch Dry: ≤ 30 minit
- Hard Dry: ≤ 5 jam
- Recoating: ≥ 5 Jam
Cat SANCora menggunakan rumusan yang memastikan cat sentiasa cantik dan berkilat pada permukaan besi.
Tahan kulat dan tahan kotoran, jadi tak perlu risau dengan keadaan cat anda dalam tempoh yang lama.
Sesuai untuk semua cuaca, cat ini juga mempunyai salutan dan lekatan yang tinggi. Erti kata lain, memang jimat.
Untuk gunakan cat ini anda perlu kacau dengan sebati dan boleh guna dengan berus, roller atau semburan. Tidak perlu proses penipisan.
Cuma untuk menjaga peralatan anda, pastikan bersihkan dengan serta merta selepas proses mengecat.
Cat minyak untuk lukisan datang dalam bekas tiub kecil. Jebama dari Winsor & Newton mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik.
Anda juga boleh mencampur warna tersebut antara satu sama lain untuk dapatkan tona warna yang lebih cantik.
Ditambah pula konsistensi yang licin, memang sangat sesuai untuk bereksperimen dengan teknik berus yang berbeza.
Memiliki tekstur yang mudah dicampur dengan medium membuatkan cat ini sangat sesuai untuk beginner dan artis profesional.
Reka bentuk tiubnya pula berkualiti tinggi bagi memastikan tiada tumpahan atau kemalangan berlaku ketika melukis.
Apakah Fungsi Cat Minyak?
Terdapat dua fungsi utama untuk gunakan cat minyak;
1) Cat akan kelihatan lebih kemas dan memberikan kelicinan yang memantulkan cahaya.
2) Menghasilkan tekstur yang mengeras selepas kering.
3) Memberi perlindungan untuk bahan yang telah disapu. Misalnya, jika anda tekan permukaan cat minyak dengan kuku, pasti kurang kesannya berbanding cat biasa.
Cara Hilangkan Bau Dan Bersihkan Cat Minyak
Terdapat beberapa cara untuk bersihkan cat minyak di beberapa permukaan.
Untuk bahagian tangan dan baju, gosok sedikit saja minyak petrol atau minyak tanah.
Untuk permukaan berus pula guna thinner pun sudah memadai.
Seterusnya, bagi menghilangkan bau pula memang tiada cara lain selain membuka semua tingkap rumah dan kipas. Penggunaan aircond tidak digalakkan untuk beberapa hari.
Ada yang nasihatkan untuk meletakkan barang yang menyerap bau seperti arang dan serbuk kopi.
Malah, ada juga yang mengatakan untuk gunakan hirisan kulit lemon dan limau nipis.