Fesyen

10 Jenis Baju Kurung Moden Terkini 2026 (Batik, Cotton, Lace)

Berikut merupakan fesyen baju kurung moden terkini, murah & sesuai untuk pelbagai saiz. Boleh digayakan untuk ke majlis atau perayaan hari raya.


Editor · Updated 5 Apr 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Jenis Baju Kurung Moden Terkini 2026 (Batik, Cotton, Lace)

Baju kurung menjadi pakaian tradisional rakyat Malaysia dan sering dipakai apabila terdapat majlis keraian atau majlis rasmi.

Disebabkan peredaran zaman selari dengan fashion industry, terdapat perubahan dalam rekaan baju kurung.

Kandungan

Terlalu banyak koleksi fashion baju kurung moden terkini telah diolah sampai pening nak fikir design mana yang nak dijadikan pilihan.

Jom kita tengok style mana yang sesuai untuk anda pakai sempena hari raya kali ini.


Isi Kandungan


10 Baju Kurung Moden Murah

Baju Kurung Pahang Moden
Baju Kurung Pahang Moden 1 daripada 10
Baju Kurung Pahang Moden
Partnership with
Dari RM38.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak ketat dan selesa
Nampak lebih kurus dan ramping
Mudah nampak kedutan pada baju

Sebab menjadi pilihan utama:

“Suka dengan design simple tapi elegan buat raja sehari mengayakannya pada hari bahagia. Malah design ini selesa dipakai sepanjang hari,”

Ciri-ciri:

Baju kurung pahang moden sekarang ini famous di kalangan bakal pengantin kerana kelihatan elegant dan ayu terutama buat bakal raja sehari. 

Design asalnya hanya kain bercorak kosong dihiasi dengan selendang. Begitu selesa dengan saiznya, yang lebar dan besar dibawah. 

Kebiasaannya, materials kain yang digunakan untuk baju kurung pahang moden ini adalah silk atau materials kain yang keras agar rekaannya terbentuk lebih kemas. 

Ditambah pula dengan gabungan brocade materials, lace, menambahkan lagi kecantikan si pemakai.

Review:

Sangat sesuai untuk digayakan semua peringkat umur dan menjadikan anda kelihatan lebih kurus.

Baju Kurung Kedah Moden
Baju Kurung Kedah Moden 2 daripada 10
Baju Kurung Kedah Moden
Partnership with
Dari RM9.74
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Selesa
Selesa untuk semua majlis
Bukan jenis cotton
2 lagi
Tidak perlu di gosok
Sedikit panas

Design sebenar baju kurung kedah adalah bersaiz besar dan tidak mempunyai shape pada baju. 

Tapi untuk kurung kedah moden, mempunyai shape atau pesak. Kainnya pula kain sarung menjadikan pattern baju ini kelihatan moden.

Kebiasaanya baju kurung kedah ini dibuat dari kain cotton dan rekaan asalnya berlengan 3 suku.

Selepas dimodenkan, rekaan bahagian lengan baju kurung kurung kedah berlengan panjang. 

Design kelihatan lebih simple, nampak gadis kampung ayu! Memang sesuai untuk majlis atau sambutan hari raya.

Baju Kurung Moden Lace
Baju Kurung Moden Lace 3 daripada 10
Baju Kurung Moden Lace
Partnership with
Dari RM12
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kelihatan elegan
Kemas dan selesa
Mudah tersangkut dengan benda tajam
1 lagi
Lace boleh tercarik.

Lace merupakan salah satu hiasan tambahan yang famous untuk baju kurung dan boleh dikatakan penyeri pada baju kain kosong.

Gabungan corak yang unik dan dipadankan dengan base baju kurung yang plain menampakkan lagi baju kurung kelihatan eksklusif.

Terdapat pelbagai cara lace ini digayakan, ada yang hanya menghias pada bahagian lengan, leher, bawah baju atau seluruh baju.

Full lace pada baju hingga kain juga menjadi pilihan ramai. 

Tip untuk gayakan kain lace ini adalah match dengan kain lembut dan nipis dan buat fully lace.

Baju Kurung Moden Kain Pleated
Baju Kurung Moden Kain Pleated 4 daripada 10
Baju Kurung Moden Kain Pleated
Partnership with
Dari RM69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Stylish looks
Tidak mudah berkedut
Tebal dan sedikit berat
1 lagi
Ironless

Baju kurung pleated ini boleh dikatakan baru untuk baju kurung. Biasanya dipadankan dengan baju yang singkat dan kain jenis pleated creep.

Kain pleated ini terdapat beberapa jenis kain duyung yang ala-ala princess dan straight cutting lebih simple

Jika anda ingin pilih baju jenis kain pleated, pilih materials dari chiffon atau silk kerana tekstur kain lembut dan selesa bila dipakai.

Apa yang menarik dengan kain pleated ini, anda tak perlu gosok. Bila basuh tu hanya perlu jemur, gantung dan pakai. Jimat masa!

Baju Kurung Batik
Baju Kurung Batik 5 daripada 10
Baju Kurung Batik
Partnership with
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah dan cantik
Mudah didapati pada pasaran
Tidak sesuai untuk majlis keraian seperti nikah, bertunang

Baju kurung batik merupakan koleksi kebangsaan dan mempunyai design sangat eksklusif kerana dibuat menggunakan hasil kerja tangan manusia bukan mesin.

Jadi, tidak hairanlah harganya sangat mahal kerana hasil kerja seni tersebut. 

Tapi kini terdapat corak batik yang dicorakkan menggunakan mesin dan harganya pula murah.

Disebabkan itu, sekarang dah ada baju kurung cotton batik viral yang mempunyai corak klasik dan digabung menjadi baju kurung.

Jangan risau, harga berpatutan dan sesuai untuk dipakai pada semua jenis majlis. 

Baju Kurung Moden Songket
Baju Kurung Moden Songket 6 daripada 10
Baju Kurung Moden Songket
Partnership with
Dari RM8.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Printed materials lebih murah
Cantik dan elegan
Berat
1 lagi
Panas

Songket terkenal dengan kesenian corak dan materials kain yang mewah kerana songket satu-satunya baju yang mengekalkan keaslian melayu tradisional.

Selain dari melambangkan kemewahan, corak songket kebiasaannya bermotifkan floral, fauna yang dihasilkan dari tenunan. 

Itulah punca harganya sedikit mahal dan berbaloi jika anda sukakan gaya klasik moden. 

Songket ini boleh digayakan dengan pelbagai design seperti kurung moden, kurung pahang dan antara design yang sering dipilih. 

Kain pula direka sarung atau kain kipas. Bayangkan! Anda kelihatan bergaya dengan dengan tenunan songket asli klasik.

Baju Kurung Kelawar Moden
7 daripada 10
Baju Kurung Kelawar Moden
Partnership with
Dari RM69
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kain lembut, ringan, tidak panas
Menampakkan badan kurus
Kain sedikit jarang
1 lagi
Sesuai untuk semua jenis bentuk badan

Siapa sangka kini baju kelawar atau kaftan boleh digayakan dalam majlis.

Mungkin disebabkan speksifikasi bagi baju kurung kaftan ini selesa, sesuai untuk semua saiz badan dan rekaannya mementingkan keselesaan si pemakai. 

Sama seperti suri rumah yang memilih untuk memakai kaftan. Walaupun begitu, anda masih kelihatan cantik manis apabila memakai baju kurung kelawar ini. 

Paling penting, sesuai digayakan dari semua jenis saiz bentuk badan. 

Materials pula, untuk nampakkan kesan flowy yang cantik, anda perlu pilih materials jenis chiffon, silk, dan satin.

Jom bergaya dengan baju kurung kelawar!

Baju Kurung Cotton Moden
8 daripada 10
Baju Kurung Cotton Moden
Partnership with
Dari RM15.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kelihatan lebih ayu
Baju yang simple tetapi kemas cantik
Materials kain yang mudah berkedut
1 lagi
Sukar untuk di iron

Baju kurung cotton ini merupakan pilihan utama kaum hawa untuk bergaya lebih simple dan membuatkan si pemakai kelihatan lebih ayu. 

Rekaan baju ini selesa dan sangat sesuai untuk dijadikan pakaian harian untuk ke tempat kerja. 

Kain jenis cotton ini boleh mempunyai pelbagai jenis corak dan yang paling popular adalah corak bunga kecil dan kain jenis kosong.

Jangan risau, materials kain jenis sejuk cuma memerlukan sedikit masa untuk iron dan mudah berkedut. 

Apapun, ini adalah pilihan tepat jika anda sukakan sesuatu yang simple dan ayu.

Baju Kebaya Moden
9 daripada 10
Baju Kebaya Moden
Partnership with
Dari RM149.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menampakkan badan kelihatan ramping
Sesuai untuk majlis-majlis keraian
Kebanyakkan jenis ketat

Baju kebaya merupakan baju tradisional dan rekaanya mengikut tubuh badan si pemakai.

Kebanyakan materials kain ini adalah jenis cotton batik yang bersulam dan mempunyai bermanik. 

Jika dipadankan dengan kain batik, automatik akan nampak elegan.

Pakaian ini sesuai untuk dipakai di majlis-majlis keraian.

Baju Kurung Moden Kanak-kanak
10 daripada 10
Baju Kurung Moden Kanak-kanak
Partnership with
Dari RM12
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kain jenis Cotton Jackquard.
Mempunyai lace
Lace boleh menyebabkan tersangkut

Si cilik juga perlubergaya di pagi raya dan baju kurung moden ini adalah pilihan ramai.

Pastinya si ibu akan memilih baju kurung yang simple dan tidak panas.

Maklumlah, si kecil akan melasak, jadi bila ada baju yang jenis berfesyen. Memang mereka cepat rimas. 

Tapi jangan risau baju kurung moden ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis aksesori seperti lace tambahan pada bahagian tangan, bawah kain.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation