Penggunaan blender kadang-kala tidak sesuai untuk mengisar bahan makanan keras atau dalam kuantiti banyak.
Jika anda sering mengisar bahan seperti kekacang atau ais dalam jumlah besar, blender jenis heavy duty diperlukan.
Untuk perniagaan F&B, penggunaan blender heavy duty yang bagus amat digalakkan kerana kekuatannya yang tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan kerap.
Terdapat banyak pilihan heavy duty blender dengan harga berpatutan dari pelbagai jenama heavy duty blender Malaysia.
Kami kongsikan senarai jenama blender heavy duty terbaik dan harga blender untuk kegunaan di dapur rumah atau di kedai makan, termasuk mesin kisar ais yang sesuai.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Jenama Blender Heavy Duty Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Blender jenama Toshiba ini telah terjual lebih ribuan unit di Shopee, jadi tak hairanlah jika kini semakin menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Ciri-ciri:
Walaupun mesin ini dikategorikan blender heavy duty mahal tapi mempunyai pelbagai fungsi yang memuaskan.
Malah, blender ini boleh digunakan untuk mengisar makanan sehingga menjadi bubur, jadi anda tak perlu susah payah lagi untuk menumbuk.
Diperbuat dengan bahan selamat makanan, termasuk jar bebas BPA dan dilengkapi dengan pisau jigsaw 6 bilah keluli tahan karat yang meningkatkan kelajuan blender.
Seperti blender heavy duty yang lain, mesin Toshiba ini boleh mengisar bahan untuk membuat ais krim, jus, dan smoothie.
Bilah boleh tanggal untuk memudahkan pembersihan.
Paling penting, dilengkapi dengan kawalan kelajuan dan fungsi pulse yang bagus di mana anda boleh pilih kelajuan yang paling sesuai untuk bahan makanan anda.
Review:
"Dah cuba buat minuman yogurt dan smoothie, hasilnya memang terbaik. Ternyata ais menjadi hancur dan halus. Nak buat kasar boleh, halus pun boleh. Bahagian tapak pun sangat kukuh."
Berjaya meraih sehingga hampir lima ribu jualan di Shopee, jenama blender terbaik untuk pelbagai fungsi ini memang direka untuk ibu rumah tangga yang gemar memasak bermacam jenis juadah untuk seisi keluarga.
Selain boleh diguna untuk mengisar bahan kering dan buah-buahan untuk smoothies, pengisar ini juga mampu mengisar daging dan sup panas.
Paling bagus, produk jenama Imbaco ini boleh membantu anda untuk berniaga minuman seperti susu soya dan jus buah segar.
Malah, dengan kapasiti jag sebanyak dua liter juga memang lebih daripada cukup jika anda mahu menyediakan makanan untuk keluarga besar.
Turut tahan lasak kerana dilengkapi dengan motor berkuasa 2200W dan bilah pengisar pula jenis stainless steel.
Ketajamannya pula mampu menghancurkan bahan makanan termasuk ais.
Blender Imbaco juga tak mudah tergelincir walaupun diletakkan di kawasan basah sebab mempunyai kaki getah di bahagian bawahnya.
Anda gemar buat dessert namun tidak memiliki mixer? Jangan risau, produk jenama Silver Crest ini pula sesuai untuk mereka yang sering membuat pemanis mulut.
Pengisar ini boleh digunakan untuk mencampurkan bahan secara kisaran. Sup dan susu soya juga boleh dibuat dengan alat ini!
Blender ini mudah dicuci dengan hanya perlu tambahan setitik sabun pencuci pinggan dan air suam, kemudian tekan butang dan mesin pengisar ini akan dicuci dalam masa seminit tanpa perlu menyental dengan tangan.
Tambahan lagi, alat ini turut mampu mengisar ais, jadi penggunanya boleh buat minuman sejuk kegemaran sendiri di rumah.
Jadi jika anda berjinak nak berniaga minuman jus atau smoothies tiada masalah kerana pengisar Silver Crest memang direka juga untuk digunakan di restoran atau perniagaan minuman jus buah.
Uniknya lagi, jag pengisar ini pula dibuat dengan bahan tanpa BPA di mana ia selamat digunakan oleh seisi keluarga.
Bahagian penutupnya juga boleh dibuka separuh ketika kerja-kerja mengisar dijalankan, jadi anda boleh tambah kuantiti bahan ke dalam pengisar bila-bila masa.
Dengan berat produk 3.5 kilogram, pengisar tahan lasak daripada Khind ini akan membantu anda untuk mengisar bahan makanan yang keras seperti kacang dan ais.
Jadi, memang berguna untuk membuat jus buah atau ice blended seperti frappe. Lepas ini, tak perlu lagi ke kafe atau restoran untuk menikmati minuman kegemaran.
Selain itu, blender ini dilengkapi dengan fungsi pulse dan pilihan pemasa (timer) di mana fungsi ini akan membolehkan anda untuk tidak perlu berada di sisi pengisar ketika sedang digunakan.
Anda hanya perlu tetapkan masa pengisaran yang diingini dan akan berhenti secara automatik.
Malah, dengan kaki jenis anti gelincir pula, mesin pengisar ini akan lebih stabil dan tidak akan tergelincir dengan mudah walaupun ia diletakkan di atas permukaan yang basah.
Uniknya lagi, alat bantu memasak ini mampu mengisar bahan pemanis mulut sejuk untuk membuat ais krim, jadi anak-anak anda juga boleh makan aiskrim yang dibuat sendiri.
Nak kisar sup panas dan susu soya pun tiada masalah kerana poduk Khind ini memang selamat untuk seisi keluarga kerana diperbuat tanpa bahan BPA.
Blender heavy duty Butterfly merupakan antara yang bagus kerana direka khas untuk semua termasuklah yang mempunyai keluarga yang besar.
Malah, individu yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan juga digalakkan mendapatkan produk ini kerana mempunyai kapasiti 2.5 liter dimana dapat menyiapkan menu yang dipesan oleh pelanggan dalam masa yang singkat.
Tambah pula, blender heavy duty ini mampu mengisar makanan yang berempah misalnya mengisar cili kering untuk dijadikan untuk pes cili.
Dilengkapi dengan motor berkuasa 1500W, memang boleh dikatakan blender tahan lasak.
Waranti pula selama setahun jadi anda boleh menggunakan alat pengisar ini tanpa sebarang kerisauan.
Mesin ini multifungsi kerana dapat berfungsi untuk mengisar buah, ais dan juga menjadi pemukul telur untuk membuat dessert.
Selain itu, mesin ini mempunyai fungsi suis kawalan automatik dan suis tetapan masa untuk ciri keselamatan pengguna.
Mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa turut disarankan untuk memiliki alat blender heavy duty Aicook sebab boleh mengisar makanan bayi seperti puri.
Menariknya lagi, bahagian penutup blender jenis ini boleh dibuka separuh untuk menambah bahan lain pada bila-bila masa.
Blender Homelux ini dapat memberi anda pengalaman memasak yang memuaskan dan lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan seperti suis keselamatan yang memastikan motor blender berfungsi jika jag telah diletakkan dengan sempurna.
Tambahan pula, mesin ini mempunyai fius perlindungan overheating di mana dapat melindungi motor daripada terbakar.
Blender heavy duty ini juga mendapat kelulusan SIRIM, oleh itu pengguna tidak perlu gusar dan bimbang ketika menggunakan mesin ini.
Dengan kuasa 1100W dan enam bilah stainless steel, pengisar makanan Homelux bukan sahaja sesuai untuk membuat jus buah atau menghancurkan ais tapi sangat berguna untuk menyediakan sambal cili, susu soya buatan sendiri dan sup labu.
Menariknya lagi, jag pengisar mampu bertahan dengan suhu yang serendah -40 sehingga 120°C.
Jangan risau, mesin ini mempunyai tapak jenis anti gelincir pada bahagian bawah pengisar dan dalam masa yang sama dapat membuatkan alat ini lebih stabil dan tidak mudah bergoyang ketika sedang digunakan.
Alat dapur ini akan bantu anda menghancurkan ais, membuat smoothie, mengisar buah-buahan, sayuran, kacang, kopi, daging, membuat makanan pencuci mulut dan sebagainya dengan mudah.
Dengan menggunakan teknologi pisau asli Jepun, blender ini sangat tahan lama dan tahan lasak.
Motor blender ini menggunakan teknologi asli Jerman dan direka untuk menyejukkan motor dengan cepat.
Dilengkapi dengan peranti keselamatan yang menghentikan operasi blender secara automatik jika terjadi arus berlebihan atau suhu yang tinggi.
Jar pengisar diperbuat dari bahan gred makanan dan sistem penyejuk motor yang mampu bertahan hingga 72 jam semasa pengisar digunakan tanpa henti.
Heavy blender dari Kenwood ini antara yang mempunyai advanced cooling fan untuk kegunaan yang lama pada blender tersebut.
Anda yang mahu blender bahan yang mempunyai suhu tinggi atau panas tak perlu risau.
Di mana blender ini mempunyai pure copper enamel pada bilah pengisar bagi menampung ketahanan suhu yang tinggi tanpa menyebabkan karat.
Bukan sahaja boleh mengisar buah dan sayur, anda juga boleh blender biji soya, bijirin sehingga ianya menjadi debu.
Menggunakan BPA free container, ianya selamat untuk kegunaan seisi keluarga termasuk untuk makanan bayi anda.
Blender dari jenama Toshiba ini direka untuk menyederhanakan proses penyediaan makanan anda.
Dengan jumlah isi padu sebanyak 2.0 liter, ia menawarkan kapasiti yang mencukupi untuk mencampur pelbagai bahan.
Beroperasi pada julat voltan 220-240V dan frekuensi 50/60Hz memberikan prestasi yang kuat dengan daya masukan sebanyak 600W.
Bekas blender dibuat daripada plastik yang tahan lama, manakala penutup atas diperbuat daripada bahan PP+AS.
Sementara itu, antara muka dilengkapi dengan sistem kawalan mekanikal untuk operasi yang mesra pengguna.
Aksesori yang disertakan bersama blender ini termasuk cawan pengukur 50ml, bekas pengisar SAN 200ml, dan batang kacau yang akan meningkatkan produktiviti tugas dalam dapur anda.
Blender ini dilengkapi dengan beberapa ciri yang mudah, termasuk kawalan knob 2 kelajuan yang mudah untuk digunakan dan perlindungan kunci silang untuk keselamatan.
Blender Philips ProBlend ini boleh menjadi rakan dapur terbaik anda untuk mencapai hasil kisaran yang halus dan sempurna.
Dengan motor kuasa 700W yang kuat dan teknologi inovatif ProBlend Crush, pengisar ini memberikan prestasi yang mantap mencampur bahan 40% lebih halus dan menghancurkan ais dengan sempurna untuk minuman sejuk yang segar.
Mempunyai jar kapasiti 2 liter yang besar dengan kapasiti kerja sebanyak 1.5 liter, blender ini menyediakan ruang yang mencukupi untuk mengisar bahan-bahan masakan anda.
Dengan lima tetapan kelajuan dan fungsi denyut, anda boleh dengan mudah mencapai tekstur yang diinginkan untuk segala jenis kisaran.
Selain itu, blender ini mempunyai reka bentuk yang elegan dengan antara muka berbutang dan 5+2 program pra-tetapan untuk sesi kisaran yang mudah.
Sementara itu, pisau keluli tahan karat 4 bintang memastikan kisaran yang cekap pada setiap kali, manakala penutup dan bilah pengisar yang boleh dikeluarkan memudahkan pembersihan dengan butang Quick Clean.
Apa Kegunaan Heavy Duty Blender?
Pengisar jenis tahan lasak atau dikenali sebagai blender heavy duty merupakan sejenis pengisar yang mampu bertahan lama walaupun digunakan untuk mengisar ais dalam kuantiti yang banyak.
Ini kerana bilah mesin blender heavy duty diperbuat daripada logam yang kuat dan berat.
Menariknya lagi, kegunaan blender jenis ini multifungsi. Walaupun ia direka untuk mereka yang memiliki perniagaan jualan makanan atau minuman, pengisar heavy duty ini juga boleh digunakan oleh suri rumah untuk kegunaan harian.
Antaranya, boleh mengisar makanan sehingga menjadi puri, sos, ice blended dan sup.
Selain itu, blender tahan lasak ini sangat berguna untuk membuat doh kuih-muih dan mampu mengisar buah-buahan yang telah dibekukan untuk dijadikan smoothies atau jus.
Kesimpulannya, mesin heavy duty ini boleh mengisar segala bahan masakan yang keras dalam tempoh yang sekejap.
Cara Pilih Blender Heavy Duty
Pengisar ialah perkakas dapur yang kerap digunakan untuk menyediakan jus, smoothie dan resipi lain.
Jika anda ingin menggunakan pengisar untuk tujuan komersial atau domestik, pertimbangkan untuk membeli heavy duty blender.
Berikut ialah beberapa tips untuk memilih pengisar heavy duty terbaik:
-
Kuasa blender
Untuk memastikan pengadunan yang cekap, dapatkan pengisar berkuasa yang boleh mengendalikan tugas yang mencabar seperti menghancurkan ais atau membuat smoothie.
Sekurang-kurangnya 1000 watt kuasa disyorkan untuk prestasi optimum. Lebih tinggi kuasa motor, lebih cepat dan lebih cekap pengisar boleh memproses pelbagai jenis makanan.
-
Fungsi
Pastikan pengisar yang anda pilih mempunyai keupayaan untuk melaraskan kelajuannya, membolehkan anda mengisar bahan makanan pada kadar yang sesuai.
Selain itu, beberapa blender juga dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti penghancur ais atau pengisar kopi, yang sangat berguna untuk keperluan dapur anda.
Paling penting, anda boleh membuat lebih banyak jenis minuman.
-
Kapasiti
Jag heavy duty blender biasanya mempunyai ruang yang lebih besar dan lebih tahan lasak berbanding jag blender biasa.
Dengan kapasiti besar membolehkan anda mengisar bahan makanan dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih cepat.
-
Jenama blender
Pilih pengisar daripada jenama terkenal yang mempunyai rekod prestasi yang baik untuk kualiti dan prestasi.
Selain itu, pastikan anda menyemak jaminan pengilang kerana membeli pengisar adalah pelaburan untuk dapur anda dan anda ingin memastikan ia bertahan untuk tempoh yang lama.
-
Ulasan pembeli
Sebelum membeli blender, pastikan untuk membaca ulasan dari pengguna yang telah menggunakan blender tersebut.
Hal ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang blender.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Blender Heavy Duty?
Antara kelebihan blender heavy duty ialah pengisar ini memiliki motor yang lebih kuat dibandingkan dengan blender biasa kerana dibina dengan bahan yang berkualiti tinggi.
Selain itu, dapat digunakan untuk memproses bahan-bahan yang keras dan sukar dicincang seperti bijirin, buah-buahan atau ketulan ais, sekaligus mengisar kacang, membuat pes rempah atau smoothie.
Blender heavy duty mempunyai kapasiti besar, jadi anda boleh memproses lebih banyak bahan dalam satu masa.
Ini amat membantu apabila anda mempunyai keluarga yang ramai atau jika anda ingin membuat hidangan yang banyak untuk acara keluarga atau rakan-rakan.
Blender heavy duty memiliki reka bentuk yang lebih kukuh, tahan lasak dan tahan lama membuatkannya lebih sesuai untuk kegunaan komersial di restoran atau kedai minuman.
Tambah lagi, pengisar ini mempunyai ciri-ciri yang memudahkan pembersihan selepas digunakan.
Anda boleh mencuci semua bahagian blender dengan mudah dan cepat, termasuk bilah pisau, yang biasanya memerlukan pembersihan yang lebih teliti.
Tapi kekurangan utama blender heavy duty ialah memiliki harga yang lebih mahal dibandingkan dengan blender biasa kerana pengisar ini menggunakan bahan yang lebih berkualiti dan memiliki kuasa motor yang lebih kuat.
Selain itu, pengisar ini sedikit berat dan menghasilkan bunyi yang lebih bising dibandingkan dengan blender biasa dan mungkin mengganggu mereka yang berdekatan saat blender digunakan.