Kesihatan & Kecergasan

5 Basikal Mountain Bike (MTB) Terbaik di Malaysia 2026

Kami senaraikan beberapa jenis basikal mountain bike terbaik dan murah tahun ini untuk anda pilih mengikut kesesuaian penggunaan.


Editor · 14 Dec 2021, 1:56am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

5 Basikal Mountain Bike (MTB) Terbaik di Malaysia 2026

Mungkin ada yang beranggapan mountain bike dan road bike sama saja tapi sebenarnya berbeza dari segi ketahanan, kestabilan dan ciri pembuatan.

Jadi, kami akan senaraikan beberapa jenis basikal mountain bike terbaik tahun ini untuk anda pilih mengikut kesesuaian penggunaan dalam melakukan aktiviti lasak.

Kandungan

Jangan risau, kesemua mountain bike kami senaraikan ini boleh dibuat melalui pembelian atas talian.


Isi Kandungan


5 Senarai Mountain Bike Malaysia

Basikal Mountain Bike SHIMANO 24 speed
Basikal mountain bike murah dan berkualiti 1 daripada 5
Basikal Mountain Bike SHIMANO 24 speed
Partnership with
Dari RM1,072.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Tahan karat
Tidak boleh lipat
1 lagi
Mempunyai teknologi Quick Release

Menarik tentang basikal ini adalah sistem gear menggunakan teknologi gear Jepun 24 Speed yang dijamin berkualiti tinggi.

Bahagian tempat duduk pula direka lebar dan sesuai untuk penunggang dengan maksimum berat 160kg.

Walaupun basikal ini tidak boleh dilipat tapi basikal ini mempunyai teknologi quick release dimana anda boleh membuka roda depan basikal hanya menggunakan klip jadi mudah untuk masuk ke dalam kereta.

Basikal Mountain Bike Giant
Basikal mountain bike hardtail 2 daripada 5
Basikal Mountain Bike Giant
Partnership with
Dari RM2,194.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Lebih stabil
Prestasi aloi sudah dibuktikan
Mahal

Basikal mountain bike Giant dapat memberi keselesaan kepada penunggang kerana body basikal menggunakan new aluminum hardtail.

Tambah pula, basikal ini mempunyai rangka set aluminium ALUXX yang ringan kerana direka dan dibina sendiri oleh kejuruteraan aluminium dunia.

Bahagian roda pula juga direka (80mm atau 100mm) khusus mengikut kesesuaian geometri bingkai basikal jadi saiz roda berbeza mengikut saiz bingkai.

Jadi, ketika mengayuh, penunggang dapat merasai kestabilan dan keselesaan ketika mengayuh di jalan atau trek.

Basikal Mountain Bike Trinx M116
Basikal mountain bike 29 inch 3 daripada 5
Basikal Mountain Bike Trinx M116
Partnership with
Dari RM1,100
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Besi digunakan berkualiti
Ringan
Berat

Basikal ini dikeluarkan dari negara Itali dan menurut pengguna Mountain Bike Trinx M116, body basikal ini nampak lebih kemas kerana wayar basikal disimpan dalam rangka. 

Bahagian tempat duduk basikal pula lembut dan fleksibel berbanding basikal yang lain. Jadi, bila duduk ketika menunggang akan memberi keselesaan pada punggung.

Basikal ini mempunyai dua saiz; 29 inci dan 27 inci. Mereka yang mempunyai ketinggian 170cm digalakkan mengambil saiz 27 inci untuk keselesaan.

Basikal Mountain Bike 21 Speed
Basikal MTB murah 4 daripada 5
Basikal Mountain Bike 21 Speed
Partnership with
Dari RM230
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah
Mempunyai sistem double disc brake
Tidak mempunyai warranty

Basikal mountain bike murah ini sesuai untuk beginners  yang baru menjinakkan diri dengan aktiviti kayuhan kerana spesifikasinya tidak terlalu advance.

Jangan risau, dengan 21 speed shifter dapat membuatkan pergerakan gear lancar dan stabil setiap kali anda tukar pada setiap kayuhan.

Basikal ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ketinggian 145 cm sehingga 175 cm dengan berat maksimum 120 kg.

Basikal Mountain Bike TRS
Basikal mountain bike tayar besar 5 daripada 5
Basikal Mountain Bike TRS
Partnership with
Dari RM2,560
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menggunakan Shimano Hydraulic Disc Brake
Menggunakan Charm Crankset
Mahal

Basikal mountain bike ini kelihatan sangat elegan dan sesuai untuk mereka yang menjadikan aktiviti kayuhan adalah hobi mereka kerana spesifikasi basikal ini sangat bagus.

Antaranya menggunakan Shimano Hydraulic Disc Brake dan Charm Crankset yang mana dapat memberikan kayuhan yang lancar dan keselamatan yang baik ketika bersukan.

Malah, basikal ini juga mempunyai air and lockout pada bahagian fork. Tayar pula menggunakan Maxxis Pace 29 yang tahan permukaan trek yang lasak.

Cara Pilih Mountain Bike

Memilih mountain bike bukan saja melihat dari segi bingkai basikal yang tampak elegan dan stylo tapi elemen lain juga harus dititik beratkan. Antaranya...

  • Jenis basikal

Pertama sekali ketahui tujuan anda membeli basikal, sama ada untuk di bawa di kawasan perumahan, trek berbatu atau dijadikan pengangkutan. 

Jadi, ketahui jenis basikal; Mountain Bike (MTB), Road Bike (RB), Fat Bike, Touring Bike, Fitness Bike dan basikal lipat.

  • Saiz basikal

Kemudian ketahui saiz basikal yang sesuai dengan ketinggian anda supaya dapat mengimbangi ketika mengayuh basikal. 

Misalnya, tinggi anda 160cm dan berat 95kg jadi saiz basikal perlulah XS.

Bukan pilih basikal yang ringan mengikut berat badan kerana tinggi akan kekal tapi yang berubah selepas melakukan aktiviti kayuhan adalah berat.

  • Lampu belakang

Seterusnya pastikan basikal anda mempunyai lampu belakang supaya jika anda mengayuh basikal pada waktu subuh atau malam, kereta, motor atau lori boleh tahu kewujudan anda.

Jika tidak ada, tambah aksesori ini untuk keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation