Untuk menurunkan berat badan atau mendapatkan badan yang sihat, kita tidak boleh makan sesuka hati kerana kebanyakan makanan mempunyai kandungan lemak, kalori dan bahan perasa yang tinggi.
Oleh itu, anda perlu memilih makanan dengan bahan diiktiraf oleh pakar permakanan dimana boleh membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Jangan risau jika anda takut menu anda terbatas ketika mengamalkan diet. Kami di ProductNation mahu bantu anda selesaikan masalah itu.
Jom kita semak senarai 10 makanan diet terbaik yang boleh anda pilih sesuai dengan selera masing-masing.
Isi Kandungan
Penyunting
Table of Contents
10 Makanan Diet Yang Sihat & Sedap di Malaysia
- EZ Konjac Food
- Yogood Muesli Bars - Wildberry
- Radiant Organic Trio Quinoa
- QUAKER Whole Rolled Oats
- SAN REMO Brown Rice Spaghetti
- Amazin’ Grace High Protein Chocolate Banana Goodness Bowl (Instant Oatmeal)
- Instant Miso Soup Halal
- KETOMEE Wantan Mee
- Serunding Halia Mak Esah
- Signature Market Classic Fruit and Nut Muesli (350g)
Untuk anda yang mahu kurangkan pengambilan nasi dalam makanan harian dan masih tercari-cari alternatif untuk beras putih. Anda boleh cuba dapatkan makanan diet terbaik dan sihat yang dibuat berasaskan konjac iaitu sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional China dan Jepun.
Yang menarik tentang produk dari EZ Konjac ini, selain nasi konjac, anda juga boleh mendapatkan mee dan kuey teow konjac. Jadi, anda tak akan cepat bosan dengan menu makanan tengah hari walaupun sedang berdiet.
Ia juga mudah dimasak, hanya perlu bersihkan konjac dengan air biasa dan jangan lupa rendam dalam air panas selama beberapa minit. Ada pelbagai resepi yang anda boleh cuba dengan makanan diperbuat daripada konjac ini, antaranya salad, sup tom yam, nasi goreng dan kuey teow goreng.
Tambahan pula, ia tidak mengandungi gula dan tiada gluten di mana ia memang diperbuat khas untuk individu yang sedang menjalani diet jenis Keto atau Atkins.
Namun, jika paket konjac ini telah dibuka, anda diingatkan untuk menghabiskan produk ini dalam masa tiga hari untuk mengelakkan kualitinya menurun.
Hadir dengan enam bar dalam setiap kotak pembungkusan, produk makanan untuk membantu diet dari Austria ini sesuai untuk anda yang gemar makan snek tak kira masa kerana kalorinya yang rendah membolehkan anda memakan bar dengan yogurt ini pada waktu malam sekalipun.
Tak perlu ragu-ragu juga tentang makanan ini kerana ia telah disahkan halal. Dengan kandungan oligofruktosa pula, ia akan memberikan anda kesan bakteria baik untuk usus. Tambahan pula, puri epal dan jus beri biru yang juga akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Paling best, makanan diet halal ini mudah dibawa ke mana-mana jadi anda tak akan lapar walaupun ketika sedang mendaki bukit. Ia turut diperbuat dengan kepingan buah yang telah dikeringkan seperti rasberi dan strawberi.
Harga makanan ini juga murah dan berpatutan di mana ia tidak akan membebankan poket anda setiap bulan.
Makanan yang boleh menggantikan nasi putih ini akan memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari kerana ia mudah untuk dihadam dan paling menarik, quinoa ini juga tidak mengandungi gluten.
Makanan yang menjadi pilihan ramai pengguna dari seluruh dunia ini telah diiktiraf oleh United Nations sebagai makanan yang dipenuhi dengan pelbagai khasiat.
Selain itu, ia juga merupakan sumber antioksidan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung.
Dengan kandungan GI (Glycemic Index) yang rendah pula, produk jenama ini mampu mengawal berat badan anda kerana ia boleh meningkatkan paras gula dengan perlahan.
Oleh itu, memang sesuai juga untuk mereka yang sedang mengamalkan diet rendah kalori.
Jangan risau jika anda tak tahu bagaimana untuk mencampurkan bahan ini dalam makanan harian anda. Selain boleh mengganti nasi, quinoa juga boleh dimasak menjadi bubur.
Malah, bahan organik ini akan membantu menjaga sistem usus anda kerana mengandungi sumber serat yang tidak kurang bagusnya.
Sering kesuntukan masa untuk memasak sarapan pagi yang berkhasiat setiap hari sebelum berangkat ke pejabat atau sekolah? Tak perlu penat-penat lagi kerana jenama oat terbaik dari Quaker ini akan menjimatkan masa anda kerana ia hanya perlu dimasak dalam masa lima minit sahaja.
Selain itu, anda boleh menggunakan rolled oat ini dalam resepi overnight oats anda di mana ia akan memberikan anda tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Boleh tambah buah-buahan kegemaran atau kacang untuk menyedapkan lagi overnight oats untuk sarapan pagi anda.
Makanan ini mengandungi serat larut dan beta glukan yang sekali gus mampu mengenyangkan perut dalam tempoh yang agak lama dengan cepat.
Manakala ia mengandungi tujuh kali lebih serat berbanding nasi putih. Jadi, anda tak akan cepat lapar dan turut membantu melegakan masalah sembelit.
Dengan harga yang cukup murah, oats ini juga kaya dengan khasiat mineral seperti besi, magnesium, sodium dan kalsium.
Oat yang diperbuat daripada 100% oat asli dari Australia ini turut mampu mengurangkan kadar kolesterol.
Mesti ada di antara anda yang sedang menjaga permakanan risau anda tak boleh lagi makan makanan sedap seperti pasta kan? Siapa kata makanan diet tak begitu menyelerakan?
Tanggapan tersebut sebenarnya salah sebab dengan adanya produk yang diperbuat daripada beras perang jenama San Remo ini, makanan diet anda tak akan terhad pada sayuran dan buah-buahan semata-mata.
Selain tidak mengandungi telur, ia juga memang diperbuat untuk mereka yang mengamalkan diet tanpa gluten kerana tiada gandum.
Cara untuk memasak spagetti ini juga mudah, sama seperti pasta jenis biasa iaitu hanya perlu merebusnya selama sembilan atau 11 minit, mengikut tekstur yang anda inginkan.
Uniknya juga, produk ini tiada sebarang perasa atau pewarna tiruan dan bahan pengawet yang tidak begitu bagus untuk kesihatan kita.
Walaupun diperbuat daripada beras perang, ia tidak akan kering kerana sos spageti tetap boleh melekat dengan baik pada pasta ini.
Makanan daripada Amazin’Grace sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi kerana telah menjadi pilihan ramai individu yang sedang menjaga pemakanan mereka.
Produk yang kaya dengan pisang dan kandungan protein ini pula sesuai untuk orang yang sibuk sebab ia hanya mengambil masa 90 saat sahaja jika dipanaskan dalam ketuhar atau dimasak dengan air panas.
Apa yang best tentang produk ini, anda juga boleh menggunakan oatmeal segera ini untuk membuat overnight oats.
Malah, ia mengandungi soya yang rendah lemak tepu. Jadi, makanan ini boleh membantu anda untuk mengurangkan tekanan darah.
Paling penting, ia tidak mempunyai kolesterol dan dengan kebolehannya yang mampu membina otot badan, produk Amazin’Grace ini memang dibuat khas untuk mereka yang sering bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Kandungan proteinnya yang tinggi iaitu sehingga 12 gram juga akan memberikan anda tenaga yang cukup untuk kekal aktif.
Selain itu, oatmeal ini turut diperbuat daripada quinoa dan benih chia (chia seeds) yang tinggi serat di mana ia mampu membantu untuk mengurangkan berat badan.
Kita selalu fikir bukan senang nak diet sebab kebanyakan makanan sihat adalah mahal.
Namun, dengan adanya produk sup segera dari Jepun ini, ia tak akan membebankan poket anda kerana setiap paket dijual dengan harga yang cukup murah.
Hadir dengan berat 18 gram dalam setiap paket, ia memang dikeluarkan khas untuk anda yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat tapi sering sibuk untuk luangkan masa menyediakan makanan berkhasiat.
Sup ini pula boleh dimakan dengan nasi atau boleh juga tambahkan tauhu dan mi Konjac ke dalam sup untuk pilihan makanan yang lebih sihat.
Paling bagus, setiap paket juga hanya mengandungi 28kcal dan 2.8 gram karbohidrat, jadi makanan ringkas ini memang sesuai untuk anda yang sedang mengamalkan diet jenis rendah karbohidrat (low carb).
Namun, pastikan anda simpan pes sup Miso ini di dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lebih lama.
Mi wantan yang diperbuat daripada konjac ini bagus untuk kesihatan kerana ia tidak mengandungi bahan kimia dan hanya diperbuat daripada air dan tepung konjac sahaja.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolestrol dan membantu anda untuk mengelakkan masalah sembelit. Bagus kan?
Produk ini juga dikatakan adalah lebih baik berbanding mi yang diperbuat daripada tepung yang diproses.
Anda juga boleh menikmati makanan ini tanpa was-was atau keraguan kerana ia ada cop Halal Thailand.
Uniknya lagi, selain sesuai untuk anda yang sedang menjalani diet Keto, mi wantan konjac ini juga sesuai untuk mereka yang menghidap celiac disease kerana ia tidak mengandungi gluten.
Makanan ini pula mudah disediakan, hanya perlu ikut arahan yang diberikan dan ia boleh siap dimasak dalam masa beberapa minit sahaja.
Wanita yang baru melahirkan anak digalakkan untuk mendapatkan serunding halia jenama tempatan ini kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan untuk badan anda.
Selain boleh dijadikan snek kudap-kudapan, serunding ini juga enak dimakan dengan nasi panas ketika berpantang, malah sesuai untuk seisi keluarga.
Tambahan pula, ia memang baik untuk ibu yang sedang meyusu anak kerana boleh membantu memperbanyakkan susu badan dan sakit-sakit urat juga boleh dikurangkan.
Paling bagus, ia mengandungi ikan bilis gred AAA jadi rasanya memang sedap. Rasa masin dalam serunding ini pula didapati dari bahan semula jadi iaitu daripada ikan bilis itu sendiri.
Malah, makanan sihat ini turut mengandungi manjakani di mana ia dapat mengurangkan masalah sembelit.
Produk ini hadir dalam botol dengan berat 150 gram.
Kalau dah bosan makan oats dan sedang tercari-cari resipi baru untuk menu diet anda, kali ini anda boleh cuba produk yang ada pengesahan halal Jakim ini pula.
Terjamin sedap dan telah mencapai sehingga empat ribu jualan di Shopee, produk makanan dari Signature Market ini wajib dimiliki dan dicuba oleh anda yang mahu mendapatkan badan yang sihat.
Malah, ia dapat menyebabkan anda cepat kenyang, jadi anda boleh kurangkan pengambilan kalori daripada makanan lain.
Ia memang sesuai untuk anda yang suka buah-buahan dan kekacang kerana mempunyai kandungan kuaci dan biji labu yang akan membekalkan badan anda dengan vitamin E.
Muesli ini turut ada badam dan pecan sebagai sumber protein. Tambahan pula, buah-buahan seperti blackcurrant dan kismis hitam yang tinggi dengan serat juga terdapat dalam makanan ini.
Mereka yang perlu menjaga kadar kolesterol dalam badan boleh menikmati muesli ini tanpa masalah.
Paling menarik tentang produk makanan ini sudah tentulah pelbagai resipi boleh dicuba dengannya kerana ada empat cara anda boleh makan sarapan selepas ini.
Antaranya, anda boleh makan muesli dengan yogurt atau susu, buat bubur oat atau bar oat dengan air tangan anda sendiri.
Makanan Yang Sesuai Untuk Diet
Antara makanan yang sesuai untuk diet ialah buah-buahan seperti avocado, pisang, buah kiwi dan epal kerana epal adalah rendah kalorinya manakala ia tinggi dengan serat.
Menurut kajian, buah epal adalah tiga kali lebih mengenyangkan berbanding bar coklat dan ia boleh membantu mengurangkan berat badan.
Manakala, dengan kandungan serat yang tinggi, buah beri juga bagus untuk mereka yang sedang menjaga berat badan. Boleh juga makan telur kerana telur merupakan sumber protein yang baik untuk anda yang sedang berdiet.
Selain itu, sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan kubis bunga juga bagus jika dimakan sebagai makanan diet. Jika anda kurang menggemari sayuran, boleh cuba makan yogurt.
Namun, pastikan anda pilih yogurt yang mengandungi bakteria baik (probiotik) untuk usus.
Kalau tak mahu cepat bosan dengan yogurt atau oatmeal yang juga juga merupakan antara makanan yang terbaik untuk diet, anda digalakkan untuk tambah buah-buahan seperti beri dan kekacang seperti badam ke dalam makanan tersebut.
Namun, diingatkan juga, anda perlulah perhatikan dulu kandungan bahan makanan diet pilihan kerana dikhuatiri ada bahan yang tidak sesuai dengan badan anda.
Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor yang bertauliah sebelum mengambil sesuatu makanan diet.
Paling penting, elakkan makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, makanan yang tinggi gula dan makanan segera.
Untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan juga, anda juga perlu sentiasa bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Artikel Berkaitan
- 9 Jenama Teh Hijau Terbaik di Malaysia (Bagus untuk Diet)
- 9 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Perut Buncit Tanpa Perlu Diet & Bersenam
- 16 Makanan Dan Minuman Untuk Sahur Bagi Membekalkan Tenaga Sepanjang Hari
- 7 Jenama Minyak Ikan Terbaik di Malaysia
- 10 Makanan Sahur yang Sihat & Berkhasiat (Tahan Lama) 2024