Nama Razer tidak asing lagi buat gamers atau peminat desktop.
Ia antara jenama keyboard yang sukses dalam memenuhi kehendak pengguna.
Bagi anda yang sedang mencari keyboard yang terbaik dengan jaminan kualiti yang setanding dengan harga?
9 Keyboard Razer dibawah ini akan mengubah cara bekerja dan bermain game anda;
Penyunting
Table of Contents
Isi Kandungan
9 Keyboard Razer Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024
- Razer Cynosa V2 Chroma Gaming Keyboard
- Razer BlackWidow V3 Pro
- Razer Blackwidow Lite Mechanical Gaming Silent Keyboard
- Razer Blackwidow V3 Mini Hyperspeed
- Razer Blackwidow V3 Tenkeyless
- Razer Huntsman Elite Opto-Mechanical Gaming Keyboard
- Razer BlackWidow Elite Mechanical Keyboard
- Razer Ornata V2
- Razer Huntsman Mini 60% Gaming Keyboard with Optical Switch
Anda seorang gamer tegar tapi mempunyai bajet terhad untuk mendapatkan papan kekunci gaming yang berkualiti?
Jangan risau, kami syorkan anda untuk membeli keyboard dengan wayar jenama Razer ini kerana walaupun harganya agak murah berbanding yang lain, kualitinya tetap tidak mengecewakan.
Model keyboard ini mempunyai Razer Chroma RGB, jadi pengguna boleh customize pilihan warna kegemaran pada backlighting papan kekunci ini.
Tak perlu khuatir jika anda takut bunyi ketukan keyboard akan mengganggu orang di sekeliling anda kerana ia merupakan papan kekunci jenis senyap.
Tambahan pula, keyboard ini hadir dengan cable routing di mana ia mempunyai alur khas untuk kabel, jadi masalah wayar berselirat di atas meja dapat diselesaikan.
Ia juga ada kekunci khas untuk media yang membolehkan pengguna melaraskan kecerahan skrin dan kelantangan audio.
Buat yang masih tercari-cari keyboard terbaik untuk bermain game, mungkin anda boleh cuba papan kekunci model ini kerana ia mempunyai kekunci yang boleh diprogram mengikut fungsi yang anda mahukan.
Malah, ia juga dilengkapi dengan RGB backlighting yang boleh dilaraskan, jadi produk ini akan memberi gamers pengalaman bermain yang menyeronokkan.
Anda juga boleh memilih sama ada mahu menyambung keyboard ini pada PC tanpa wayar menggunakan fungsi Bluetooth, 2.4GHz atau dengan kabel USB jenis C.
Yang paling unik, keyboard jenis mekanikal ini juga dilengkapi dengan keycaps Doubleshot ABS yang kukuh walaupun ditekan dengan terlalu kuat.
Spesifikasi low latency pada papan kekunci ini juga cukup sesuai untuk gaming kerana sangat responsif ketika bermain.
Selain dilengkapi dengan switch oren jenis kekunci senyap, papan kekunci ini juga mempunyai o-ring yang menghasilkan bunyi yang minimal. Jadi penggunaan produk ini tidak akan mengganggu orang di sekeliling anda ketika di pejabat.
Anda bukan sahaja boleh menggunakan model keyboard ini untuk gaming, ia juga memang terbaik untuk menaip kerana ia hadir dengan lampu LED putih terutamanya jika anda sering bekerja pada lewat malam.
Teknologi anti-ghosting dengan 10 key rollover yang membolehkan pengguna untuk menekan beberapa kekunci serentak. Ia juga berkualiti tinggi kerana mampu bertahan sehingga 80 juta ketukan kekunci.
Tambahan pula, ia hadir dengan fungsi Razer Synapse 3 di mana anda boleh menetapkan ciri tetapan sendiri seperti macros dan shorcuts yang dimahukan pada kekunci pilihan anda dan banyak lagi.
Keyboard Blackwidow V3 mini ini pula direka khas untuk mereka yang tak begitu gemar melihat wayar berselirat di atas meja ketika bermain game atau menyiapkan tugasan menaip kerana keyboard ini menyokong sambungan Bluetooth.
Anda juga boleh menyambungkan aksesori ini dengan tiga peranti.
Dalam waktu yang sama juga, jika fungsi Bluetooth anda tiba-tiba bermasalah, anda tetap boleh menggunakannya dengan sambungan kabel USB-C yang boleh ditanggalkan.
Rekaannya yang sleek dan minimalis pula membolehkan pengguna untuk meletakkan produk ini di mana sahaja walaupun di atas meja dengan keluasan kecil.
Selain itu, keyboard tanpa wayar 65% mekanikal ini tetap mempunyai kekunci anak panah walaupun tidak dilengkapi dengan function row.
Ia juga tahan lama kerana dilengkapi dengan doubleshot ABS keycaps yang akan memastikan label pada setiap kekunci tidak akan terkupas.
Penggunaan lampu LED pada gaming keyboard memang penting untuk memudahkan anda bermain dengan prestasi yang baik.
Oleh itu, gamers tegar disyorkan untuk dapatkan papan kekunci model ini kerana ia mempunyai Razer Chroma RGB dengan 16.8 juta pilihan warna di mana pemiliknya boleh menyesuaikan pencahayaan papan kekunci mengikut kemahuan.
Rekaan keyboard dengan switch mekanikal ini juga kompak kerana tiada kekunci berangka, jadi ia juga mudah dipindahkan ke meja lain.
Usah risau juga jika aksesori komputer ini rosak kerana ia hadir dengan dua tahun jaminan.
Dari segi material pula, papan kekunci ini mempunyai plat aluminium pada bahagian frame atasnya, jadi ia mampu bertahan buat jangka masa yang lama walaupun digunakan dengan kerap.
Antara permainan yang disokong oleh papan kekunci ini pula ialah Fortnite dan Warframe.
Menggunakan sambungan kabel, papan kekunci jenis mekanikal ini mempunyai bunyi klik yang ringan, jadi pengguna bakal bekerja atau bermain game dalam keadaan yang sangat menyeronokkan.
Produk ini juga sesuai untuk mereka yang risau lenguh tangan jika menaip dalam jangka masa yang lama kerana ia dilengkapi dengan rekaan wrist-rest ergonomik.
Malah, dengan Razer Chroma juga, anda boleh melaraskan pencahayaan pada kekunci ini mengikut kemahuan.
Selain mampu bertahan sehingga 100 juta ketukan kekunci, keyboard ini juga mempunyai dail digital pelbagai fungsi di mana anda boleh menetapkan kekunci media untuk mengubah kecerahan skrin atau kelantangan audio menggunakan Synapse 3. Mudah kan?
Untuk mereka yang gemar bermain game pula, anda tidak akan menyesal dengan pembelian produk ini kerana ia boleh digunakan dengan Xbox One.
Paling best, pengguna juga boleh menetapkan backlighting dengan warna yang anda inginkan.
Keyboard Razer Black Widow Elite ini pula dilengkapi dengan port USB 2.0 jadi, anda boleh sambungkannya pada peranti menggunakan kabel yang tersedia. Ia sesuai digunakan untuk perisian Windows 7 dan keatas dan juga sesuai dengan macOS.
Tambahan pula, ia hadir dengan spesifikasi Instant Trigger di mana isyarat akan terus dihantar pada sistem sejurus sahaja kekunci ditekan, jadi anda dapat bermain game atau menyiapkan tugasan dengan pantas.
Ia juga disertai dengan palm rest yang akan menyokong tangan penggunanya agar tidak lenguh walaupun bermain dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, usah risau jika pengguna keliru dengan cara penggunaan atau pemasangan keyboard ini kerana ia turut dilengkapi dengan manual.
Memang sesuai untuk mereka yang sering bermain game sebab aksesori PC ini mempunyai memori on-board hybrid yang membolehkan pengguna untuk menetapkan mana-mana kekunci menjadi kekunci macro mengikut fungsi yang dimahukan.
Walaupun kebanyakan produk jenama Razer direka khas untuk gamers, namun tak bermakna ianya tak boleh digunakan untuk bekerja atau menyiapkan sebarang tugasan.
Papan kekunci model ini sesuai untuk programmers yang sering menaip kod-kod program kerana ia dilengkapi dengan switch hybrid jenis mekanikal dan membrane yang digabungkan bersama.
Selain itu, kualiti menaip yang dihasilkan juga tidak kurang hebatnya kerana ia mempunyai wrist rest jenis kulit sintetik. Justeru, tangan anda tidak akan lenguh walaupun menaip terlalu lama.
Kekuncinya pula adalah boleh diprogramkan semula, jadi anda boleh tetapkan fungsi yang dimahukan pada setiap kekunci.
Paling menarik, ia juga dilengkapi dengan kekunci khas untuk pengawalan media dan turut sesuai dengan Xbox One.
Papan kekunci model Razer ini pula hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih merkuri, jadi kami syorkan anda yang mahukan rekaan yang ringkas untuk memilih produk ini.
Disebabkan ia adalah keyboard jenis 60%, ia tidak mempunyai function keys, arrow keys dan pad berangka.
Jadi, saiznya yang kecil bakal membolehkan pengguna meletakkannya di mana-mana termasuklah di permukaan meja yang terhad.
Kehadiran kabel USB type C yang boleh ditanggalkan pula akan memudahkan pemiliknya untuk menyimpan aksesori gaming ini setelah siap bermain permainan video atau bekerja.
Selain itu, ia turut menawarkan dua pilihan ketinggian kaki yang boleh dilaraskan iaitu enam atau sembilan darjah.
Oleh itu, pengguna akan tetap selesa menggunakan produk ini walaupun dalam jangka masa yang lama.
Kelebihan Keyboard Razer
Penggunaan papan kekunci jenama Razer adalah tidak asing dalam kalangan gamers mania kerana kualitinya memang tidak perlu dipertikaikan.
Antara faktor keyboard Razer menjadi pilihan ramai gamers mania adalah kerana kebanyakan rekaan produknya diperbuat daripada plastik keras dan terdapat plat besi pada bahagian atasnya.
Selain itu, keyboard bersaiz penuh daripada Razer juga dilengkapi dengan wrist rest yang cukup selesa, jadi tangan pengguna tidak akan cepat lenguh.
Malah, ia juga mempunyai pelbagai jenis fungsi yang boleh disesuaikan mengikut kemahuan pengguna.
Sebagai contoh, RGB lighting untuk setiap kekunci boleh ditukar dengan warna kegemaran anda. Pengguna juga boleh programkan setiap kekunci mengikut fungsi yang dimahukan.
Paling penting, anda boleh dapatkan keyboard yang paling sesuai dengan penggunaan harian anda kerana jenama ini turut menghasilkan keyboard dengan pelbagai jenis switches yang akan memudahkan anda untuk bermain game atau menaip dengan baik dan cepat.
Tambahan pula, kebanyakan produk daripada jenama Razer sering mendapat review yang positif daripada penggunanya.
Artikel Berkaitan
- 8 Keyboard Gaming Terbaik Dengan Harga Mampu Milik!
- 8 Wireless Keyboard Untuk Memudahkan Anda Lakukan Kerja Dimana Sahaja
- Untuk Yang Nak Bajet, Ini 8 Keyboard Komputer dibawah RM50
- Taip Dengan Bebas Menggunakan 10 Keyboard Bluetooth Pilihan Kami
- 8 Keyboard Mechanical Dibawah RM250 Untuk Kepuasan Gaming & Kerja
- Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 9 Keyboard Mekanikal Ini
- 8 Pilihan Keyboard Komputer Popular dari Jenama Kegemaran Anda
- 6 Keyboard iPad Terbaik di Malaysia 2024
- Keyboard Gaming Terbaik di Malaysia
- Keyboard Komputer Terbaik di Malaysia