Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pregnancy test

Selain Tak Datang Period, 10 Faktor Utama Ini Juga Tanda Awal Kehamilan

Wanita yang sudah berkahwin, perlu alert lebih-lebih lagi mereka yang belum mengandung tapi sudah berkahwin.

Ramai yang beranggapan tidak datang haid merupakan tanda utama anda hamil tapi sebenarnya boleh terjadi disebabkan emosi tidak stabil, berat badan tidak normal, mengalami sindrom ovari polikistik (PCOS) dan banyak lagi.

Jadi, apa yang kami nak kongsikan adalah 10 tanda lain bagi mengetahui anda hamil pada peringkat awal selain terlepas dari kitaran haid adalah...

#1 Perubahan pada payudara

Pada peringkat awal kehamilan, terdapat perubahan hormon yang mengakibatkan sesetengah kawasan tubuh badan berubah antaranya payudara. 

Antara simptom yang anda akan alami adalah payudara rasa sakit sedikit, lebih sensitif, menjadi keras sedikit dan saiz menjadi lebih besar daripada biasa.

Bra mengandung dan menyusu
Fello House Plus Size Soft Nursing Bra
Fello House - Plus Size Soft Nursing Bra
mulai
RM8.25
Semak Fello House Plus Size Soft Nursing Bra harga dibawah:

Bagi mereka yang pertama kali membeli nursing bra, sebaiknya pilih satu saiz atas dari biasa.

Ini kerana payudara akan mula membesar disebabkan perubahan hormon dan payudara mula siap sedia untuk pembuatan susu badan.

#2 Perubahan warna puting

Apabila terdapat perubahan pada payudara, semestinya bahagian puting iaitu aerola juga berubah.

Warna sekitar aerola berubah sikit warna lebih gelap dari sebelum dan puting kelihatan lebih besar.

#3 Terdapat garis hitam halus bahagian pusat

Sebenarnya garisan hitam ini memang ada pada setiap orang dan dikenali linea alba tapi apabila seseorang wanita sudah mengandung dan berlaku perubahan hormon, garisan tersebut dikenali linea nigra.

Anda boleh lihat terdapat garis halus berwarna hitam halus bahagian tengah pusat hingga ke bawah tapi tanda ini mungkin terjadi bagi sesetengah individu saja kerana tanda ini bergantung pada hormon dan saiz badan seseorang.

Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion
Palmer's
mulai
RM39.70
Semak Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion harga dibawah:
add_circle Kulit kekal lembap dan hidrasi
add_circle Berkesan mengurangkan garisan selulit
remove_circle Tekstur berminyak

Bagi mereka yang baru saja mengandung pada peringkat first trimester, pastikan sapu losyen pada bahagian perut, punggung dan peha bagi mengelakkan kehadiran stretch mark.

#4 Mengalami loya dan muntah

Kesan loya dan muntah mungkin juga terjadi pada wanita yang akan mengalami period tapi boleh juga terjadi bagi wanita hamil pada first trimester.

Ini kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat sehingga menyebabkan loya dan muntah dialami hampir setiap hari dan kerap.

Jika simptom ini berlaku mungkin ada yang ibu hamil perlu dimasukkan ke dalam wad bagi memastikan badan tidak mengalami hidrasi.

#5 Perubahan bentuk badan

Mungkin ada yang beranggapan perubahan bentuk badan disebabkan pemakanan yang berselera selepas berkahwin. Maklumlah makan bersama dengan pasangan.

Tapi ketahuilah mengandung pada peringkat first trimester juga boleh menyebabkan perubahan bentuk badan. Misalnya buncit sedikit bahagian perut.

Seluar dalam mengandung
AJM Adjustable Waist Maternity Panties
AJM Adjustable Waist Maternity Panties
mulai
RM6.50
Semak AJM Adjustable Waist Maternity Panties harga dibawah:

Apabila bahagian perut sudah mula kelihatan sedikit membuncit, pasti seluar dalam banyak sudah tak muat dan ketat.

Jangan risau, seluar dalam boleh dilaras khas untuk wanita mengandung sesuai untuk kandungan 3 hingga 9 bulan.

#6 Kejang perut

Kekajangan perut boleh jadi tanda datang bulan atau tanda awal hamil. Cara untuk membezakan bagi dua tanda ini adalah, jika hamil anda akan rasa kejang perut yang tidak kerap. Mungkin sehari atau dua hari.

Tapi, jika kejang perut disebabkan datang haid akan berlaku sehingga darah kotor keluar. 

#7 Kerap kencing

Pada awal kehamilan, badan akan mengepam darah lebih banyak daripada biasa dan akan menyebabkan buah pinggang memproses lebih banyak cecair dari kebiasaan.

Akhirnya menyebabkan pundi kencing senang penuh dan akan kerap ke tandas. Apabila sudah tahu anda hamil, sebaiknya terus lakukan toilet train selang dua jam.

Seluar mengandung
Fello House Cotton Maternity Nursing Mother
Fello House - Cotton Maternity Nursing Mother
mulai
RM21.00
Semak Fello House Cotton Maternity Nursing Mother harga dibawah:

Seluar ini direka khas bagi mereka yang mengandung pada awal kehamilan sehingga third trimester kerana mempunyai getah dan butang laras bahagian pinggang.

Rekaan ini memudahkan ibu mengandung untuk tanggalkan seluar ketika membuang air kecil.

#8 Deria bau sensitif

Sesetengah wanita yang berada pada tahap first trimester mungkin akan mengalami deria bau yang sensitif dan masalah deria ini juga berbeza pada setiap ibu.

Ada yang alahan dengan bau makanan seperti nasi, rempah ratus, makanan bergoreng atau barangan wangian dan lebih teruk bau pasangan sendiri.

#9 Keletihan

Tidak melakukan apa-apa kerja tapi badan rasa penat sangat! Biasalah, sebelum ini badan tidak pernah berbadan dua jadi bila ada sesuatu sedang membesar dalam rahim, badan memerlukan dua kali ganda nutrisi, zat dan tenaga.

Jadi, metabolisme badan akan berubah sekaligus menyebabkan badan mudah berasa rasa tidak bermaya, cepat letih sehingga ada yang tidak larat melakukan apa-apa kerja.

Susu ibu mengandung
Anmum Materna Formulated Milk Powder for Pregnant Mothers No Added Sugars (Plain)
Anmum
susu anmum ibu mengandung
mulai
RM33.89
Semak Anmum Materna Formulated Milk Powder for Pregnant Mothers No Added Sugars (Plain) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai pilihan perasa
add_circle Kandungan GI dan lemak rendah
add_circle Tidak mengandungi gula tambahan
add_circle Sesuai untuk ibu hamil kencing manis
remove_circle Rasa kurang sedap

Susu dari jenama Anmum Materna mampu memberi si ibu pelbagai nutrisi yang diperlukan dari peringkat awal kehamilan sehingga third trimester.

Antara nutrisi yang terdapat dalam susu ini adalah DHA, prebiotik, probiotik, MFGM & GA, folat, kalsium, zat besi dan paling penting tiada campuran gula.

#10 Mood swing

Pernah tak rasa kejap rasa sedih, kejap rasa gembira, kejap rasa tak ada apa-apa perasaan atau lebih kepada emosi tidak menentu?

Jangan risau, ini disebabkan tubuh badan anda sedang berlaku perubahan hormon pada awal kehamilan.


Kesimpulan

Ingin kami tekankan bahawa simptom tanda awal kehamilan adalah berbeza setiap orang kerana mempengaruhi dari segi gaya hidup, hormon dan ketahanan badan antibodi seseorang.

Apa pun, jika anda mengalami lebih 10 tanda seperti yang kami nyatakan di atas, sebaiknya lakukan test UPT (Urine Pregnancy Test).

Pastikan anda tidak tersalah beli women test kit kerana ramai yang keliru antara UPT dan Ovaluation Test.

Clear Blue Pregnancy Test
Clear Blue Pregnancy Test
mulai
RM16.80
Semak Clear Blue Pregnancy Test harga dibawah:

Ketepatan keputusan yang diberikan dari jenama Clear Blue adalah 99% tapi sebaiknya gunakan jika tempoh datang bulan lewat lebih dari dua minggu atau sebulan.


Artikel berkaitan

End of Article