Menurut kajian dari National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia (NHMS) pada tahun 2019, negeri Perak merupakan negeri yang paling malas melakukan senaman jogging.
Data ini dikongsikan menerusi satu video dalam ciapan twitter. Video tersebut turut memberitahu top lima negeri yang malas nak jogging.
Mungkin timbul sifat malas nak jogging ni sebab kononnya tak mampu berlari jauh, tidak mempunyai kelengkapan jogging yang cukup seperti fitness tracker, seluar sukan dan banyak lagi alasan yang ditaburkan!
Sebenarnya, korang kena tahu teknik yang betul dan jangan mudah percaya dengan mitos jogging.
#1 “Saya tak boleh lari laju,”
Lari dan jogging adalah dua senaman yang berbeza. Aktiviti sukan yang kita nampak lari macam pelesit tu adalah sukan lari pecut.
Kalau korang baru nak mula berlari tak perlu pun lari laju macam Usain Bolt atau Mo Farah. Apa kata cuba mulakan dengan berjalan kemudian cepatkan sedikit langkah. Kan dah buat senaman jogging tu!
#2 “Saya tak mampu lari tanpa henti. Saya lari sekejap lepas tu berhenti,”
Kalau korang nak tahu, aktiviti lari full marathon sepanjang 42 km atau ultramarathon (50-100 km), semua peserta sekejap berlari sekejap berjalan.
Lagipun tak berdosa kalau selang berlari anak dengan berjalan. Malah teknik ini dipanggil teknik Jeff Galloway dan ada individu menang sukan marathon guna teknik ni tau!
#3 “Macam mana saya nak masuk 5km? 500m pun saya tak mampu nak lari,”
Untuk permulaan lupakan jarak dan kalau nampak ada orang lain tunjuk dia lari jauh-jauh, pedulikan! Sekarang, mulakan dengan jumlah masa.
Misalnya, minggu ni jogging selama 30 minit dulu dan selepas 2 minggu tambah sikit masa lari kepada 45 minit. Makin lama, jarak itu akan datang sendiri bila stamina dah meningkat.
Dengan adanya 85 mod senaman yang telah disetkan pada jam pintar ini, HUAWEI Smart Watch GT 2e sekaligus mampu membaca tahap oksigen (SpO2), degupan jantung dan peredaran darah sama ada normal, tinggi atau rendah dalam tubuh badan si pemakai.
Malah, dalam 85 mod jenis senaman tersebut termasuklah 15 sukan utama seperti berlari, berjalan, berenang, mendaki gunung atau bukit, mengayuh basikal, bermain papan luncur dan banyak lagi. Jadi, memang sesuai untuk dipakai sewaktu melakukan aktiviti lasak.
Lebih menarik lagi, anda boleh bawa kemana saja memandangkan bateri jam pintar ini mampu bertahan selama 14 hari walaupun penggunaan sepanjang hari. Jika dibawa waktu tidur pun, tidak mengapa kerana Huawei GT 2e ini akan merekod kualiti tidur anda.
Kesimpulannya, setiap saat anda boleh pakai di tangan untuk semak tahap kesihatan tubuh badan anda.
#4 “Saya tak mampu nak beli jam lari GPS mahal-mahal macam semua orang,”
Kami faham, fitness tracker sudah menjadi satu kewajipan untuk bersukan tapi sebenarnya, jam bersukan ni adalah satu kehendak berbanding keperluan.
Cukup guna jam biasa untuk tahu berapa lama korang dah jogging dan pastikan ‘rentak’ larian tak membuatkan nafas korang tercungap-cungap. Itu sudah memadai.
Seperti Honor Band 6, dimana Honor Band 5 juga boleh 'membaca' degupan jantung, jumlah langkah untuk 10 jenis sukan seperti larian, berjalan di luar dan dalam rumah, berbasikal, renang dan aktiviti sukan lasak yang lain.
Paling penting, walaupun skrin Honor Band 5 agak kecil tapi penggunaannya tetap boleh touch screen untuk menggunakan sistem yang ada.
Kelebihan lain Honor Band 5 ini adalah bateri dapat bertahan tanpa cas selama 14 hari untuk penggunaan biasa, dapat memantau sama ada pengguna berjaya mengecap kualiti tidur atau pun tidak dan boleh dibawa masuk air sedalam 50 meter. Jadi, selamat digunakan ketika sukan renang! productnation
6. “Saya tengok semua beli kasut canggih-canggih. Saya beli kasut murah waktu diskaun ok ke?”
Pemilihan kasut sama ada murah atau mahal bukanlah satu ukuran larian lebih baik atau laju tapi kasut yang sesuai dengan saiz kaki. Bayangkan kasut mahal tapi menyebabkan kecederaan pun tak guna juga.
Lagi satu, kalau kasut, stokin, seluar dan baju lari mahal bukan bermakna anda terlepas dalam melecet.
Kasut Adidas Running Alphabounce ini dapat berikan keselesaan ketika bersenam terutama sewaktu melakukan aktiviti larian.
Ini kerana, bahagian atas mempunyai ruang udara supaya kulit kaki anda bernafas dan kualiti getah yang digunakan dapat memberi kestabilan dan cengkaman yang pegun pada setiap langkah.