Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cara Ni Dapat Selamatkan Korang Dari Zon Stres Bila ‘Terkurung’ Dalam Rumah

Bukan apa, kesihatan mental boleh terjejas.

2021 merupakan tahun kedua kita semua hidup dalam norma baru. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 28 Mei baru-baru ini bukan satu keputusan baru memandangkan tahun lepas juga kita berada pada fasa yang sama.

Malangnya, apa yang menjadi keresahan segelintir daripada kita adalah apabila diminta duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19.

Bukan apa, kesihatan mental boleh terjejas dan perkara ini juga diperakui sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ucapannya.

Jadi, kami dari ProductNation team, nak kongsikan cara untuk korang keluar dari kepompong stres bila terperap dalam rumah dalam tempoh yang lama.

#1 Ruang kerja

Jika boleh, set up ruang kerja yang selesa, kemas dan lengkap seperti mana korang deko bahagian ruang tamu, bilik tidur atau dapur.

Lengkapkan kelengkapan barang seperti kerusi pejabat, meja komputer riba, bekas alat tulis dan pelbagai barang lagi digunakan untuk bekerja. Mungkin dengan cara ini, serba sedikit meningkatkan semangat korang bekerja dari rumah.

View this post on Instagram

A post shared by calm setups (@calmsetups)

Mouse Pad Comfort Ergonomic with Wrist Protect
Mouse Pad Comfort Ergonomic with Wrist Protect
mulai
RM5.40
Semak Mouse Pad Comfort Ergonomic with Wrist Protect harga dibawah:

Bahagaian wrist rest pad pelapik tetikus ini diperbuat daripada silikon, kain lycra dan pelapik bahagian bawah juga diletakkan silikon bagi memastikan tetikus mudah bergerak.

Sekaligus menjadikan material mouse pad jenis ini lembut, anti slip, selesa kerana mempunyai sokongan bahagian pergelangan tangan jadi tangan akan selesa ketika menggerakkan tetikus atas mouse pad comfort ergonomic ini.

Laptop Stand
Laptop Stand
mulai
RM14.90
Semak Laptop Stand harga dibawah:

Laptop stand dari Pro DIY ini mempunyai enam jenis ketinggian dari 5.5cm sehingga 20cm untuk memberi keselesaan postur badan pengguna ketika bekerja di hadapan komputer riba.

Sangat sesuai komputer riba jenis MacBook Pro, Surface Laptop, Google Pixelbook, Lenovo, Acer, Chromebook dan mana-mana komputer riba yang bersaiz dari 11 inci hingga 15.6 inci.

#2 Lakukan senaman

Mungkin ada segelintir daripada kita rasa malas melakukan senaman tapi sebenarnya, menurut Pelatih Kecergasan, Miriam Fried, senaman ringan sudah cukup mengurangkan rasa tertekan kerana badan tidak akan rasa lesu dan jadual rasa harian lebih produktif.

Menurutnya lagi, tidak perlu pergi ke pusat gimnasium, cukup melihat senaman ringan di YouTube. Pastikan lakukan senaman dengan konsisten untuk dapatkan kesegaran badan. Kalau tak tahu nak lakukan senama apa, buat saja senaman mudah iaitu yoga.

Decathlon Non-Slip Yoga Mat (8mm) - Domyos
Decathlon
DECATHLON Non-Slip Yoga Mat (8mm) - Domyos
mulai
RM79.00
Semak Decathlon Non-Slip Yoga Mat (8mm) - Domyos harga dibawah:

Bahan pelapik yoga ini menggunakan foam PVC 100 peratus setebal 8mm jadi sangat selesa melakukan apa-apa jenis senaman yang berkaitan dengan sendi dan tulang belakang.

Malah, pelapik yoga ini kalis air jadi mudah untuk membersihkan menggunakan tuala lembab atau bilas dengan air jika terkena peluh dan elakkan jemur di bawah sinaran matahari yang terik.

Elastic Band Pedal Rope
Elastic Band Pedal Rope
mulai
RM9.99
Semak Elastic Band Pedal Rope harga dibawah:

Elastic band pedal rope ini boleh buat lebih dari 3 jenis senaman dan sangat sesuai untuk kegunaan senaman ringan terutama jika melakukan aktiviti berpeluh di rumah.

Malah, jika menggunakan alatan ini selama 30 minit, anda seperti melakukan senaman berlari anak selama satu jam. Menariknya lagi, hasil daripada melakukan senaman ini, seluruh bahagian otot lengan, perut dan pinggul akan membentuk dengan cantik.

#3 Jauhkan diri dari media sosial

Bila bekerja dari rumah, kemungkinan besar untuk anda pergi ke alam media sosial seperti twitter, instagram atau YouTube sangat kerap untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Jadi, kami sarankan jauhkan diri dari dunia media sosial.

Jika ada masa terluang sekalipun, cuba membuat penulisan ringkas, menelefon kawan atau keluarga, masak, mengemas rumah atau apa saja yang anda suka dan  tidak melibatkan aktiviti media sosial. Cukup lakukan lebih kurang 30 minit untuk kurangkan tekanan.

AIRBOT iRoom Supersonics Vacuum
Airbot
mulai
RM259.00
Semak AIRBOT iRoom Supersonics Vacuum harga dibawah:

Penyedut hampagas jenama Airbot iRoom ini sangat sesuai jika anda seorang yang mempunyai alahan habuk atau sibuk tapi inginkan keadaan rumah tanpa sedikit pun habuk.

Bercirikan kuasa sedut 19,000 Pa, mempunyai penapis HEPA, tidak bising, boleh diaktifkan tanpa wayar, dan seberat 1.6kg dan mampu membersihkan sofa, papan kekunci komputer riba dan tilam memang sesuai untuk kehidupan urban.

Unicorn Giornale Note Book A5 BSD Dotted UNB-210
Unicorn Giornale Note Book A5 BSD Dotted UNB-210
mulai
RM17.50
Semak Unicorn Giornale Note Book A5 BSD Dotted UNB-210 harga dibawah:

Berukuran A5 dan berat lebih kurang 0.4kg, memang sangat sesuai bagi mereka yang ingin meluahkan perasaan melalui penulisan dimana saja kerana saiz buku ini boleh diselit dalam poket.

Percayalah, apabila anda menulis keadahaan kesihatan mental serba sedikit dapat dipulihkan dan menjadi terapi apabila diri dalam keadaan tertekan dengan dunia luar.

End of Article