Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Jom Tengok Resepi Melayu Mudah Guna Daging Wagyu & Kenapa Harganya Mahal!

Tak salah nak cuba daging wagyu, masak menu simple pun boleh rasa kelembutan daging tu sendiri.

Bagi yang masih tak tahu, daging Wagyu sebenarnya makanan diraja dari negara matahari terbit kerana dagingnya terus cair dimulut.

Mana ada daging yang kita beli dekat pasar biasa, terus cair dalam mulut. Tapi, kalau fikir logik takkan sebab satu faktor ini saja membuatkan harga daging wagyu ini mahal sehingga mencecah ribuan ringgit?

Ipoh Wagyu Sirloin Tokushima
Ipoh Wagyu Sirloin Tokushima
From
RM278.00
Check Ipoh Wagyu Sirloin Tokushima price below:

Ipoh Wagyu menjual daging wagyu dengan pelbagai jenis harga mengikut berat. Jangan risau, pelanggan yang membuat pembelian pasti akan mendapat daging segar kerana penghantaran akan disekalikan bersama kotak ais. Jadi, kesegaran daging akan kekal lama.

Kenapa daging wagyu mahal?

#1 Cara penternakan

Menurut portal Metro UK, daging Wagyu terdapat empat baka iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled

Semua jenis baka lembu ini diternak dengan sangat rapi sehinggakan penggembala perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan demi mendapatkan kualiti wagyu itu sendiri.

Kalau korang nak tahu lagi, lembu betina yang hamil akan dibiarkan keluar untuk makan rumput di padang manakala anak-anak lembu pula diberi susu formula yang dikhaskan.

Malah, lembu-lembu tersebut dipakaikan jaket dan diselimutkan jika menjelang musim sejuk. Bulu mereka pula di sikat menggunakan sikat keras bagi memastikan daging lembu tidak tertekan dan peredaran darah yang baik.

Seterusnya bila anak lembu mencecah usia tujuh bulan, mereka akan dilelongkan ke ladang lain bagi proses penggemukan.

Kemudian, anak-anak wagyu yang berjaya dilelongkan itu dibesarkan di bangsal dan diberikan nama bukan nombor badan seperti lembu biasa. 

Uniknya lagi, setiap lembu itu mempunyai sijil kelahiran mereka bagi membolehkan pembeli mengenal pasti asal usul, baka dan di mana ladang mereka diternak.

#2 Struktur lemak

Menurut satu portal, struktur lemak wagyu berbeza dengan lemak daging yang lain kerana mempunyai kandungan lemak mono tidak tepu dan kepekatan asid oleik yang tinggi sekaligus menjurus takat lebur lemak yang rendah (low fat-melting point). 

Ini membuatkan tekstur wagyu lembut dan rasa yang memuaskan. Takat lebur yang rendah juga akan mencairkan lemak pada suhu mulut dan sering disebut sebagai ‘cair di mulut’.

#3 Aroma

Seterusnya, faktor harga mahal adalah kerana aroma wagyu itu sendiri. Disebabkan penjagaannya rapi sehingga boleh mendapatkan struktur lemak yang berbeza berbanding daging biasa, aroma wagyu juga lain berbanding daging biasa bila dimasak.

Sukar kami nak terangkan bagaimana aroma wagyu kerana tidak dapat dijelaskan tapi siapa penggemar daging wagyu pasti sudah mampu menghidu aroma wagyu ni kan?

Apa resepi mudah masak daging wagyu?

Oh! Kami juga akan kongsikan dengan korang resepi daging wagyu yang mudah dihidang. Tak perlu pun panggang-panggang dengan api yang besar macam restoran mewah, goreng-goreng dekat dapur sendiri je!

Bahan-bahan;

  1. Bawang putih yang dihiris halus atau ditumbuk hancur.
  2. Daging wagyu.
  3. Nasi.
  4. Telur.
  5. Minyak Truffle.
  6. Mentega 1 sudu.
  7. 3 batang cili padi.
  8. Bawang putih goreng

End of Article