Makan

3 Cara Simpan Biskut Dengan Betul Supaya Kekal Rangup & Rapuh

Apa yang kami nak ketengahkan adalah cara menyimpan biskut & kuih raya supaya tahan lama. Kami ada tip mudah untuk mengekalkan kualiti kuih & biskut.


Editor · 14 May 2021, 9:03pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

3 Cara Simpan Biskut Dengan Betul Supaya Kekal Rangup & Rapuh

Walaupun sambutan Hari Raya 2021 tidak semeriah yang kita harap dan bayangkan tapi kami yakin semua juadah utama raya seperti rendang, ketupat, nasi impit, lemang, kuah kacang, kuih-muih dan biskut raya pasti ada di setiap rumah.

Apa yang kami nak ketengahkan adalah cara menyimpan biskut dan kuih raya supaya tekstur kekal rapuh dan rangup.

Kandungan
Remote file

Maklumlah, kadangkala bila membuat atau membeli kuih raya tak ingat dunia sampai melambak-lambak pula stok. Takut terpaksa buang je kalau lama sangat tak bersentuh.

Macam mana nak simpan kuih dan biskut raya yang banyak?

Jadi, kami ada tip mudah untuk mengelakkan dari korang membuang dan mengekalkan kualiti kuih dan biskut dalam tempoh yang panjang.

#1 - Biarkan sehingga suhu bilik

Bagi mereka yang membuat kuih dan biskut raya sendiri, perkara pertama sekali yang korang kena tahu adalah menyimpan di dalam suhu bilik untuk menghilangkan wap panas terlebih dahulu.

Nanti bila nak simpan dalam bekas, tak adalah wap air memenuhi balang kuih sebab kuih dalam keadaan panas.

View this post on Instagram

A post shared by Quan Yue (@quan_yue)

#2 - Balang kedap udara

Seterusnya, bila biskut dan kuih raya dalam keadaan suhu bilik, simpan pula di dalam bekas kedap udara.

Selain itu, pastikan balang atau bekas dalam keadaan bersih dan kering supaya tak terdedah dengan bakteria yang menyebabkan tekstur kuih dan biskut raya menjadi lemau.

Akiro Plastic Transparent Clam-shell Food Storage Box Canisters
1 daripada 2
Akiro Plastic Transparent Clam-shell Food Storage Box Canisters
Partnership with
Dari RM7.41
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bekas simpan biskut kering jenama Akiro diperbuat daripada bahan 100% bebas plumbum dan tidak beracun. Sangat sesuai untuk menyimpan biskut, gula-gula, tepung, kacang, rempah, bijirin dan lain-lain.

Bekas ini mempunyai empat jenis saiz iaitu 460ml, 700ml, 1300ml dan 1800ml. Setiap saiz ini mempunyai fungsi yang berbeza mengikut kesesuaian pengguna.

#3 - Gunakan gel silika.

Selain daripada menggunakan dua cara di atas, korang boleh juga menggunakan gel silika yang dikhaskan untuk makanan. Jadi sesuai untuk digunakan menyimpan biskut atau kuih raya bagi memastikan tekstur kuih tidak lemau.

O Buster Silica Gel Food Gred
2 daripada 2
O Buster Silica Gel Food Gred
Partnership with
Dari RM25
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Gel silika food gred  merupakan bahan pengering penyerapan kimia dan mampu menyerap kelembapan yang kuat.

Paling penting, sesuai untuk disimpan dalam makanan kerana merupakan bahan pengering kapur yang selamat.

Apa pun, jangan lupa tutup balang dengan ketat selepas membuka penutup balang, okay?

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation