Kesihatan & Kecergasan

Masalah Period Pain yang Teruk Boleh Akibat Rahim Perlu Di Buang?

Senggugut adalah rasa sakit yang dialami wanita sebelum atau semasa kedatangan haid. Terdapat beberapa cara bagi mengurangkan rasa senggugut teruk.


Editor · 27 Apr 2021, 6:14pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Masalah Period Pain yang Teruk Boleh Akibat Rahim Perlu Di Buang?

Sakit kepala, kulit berjerawat, ketegangan payu dara, meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan teramat di seluruh kawasan badan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan adalah rasa sakit yang sering dialami oleh wanita yang sedang atau sebelum kedatangan haid.

Malah, kesakitan period pain setiap wanita berbeza-beza kerana tidak semua wanita akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. 

Kandungan

Menurut satu kajian, dianggarkan 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik, manakala sebanyak 50 peratus wanita mengalami kekejangan pada awal kedatangan haid dan sebanyak 10 peratus wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan.

Remote file

Begitulah kesakitan period pain yang dialami oleh golongan yang lemah ini. Namun, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya….

#1 - Gunakan heating pad atau botol suam

Seorang saintis dari Universiti Kolej London, Dr King mengatakan kekejangan saat kedatangan haid disebabkan oleh aliran darah yang kurang kepada organ dan dia berjaya membuktikan bahawa suhu 40°C (104°F) dapat membantu menyingkirkan menstrual cramps. 

Jadi, seolah-olah bertungku, letakkan heating pad, botol atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan.

Hot Water Bottle Bag
1 daripada 2
Hot Water Bottle Bag
Partnership with
Dari RM2.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

#2 - Ubat tahan sakit

Penggunaan ubat penahan sakit seperti panadol, ibuprofen adalah sesuai bagi wanita yang mengalami senggugut kerana  boleh merawat kesakitan kecil seperti sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, kekejangan haid, sakit otot dan kesakitan akibat artritis. 

Bagaimanapun, sekiranya perlu mengambil ibuprofen dengan lebih kerap, sebaiknya berbincang dengan doktor tentang alternatif ubat. Doktor boleh mencadangkan ubat penahan sakit yang sesuai.

#3 - Minuman

PANTANG LARANG KETIKA HAID? Baru-baru ini, terdapat beberapa artikel yang tular mengenai "pantang larang" ketika haid....

Posted by Klinik PUSRAWI - MAIWP Healthcare Sdn.Bhd on Tuesday, February 13, 2018

Menurut Penolong Pegawai Perubatan Klinik Pusrawi, air kelapa mempunyai sifat diuretic dan mengandungi potassium yang tinggi sekaligus membantu penyingkiran garam (sodium) dari badan. Jadi, air kelapa sangat baik untuk wanita haid kerana ketika haid wanita sangat mudah mengalami dehidrasi.

Selain itu juga, amalan dari nenek moyang kita minum minuman herba seperti air rebusan teh halia atau teh limau untuk mengeluarakan angin dalam badan serta melegakan kesakitan.

Teh Senna
2 daripada 2
Teh Senna
Partnership with
Dari RM6.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tapi, betul ke sakit period pain sampai kena buang rahim?

Menurut kajian dari UKM, jika masalah ini berlanjutan dan menjadi teruk lebih dua hari, wanita tersebut perlu rujuk kepada doktor kerana mungkin terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim (Hysterectomy) bagi menyelesaikan masalah ini.

Namun akan menyebabkan kemandulan kepada wanita, oleh itu rawatan lain haruslah digunakan atau disarankan kepada pesakit terlebih dahulu dan pembuangan rahim merupakan langkah terakhir.

Apa pun, haruslah berjumpa dengan doktor untuk membuat rawatan susulan.

Lagi daripada ProductNation