Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Syarat Berpuasa Cover

4 Syarat Jika Ingin Puasa Anda Sah Sepanjang Ramadan

Syarat ini bagi melatih diri kita untuk berpuasa dari segala aspek

Penyunting

Maksud puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta menghindari dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermulanya terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari berserta dengan niat.

Amalan berpuasa ini wajib dilakukan selama satu bulan penuh kecuali bagi wanita atas sebab-sebab tertentu. Bulan puasa juga bukan saja menahan lapar dan dahaga, namun kita juga boleh memperoleh banyak pahala di samping mengerjakan ibadah puasa dengan sebaiknya.

Berikut merupakan empat syarat yang harus diamalkan jika ingin mengecap pahala yang berganda dan sah selama sebulan.

1. Berpuasa dalam semua aspek

Syarat ini bagi melatih diri kita untuk berpuasa dari segala aspek bukan saja dari makan dan minum tapi nafsu dan percakapan juga. Malah, bukan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari tapi selama sebulan supaya dapat mengaut pahala sebanyak yang mungkin.

2. Islam sepanjang hari

Di sini bermaksud umat Islam mengakui bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan tidak mengaitkan Dia dengan apa-apapun dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT dengan cara mendirikan solat lima waktu dengan sempurna, bersahur, membaca Al-Quran dan berzikir pada masa lapang.

3. Sucikan diri dari darah haid dan nifas

Syarat ini adalah paling penting bagi para wanita dan harus diambil perhatian. Para wanita yang masih dalam tempoh nifas pada bulan Ramadan, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.

Manakala wanita yang datang haid saat berpuasa juga haram untuk berpuasa walaupun jumlah darah yang keluar adalah sedikit. Mereka harus menyucikan diri mereka terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadah puasa.

4. Tamyid atau berakal

Tamyiz adalah bijak, matang, boleh membezakan diantara baik ataupun yang buruk, fikiran yang normal dan tubuh badan sihat. Namun, bagi golongan kurang siuman atau tidak dapat berfikir secara waras, mereka tidak sah berpuasa.

Seterusnya, bagi mereka yang sakit di siang hariĀ  sehingga boleh memudaratkan kesihatan, mereka haruslah batalkan puasa mereka dengan cara yang ringkas. Dan jika seseorang jatuh pengsan sepanjang hari juga akan terbatal puasanya.

Itu sajalah empat syarat sah puasa secara ringkas dan disebabkan Ramadan hanya datang sebulan dalam setahun, sebaikya gunakan peluang dan waktu ini untuk mengumpul banyak pahala sepanjang bulan suci ini dan jangan sesekali kita kehilangan ganjarannya.

Sebagai tambahan fakta tentang puasa, ibadah puasa dilarang sama sekali dilakukan semasa perayaan hari pertama Eid al-Fitri kerana semua umat Islam harus berseronok untuk menyambut kedatangan bulan Syawal pula.

Sekian petikan dari Fimela.com

End of Article