Gaya Hidup

13 Sejadah Terbaru & Terbaik di Malaysia 2026 - Gebu & Tebal

Nak kain sejadah cantik, jom tengok senarai sejadah online yang kami senaraikan ini. Telekung cantik, sejadah solat pun best, nak sembahyang pun selesa.


Editor · Updated 16 Oct 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Sejadah Terbaru & Terbaik di Malaysia 2026 - Gebu & Tebal

Sejadah merupakan salah satu kelengkapan untuk mendirikan solat, dan boleh dikatakan semua rumah beragama Islam ada sejadah.

Jika tidak di masjid yang sudah tersedia karpet untuk solat, kita akan solat di rumah dan menggunakan sejadah solat yang ada.

Kandungan

Maknanya, setiap muslim dan muslimah wajib ada sekurang-kurangnya satu sejadah di rumah atau kereta dan anda mungkin memang sedang mencari sejadah online.

Bagi memudahkan pencarian sejadah cantik yang senang bawa ke mana sahaja, jom lihat senarai kain sejadah dan harga sejadah di bawah.


Senarai 13 Sejadah Terbaru & Terbaik

Sejadah Lipat Bersandar
Sejadah terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
Sejadah Lipat Bersandar
Dari RM19.55
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ada sandaran, membantu ayah yang sukar duduk lama
Boleh dilipat, tidak memakan ruang simpanan
Lebih berat daripada sejadah biasa
1 lagi
Kurang sesuai dibawa keluar rumah

Sebab menjadi pilihan utama:

Apa yang membezakan sejadah sandar dengan sejadah yang lain adalah sejadah solat ini boleh ditukar kepada tempat duduk yang boleh disandar di belakangnya.

Ciri-ciri:

Ciri ini menjadikan mudah bagi pengguna  yang berumur 40 tahun ke atas serta mereka yang mempunyai masalah sakit belakang, lutut yang lemah serta kesukaran untuk duduk tanpa bersandar dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, sangat serbaguna sesuai untuk dibawah kemana-mana terutamanya untuk ke kuliah di masjid, melakukan haji & umrah atau mana-mana aktiviti umum yang memerlukan keselesaan.

Jangan risau, walaupun sedikit berat tapi rekaannya dilengkapi bersama pemegang beg untuk memudahkan pengguna membawa sejadah.

Malah terdapat juga poket built-in untuk barang-barang peribadi seperti kain telekung, kopiah, dan tasbih.

Paling penting, tempat sandar terletak pada bahagian sujud untuk memelihara bahagian sujud dan anda tidak akan meletakkan kaki anda pada tempat sujud.

Review:

“Tempat sandar kukuh, sujud selesa, senang bawak pergi mana-mana sebab ada beg dan tentunya design sejadah yang cantik.”

Sejadah MIA Ortopedik
Sejadah untuk sakit lutut 2 daripada 13
Sejadah MIA Ortopedik
Dari RM169
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk ibu mengandung
Mengurangkan masalah sakit belakang
Harga mahal
2 lagi
Membantu pesakit sendi dan lutut
Membetulkan postur badan

Sejadah Mia Ortopedik dengan ketebalan 15mm menggunakan High Quality Custom Foam yang mampu menyerap tekanan pada lutut dan memastikan keselesaan semasa solat. 

Selain itu, sejadah ini membantu mengurangkan sakit sendi, sakit tumit, sakit belakang dan memberi keselesaan pada dahi ketika sujud.

Jika anda sedang mengandung atau mahu berikan keselesaan buat isteri yang sarat mengandung untuk bersolat, sejadah ini juga sesuai untuk kurangkan ketidakselesaan semasa pergerakan sujud buat ibu mengandung.

Meskipun harganya sedikit mahal, ia amat berbaloi sebagai hadiah untuk ibu bapa yang mempunyai maslaah sendi atau sakit pinggang.

Naelofar Anggun Sejadah
Sejadah untuk hantaran 3 daripada 13
Naelofar Anggun Sejadah
Dari RM114.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Jenama Naelofar yang sudah dikenali, sesuai sebagai hadiah yang nampak berjenama
Corak kemas, sesuai untuk hadiah raya atau hari ibu
Lebih mahal berbanding sejadah biasa di pasaran
1 lagi
Pilihan corak terhad berbanding sejadah tanpa jenama

Sejadah Sumaya dari jenama Naelofar ini mempunyai permintaan yang tinggi kerana memiliki warna yang cantik dan corak minimalis.

Corak Persian Flower ini mempunyai empat jenis warna yang elegan iaitu Dark Blue, Ice Blue, Dusty White dan Dusty Pink.

Ciri lain sejadah ini adalah permukaan bawah jenis anti-slip dimana sejadah tidak mudah bergerak atau membuatkan anda tergelincir ketika mendirikan solat.

Permukaan atas pula sangat lembut kerana menggunakan material Acrylic Velvet dimana ketika sujud bahagian lutut anda tidak sakit disebabkan tekanan badan.

Sejadah ini boleh dilipat dan mudah di bawa ke mana sahaja, jadi boleh letak dalam kenderaan.

Tambahan lagi, saiz sejadah ini 45” x 29” dengan ketebalan 6mm jadi lagi senang nak bawa travel.

Paling best, anda boleh jadikan sejadah ini sebagai hantaran kerana setiap pembelian Sumaya Sejadah akan disediakan bungkusan kotak cantik.

Sejadah Muka Tenun
Sejadah untuk hadiah 4 daripada 13
Sejadah Muka Tenun
Dari RM2.97
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mudah dilipat
Mudah dibasuh
Nipis
1 lagi
Harga murah

Sejadah ini sesuai untuk dijadikan hadiah kerana setiap pembelian akan dibungkuskan dalam kotak yang cantik. 

Jadi anda boleh beli untuk beri hadiah kepada kawan atau keluarga tapi anda boleh pilih pembelian tanpa kotak juga. 

Corak pada sejadah juga cantik dan pelbagai, anda boleh pilih mana satu menjadi pilihan.

Jangan risau, material sejadah ini mudah untuk dilipat dan mempunyai dua saiz berbeza iaitu 35cm x 70cm dan 35cm x 35cm.

Jika anda pilih untuk beli sejadah travel, sebaiknya pilih saiz yang kecil.

Sejadah Raudhah Masjid Nabawi
Sejadah raudhah 5 daripada 13
Sejadah Raudhah Masjid Nabawi
Dari RM14.31
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah dilipat
Pilihan warna pelbagai
Habuk mudah lekat

Corak sejadah ini boleh diilhamkan daripada Mehrab Masjid Nabawi dan mengambil inspirasi dari warisan Islam.

Malah dengan gabungan cita rasa moden, boleh dijadikan hadiah yang indah untuk orang yang anda sayangi atau dijadikan kegunaan sendiri.

Terdapat pelbagai pilihan warna antaranya hijau, coklat emas, blue, burgandy, new blue, new brown dan banyak lagi.

Selain itu, sejadah ini dikatakan eksklusif kerana mempunyai tekstur yang lembut dan benang yang ditenun halus.

Saiz sejadah ini 68 cm x 110cm dengan ketebalan 3mm ini menjadikan ia senang untuk disimpan dalam kereta untuk kegunaan semasa travel.

E Sejadah Elektronik Digital
Sejadah pintar / elektronik 6 daripada 13
E Sejadah Elektronik Digital
Dari RM54
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat kompas arah kiblat
Mempunyai bacaan doa dan zikir
Tidak boleh kena air
1 lagi
Dilengkapi 5 solat wajib dan 4 solat sunat

Bagi anda yang baru menjinakkan diri untuk mendirikan solat dengan sempurna, muallaf atau kanak-kanak, boleh beli sejadah elektronik ini.

Jangan risau, sangat mudah digunakan dan tidak membosankan si kecil mempelajari cara mendirikan solat.

Ini kerana terdapat sistem EBantu Solat, hanya perlu letakkan panel di hujung sebelah atas (kiri atau kanan) sejadah, aktifkan alat E Bantu Solat, dan boleh ikut bacaan yang keluar dari panel.

Panel ini dilengkapi sensor solat, kompas kiblat, pengiraan rakaat, panduan 5 waktu solat.

Walaupun dipanggil elektronik, tetapi untuk menghidupkan panel tidak perlu sambungan pada soket plug, hanya guna bateri sahaja.

Selain itu, dilengkapi dengan Audio Qari dari Malaysia bersama sebutan yang jelas dan tidak terlalu laju supaya pengguna sejadah dapat mengikuti dan menghafal bacaan dalam solat.

Paling penting, bacaan dalam solat adalah berpandukan kepada sukatan pelajaran Malaysia dan mengikut Mazhab Imam Syafie.

Sejadah Warna-Warni Si Comel
Sejadah untuk kanak-kanak 7 daripada 13
Sejadah Warna-Warni Si Comel
Dari RM6.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Corak cantik
Tidak sesuai untuk dewasa
2 lagi
Harga murah
Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil berusia 3 tahun dan mencari sejadah kanak-kanak, kami syorkan sejadah jenis ini.

Ini kerana corak dan warnanya dapat menarik minat si kecil untuk mendirikan dan mempelajari solat.

Material sejadah ini lembut kerana diperbuat daripada bahan baldu menjadikannya mempunyai ciri ringan dan boleh dilipat.

Manakala, saiz sejadah ini 90 cm x 50 cm dengan berat 300 gram setiap helai sejadah dan mudah di bawa ke mana sahaja.

Walaupun warnanya sangat terang, tetapi jangan risau kerana sejadah ini mesra pengguna dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan kanak-kanak.

Sejadah Gebu Tebal Lembut
Sejadah gebu 8 daripada 13
Sejadah Gebu Tebal Lembut
Dari RM12.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Warna pelbagai
Mudah dilipat
Perlu dicuci dengan tangan
2 lagi
Harga murah
Tebal

Bagi anda yang inginkan sejadah yang lembut dan gebu, kami syorkan sejadah jenis ini kerana mempunyai ciri lembut dan gebu.

Ciri sejadah gebu yang tidak berbulu ini menggunakan material polyester yang tidak panas.

Lagipun bahan polyester ini dapat menjadikan sejadah kelihatan berkilat, sejuk dan eksklusif.

Saiz sejadah ini 124cm x 84cm dengan ketebalan 10mm, jadi memang sangat tebal tapi sangat bagus untuk mendirikan solat tarawih.

Ini kerana jika anda berdiri di atasnya, anda akan rasa lembut dan kaki tidak mudah sakit.

Ciri lain lagi, sejadah ini lembut, mempunyai anti-slip dan tahan lasak jadi anda boleh bawa ke mana sahaja.

Sejadah Hasnuri
Sejadah premium 9 daripada 13
Sejadah Hasnuri
Dari RM79
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak berbulu
Corak islamik
Tidak boleh masuk dryer
2 lagi
Pemukaan lembut
Tapak sejadah anti-slip

Sejadah Hasnuri direka khas untuk beribadah yang mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. 

Sejadah premium yang diperbuat daripada material yang lembut dan berkualiti tinggi dengan corak geometri Islamik minimal yang sangat cantik.

Material yang digunakan 100% Polyester dimana menjadikan sejadah ini lembut, kuat dan memberi ketahanan baik ketika seseorang berdiri di atasnya.

Turut didatangkan dengan bungkusan hadiah eksklusif dan plastic ziplock eksklusif, merupakan pilihan sangat tepat untuk bagi hadiah.

Saiz sejadah ini 70cm x 110cm dan mempunyai dua pilihan warna hitam dan putih serta mempunyai eksklusif metal tagging logo emas HASNURI pada sisi kiri atas sejadah

Paling penting permukaan atas sejadah lembut menjadikan selesa untuk solat, warnanya tidak luntur dan tidak berbulu.

sejadah mini siti khadijah
Sejadah mini 10 daripada 13
Siti Khadijah Nyaman Quilted Mini Sejadah
Siti Khadijah
Dari RM78
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Lembut dan selesa
Dihiasi dengan jahitan berbentuk dome
Harga mahal
1 lagi
Tebal

Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama Siti Khadijah. Selain menawarkan telekung yang berkualiti, jenama ini turut memperkenalkan Sejadah Mini Nyaman Quilted.

Apa yang menarik, sejadah mini ini dihiasi dengan jahitan berbentuk dome yang kelihatan kemas dan cantik.

Sejadah ini juga diperbuat daripada 90% kapas dan 10% poliester dengan ukuran 56cm x 36cm. Tersedia dalam warna hitam, pink, dan putih.

Namun, perlu diingat bahawa sejadah ini agak tebal dan mungkin tak muat dimasukkan dalam beg kecil. 

sejadah untuk lelaki
Sejadah untuk lelaki 11 daripada 13
Iktikaf Alif - Sejadah Safa
Iktikaf Alif
Dari RM35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Corak menarik
Tebal
Tidak boleh dilipat
2 lagi
Belakang anti-slip
Selesa untuk lutut dan dahi

Sejadah Safa adalah sesuatu yang istimewa, dengan motifnya yang seakan karya seni, ia juga boleh digantung di dinding apabila tidak digunakan.

Diperbuat daripada bahan memori foam yang tebal dan velvet eksklusif berkualiti tinggi yang lembut, sejadah ini memberikan keselesaan pada lutut dan dahi semasa bersujud.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai belakang anti-slip backing yang membantu dalam cengkaman dan keselesaan yang mendalam semasa beribadah.

Sesuai untuk rumah, sebagai hadiah, atau untuk anda yang sukakan sejadah berseni yang cantik untuk menghidupkan seri dan semangat semasa solat.

sejadah tebal
Sejadah tebal 12 daripada 13
Sejadah Amru Basic (Standard)
Amru
Dari RM411
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Anti-slip
Boleh dibasuh
Mahal
2 lagi
Sejuk, lembut dan selesa
Mudah dilipat

Sejadah Amru diperbuat daripada 95% kapas asli premium dengan saiz 70cm X 120cm yang sesuai untuk solat. 

Dengan ketebalan sekitar 15mm, sejadah ini mengurangkan tekanan pada lutut dan dahi serta pilihan yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah lutut.

Selain itu, sejadah putih ini dilengkapi dengan anti-slip pada permukaan belakangnya, memastikan solat anda lebih stabil walaupun di atas permukaan licin. 

Ia juga mudah dilipat, gebu, tebal, boleh dibasuh berkali-kali menggunakan mesin basuh dan sesuai untuk dibawa travel atau dijadikan hadiah hantaran.

jovian_mini_sejadah
Sejadah untuk travel 13 daripada 13
Jovian Mini Travel Sejadah
Jovian
Dari RM69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Direka dengan bahan lembut
Kecil
3 lagi
Sandaran anti-gelincir
Sesuai untuk ruang yang sempit
Percuma beg kantung

Bagi yang gemar melancong, mencari sejadah mini yang selesa mungkin mencabar. Jovian Mini Travel Sejadah adalah jawapan untuk pelancong moden. 

Direka dengan bahan lembut dan mewah, sejadah jenis ringan ini memberikan keselesaan semasa solat dengan sandaran anti-gelincir untuk kestabilan dan sesuai untuk ruang sempit.

Dengan lambang 'JOVIAN' perak dan reben di bahagian atasnya, ia kelihatan sangat eksklusif. 

Setiap sejadah disertakan dengan pouch beg dan hadir dalam warna salmon pink, hijau pastel, dan hitam.


Apakah Perbezaan Sejadah Biasa & Sejadah Elektronik?

Berikut adalah perbezaan antara sejadah biasa dan sejadah elektronik:

Ciri

Sejadah Biasa

Sejadah Elektronik

Bahan

Biasanya diperbuat daripada bahan tekstil seperti kain atau serat sintetik

Diperbuat daripada bahan sintetik yang lebih tahan lama, seperti getah atau bahan plastik

Reka bentuk

Reka bentuknya agak sederhana dan boleh dilipat untuk mudah disimpan

Reka bentuknya lebih kompleks kerana ia mengandungi elektronik seperti skrin LCD dan butang untuk mengawal fungsi

Kegunaan

Digunakan untuk bersembahyang dan ibadah solat

Selain digunakan untuk bersembahyang, ia boleh mempunyai fungsi tambahan seperti lampu LED dan alat pengira waktu

Ketersediaan

Mudah didapati dan biasanya dijual di kedai-kedai peralatan solat

Kurang biasa didapati dan mungkin perlu dibeli secara dalam talian atau di kedai yang khusus menjual sejadah elektronik

Penjagaan

Memerlukan penjagaan yang khusus untuk menjaga kebersihan dan keutuhan bahan

Memerlukan penjagaan elektronik yang khusus seperti penggantian bateri dan pembersihan skrin

Kos

Kosnya agak rendah kerana bahan yang digunakan tidak terlalu mahal

Kosnya agak tinggi kerana mengandungi elektronik dan bahan sintetik yang lebih tahan lama


Apa Itu Sejadah?

Bagi yang bukan islam pasti mengatakan sejadah ini adalah sejenis karpet hiasan, tetapi tidak bagi yang beragama islam.

Sejadah merupakan hamparan kain untuk melapik antara tanah dan mereka yang bersolat bagi menjaga kebersihan yang melibatkan sujud dan duduk antara dua sujud.

Ini kerana seorang muslim yang mendirikan solat perlu menjaga kebersihan dan memastikan tempat sujud dalam keadaan bersih.

Disebabkan peredaran zaman berlaku jadi sejadah juga berlaku inovasi dimana terdapat beberapa jenis sejadah.

Antaranya sejadah elektronik, sejadah premium, sejadah kanak-kanak dan sejadah sandar.


Bagaimana Cara Pilih Jenis Sejadah?

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih jenis sejadah yang sesuai untuk anda mendirikan solat. Antaranya:

  1. Ukuran - Pastikan sejadah yang dipilih sesuai dengan ukuran badan dan ruang tempat untuk menunaikan solat.
  2. Bahan - Pilih bahan sejadah yang nyaman dan tahan lama seperti kapas atau wol. Ada juga sejadah yang dilengkapi dengan lapisan anti air atau anti slip.
  3. Rekaan - Pilih sejadah dengan rekaan yang sesuai dengan cita rasa dan keperluan.
  4. Fungsi - Pilih sejadah yang sesuai dengan keperluan seperti jika ingin membawanya semasa keluar rumah, maka sejadah yang mudah dilipat dan ringan menjadi pilihan.
  5. Harga - Pastikan harga sejadah tidak terlalu mahal supaya tidak berlaku pembaziran atau riak. Asalkan berlapik dengan tanah, sudah memadai.

Semoga penjelasan ini dapat membantu dalam memilih jenis sejadah yang tepat.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation