Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tasbih digital

10 Tasbih Digital Terbaik di Malaysia 2024 (Cantik & Murah)

Penggunaan tasbih digital lebih efisien untuk mengira jumlah tasbih dan zikir yang dibaca.

Penggunaan alat tasbih digital semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam kerana sangat mudah digunakan berbanding tasbih manik.

Mempunyai ciri yang mudah di bawa ke mana saja dan lebih efisien untuk mengira jumlah tasbih dan zikir yang sudah dibaca.

Malah, kalau anda perasan sekarang ni dah ada yang jadikan tasbih digital online sebagai door gift.

Jadi bagi memudahkan pencarian anda, kami senaraikan tasbih digital terbaik untuk anda pilih.


Senarai 10 Tasbih Digital Terbaik

Tasbih digital terbaik secara keseluruhan
Zehco Digital Tasbih
Zehco Digital Tasbih
mulai
RM25.75
Semak Zehco Digital Tasbih harga dibawah:
add_circle Free size
add_circle Kalis peluh
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Tak mudah terjatuh
add_circle Sesuai untuk semua saiz jari
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama; 

Tasbih digital Zehco ini diperbuat daripada silikon jadi selesa dipakai pada jari.

Ciri-ciri;

Bagi yang mempunyai masalah tapak tangan mudah berpeluh, anda tak perlu risau kerana tasbih digital ini mempunyai ciri anti peluh.

Alat ini perlu dicas menggunakan kabel USB dan baterinya mampu bertahan sehingga 3 bulan penggunaan jika dicas penuh selama 2 jam.

Turut lengkap dengan ciri lock screen agar data jumlah kiraan zikir anda tak akan hilang. 

Terdapat 5 pilihan warna menarik untuk semua, rekaannya juga cantik dan lain daripada tasbih digital lain yang ada di pasaran. 

Review;

‘Selesa ditekan dan disarung pada jari. Tak perlu tukar bateri sebab ia boleh dicas,’

Tasbih digital dengan kompas
Compass Wood Tasbih
Compass Wood Tasbih
mulai
RM8.90
Semak Compass Wood Tasbih harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu
add_circle Boleh menyala dalam gelap
add_circle Lengkap dengan fungsi kompas
remove_circle Fungsi kompas kadang-kadang kurang tepat

Tasbih yang direka dengan corak kayu ini boleh dibawa ke mana-mana terutamanya ke masjid untuk memudahkan anda sentiasa berzikir dan bertasbih. 

Boleh muat dalam beg tangan atau poket pakaian kerana saiznya kecil dan mudah dibawa.

Skrin tasbih digital ini jenis LED, jadi mudah untuk anda lihat jumlah hitungan zikir yang telah diucapkan. 

Terdapat lima pilihan warna, iaitu warna merah, coklat terang, kuning kayu dan putih kayu. 

Tasbih digital LED
Digital Beep Tasbih LED Display
Digital Beep Tasbih LED Display
mulai
RM1.02
Semak Digital Beep Tasbih LED Display harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sukr untuk hilang
add_circle Boleh dipakai pada jari seperti cincin
remove_circle Warna tidak boleh dipilih
remove_circle Tiada waranti

Apa yang menarik tentang tasbih digital murah ini adalah mempunyai sistem yang akan berbunyi ‘beep’ apabila sudah 100 kali ditekan.  

Malah mempunyai lampu yang akan memudahkan anda ketahui jumlah hitungan zikir yang telah disebut walaupun dalam keadaan gelap. 

Sangat sesuai digunakan oleh yang sering bertahajud atau bertafakur pada waktu awal pagi. 

Ingin diingatkan jika butang tasbih tidak ditekan selepas tempoh 3 minit, skrin alat ini akan tertutup dengan sendirinya.

Tasbih digital jari
Zikr1 Lite USB Rechargeable Bluetooth Smart Tasbih Ring
Zikr1 Lite USB Rechargeable Bluetooth Smart Tasbih Ring
mulai
RM56.50
Semak Zikr1 Lite USB Rechargeable Bluetooth Smart Tasbih Ring harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Tak mudah berkarat
add_circle Selesa dipakai pada jari
add_circle Banyak pilihan warna menarik
remove_circle Harga mahal

Walaupun tasbih digital Zikr1 ini perlu dicas tapi ketahanan baterinya boleh bertahan selama 3 hari selepas dicas penuh.

Anda boleh cas tasbih digital ini menggunakan adapter, powerbank atau USB port komputer. 

Turut dilengkapi dengan Bluetooth yang membolehkan tasbih ini disambung dengan aplikasi iQibla di telefon pintar anda. 

Jadi, pengguna akan menerima notifikasi masuk waktu solat pada alat smart tasbih ini.

Selain itu, tasbih ini akan bergetar apabila hitungan zikir yang disebut mencecah jumlah 33, 66, 99 dan 100. 

Ingin diingatkan pastikan anda pilih ukuran tasbih yang muat dengan jari kerana boleh dipakai pada jari seperti cincin.

Tasbih digital kayu
Electronic rosary with digital LCD tasbih digital
Electronic rosary with digital LCD tasbih digital
mulai
RM7.59
Semak Electronic rosary with digital LCD tasbih digital harga dibawah:
add_circle Kiraan 0-9999
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Rekaan kayu klasik
add_circle Saiz kompak
add_circle Skrin LCD
remove_circle Bateri perlu ditukar

Tasbih corak kayu ini boleh digunakan secara digital dan secara manual kerana dilengkapi dengan biji tasbih. 

Ringan dan sangat efisien untuk digunakan oleh warga emas yang tidak pandai menggunakan alat elektronik digital. 

Lagipun butang yang terdapat pada tasbih ini jelas dilihat, jadi lebih memudahkan pengguna untuk tekan butang tersebut ketika bertasbih dan berzikir. 

Cuma bateri perlu ditukar ganti jika tidak mempunyai kuasa dan tidak boleh di cas menggunakan kabel.

Tasbih digital manik
Tasbih Digital Manik Bling
Tasbih Digital Manik Bling
mulai
RM2.33
Semak Tasbih Digital Manik Bling harga dibawah:
add_circle Bateri disertakan bersama
add_circle Tidak mengeluarkan bunyi
add_circle Boleh mengira hingga 99999
add_circle Auto off apabila tidak digunakan
remove_circle Tiada waranti
remove_circle Tidak kalis air

Tasbih digital yang dihiasi manik berwarna warni ini boleh dijadikan doorgift untuk majlis kenduri kahwin, majlis berkhatan atau khatam Al-Quran. 

Saiznya yang kecil memudahkan pengguna untuk bawa ke mana saja dengan cara sematkan alat ini pada jari menggunakan strap yang diberi.

Alat tasbih digital ini juga menyimpan memori kiraan zikir kita di mana nombor kiraan terakhir akan dipamerkan apabila butang tasbih ditekan semula.

Jangan risau, tasbih digital ini tidak mengeluarkan bunyi apabila anda tekan butang untuk penggiraan.

Tasbih digital vibrate
Tasbih Digital LED Vibrate WASL 2nd Generation
Tasbih Digital LED Vibrate WASL 2nd Generation
mulai
RM79.00
Semak Tasbih Digital LED Vibrate WASL 2nd Generation harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Jimat bateri
add_circle Terdapat lampu
add_circle Kiraan sehingga 5000
add_circle Paparan LED 3 digit yang jelas
remove_circle Harga mahal

Tasbih digital LED WASL mempunyai ciri dimana akan bergetar pada kiraan 33, 66, 99, 100, 200, 300 hinggalah 900. 

Nombor yang terpapar pada skrin juga besar dan senang dilihat dan nak ganti bateri tasbih juga sangat mudah. 

Ia akan automatik menyimpan jumlah kiraan zikir jika tidak digunakan selepas 30 saat kerana terdapat ciri ‘Save Mode’. 

Jadi, anda boleh sambung semula ke kiraan zikir terakhir anda pada bila-bila masa walaupun ketika sedang on-the-go

Rekaannya sangat simple dan kelihatan fancy dan paling penting, tahan air jadi tak jadi masalah jika terkena air.

Tasbih digital murah
Digital Tasbih LED Display
mulai
RM1.04
Semak Digital Tasbih LED Display harga dibawah:
add_circle Selesa dipegang
add_circle Terdapat butang reset
add_circle Muat dengan semua saiz jari
remove_circle Pilihan warna rawak

Disebabkan harga tasbih digital ini murah jadi sesuai untuk dijadikan door gift.

Dan walaupun diperbuat daripada plastik tapi kualiti tasbih berkualiti dan tahan lama. 

Saiz tasbih digital ini akan memudahkan anda untuk berzikir tak kira di mana sahaja. 

Tambah pula terdapat tali pengikat jadi anda boleh klip tasbih digital pada jari saja.

Nak berzikir ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pun tiada masalah.

Tasbih digital azan
Tasbih Digital Athan Counter Finger Pary
Tasbih Digital Athan Counter Finger Pary
mulai
RM29.99
Semak Tasbih Digital Athan Counter Finger Pary harga dibawah:
add_circle Kiraan sehingga 9999
add_circle Terdapat lampu LED
add_circle Mempunyai ciri arah kiblat
add_circle Terdapat paparan tarikh & waktu
remove_circle Bateri tidak disediakan

Selain boleh digunakan sebagai tasbih digital, alat ini juga lengkap dengan ciri pengumuman waktu solat dan bunyi azan. 

Turut mempunyai fungsi kalendar Hijrah dan kalender Malaysia jadi anda boleh guna mana-mana mode mengikut keselesaan anda.

Selain itu, tasbih bercorak kayu ini juga boleh digunakan dalam keadaan gelap atau pada waktu malam kerana mempunyai lampu LED.

Skrin paparannya besar, jadi mudah untuk anda lihat jumlah kiraan bacaan zikir. 

Jangan risau, manual pengguna turut disertakan untuk membantu anda menggunakan tasbih ini.

Tasbih digital cantik
Tasbih digital SWAROVSKI BLING BLINK
Tasbih digital SWAROVSKI BLING BLINK
mulai
RM19.00
Semak Tasbih digital SWAROVSKI BLING BLINK harga dibawah:
add_circle Boleh tulis nama
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Terdapat butang reset
add_circle Boleh dipakai ke mana sahaja
remove_circle Kurang sesuai dipakai oleh orang lelaki

Kaum wanita yang mahukan tasbih digital yang cantik boleh dapatkan tasbih yang dihiasi dengan manik ala Swarovski ini. 

Manik yang dihias pada tasbih bukan sahaja kemas dan cantik malah ia juga muat dengan baik pada semua saiz jari. 

Ia akan memudahkan anda untuk berzikir walaupun ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 

Sesuai dijadikan hadiah untuk ahli keluarga, pasangan atau rakan baik.


Cara Guna Tasbih Digital 

Bagi yang pertama kali guna tasbih digital ketika berzikir, anda tak perlu risau sebab tasbih digital mini sangatlah mudah untuk digunakan. 

Anda hanya perlu menekan butang yang tersedia pada tasbih digital setiap kali anda berzikir. 

Skrin pada tasbih digital akan menunjukkan jumlah hitungan bacaan zikir yang telah disebut atau dah berapa kali anda berzikir. 

Tasbih ini akan membantu anda untuk lebih khusyuk ketika berzikir kerana jumlah hitungan zikir akan dikira secara automatik. 

Cuma anda perlu ambil tahu jenis bateri dan cara pengecasan tasbih digital yang anda beli.

Apa pun jom lihat penerangan dari Ustaz Azhar Idrus tentang hukum menggunakan tasbih digital menggunakan jari telunjuk menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article