Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
resipi guna sos ikan.jpg

Automatik Masakan Sedap Kalau Guna Sos Ikan Dalam 5 Hidangan Ini

Jadi kami bantu anda menyenaraikan resipi yang menggunakan sos ikan!

Sos ikan adalah salah satu bahan asas dalam masakan Thai malah turut digunakan dalam kebanyakan masakan Asia. Di Malaysia, mungkin ramai di antara kita kurang menggunakan sos ikan dalam hidangan mereka tapi percayalah, kalau bijak memanfaatkan keenakan sos ini pasti berjaya menghasilkan rasa makanan yang ‘meletup’ dan umpph!

Semak Sos Ikan Cap Sotong (Sos Nampla) harga dibawah:

Jadi kami bantu anda menyenaraikan 5 senarai resipi yang menggunakan sos ikan!


1 - Ikan Siakap Stim ala Thai

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • 2 batang serai. Jika batang serai besar, 1 sudah cukup.
  • 1 mangkuk besar air.
  • 1 biji besar bawang merah.
  • 1 ketul kiub tomyam.
  • Pati sambal tomyam.
  • 5 ulas bawang putih.
  • Perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika limau bersaiz kecil.
  • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar.
  • 6-7 biji cili padi.
  • Hirisan daun ketumbar.
  • 2 sudu besar sos ikan.

Cara-cara untuk kukus siakap:

  • Panaskan periuk kukus.
  • Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan. Ketepikan.
  • Sementara itu, goreng bawang merah, putih dan cili padi yang dicincang halus, serai, pati sambal tomyam, kiub tomyam.
  • Sudah naik bau, masukkan perahan limau nipis, gula, sos ikan dan air.
  • Kacau sehingga menggelegak dan tabur ke atas ikan siakap yang telah dibasuh.
  • Tabur hirisan daun ketumbar.
  • Kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.

Tips ringkas: Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.

#2 - Sos Thai

Bahan-bahan: 

  • 6 biji cili padi.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 sudu sos tiram.
  • 2 sudu sos ikan. 
  • 3 sudu gula.
  • 3-4 biji limau nipis 
  • Daun ketumbar.

Cara penyediaan:

  • Tumbuk cili padi dan bawang sehingga hancur manja.
  • Masukkan ke dalam bekas.
  • Kemudian, gaul bersama sos tiram, sos ikan, guila, perahan limau dan ketumbar.
  • Sedia untuk dihidang untuk makan bersama ayam goreng, udang goreng atau sotong goreng.

#3 - Sotong Petai Masak Merah 

Bahan-bahan:

  • Cili kisar yang sudah di kisar bersama bawang merah dan putih.
  • Sotong 15 ekor yang sudah dibasuh dan dipotong.
  • Bawang holland di hiris bulat.
  • Petai segengam.
  • 1 sudu kecil budu.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 2 sudu kecil sos ikan.
  • Serbuk perasa.
  • Semangkuk air panas.

Cara penyediaan:

  • Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan petai, budu dan sos ikan. 
  • Kacau sehingga rata.
  • Masukkan sotong dan kacau sehingga masak.
  • Masukkan air, gula, serbuk perasa dan hirisan bawang holland.
  • Sedia untuk dihidang.

Tip ringkas: Bagi memastikan isi sotong lembut, pastikan masak sotong terlebih dahulu dan baru masukkan serbuk perasa dan gula. Jika tidak, isi sotong akan menjadi keras. Makan pun tak sedap nanti!

#4 - Ayam Masam Manis

View this post on Instagram

A post shared by norahmad (@norahmad71)

Bahan-bahan:

  • 5 ketul ayam yang sudah dicuci bersih.
  • 10 tangkai cili api yang dipotong kecil.
  • 1 sudu serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 2 biji perahan limau nipis.
  • Daun ketumbar yang dipotong potong halus.
  • 1 biji bawang merah yang dipotong dadu halus.
  • 2 biji bawang putih yang dipotong dadu halus.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:

  • Gaulkan ayam dengan kunyit dan secubit garam.
  • Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  • Kemudian, tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air, sos ikan, jus limau , garam gula secukup rasa.
  • Gaul sehingga harmoni semua bahan masakan.
  • Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.
  • Sedia untuk dihidang!

Tip: Bagi kuantiti sos ikan dan jus limau, boleh letak ikut citarasa tekak masing-masing. Inginkan rasa masam, lebihkan jus limau dan nak bau ikan, lebihkan sikit sos ikan cuma jangan banyak sangat takut bau hanyir naik.

#5 - Sambal Kering Telur Burung Puyuh 

Bahan-bahan:

  • Cili kisar yang sudah di kisar bersama bawang merah dan putih.
  • 20 biji telur burung puyuh yang sudah direbus.
  • 1 biji bawang holland yang sudah dihiris bulat.
  • 1 sudu budu.
  • 2 sudu sos ikan.
  • Gula gerek sebesar ibu jari.
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

  • Tumis cili kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan budu, sos ikan, gula gerek dan garam.
  • Gaul hingga sebati.
  • Masukkan burung puyuh dan bawang holland.
  • Siap untuk dihidang!

Mudah sajakan hidangan menggunakan sos ikan? Oh! Lagi satu, sebenarnya kalau masak tomyam pun boleh masukkan sos ikan sebanyak dua sudu dan impak rasa tomyam lebih padu dan enak! Selamat mencuba.

End of Article