Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri Harus Diutamakan Agar Jiwa Lebih Tenang

Tahun 2020 sudah pun berakhir. Kita laluinya dengan penuh kepayahan ditambah pula masih dalam musim pandemik ini. Sana sini pasti terngiang-ngiang di telinga anda agar patuhi SOP dengan menjaga kebersihan diri setiap individu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terkena wabak penyakit yang sedang berleluasa di seluruh dunia iaitu COVID-19. 

Jika tiada wabak pandemik ini juga, setiap orang dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri agar anda lebih selesa untuk menjalani aktiviti seharian tanpa badan rasa melekit atau berbau. Tubuh badan merupakan anugerah dan amanah yang harus dijaga sebaik mungkin. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkan diri setiap hari dan waktu. 

Amalan gaya hidup sihat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan secara tidak langsungnya, badan anda juga akan kekal sihat sentiasa. Ianya bukan sahaja harus diamalkan oleh kanak-kanak tetapi kesemua peringkat umur. Tidak kira dari seawal umur 1 tahun sehingga orang tua, kebersihan adalah perkara asas dan utama yang perlu dititikberatkan. 

Kesan tidak menjaga kebersihan boleh mengakibatkan terkena jangkitan seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya. Sekiranya terkena selesema, pasti kita akan terasa tidak selesa untuk bernafas kerana hidung tersumbat. Bukan itu sahaja, malahan tidur dan deria rasa mudah terganggu akibat selesema. 

Antara kepentingan menjaga kebersihan diri adalah;

  • Untuk individu yang beragama Islam, kebersihan merupakan perkara penting kerana ianya adalah sebahagian daripada tuntutan agama
  • Melambangkan disiplin yang ada dalam diri masing-masing
  • Kurangkan risiko penyakit berjangkit
  • Jaga penampilan dan bina keyakinan diri agar tidak terasa malu berhadapan dengan orang sekeliling
  • Suasana lebih selesa dan nyaman, bukan hanya untuk anda malahan kepada orang sekeliling anda juga

Penjagaan kebersihan diri haruslah diamalkan daripada kanak-kanak kerana mereka mudah ikuti apa yang disarankan. Didik mengenai kebersihan diri mengikut peringkat umur. Ianya haruslah diatas kemampuan mereka semasa anda mengajarnya. 

Mandi Sekerap Yang Mungkin 

Perkara paling wajib dan asas dalam penjagaan kebersihan diri yang teratur adalah mandi dengan kerap. Tambahan pula di musim pandemik ini, setiap kali ada berada di luar dan pulang ke rumah, diwajibkan untuk mandi agar tiada kuman atau bakteria yang melekat pada badan merebak di seluruh kawasan rumah anda. 

Jika anda tidak keluar langsung, disarankan untuk mandi sekurang-kurangnya 2 – 3 kali sehari agar badan sentiasa terasa segar dan bermaya. Terutamanya di musim panas atau selepas melakukan aktiviti harian seperti bersenam, bekerja, mengemas rumah, berkebun atau apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh. 

Tips mandi dengan teratur ialah;

  • Pastikan seluruh badan anda bersih dengan menggunakan sabun, tidak kira samada sabun buku, shower gel atau bath bombs
  • Selalu mensyampu rambut, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini bagi untuk mengelakkan rambut menjadi berminyak, cepat rosak dan hujung bercabang. Tetapi yang paling penting, penggunaan syampu juga haruslah bersesuaian dengan jenis rambut agar tidak mudah menjadi kelemumur, kasar dan tidak terurus
  • Bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar, berus kaki seeloknya 1 – 2 kali seminggu agar tidak ada sel-sel kulit mati melekat sehingga menjadi kotoran pada tapak kaki anda
  • Setelah selesai mandi, lap seluruh badan anda dengan menggunakan tuala yang bersih dan lembut
  • Penampilan diri juga haruslah dijaga dengan memakai pakaian yang bersih dan rapikan badan anda
Lux Shower Gel Magical Spell (950ml)
Lux
From
RM15.88
Check Lux Shower Gel Magical Spell (950ml) price below:

Selepas bangun dan sebelum tidur, pastikan badan anda bersih terlebih dahulu sebelum menjalani aktiviti harian ataupun untuk alami pengalaman tidur yang nyenyak. Nah, shower gel dari Lux ini dapat memberi ketenangan kepada anda selepas mandi. 

Menggunakan ekstrak bunga orkid hitam (black orchids),Jasmine, Tuberose, Peony, Musk dan Sandalwood, kulit anda akan menjadi lembut dan bermaya sepanjang hari. Dengan gabungan Floral Fusion Oil, aroma yang menyegarkan akan membangkitkan dan memberi semangat serta tenaga kepada anda untuk menjalani aktiviti atau tidur dengan aman.

Head & Shoulders Lemon Fresh + Anti Dandruff Shampoo
Head & Shoulders
HEAD & SHOULDER Lemon Fresh + Anti Dandruff Shampoo
From
RM12.45
Check Head & Shoulders Lemon Fresh + Anti Dandruff Shampoo price below:

Untuk kulit kepala lebih segar dan nyaman, gunalah syampu dari Head & Shoulder ini. Ianya akan membuatkan rambut menjadi lembut lembut dan bermaya selepas cucian. Kurangkan masalah kelemumur dan ‘flakey’ pada kulit kepala. Dengan mengandungi ekstrak jus lemon, buah yuzu tropikal, mint dan citrus, syampu ini akan meninggalkan aroma menyegarkan sepanjang hari.

Pure Natural Organic Dried Flower Aromatherapy Bath Bomb
Pure Natural Organic Dried Flower Aromatherapy Bath Bomb
From
RM16.00
Check Pure Natural Organic Dried Flower Aromatherapy Bath Bomb price below:

Dengan mengandungi 4 jenis bath bomb yang berbeza, ianya merupakan campuran bunga kering organik untuk memberi ketenangan semasa anda berendam di dalam bath tub. Bath bomb ini melembutkan kulit dan tidak membuatkan anda terasa iritasi semasa mandi. Direka khas untuk melegakan kesakitan seperti sakit urat, keradangan dan migrain.

Aromaterapi yang terdapat pada bath bomb ini akan membuatkan anda selesa dan lebih tenang. Malahan ianya juga dapat memberi lembapan pada kulit.

Good Virtues Co. Lightening Feminine Hygiene Wash
Good Virtues Co.
GOOD VIRTUES CO Lightening Feminine Hygiene Wash
From
RM7.29
Check Good Virtues Co. Lightening Feminine Hygiene Wash price below:

Khas buat wanita, feminine wash ini mengandungi minyak organik Habbatus Sauda dan ianya mampu untuk membersihkan kawasan intim sambil menyeimbangkan tahap pH di bahagian itu agar anda lebih selesa dan nyaman sepanjang hari. Kesemua produk daripada Good Virtues Co ini dijamin selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit kerana jenama ini menggunakan bahan-bahan organik. 

Bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, paraben dan pewarna sintetik, produk ini juga tidak diuji ke atas haiwan.

Elakkan Masalah Mulut Berbau

Mandi sekerap yang mungkin bukan sahaja merupakan salah satu faktor utama dalam penjagaan kebersihan. Malahan penjagaan mulut juga adalah perkara penting dan asas yang perlu diterapkan setiap hari. Menggosok gigi seeloknya dilakukan selepas bangun dan sebelum tidur. Ini adalah untuk menghapuskan bakteria yang ada di dalam mulut agar tidak menjadi berbau. 

Tidak hanya anda akan menjadi kurang selesa kerana mulut berbau, orang sekeliling juga akan merasakan perkara yang sama. Pasti anda juga akan kurang bercakap kerana tidak mahu sahabat-handai atau orang di sekitar anda turut berasa tidak selesa. Kebersihan mulut dan terutamanya gigi haruslah berada di tahap maksimal agar tiada masalah ‘bad breath’.

Antara tips penjagaan lebih sempurna adalah;

  • Pastikan anda menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selepas bangun dan sebelum tidur. Ini adalah bagi menghapuskan bakteria dalam mulut
  • Disyorkan untuk menggosok gigi juga sebelum atau selepas makan tetapi jika sesetengah daripada anda mungkin tidak sesuai untuk menggosok gigi dengan kerap kerana ianya akan membuatkan gigi mula menipis
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida untuk memberi kesegaran pada mulut anda
  • Berkumur
  • Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Oral-B Vitality Precision Clean Electric Toothbrush
Oral-B
ORAL-B Vitality Precision Clean Electric Toothbrush
From
RM114.90
Check Oral-B Vitality Precision Clean Electric Toothbrush price below:

Diuji secara klinikal bahawa berus gigi dari Oral-B ini dapat membersihkan celah gigi dengan berkesan. Walaupun harganya agak ‘pricey’ berbanding berus gigi normal, ianya direka dengan bentuk bulat agar dapat mencuci pada bahagian yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa. 

Dengan menggunakan plug pengecas, anda boleh mengecas berus gigi ini sahaja dan hanya menukar kepala berus jika sudah tidak boleh digunakan.

Colgate Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste
Colgate
COLGATE Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste
From
RM12.94
Check Colgate Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste price below:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Melawan kaviti
add_circle Selamat & melindungi enamel
add_circle Menyegarkan bau nafas mulut
add_circle Perisa mint
remove_circle Tidak boleh ditelan

Ubat gigi dari Colgate ini mengandungi pemutih yang dapat memutihkan gigi dalam hanya beberapa hari sahaja. Ianya mengandungi bahan yang selamat untuk gigi dan tidak akan membuatkan gigi anda menjadi orsak atau menipis. 

Partikel micro-crystal yang terdapat di dalam ubat gigi ini dapat memutihkan permukaan gigi. Tiada lagi masalah untuk senyum dengan penuh keyakinan!

Listerine Cool Mint
LISTERINE Cool Mint
From
RM9.81
Check Listerine Cool Mint price below:

Salah satu penjagaan mulut yang berkesan adalah dengan berkumur. Gunalah Listerine untuk proses kumur yang terbaik agar dapat menghapuskan bakteria di dalam mulut dan mengelakkan masalah nafas berbau. 

Diformulasi dengan 4 minyak essential untuk membunuh bakteria yang berkumpul di dalam plak gigi. Kumur secara konsisten sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Oral-B Essential Mint Dental Floss
Oral-B
ORAL-B Essential Mint Dental Floss
From
RM9.29
Check Oral-B Essential Mint Dental Floss price below:

Memberus dan berkumur sahaja tidak menjamin bahawa bakteria atau kuman yang melekat pada ruangan dalam mulut akan terhapus begitu mudah. Penjagaan gigi dan mulut yang sempurna adalah dengan melakukan proses ‘floss’.

Gunakan Oral-B Essential Mint Dental Floss ini untuk kebersihan gigi lebih sempurna. lakukan teknik ini setiap kali selepas menggosok gigi atau makan.

Pastikan Tangan Bersih Dari Kuman

Di musim pandemik ini, kita dinasihatkan untuk selalu mematuhi SOP iaitu bukan sahaja menjaga jarak, malah kebersihan diri juga harus diutamakan. Mandi adalah perkara penting tetapi tidak mencuci tangan juga merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penyakit berjangkit. 

Tanpa kita sedar, semasa berada di luar, anda mungkin terpegang barangan atau meja dan kerus yang sudah pun terdapat bakteria serta kuman. Adalah dinasihatkan untuk selalu mencuci tangan dan elakkan daripada menyentuh orang di sekeliling atau barangan yang tidak diketahui asal-usulnya. 

Tangan merupakan salah satu anggota badan mudah dijangkiti kuman atau melekat bakteria yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jika anda berada di luar tetapi tidak boleh mencuci tangan, sediakan hand sanitizer di dalam beg atau poket anda. Jangan ambil ringan dengan COVID-19 ini kerana ianya membahayakan kesihatan.

Follow Me Antibacterial Hand Wash
FOLLOW ME Antibacterial Hand Wash
From
RM5.86
Check Follow Me Antibacterial Hand Wash price below:
add_circle Formulasi dari Jepun
add_circle Membunuh 99% bakteria
add_circle Mempunyai pilihan bau
add_circle Memiliki pH 5.5 sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Satu pilihan wangian sahaja

Diformulasi untuk menghapuskan 99.99% bakteria yang melekat pada tangan, pencuci tangan daripada Follow Me ini memberi aroma segar dan bersih buat tangan anda tanpa menjadikan kulit terasa iritasi. Diperkaya dengan ekstrak mentol dan tahap pH 5.5 yang seimbang, ianya memberi lembapan serta kekalkan kebersihan pada tangan dengan baik. 

Produk ini bebas paraben, triclosan dan sensasi pendingin selepas anda mencucinya. Cuci tangan anda selepas melakukan sebarang aktiviti outdoor.

Hand Sanitizer (Alcohol 82%)
Hand Sanitizer (Alcohol 82%)
From
RM12.90
Check Hand Sanitizer (Alcohol 82%) price below:

Hand sanitizer merupakan salah satu barangan essential di musim pandemik ini. Sanitizer yang terbaik adalah dengan mengandungi alkohol sebanyak 70% - 85% kerana ianya terbukti berkesan untuk menghapuskan bakteria dan kuman yang melekat pada tangan. 

Diformulasi tidak melekit pada tangan walaupun menggunakan jenis gel, sanitizer ini mengekalkan lembapan pada kulit selepas anda memakainya. Kerap guna hand sanitizer untuk memastikan kebersihan tangan anda.

Penampilan Kulit Wajah Juga Harus Dijaga

Zaman sekarang, tidak kira samada lelaki atau wanita, penampilan adalah sesuatu yang harus dijaga agar tidak mudah kelihatan tua sebelum waktunya. Amalkan penjagaan dan perawatan kulit sebagai rutin harian agar kulit wajah anda sentiasa tampak awet muda, kekal berseri dan bermaya sepanjang masa. 

Bukan hanya perapian diri tetapi juga perawatan wajah harus diambil berat. Ikuti beberapa tips untuk menjaga dan merawat wajah dengan lebih sempurna;

  • Cuci wajah dengan menggunakan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Jangan pakai semberono sahaja. Pastikan ianya tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh mengakibatkan kulit wajah iritasi, kemerahan atau meradang
  • Potong kuku kaki dan tangan
  • Buat lelaki, misai dan janggut harus dirapi setiap hari
  • Potong atau kemaskan rambut anda agar kelihatan terurus
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash
Hada Labo
From
RM19.88
Check Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash price below:
add_circle Cruelty-free & bebas alkohol
add_circle Tidak mengeringkan kulit wajah
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle SLS - kurang sesuai untuk kulit sensitif

Gabungan bahan pencuci dengan asid Super Hyaluronic, pembersih wajah dari Hada Labo ini mampu untuk melakukan proses pembersihan secara mendalam dan memberi lembapan kepada kulit agar wajah anda terasa segar, bersih dan berseri sepanjang hari. Diterbangkan khas dari Jepun, ianya mengandungi bahan lumpur Bentonite, membersih kotoran yang tersumbat di dalam liang pori. 

Formulasi Fucosorb iaitu ekstrak rumpai laut semulajadi yang memberi lembapan dan efek antioksidan buat kulit wajah anda. Sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak akan membuatkan kulit anda menjadi iritasi.

Badan Berbau? Amalkan Tips Ini

Sesetengah daripada anda mungkin tidak sedar bahawa badan berbau akibat berpeluh dengan banyak. Menurut American Association for the Advancement of Science, bau badan terjadi ketika bakteria membiak di dalam peluh. Bakteria juga mampu mengubah bau peluh anda menjadi masam dan berbau kurang menyenangkan.

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada masalah bau badan seperti pemakanan, ubat-ubatan, jangkitan kulit, kekurangan vitamin dan mineral, obesiti, stres, jangkitan telinga, tiroid serta kegagalan fungsi ginjal dan hati. Namun, mungkin anda merasakan bahawa memakai minyak wangi akan dapat menutup bau badan. Ini salah! Jika bau minyak wangi bercampur dengan peluh masam, ianya akan menghasilkan satu bau yang kurang enak. 

Ini ada beberapa panduan yang dapat anda amalkan untuk elakkan badan menjadi lebih berbau;

  • Guna sabun yang tepat semasa mandi. Keringkan badan dengan tuala bersih dan pakaian juga haruslah yang ditukar selalu
  • Deodoran dapat mencegah bau badan. Pilihlah yang tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membuatkan kulit anda menjadi bermasalah
  • Hanya semburkan minyak wangi setelah memastikan bau badan tiada lagi
Nivea Female Deodorant Stick 40ml
Deodorant stick antiperspirant yang bagus
From
RM24.76
Check Nivea Female Deodorant Stick 40ml price below:

Nivea Deodorant Dry Comfort ini mengandungi mineral yang efektif untuk menghapuskan bau peluh dan masam selama 48 jam. Ianya membuatkan kulit anda terasa kering dan nyaman sepanjang hari. Tanpa alkohol, pewarna tiruan atau bahan pengawet tambahan, kulit anda akan menjadi lembut tanpa menyebabkan iritiasi atau kemerahan. 

Diuji secara dermatologi oleh pakar kulit, ianya sesuai untuk semua jenis kulit kerana tidak akan menegangkan kulit dibahagian ketiak selepas anda memakainya.

End of Article