Ada tak dikalangan pembaca kami yang selalu berasa mengantuk selepas makan dan hobinya tidur siang? Lebih lagi selepas waktu makan tengahari, pasti mata terasa berat dan pula jadi keletihan. Padahal baru sahaja makan bukan berlari marathon pun!
Terdapat pelbagai teori mengatakan dua perkara ini boleh dikaitkan dengan faktor berat badan naik serta menganggu produktiviti tubuh badan. Bayangkan lepas makan kemudian tidur pasti kepala jadi berat, mood sudah tentu malas dan akhirnya semua kerja tak jalan.
Adakah tidur selepas makan penyebab kegemukkan?
Gemuk akibat tidur selepas makan hanyalah mitos semata-mata. Tiada kajian yang menunjukkan faktor gemuk atau berat badan naik dari amalan ini. Namun begitu, baring atau tidur selepas makan boleh menganggu sistem penghadaman. Ia melambatkan pencernaan dan kebarangkalian boleh memberi rasa tidak selesa. Sebaiknya tunggu 2 jam selepas makan untuk mendapatkan tidur. Menurut dari pakar diet Kevin Zahri, gemuk atau berat badan naik itu sebenarnya bergantung jumlah pengambilan kalori sepanjang hari. Apa yang kita perlu faham ialah bila kalori masuk, kalori juga kena keluar. Barulah tak gemuk! Bukan salah tidur ya.
Bagaimana pula dengan tidur siang?
Jangan salah faham, tidur siang yang berkualiti mampu memberi manfaat kesihatan tanpa kita sedar. Terdapat kajian di China, warga emas mereka yang mengamalkan tidur siang terutamanya selepas makan tengahari mempunyai memori yang kuat dan kognisi yang baik berbanding yang tidak tidur siang. Malah dalam agama Islam juga disyorkan untuk ‘Qailulah’ bererti berehat atau tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor supaya dapat menambah tenaga untuk menyambung kerja. Disyorkan tidur selama 20 minit hingga 30 minit kesannya anda lebih segar, mudah fokus dan emosi juga lebih stabil.
Jadi janganlah bergantung kepada mitos kesihatan semata-mata. Sebaiknya amalkan rutin penjagaan diri dan kesihatan.
10 Rutin Lengkap Penjagaan Kesihatan Wajib Diikuti
1.Tukar makanan ringan kepada snek kesihatan.
Memang sudah biasa kita semua akan membeli makanan ringan atau bahasa pasarnya ‘jajan’ sebagai pemuas nafsu makan. Tak kira masa pasti ada sahaja jajan dirumah, lokar pejabat mahupun didalam kereta. Makanan ringan sekarang pula banyak perisa tanpa kita sedar mengandungi garam, perasa tambahan dan penawar yang tinggi. Itulah penyebab utama kenaikan berat badan, kulit berminyak dan masalah kelesuan tubuh.
Tukar sahaja makanan ringgan tinggi garam kepada snek makanan kesihatan. Snek sebegini biasanya diperbuat dari buah-buahan kering, biskut atau ke. Jangan risau makan snek disyorkan bagi mengelakkan berasa sangat lapar sebelum waktu makan. Cara ini juga untuk mencegah kita makan terlalu banyak. Ambil snek selepas tiga hingga empat jam waktu makan, walaubagaimanapun jika anda sudah terasa lapar tak perlu tunggu.
Makan snek bukanlah untuk kenyang hanya sekadar melegakan nafsu lapar jadi anda kena pilih kalori snek yang sesuai dengan diet anda. Dari penulisan Simple Life, panduan memilih snek boleh diikuti dari 150 hingga 250 kalori, sekurang-kurangya 3 gram fiber, 5 grams protein dan tidak mengandungi lebih dari 12 gram lemak.
Snek ini dihasilkan dari buah-buahan tempatan yang masih kaya dengan nutrisi asli. Ia juga sesuai dinikmati oleh kanak-kanak kerana ia bertekstur kenyal dan manis. Snek berkhasiat ini 100% dari buah asli, tidak mengandungi minyak, kekal segar dan tiada pewarna atau perasa tambahan.
2. Ganti air manis kepada air putih.
Kelebihan minum air putih atau air kosong tidak dapat dinafikan lagi ia sangat baik melancarkan sistem penghadaman, mencegah kencing kotor, meningkatkan ketahanan daya badan dan banyak lagi! Kandungan gula dalam air karbonat, kafein dan jus buah-buahan kotak boleh menganggu insulin badan sekaligus meningkatkan risiko kencing manis. Ramai yang merasa payah untuk mengambil air putih atas alasan tidak sedap dan lupa.
Cara yang paling mudah untuk tidak lupa minum air putih ialah dapatkan botol air yang boleh dibawa kemana sahaja. Namun anda kena hati-hati dengan jumlah isipadu air yang diambil pada setiap hari. Sebaiknya ambil air ketika berasa lapar (sebelum snek) dan terasa dahaga. Tidak perlu menyukat air mengikut berat badan kerana cara begini kurang tepat, air juga mengandungi kalori. Bayangkan terlalu banyak minum air umpama menambah kalori. Malah dalam makanan harian kita juga mengandungi air seperti buah dan sayuran. Pengambilan air bergantung kepada aktiviti harian dan pemakanan. Dapatkan nasihat doktor kerana setiap individu berbeza.
Jika nak mula minum air kosong dengan konsisten bawa botol air kemana jua anda berada. Botol air berkualiti dari jenama Bros ini bukan sahaja versatil dari segi rekaan malah diperbuat daripada bahan selamat. Bentuk botol ini juga mudah dibawa dan dicuci supaya air kekal bersih terpelihara. Dapatkan satu!
3. Sentiasa pantau berat badan.
Pernah tak anda dengar kalau rasa badan ringan sebenarnya berat badan dah naik! Kalau lihat secara fizikal kita masih percaya badan masih lagi dalam keadaan langsing tapi cuba naik penimbang, kebenaran terjawab. Jika setiap rumah wajib ada televisyen begitu juga dengan penimbang berat badan. Wajib ada supaya anda boleh memantau dan tidak lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan. Berat badan boleh dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan penyakit tiga serangkai. Kajian juga mendapati cara begini mampu membantu kekal fit kerana ia boleh menjadi panduan untuk rutin seterusnya.
Waktu terbaik untuk naik penimbang ialah cukup sebulan sekali untuk mendorong motivasi diri. Selain itu juga ia dapat membantu ketahui kaedah senaman, pemakanan dan mengenali badan anda.
Penimbang berat pintar ini bukan sahaja menjejak berat badan. Malah mengukur keadaan peratus lemak dalam badan. Menariknya lagi ia boleh disambung pada tetapan telefon pintar menggunakan Bluetooth 4.1 (Android dan iOS). Rekaan mesra pengguna dan boleh menampung berat sehingga 150 kilogram.
4. Guna bantuan haruman aromaterapi untuk tidur nyenyak.
Tidur yang tidak nyenyak antara faktor utama kualiti kesihatan menurun. Waktu tidur sangat penting dalam menyembuh serta memperbaiki perlancaran darah, degupan jantung dan pertumbuhan sel tisu yang baharu. Gunakan waktu tidur sebagai rehat bukan sahaja untuk minda tapi tubuh badan. Punca tidur sering terganggu ialah dari penggunaan gajet seperti telefon pintar. Sebaiknya henti melihat telefon pintar, televisyen atau komputer sebelum 30 minit waktu tidur. Serta pastikan kamar tidur dalam keadaan kemas, bersih dan gelap.
Kini ramai yang mendekati kaedah haruman aromaterapi yang menenangkan bagi membantu tidur yang nyenyak. Satu kajian mendapati mereka yang tidur menggunakan haruman Lavendar lebih nyenyak dan tidak mempunyai keinginan bangun ke tandas. Kaedah sebegini sesuai untuk mereka mengalami gangguan tidur sederhana. Buat mereka yang mengalami imsonia kritikal seharusnya mendapatkan nasihat doktor untuk kaedah perubatan yang lebih efisien.
Semburan aromaterapi ini khas buat mereka yang sukar tidur yang nyenyak. Tidak seperti aromaterapi yang lain, This Works tertumpu pada haruman semburan pada bantal. Teknik ini supaya meningkatkan lagi bauan terus ketika tidur. Gabungan haruman lavendar, vetivert dan chamomile membantu menenangkan serta meningkatkan kualiti tidur.
5. Cuba amalkan supplemen tambahan
Pengambilan vitamin atau supplemen tambahan bukan lagi suatu perkara yang asing. Kini vitamin dijual secara terbuka samada di farmasi atau atas talian. Namun hati-hati bukan sebarang vitamin sahaja yang boleh kita ambil. Anda disyorkan mendapatkan nasihat ahli farmasi dan melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Anda kena tahu fungsi vitamin yang sesuai untuk tubuh badan sebagai contoh vitamin D dan kalsium untuk menguatkan tulang, Vitamin C memulih sel kulit mati dan sebagainya. Kadar dos yang diambil juga harus dipantau. Senang kata boleh ambil supplemen tapi wajib faham! Kelebihan dari pengambilan supplemen ialah ia dapat membantu menyokong ketahanan sistem imuninasi, melengkapkan nutrisi yang tidak mencukupi oleh badan. Walaubagaimanapun, jika anda telah mengamalkan cara hidup yang berkualiti seperti diet yang seimbang dan melakukan senaman setiap hari. Anda tidak memerlukan supplemen, seperti yang dijelaskan ambil jika anda memerlukan sahaja.
Multivitamin Blackmores adalah supplemen lengkap mengandungi khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Diperkaya dengan Vitamin A, Vitamin B, asid folik, kalsium dan pelbagai lagi nutrient. Blackmores menghasilkan vitamin yang tiada unsur bahan tiruan dan 100% asli serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
6. Buat jadual harian supaya lebih teratur
Jangan lupa penjagaan kesihatan bukan sahaja melibatkan fizikal malah mental juga. Pastikan anda ada buku catatan atau diari harian sebagai rujukan untuk setiap aktiviti. Satu kajian mendapati jika kita menghabiskan masa sekurang-kurangnya 20 minit, 3 hari seminggu untuk menulis ia cukup menurunkan tekanan darah serta meningkatkan fungsi hati. Hal ini kerana menulis catitan harian satu tabiat untuk melepaskan tekanan. Dari tulis di media sosial lebih baik anda sediakan satu buka khas. Bukan apa, nasihat penulis jangan buka pekong sendiri di media sosial.
Selain itu juga, catitan jadual atau diari boleh merangsang kekuatan memori sekaligus dalam membantu anda menyiapkan segala tugasan dengan teratur. Bila anda mempunyai aturan kerja atau aktiviti, fizikal dan mental sudah bersedia untuk menghadapi hari tersebut. Jadi menulis, membina jadual adalah baik untuk kesihatan secara fizikal, mental dan emosi.
Planner rekaan Syabab Exclusive ini bukan diari kosong tapi mempunyai banyak ruang checklist aktiviti seperti bersukan, jadual tugasan dan pelbagai lagi. Bahan kertas planner ini berkualiti tinggi, tahan lasak dan planner ini boleh dilipat. Rekaan kulit planner ini juga terdapat pelbagai rekaan boleh mengikut citarasa anda. Nak masuk tahun baru 2021 wajib ada satu planner seperti Syabab Exclusive!
7. Jangan lupa kulit, pakai krim perlindung matahari.
Tahukah anda kanser kulit adalah kanser tertinggi di negara Amerika Syarikat. Kita sering lupa tanggungjawab terhadap organ luar yang paling terpenting iaitu kulit. Kulit lapisan luar tubuh yang tanpa kita sedar boleh terjejas akibat kurang penjagaan. Tips yang paling mudah untuk menyelamatkan organ paling besar ini ialah dengan pemakaian krim perlindung matahari. Selain itu hadkan aktiviti dibawah cahaya matahari namun jika perlu pakailah pakaian yang boleh melindungi dari terkena terik matahari seperti baju lengan panjang atau topi. Kulit yang sihat dapat memberi kesan kesihatan yang baik pada tubuh badan. Bayangkan kulit yang mudah melecet, kegatalan dan nipis pasti akan menyukarkan aktiviti harian malah kehidupan sosial. Jangan guna krim perlindung matahari pada wajah tapi seluruh tubuh juga perlu terutamanya bahagian leher, tangan dan kaki.
Krim perlindung matahari dari SunPlay Skin Aqua ini tidak memberi kesan berminyak atau membentuk lapisan putih pada wajah. Ia mudah menyerap, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan tidak menyebabkan pertumbuhan jerawat. Malah melindungi kulit dari 16 kali sinaran UVA penyebab penuaan kulit seperti kedutan, pigmentasi dan tompok hitam.
8. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau berminyak.
Cara makan seseorang itu mencerminkan keadaan kesihatannya. Di Malaysia, juadah makanan harian kita sering kali dikaitkan dengan makanan tinggi kolesterol, bergoreng dan pastinya menggunakan minyak masak yang banyak. Pengambilan makanan bergoreng boleh menganggu kestabilan kesihatan lebih lagi ia tinggi kalori dan lemak yang tidak sihat. Makanan berminyak turut memperlahankan sistem penghadaman, menyebabkan pertumbuhan jerawat dan paling menakutkan boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan diabetes.
Jadi bagaimana nak nikmati makanan bergoreng tanpa membahayakan kesihatan? Anda boleh ganti teknik masakan minyak dengan teknik membakar atau menggunakan air-fryer. Kini air-fryer mula menjadi alatan memasak wajib disetiap rumah. Air-fryer menggunakan teknologi udara bagi memasak makanan. Udara panas tersebut akan melalui makanan dan menghasilkan tekstur makanan yang rangup diluar. Bagusnya tentang air-fryer berbanding teknik gorengan tradisional. Ia langsung tidak menggunakan minyak sekaligus makanan bebas dari menyerap minyak.
Gorengan menggunakan air-fryer bukan sahaja menjimatkan minyak, malah mengurangkan masa di dapur. Ketuhar air-fryer Rusell Taylors memperkenalkan teknologi Rapid Air dimana menggunakan habar sehingga 200 darjah celsius supaya bahagian dalam makanan dapat dimasak dengan sempurna. Isi padu 3.8 liter membolehkan pengguna masak dengan banyak dan pantas tanpa perlu masak berulang kali. Russel Taylors juga antara menyediakan kelengkapan memasak dengan harga yang berpatutan.
9. Sentiasa kekal bersenam tanpa gagal.
Kiraan tepat untuk mendapatkan kesihatan yang ideal ialah 80% dari pemakanan dan 20% pula senaman. Ini bermakna menjaga makan semata-mata tidak cukup. Senaman adalah elemen yang perlu dipraktikkan. Tidak perlu secara drastik, mulai dengan senaman ringan dan terus konsisten. Seperti yang kita tahu kebaikan bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan mengawal kadar gula dalam darah. Tambahan lagi, senaman yang konsisten dan betul memperbaiki kesimbangan badan, kesan awet muda dan ketumpatan tulang lebih padu. Cara nak konsisten bersenam, carilah masa sekurang-kurangnya 3 hari seminggu untuk bersenam selama 30 minit atau satu jam. Detoks tubuh anda secara semulajadi dengan merembes peluh.
Jika anda masih baru untuk memulakan rutin senaman, kasut yang anda boleh cuba dari jenama New Balance. Kualiti yang diberikan setanding dengan kasut jenama sukan yang lain tapi dengan harga yang rendah. Koleksi kasut lari atau running shoes terdapat boleh dipilih mengikut kesesuaian kaki dan aktiviti. Malah setiap rekaan kasut juga sangat menarik dan tidak keterlaluan. Dapatkan nasihat perunding kasut sukan kerana setiap perincian kasut memberi kesan dalam aktiviti bersukan.
10. Sentiasa periksa keadaan tekanan darah
Mungkin kedengaran agak leceh untuk memeriksa tekanan darah hampir setiap hari. Namun itu adalah satu-satunya cara yang terbaik bagi mengesan serangan sembunyi penyakit darah tinggi. Serangan darah tinggi atau Hypertension boleh dihidapi tidak kira tua atau muda kerana ia tiada simptom kecuali terus mendapat serangan jantung, strok atau kegagalan fungsi buah pinggang.
Wajar bagi setiap individu mendapatkan pemeriksaan darah secara berkala. Cara begini kita dapat memantau peredaran darah dan memperbaiki dari segi pemakanan dan aktiviti harian. Periksa sekurang-kurangnya dua kali sehari, pada sebelah pagi selepas bangun tidur dan malam. Kajian dari Dr. Dheepak Bhatt mendapati mereka yang kerap memeriksa tekanan darah secara sendiri lebih cenderung memiliki keinginan menjaga kesihatan.
Pengesan tekanan darah serba-boleh ini dapat mengira tekanan dengan tepat seperti bacaan systolic, tekanan darah diastolic dan denyutan nadi. Mesin ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan mudah dipasang. Selain itu juga ia mampu menyimpan rekod pemeriksaan untuk setiap individu. Jadi anda boleh semak dengan mudah untuk rujukan kesihatan akan datang.