Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

21 Cara Mengatasi Rambut Gugur & Melebatkan Rambut 2024

Kalau dibiarkan, silap hujung bulan boleh botak kepala!

Masalah rambut gugur menjadi satu mimpi ngeri buat semua orang tidak kira lelaki atau wanita, atau yang muda dan yang sudah berumur.

Mana tidaknya, kalau rambut gugur banyak hari-hari, sampai hujung bulan boleh botak kepala dan ini akan memberi kesan terhadap kenyakinan diri kita.

Terdapat banyak cara kurangkan rambut gugur termasuk rambut gugur lepas bersalin dan antara cara merawat rambut gugur adalah dengan menggunakan ubat rambut gugur atau produk mengurangkan rambut gugur.

Penjagaan rambut gugur ni bukan untuk wanita sahaja, tetapi lelaki pun ada masalah ini dan perlu dapatkan produk rambut gugur lelaki.

Selepas penat mencari cara mengatasi rambut gugur, jom kita lihat senarai cara penjagaan rambut gugur dan rawatan rambut gugur yang mudah untuk anda lakukan di rumah.


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakar
Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Tan Mei Yi chevron_right

Dr. Mei Yi merupakan seorang profesional perubatan yang terkemuka dengan latar belakang yang pelbagai dalam penjagaan kesihatan. S ...

Apakah Tips Penjagaan Rambut Gugur?

Mesti ramai yang risau jika banyak rambut anda gugur hampir setiap hari hingga ada yang takut kepala mereka mungkin jadi botak. 

Tapi tak mengapa, ikut sahaja tips yang kami kongsikan ini untuk menjaga rambut dan mengurangkan masalah tersebut. 

  • Lakukan urutan kepala. 
  • Sikat rambut dengan berus lembut. 
  • Elakkan daripada sikat rambut ketika basah. 
  • Elakkan daripada warnakan atau bleach rambut dengan pewarna kimia. 
  • Cuci rambut dengan kerap agar kulit kepala sentiasa bersih.
  • Guna syampu yang lembut pada kulit kepala & rambut. 
  • Guna produk rambut yang ada aloe vera/minyak kelapa. 
  • Elakkan dari menggayakan rambut dengan stail yang boleh menarik atau merosakkan rambut. 

Selain itu, anda boleh juga lihat apa kata pakar mengenai tips penjagaan rambut gugur:

Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Tan Mei Yi

Mengurangkan masalah rambut gugur memerlukan penjagaan yang holistik dari segi pemakanan dan penjagaan kulit rambut

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu mengurangkan kadar keguguran rambut:

  • Pemakanan yang seimbang

Pastikan diet anda kaya dengan protein, zat besi, zink dan biotin yang sangat membantu dengan menguatkan rambut.

Antara makanan yang menyokong pertumbuhan rambut yang kuat termasuk telur, sayur-sayuran hijau dan ikan berlemak yang kaya dengan Omega-3 dan Omega-6.

  • Mengawal tekanan (stress)

Tekanan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan rambut dan merupakan satu penyebab rambut gugur dengan banyak.

Telogen Effluvium merupakan satu fenomena dimana tekanan menyebabkan rambut gugur dengan mendadak apabila terdapat gangguan dalam kitaran pertumbuhan rambut menyebabkan banyak rambut masuk dalam fasa ‘ telogen’ atau rehat dan gugur pada masa tersebut.

  • Penggunaan produk rambut yang sesuai

Gunakan syampu dan perapi rambut yang dirumuskan khas untuk masalah rambut anda.

Elakkan produk yang mengandungi SLS (sodium lauryl sulfate), Parabens dan wangian tiruan yang boleh menyebabkan tindak balas alahan.

  • Elakkan gaya rambut gaya 

Gaya rambut yang ketat seperti tocang ketat boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada rambut dan follicle dan menyebabkan keguguran.

Gaya yang longgar seperti rambut terurai atau tocang longgar mengurangkan tekanan pada akar rambut.

  • Kurangkan kegunaan Alat Panas

Penggunaan alat penggaya rambut yang terlalu panas dan kerap boleh menyebabkan rambut rapuh dan mudah gugur.

Cuba kurangkan kekerapan menggunaanya atau tetapkan pada suhu rendah dan gunakan ‘heat protectant’ sebelum gayakan rambut.


Rambut Gugur Disebabkan Kurang Vitamin Apa? 

Menurut kajian yang telah dijalankan, masalah rambut gugur berlaku disebabkan kekurangan vitamin D dalam badan anda. 

Ini kerana vitamin berkenaan memainkan peranan penting untuk menggalakkan pertumbuhan folikel rambut baru. 

Jom lihat perincian lanjut mengenai ini daripada doktor pakar rambut.

Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Tan Mei Yi

Rambut gugur yang disebabkan oleh kekurangan vitamin merupakan satu masalah yang sering dihadapi.

Antara vitamin utama yang berkaitan dengan keguguran rambut apabila kekurangen berlaku ialah:

  • Vitamin D

Vitamin D penting untuk pertumbuhan rambut folikel yang sihat dan kuat. Vitamin D juga penting untuk kesihatan kulit.

  • Biotin (Vitamin B7)

Biotin penting untuk produksi Keratin. Kekurangan Biotin boleh menyebabkan rambut rapuh, nipis dan mudah gugur

  • Vitamin B12

Kekurangan Vitamin B12 boleh mengganggu produksi sel merah dan mengurangkan bekalan oksigen ke folikle rambut. Ini boleh menghalang pertumbuhan rambut yang sihat.

  • Zat Besi

Zat Besi, walaupun bukan vitamin, merupakan mineral penting yang menyokong pengaliran oksigen ke follicle rambut.

Kekurangan Zat Besi sering dikaitkan dengan keguguran rambut yang ketara.

  • Vitamin E

Vitamin E merupakan satu antioksidan yang kuat untuk melindungi sel-sel rambut daripada kerosakan oksidatif.

Kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan rambut yang tidak sihat dan mudah gugur.

Tips Memilih Produk Rambut Yang Sesuai Untuk Rambut Gugur

Sebelum beli produk untuk rawat masalah rambut, tentulah kita perlu tahu produk mana yang sesuai dan juga berbaloi.

Ini kerana kebanyakkan produk rambut gugur tidaklah murah, jadi kalau tersalah beli mungkin akan merugikan kita.

Jom lihat tips untuk pilih produk rambut yang sesuai dan terbaik untuk rambut gugur.

Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Tan Mei Yi

Memilih syampu yang tepat adalah langkah penting dalam rutin penjagaan rambut anda. 

Pilih syampu yang bebas dari bahan kimia yang keras termasuk SLS, Parabens dan wangian tiruan terutamanya bila anda mempunyai kulit kepala yang sensitif.

Syampu yang mengandungi antioksiden dan vitamin seperti Vitamin E, Panthenol (Vitamin B5) boleh membantu melindungi rambut daripada kerosakan disebabkan radikal bebas.

Yang paling penting adalah memilih syampu yang sesuai dengan rambut anda, sama ada rambut anda kering, berminyak atau normal.

Rambut yang kering memerlukan lebih kelembapan, sementara rambut berminyak memerlukan syampu yang membantu mengawal pengeluran minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit kepala.

Periksa juga kandungan protein. Syampu yang mengandungi keratin atau protein soy boleh membantu kuatkan struktur rambut tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh dan kering.


Senarai 21 Produk Untuk Rawatan Rambut Gugur

*PERHATIAN: Jenama shampoo yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Dr. Tan Mei Yi*

Produk rambut gugur terbaik keseluruhan
Suri. Restructure Hair Fall Control Shampoo by Lisa Surihani
Suri.
Suri. Restructure Hair Fall Control Shampoo by Lisa Surihani
From
RM56.00
Check Suri. Restructure Hair Fall Control Shampoo by Lisa Surihani price below:
add_circle Meningkatkan kesihatan folikel
add_circle Membuatkan rambut lebih berkilat
add_circle Bebas paraben dan silikon
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Selain ia merupakan produk yang dihasilkan bersama dengan pelakon terkenal tanah air, Lisa Surihani, ia turut mengandungi bahan-bahan premium seperti Apple stem cell bersama Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract dan Saccharum Officinarum (Sugar Cane) Extract yang membantu menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut.

Ciri-ciri:

Bahan-bahan premium dalam syampu ini akan membantu mengurangkan rambut gugur dan bercabang, serta membantu membersihkan folikel dari sel-sel mati.

Ini akan memberi ruang kepada rambut anda untuk tumbuh sihat daripada akar, malah boleh membuatkan rambut lebih lebat dari sebelum ini.

Selain itu, rambut anda juga akan lebih berkilat dan kelihatan sihat tanpa perlu membuat rawatan rambut di salon dengan harga yang mahal.

Rambut juga tidak akan kusut dan mudah diuruskan, hanya perlu gunakan syampu ini setiap hari untuk hasil yang optimum.

Bukan untuk kaum wanita sahaja, kaum lelaki pun sesuai untuk gunakan syampu ini.

Jika anda mahukan hasil yang lebih baik, boleh gunakan bersama dengan tonik rambut jenama Suri. dari Lisa Surihani ini.

Review:

"Tak letak high expectation masa mula pakai syampu ni. Sebelum ni memang banyak rambut gugur. Tapi lepas pakai syampu ni dalam 4-5 kali dah boleh nampak memang sangat berkesan. Rambut gugur dah berkurangan. Yang ada masalah rambut gugur boleh cuma syampu ni. Harga pun berbaloi."

Tonic rambut gugur lelaki
SEBORIN Active Hair Tonic
SEBORIN
SEBORIN Active Hair Tonic
From
RM20.45
Check SEBORIN Active Hair Tonic price below:
add_circle Pro vitamin B5
add_circle Ginseng estrak
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Botol besar
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Harga mahal

SEBORIN Active Hair Tonic mengandungi ginseng yang terkenal dengan pelbagai kegunaan terutama bagi kesihatan rambut dan kulit kepala. 

Tambah pula dengan kandungan Vitamin B5, tonik rambut ini dapat bertindak bagi memperbanyakkan pertumbuhan anak rambut.

Kami sarankan anda sebaiknya sapu pada bahagian rambut yang nipis atau kurang rambut untuk melebatkan rambut.

Selepas beberapa kali penggunaan, pastinya kesihatan dari akar rambut hingga rambut akan lebih terjaga.

Produk ini mempunyai bau lebih sesuai untuk lelaki kerana bauannya kuat dan sedikit maskulin.

Produk rambut gugur paling berkesan
Produk Rambut Alpecin Caffeine
Alpecin
Alpecin Caffeine Shampoo C1
From
RM45.92
Check Produk Rambut Alpecin Caffeine price below:
add_circle Membantu menguatkan akar rambut
add_circle Kandungan 200ml
add_circle Bebas paraben & silikon
add_circle Sesuai untuk yang hadapi masalah gugur
remove_circle Harga mahal

Kaum Adam yang malu berdepan dengan wanita kerana rambut yang semakin menipis akibat keguguran rambut, kami sarankan untuk guna tonik Alpecin ini. 

Ini kerana kaya dengan kafein yang merupakan bahan aktif yang boleh membantu pertumbuhan rambut yang sihat. 

Bukan itu sahaja, produk yang diperbuat di Jerman ini boleh digunakan pada pelbagai jenis kulit kepala sama ada kulit kepala berminyak, kering dan sebagainya.

Jika anda gunakan secara konsisten, rambut anda akan mula kelihatan lebih banyak berbanding sebelumnya, dan keadaan rambut juga akan mula kelihatan terurus.

Produk rambut gugur untuk lelaki
Grafen Root Booster Shampoo
Grafen Root Booster Shampoo
From
RM52.30
Check Grafen Root Booster Shampoo price below:
add_circle Terdapat 22 asid amino
add_circle Tiada paraben & silikon
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Sesuai untuk kulit kepala kering
remove_circle Harga mahal

Syampu dari Korea jenama Grafen ini diformulasikan tanpa sulfate, jadi anda boleh guna tanpa perlu risau dengan kesan sampingan. 

Menarik lagi, keberkesanannya anda boleh lihat dalam masa 4 minggu dimana rambut gugur berkurangan. 

Turut mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun, daun Perilla dan minyak biji Camellia.  

Memang sesuai untuk mereka yang ada rambut nipis dan lemah termasuklah lelaki yang keguguran rambut akibat perubahan hormon atau peningkatan usia. 

Rambut baru akan mula tumbuh jika digunakan dengan konsisten. Yang penting, baunya wangi dan menyegarkan.

Mask rambut untuk rambut gugur
HIMALAYA Hair Cream
HIMALAYA
HIMALAYA Hair Cream
From
RM8.50
Check HIMALAYA Hair Cream price below:
add_circle Mengekalkan warna rambut
add_circle Melambatkan pertumbuhan uban
add_circle Sesuai untuk semua jenis rambut
remove_circle Harga sedikit mahal

Penat bersihkan rambut yang gugur setiap hari? Gunakan krim rambut gugur dari jenama Himalaya ini dan anda boleh pilih satu dari tiga jenis krim yang sesuai.

Kalau ada masalah rambut gugur, boleh dapatkan krim rambut gugur (Anti Hair Fall Cream) Himalaya yang boleh menguatkan folikel dan akar rambut.  

Ini kerana kandungannya kaya dengan bahan Bhringaraja yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Turut mengandungi Amla iaitu bahan efektif untuk merawat rambut dan kulit kepala kerana kaya dengan Vitamin C dan polyphenols.

Atau boleh dapatkan produk Anti-Dandruff Hair Cream yang mengandungi Tea Tree Oil dan Rosemary untuk mengatasi masalah kelemumur.

Ada juga Protein Hair Cream untuk menguatkan akar rambut, melebatkan rambut dan memberi khasiat tambahan pada rambut dengan bahan seperti Eclipta dan Amla.

Cara kurangkan rambut gugur dengan produk Himalaya ini sangat mudah, hanya perlu urut kulit kepala dengan krim ini menggunakan gerakan secara bulatan. 

Boleh guna sebelum atau selepas syampu dan selamat digunakan pada rambut yang diwarnakan dan dikerintingkan. 

Produk untuk rambut gugur wanita
Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment
Moist Diane Perfet Beauty Extra Hair Fall Control Treatment
From
RM19.95
Check Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment price below:
add_circle Membaiki rambut rosak
add_circle Kurangkan kemerahan kulit kepala
add_circle Masalah kulit kepala berminyak berkurang
remove_circle Harga sedikit mahal

Produk jenama Moist Diane ini diformulasikan khas untuk wanita yang mula mengalami masalah rambut semakin gugur dan nipis. 

Mengandungi ekstrak daun Wasabi yang boleh mengaktifkan tisu folikel rambut dan mengurangkan bau busuk dan kerengsaan kulit kepala. 

Malah bahan minyak Argan semula jadi yang terkandung dalam minyak ini adalah khas untuk mengurangkan kehilangan rambut. 

Produk ini dipakai seperti perapi kerana perlu digunakan pada rambut selepas syampu.

Cuma, ingat pastikan ia tidak terkena kulit kepala, dan digalakkan untuk gunanya bersama syampu jenama sama.

Vitamin untuk rambut gugur selepas bersalin
Mama's Choice Strengthening Hair Serum
Mama's Choice Strengthening Hair Serum
From
RM33.90
Check Mama's Choice Strengthening Hair Serum price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Tiada alkohol, paraben & silikon
add_circle Boleh dipakai juga ketika hamil
add_circle Cepat meresap
remove_circle Harga mahal

Para ibu yang baru lepas bersalin tak perlu susah-susah ke salon untuk dapatkan rawatan rambut gugur sebab boleh buat sendiri di rumah dengan serum rambut ini. 

Dengan penggunaan yang konsisten, kami yakin mampu mengurangkan kehilangan rambut sehingga 71%. 

Ini kerana pertumbuhan rambut baru juga bakal digalakkan dengan bahan yang terkandung dalam produk ini. 

Diformulasikan daripada buah kiwi dan buah keras yang masing-masing kaya dengan vitamin untuk menguatkan akar rambut.

Malah bahan yang terkandung juga boleh sihatkan kulit kepala hingga hujung rambut. 

Sesuai digunakan oleh semua jenis rambut dan paling penting, tak perlu bilas lepas pakai.

Syampu rambut gugur murah
Mustika Ratu Shampoo Bayam For Hair Loss Treatment
Mustika Ratu Shampoo Bayam For Hair Loss Treatment
From
RM9.92
Check Mustika Ratu Shampoo Bayam For Hair Loss Treatment price below:
add_circle Membantu pertumbuhan rambut
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Harga murah
add_circle Ada antioksidan
remove_circle Kurang sesuai untuk lelaki

Walaupun produk Indonesia ini murah tapi kualitinya tetap terbaik kerana mengandungi air sari bayam (Spinacia Oleracea) dan Trichogen Liposomes.

Bahan ini berfungsi bagi memastikan rambut tak mudah gugur walaupun ketika dicuci. 

Malah, mengandungi Vitamin B, C, E dan asam lemak Omega-3 yang baik untuk memberikan rambut lebih sihat. 

Cara merawat rambut gugur dengan syampu Mustika Ratu ini juga sangat mudah, hanya perlu sapukannya pada rambut basah dan urut kulit kepala dan rambut dengan lembut. 

Jangan lupa untuk bilasnya. Memang ramai pengguna yang kata ia berkesan mengatasi masalah tersebut. 

Produk shampoo untuk rambut gugur
Tresemme Hair Fall Control Shampoo
Tresemme
TRESemme Hair Fall Control Shampoo
From
RM13.90
Check Tresemme Hair Fall Control Shampoo price below:
add_circle Rambut 10X lebih kuat
add_circle Melembutkan rambut
add_circle Sesuai untuk rambut kering
add_circle Syampu pilihan golongan profesional
remove_circle Perlu guna bersama perapi jenama sama

Dapatkan rawatan rambut gugur seperti di salon dengan syampu jenama Tresemme ini kerana bagus untuk membaiki rambut rosak. 

Diformulasikan dengan menggunakan teknologi Tresplex baru dimana dapat menggalakkan guna syampu ini setiap hari jika anda inginkan mahkota wanita yang cantik bak model. 

Produk ini mengandungi bahan khas untuk kesihatan rambut iaitu minyak Chia Seed dan Amino-Vitamin yang berkesan untuk mengurangkan rambut gugur hingga 98%. 

Yang penting, baunya juga wangi dan tiada lagi masalah bau rambut kepam selepas ini.

Produk untuk rambut kering dan gugur
50 Megumi Anti Hair Fall Set For Dry & Damaged Hair
50 Megumi Anti Hair Fall Set For Dry & Damaged Hair
From
RM81.00
Check 50 Megumi Anti Hair Fall Set For Dry & Damaged Hair price below:
add_circle Melembapkan rambut
add_circle Terdapat vitamin E
add_circle Sesuai untuk uban
add_circle Lembut pada kulit
remove_circle Harga mahal

Rambut kering dan gugur? Gunalah set syampu dan perapi 50 Megumi yang akan membaiki rambut rosak yang kerap gugur. 

Sesuai juga dipakai oleh anda yang mewarnakan rambut sebab tidak akan melunturkan warna mahkota wanita. 

Mengandungi 50 bahan herba seperti ekstrak akar halia yang dapat menyerap jauh ke dalam folikel rambut agar lebih lebat. 

Tambah pula terdapat bahan campuran bahan minyak Jojoba dan Shea Butter dimana menguatkan akar rambut lagi agar tak mudah gugur.

Produk melebatkan rambut lelaki
50 Megumi Anti-Hair Fall Hair Revitalizing Essence
50 Megumi Anti-Hair Fall Hair Revitalizing Essence
From
RM127.50
Check 50 Megumi Anti-Hair Fall Hair Revitalizing Essence price below:
add_circle Ada Aloe Vera
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Ada amino acid, baiki rambut yang rosak
add_circle Mengandungi ginseng agar rambut lebat
remove_circle Harga mahal

Untuk wanita yang buntu rambut semakin nipis terutamanya lepas bersalin, boleh cuba essence anti rambut gugur jenama 50 Megumi dari Jepun ini. 

Ia mengandungi ekstrak akar halia yang boleh memberikan anda kulit kepala yang sihat dan akar rambut yang kuat. 

Produk ini diperbuat juga dari ekstrak bunga Swertia Japnica yang berkesan melindungi mahkota anda dari keguguran rambut. 

Paling penting, ada kolagen yang telah terhidrolisis, ekstrak lemon dan oren untuk memanjangkan hayat setiap helai rambut.

Produk rambut gugur untuk perempuan
Set Rawatan Rambut Gugur HSF Naturals
From
RM140.00
Check Set Rawatan Rambut Gugur HSF Naturals price below:
add_circle Bau wangi
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Tidak memedihkan mata
add_circle Mencegah uban
remove_circle Perlu beli set untuk kesan lebih bagus

Dengan pembelian satu set rawatan rambut gugur dari HSF Naturals, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari produk rawatan rambut yang lengkap lagi. 

Syampu set rawatan rambut gugur ini sangat wangi daripada wangian dari pati raspberry mampu memperbaiki sel kulit kepala dan folikel rambut anda dengan baik. 

Selain itu, dengan penggunaan yang konsisten juga akan menguatkan kembali akar rambut sekaligus dapat mencegah dan mengawal rambut gugur anda.

Turut menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut semula untul melebatkan rambut anda secara semula jadi.

Anda juga boleh gunakannya untuk merawat masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal di kulit kepala.

Serum dalam set rawatan rambut gugur ini juga bebas paraben, ringan dan tidak melekit jadi rambut anda akan nampak lebih sihat dan menawan.

Penggunaan 3 produk dalam set rawatan rambut ini juga akan membantu memperbaiki struktur rambut yang rosak dan buatkan rambut anda lebih bersinar.

Paling penting, set rawatan ini tdak memedihkan mata dan anggaran produk boleh bertahan selama 1 - 2 bulan bergantung pada cara dan kekerapan penggunaan anda.

Produk melebatkan rambut perempuan
Dherbs Shampoo Berherba Super Lebat
Dherbs
Dherbs Shampoo Berherba Super Lebat
From
RM14.99
Check Dherbs Shampoo Berherba Super Lebat price below:
add_circle Harga murah
add_circle Kandungan herba tradisional
add_circle Mengekalkan rambut asli
remove_circle Perlu guna bersama krim lebat

Siapa je tak kenal dengan jenama Dherbs ini yang sering keluar di kaca TV dan digunakan oleh ramai orang.

Kali ini, jenama Dherbs mengeluarkan satu produk syampu bagi mengawal masalah rambut gugur, dan juga bagi menguatkan kembali rambut anda.

Antara kelebihan syampu Berherba Super lebat ini adalah rambut anda akan kekal asli warna kehitamannya dan juga dapat membekalkan oksigen kepada rambut untuk pertumbuhan dan menguatkan akar.

Memang masalah seperti gugur, rambut beruban, kelemumur akan semakin berkurangan dan dalam masa yang sama akan melebatkan rambut.

Kandungan syampu ini pula memang dari herba terpilih dan formulasi khas untuk rambut, dan ia memang sesuai digunakan sebagai syampu harian.

Bagaimanapun, untuk kesan yang lebih berpanjangan dan cepat perlu guna bersama dengan Krim Rambut Berherba Super Lebat.

Serum rambut gugur
RENOXIL Ultimate Hair Loss Treatment
DermaMed+™️
RENOXIL ultimate hair loss treatment
From
RM49.50
Check RENOXIL Ultimate Hair Loss Treatment price below:
add_circle Menyokong & menguatkan rambut
add_circle Menyuburkan folikel rambut
add_circle Sesuai untuk lelaki dan wanita
remove_circle Ambil masa lama untuk nampak hasil

Produk serum rambut dari jenama DermaMed+™️ mempunyai kandungan Pyrrolidinyl Diaminopyrimidine Oxide yang berfungsi untuk menyuburkan kembali folikel rambut yang lemah dan memberi khasiat tambahan untuk tumbuhkan rambut kembali.

Selain melebatkan rambut, RENOXIL Ultimate Hair Loss Treatment juga membantu mengurangkan rambut gugur yang berpunca dari akar rambut yang lemah.

Ia turut mengandungi Niacinamide untuk merawat kulit kepala dan juga Retinol untuk membersihkan kulit kepala daripada tersumbat.

Untuk menyakinkan anda lagi, produk serum rambut ini dihasilkan dan diuji secara klinikal oleh pakar rawatan rambut.

Cara menggunakan serum ini amat mudah, hanya spray pada bahagian kulit kepala 2 kali sehari dan perlu guna secara berterusan untuk mendapatkan hasilnya. 

Produk tonik untuk rambut gugur
Grafen Root Booster Hair Tonic
Grafen
Grafen Root Booster Hair Tonic
From
RM73.92
Check Grafen Root Booster Hair Tonic price below:
add_circle Bahan herba semula jadi
add_circle Menyejukkan kulit kepala
add_circle Mengawal penghasilan sebum berlebihan
remove_circle Harga sedikit mahal

Tonik rambut dari Korea ini mengandungi bahan herba semula jadi seperti Camellia Japonica Leaf Extract, Ceratonia Siliqua (Carob) Fruit Extract, Diospyros Kaki Fruit Extract dan Althaea Officinalis Root Extract untuk menguatkan kembali akar rambut.

Selain itu, ia turut mengandungi Keratin dan 17 jenis asid amino, boleh mengawal pengeluaran sebum berlebihan dan mengurangkan rasa gatal pada kulit kepala.

Cara pakai juga cukup mudah, hanya semburkan 2-3 kali ke bahagian kulit kepala yang kering, dan biarkan ia menyerap ke bahagian kulit kepala.

Jangan lupa untuk urut dengan lembut menggunakan hujung jari anda bagi kesan penyerapan yang lebih menyeluruh.

Tonic rambut gugur perempuan
Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic
Cica Peptide
Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic
From
RM39.76
Check Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic price below:
add_circle Memberikan kelembapan pada kulit kepala
add_circle Penyerapan yang cepat
add_circle 11 jenis Peptide Complex
remove_circle Bukan untuk rawatan botak akibat penyakit

Mungkin anda sudah cuba pelbagai jenis tonik rambut tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan, apa kata anda cuba pula Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic.

Ia merupakan tonik rambut dari jenama Some By Mi yang agak terkenal di Korea Selatan, dan bahan-bahan yang digunakan juga merupakan bahan yang biasa untuk merawat masalah rambut gugur seperti biotin (Vitamin B), Black Complex dan 11 jenis Peptide Complex.

Selain itu, tekstur tonik rambut ini tidak melekit dan ia terasa seperti air, jadi anda tidak akan rasa seperti sesuatu melekat pada rambut anda.

Ia juga mempunyai penyerapan yang sangat bagus dan membuatkan kulit kepala anda terasa sedikit dingin memakainya.

Dari segi keberhasilannya, tonik ini mampu mengurangkan masalah kulit kepala berminyak, menguatkan kembali akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baharu.

Sesuai digunakan oleh wanita dan juga lelaki, dan lepas ni tiada lagi masalah kulit kepala kering kerana ia juga mampu melembapkan kulit kepala dengan pantas.

Serum rambut gugur wanita
Hana Hair Serum
Hana
Hana Hair Serum
From
RM9.99
Check Hana Hair Serum price below:
add_circle Boleh melembutkan rambut
add_circle Memperbaiki struktur & nutikel dalam rambut
add_circle Menghilangkan kelemumur
add_circle Mengurangkan masalah rambut gugur
remove_circle Boleh cepat habis

Hana Hair Serum direka untuk menyuburkan rambut dari dalam, memperbaiki strukturnya agar lebih kuat, sihat, dan bertenaga. 

Serum rambut serba guna ini melembutkan rambut, memperbaiki kutikel dalaman rambut, dan membantu mengurangkan masalah rambut gugur, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk penjagaan rambut harian wanita. 

Selain itu, ia juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur sambil meninggalkan rambut anda berbau segar dengan haruman yang tahan lama dan memikat. 

Dengan Hana Hair Serum, anda boleh mendapatkan rambut yang licin dan mudah diurus tanpa perlu minyak rambut yang banyak.

Tambahan lagi, dengan penggunaan yang kerap dan konsisten, ia membantu meluruskan dan menguatkan rambut anda. 

Serum berasaskan air ini ringan pada rambut, tidak berminyak, dan sesuai dibawa solat. 

Satu botol tahan untuk sebulan, menjadikannya pilihan yang praktikal dan berkesan untuk penggunaan harian.

Minyak kelapa untuk rambut gugur
The RainTree Hair Treatment Hair Oil for Hair Growth
The RainTree Hair
The RainTree Hair Treatment Hair Oil for Hair Growth
From
RM26.00
Check The RainTree Hair Treatment Hair Oil for Hair Growth price below:
add_circle Tanpa bahan kimia
add_circle Sesuai untuk rambut menipis
add_circle Mengandungi Vitamin E
remove_circle Jenis berminyak pada rambut

The RainTree Hair Treatment Hair Oil adalah formula kaya dengan nutrien yang dihasilkan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan memperbaiki tekstur rambut secara keseluruhan. 

Sesuai untuk anda yang menghadapi masalah rambut menipis, tompok botak, atau rambut beruban, minyak ini membantu mengurangkan keguguran rambut dan meningkatkan kesihatan rambut dari kulit kepala. 

Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti minyak fenugreek, minyak kelapa dara, minyak kastor, minyak habbatus sauda, dan minyak pati, ia menyuburkan kulit kepala dan rambut sambil membantu mencegah serta mengurangkan rambut beruban. 

Dengan haruman semula jadi rosemary dan tea tree yang ringan, minyak ini lebih pekat dan disyorkan untuk digunakan sebelum mencuci rambut sebagai rawatan kulit kepala. 

Selain itu, penyerapan mendalamnya memastikan peredaran darah yang lebih baik apabila diurut pada kulit kepala. 

Untuk hasil terbaik, sapu 2-3 kali seminggu bagi mengekalkan pertumbuhan rambut dan kulit kepala yang sihat.

Supplement untuk rambut gugur
Blackmores Nails Hair and Skin (Biotin)
Blackmores
Blackmores Nails Hair and Skin (Biotin)
From
RM75.00
Check Blackmores Nails Hair and Skin (Biotin) price below:
add_circle Meningkatkan kesihatan kuku juga
add_circle Mengurangkan rambut bercabang
add_circle Nampak hasil dalam 12 minggu
remove_circle Perlu konsisten
remove_circle Bukan untuk ibu mengandung

Blackmores Nails, Hair and Skin adalah suplemen komprehensif yang diformulasikan untuk menyokong kesihatan kuku, rambut, dan kulit anda. 

Diperkaya dengan dos biotin yang telah diuji secara klinikal, ia menguatkan kuku rapuh, meningkatkan ketebalan kuku sehingga 25%, dan mengembalikan rambut anda dalam masa 12 minggu. 

Formula ini mengandungi nutrien penting seperti silika, zink, dan Vitamin C yang penting untuk pembentukan kolagen dan mengekalkan keutuhan struktur kuku, rambut, dan kulit. 

Ia juga mengandungi asid folik, zat besi, dan Vitamin B5 yang membantu metabolisme nutrien untuk memastikan kesihatan rambut, kulit, dan kuku yang optimum. 

Dengan pengambilan secara konsisten, Blackmores Nails, Hair and Skin menyuburkan rambut anda dna menjadikan ia lebih kuat dan lebih sihat. 

Untuk orang dewasa, ambil satu tablet dua kali sehari bersama atau selepas makan, atau seperti yang disyorkan oleh pakar. 

Bagaimanapun, suplemen ini tidak disyorkan untuk digunakan semasa mengandung atau semasa anda dalam tempoh menyusukan bayi.

Produk rambut gugur untuk kanak-kanak
SENA Natural Hair Growth
SENA
SENA Natural Hair Growth
From
RM95.00
Check SENA Natural Hair Growth price below:
add_circle Membantu melebatkan rambut
add_circle Mempercepatkan pertumbuhan rambut
add_circle Mengawal pengeluaran sebum
add_circle Menguatkan akar secara mendalam
remove_circle Harga mahal

SENA Pre Cleanse Treatment Oil adalah minyak rawatan rambut yang menyuburkan dan direka untuk mengurangkan keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut baru, serta meningkatkan kesihatan kulit kepala secara keseluruhan. 

Diformulasikan dengan enam bahan semula jadi, termasuk minyak kelapa dara, daun semambu, daun kari, halba, jambu batu, dan gooseberry India, minyak ini menyerap jauh ke dalam kulit kepala untuk menguatkan akar rambut, mengurangkan kelemumur, dan mengawal pengeluaran sebum. 

Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut menipis, kebotakan, atau masalah kulit kepala. 

Formula tanpa pewangi dan pengawet ini selamat untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang dirawat atau diwarnakan, serta sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, ibu mengandung, dan ibu selepas bersalin. 

Untuk hasil terbaik, sapukan 1 pam ke kulit kepala, urut selama 5 minit, dan biarkan selama beberapa jam sebelum dibilas dengan syampu. 

Penggunaan secara berkala, 3-4 kali seminggu adalah disyorkan untuk mengekalkan rambut dan kulit kepala yang sihat.

Vitamin untuk rambut gugur teruk
Sugardoll By Nn Set Hair Loss
Sugardoll
Sugardoll By Nn Set Hair Loss Shampoo
From
RM170.00
Check Sugardoll By Nn Set Hair Loss price below:
add_circle Mengandungi biotin dan ginseng
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Mengurangkan rambut gatal
remove_circle Harga mahal

Set Sugardoll By NN Hair Loss adalah gabungan dua produk yang direka untuk mengatasi masalah keguguran rambut sambil menyokong kesihatan rambut dan kulit secara menyeluruh. 

Set ini mengandungi Sugardoll Hair & Skin Vitamins, tablet perisa coklat dan berry yang diperkaya dengan biotin, multivitamin, kolagen kulit ikan, dan ekstrak biji anggur. 

Nutrien ini menyokong kulit yang sihat, rambut yang lebih kuat, dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Vitamin ini hanya bertahan untuk 1 bulan, jadi anda mungkin perlukan bajet lebih untuk guna produk ini secara konsisten.

Set ini juga termasuk Sugardoll Intensive Hair Tonic, sebotol 30ml yang diformulasikan dengan ekstrak ginseng, Panthenol, dan anagain, memberikan kesan segar mint sambil menguatkan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut serta kulit kepala gatal. 

Penyelesaian penjagaan rambut yang komprehensif ini memberikan nutrisi penting untuk membantu anda mendapatkan semula rambut yang lebih tebal dan sihat.


Cara Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional 

Tentu anda sudah bosan dengan masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur, tapi tidak mahu berbelanja lebih untuk rawat rambut gugur.

Untuk mengatasi masalah rambut gugur secara tradisional, beberapa kaedah dan ramuan semula jadi boleh digunakan.

Berikut adalah beberapa petua tradisional yang boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur:

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara sering digunakan untuk merawat rambut gugur.

Ia mengandungi asid lemak yang meresap jauh ke dalam folikel rambut dan membantu menguatkan akar rambut.

Sapukan minyak kelapa pada kulit kepala dan rambut, urut dengan lembut, biarkan selama beberapa jam atau semalaman sebelum mencuci rambut dengan syampu.

Lidah Buaya

Lidah buaya mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kelemumur dan menguatkan folikel rambut.

Sapukan gel lidah buaya segar pada kulit kepala dan rambut, biarkan selama 30 minit sebelum mencuci rambut.

Amalkan dua kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Daun Kari

Daun kari bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi turut boleh digunakan untuk mengawal masalah rambut gugur.

Ianya kaya dengan protein dan beta-karoten yang penting untuk menguatkan akar rambut.

Tumbuk daun kari segar dan campurkan dengan minyak kelapa.

Panaskan campuran ini dan biarkan sejuk sebelum mengurut pada kulit kepala.

Biarkan selama 30 minit sebelum mencuci.

Bawang Merah

Jus bawang merah mengandungi sulfur yang membantu merangsang peredaran darah ke folikel rambut.

Kisar bawang merah dan ambil jusnya.

Sapukan pada kulit kepala, biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan syampu yang lembut.

Minyak Jarak

Minyak jarak terkenal dengan sifat penyembuhan dan keupayaannya untuk merangsang pertumbuhan rambut.

Panaskan sedikit minyak jarak dan sapukan pada kulit kepala.

Urut lembut selama 5-10 minit sebelum mencucinya.

Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan, selain sedap diminum ia juga dapat membantu mengurangkan rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut.

Rendam dua uncang teh hijau dalam air panas, biarkan sejuk, kemudian sapukan air teh ini pada kulit kepala.

Biarkan selama sejam sebelum membilasnya.

Daun Inai

Daun inai atau daun henna sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat rambut.

Tumbuk daun inai hingga halus dan campurkan dengan air.

Sapukan pada rambut, biarkan hingga kering sebelum dibilas.

Amalkan kaedah tradisional ini secara konsisten untuk melihat hasil yang lebih baik dan sentiasa menjaga pemakanan yang seimbang untuk rambut yang sihat dan untuk mengelakkan akar rambut mati.

Jika anda berasa malas untuk ikut langkah penjagaan rambut gugur secara tradisional, anda masih boleh membeli produk yang mengandungi bahan-bahan penting ini. Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan

End of Article