Kesihatan & Kecergasan

7 Cara Untuk Kurus Tanpa Diet & Exercise. Terbukti Secara Saintifik!

Ini adalah cara untuk kurus yang mudah, cepat, terbaik dan berkesan berdasarkan fakta. Sesuai bagi mereka yang mengalami masalah perut buncit, berat badan


Editor · Updated 4 Feb 2021

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Cara Untuk Kurus Tanpa Diet & Exercise. Terbukti Secara Saintifik!

Sudah hendak masuk tahun baru, tetapi anda masih gagal untuk capai berat badan ideal yang diidamkan. Di mana salahnya? Harus diakui ia adalah amat sukar untuk berdisplin dan mengikuti sesebuah perancangan diet dan workout. Kadangkala usaha anda terkandas di tengah jalan kerana terlampau sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga sehingga tidak mempunyai masa untuk exercise dan berdiet. Di sini kami senaraikan beberapa cara mudah untuk anda jadikan ‘habit’ atau tabiat dalam menjalani kehidupan seharian, yang boleh membantu anda untuk kurus tanpa menyeksa diri.

Kandungan

1. Kunyah dengan lebih banyak dan perlahan semasa makan

Sekali seumur hidup, pasti anda pernah terdengar kenyataan “kunyah 40 kali semasa makan”. Rupa-rupanya ia bukanlah hanya mitos semata-mata.  Cara ini terbukti secara saintifik dapat mengurangkan pengambilan makanan dan menjadikan anda lebih kenyang. Ia juga dapat memberi masa untuk otak anda supaya memproses maklumat dan memberi signal kepada badan anda apabila telah kenyang.

Terdapat juga kajian yang mengatakan mereka yang makan dengan lebih cepat adalah lebih mudah untuk menambah berat badan dan berisiko untuk obesiti dan tinggi kalori daripada mereka yang mengunyah  dan makan dengan perlahan. 


2. Masak dan bawa bekal ke tempat kerja

Tidak dapat dinafikan kadangkala memang sukar untuk mencari masa dan kerajinan untuk memasak lebih-lebih lagi bagi mereka yang bujang dan berkerjaya. Namun tahukah anda, dengan memasak, anda dapat mengurangkan pengambilan gula, garam, kolestrol dan banyak lagi bahan yang dapat menaikkan berat badan serta menaikkan risiko untuk masalah kesihatan.

Cuba anda fikirkan, mengapa perlu bayar lebih untuk makanan terlebih masin, terlebih manis, tidak segar, dengan kuantiti yang sedikit, sedangkan anda boleh menyediakannnya dengan mudah dan cepat di rumah. Disamping itu, anda juga boleh jimat perbelanjaan bulanan. Bagi mereka yang bujang, anda boleh masak dalam kuantiti yang lebih dan bawanya sebagai bekal ke tempat kerja pada keesokan harinya.

1 daripada 10
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series (4.8L)
Partnership with PerySmith
Dari RM219
Sistem auto shut-off selepas 30 minit
Gunakan minyak kurang dari 80%
Mudah calar
1 lagi
Jimat penggunaan tenaga elektrik
2 daripada 10
Tupperware Round Click To Go Food Container (880ml x 2 unit/set)
Partnership with Tupperware
Dari RM44

3. Snek di rumah dan tempat kerja

Semasa shopping barang rumah, pastikan anda menggantikan junk food atau jajan dengan kudapan ringan yang sedap dan penuh dengan fibre dan protein seperi kekacang, buah-buahan dan juga sayuran seperti cherry tomato. Fiber juga boleh didapati pada kulit buah-buahan, jadi jangan dibuang kulit buah tetapi pastikan ia dibasuh dengan cara yang betul untuk membuang lilin/racun serangga pada permukaaanya.

Fibre adalah lain daripada jenis makan yang lain kerana ia tidak dicerna di dalam usus kecil tetapi ia akan dibawa ke usus besar di mana fermentasi berlaku. Dengan pengambilan fiber sebagai snack ini, ia dapat:

  • Menjadikan anda cepat kenyang
  • Mengelakkan sembelit (yang boleh menyebabkan angin dan perut kelihatan buncit)
3 daripada 10
Mix Fruit And Nuts Jumbo Raisin
Partnership with
Dari RM47.10
4 daripada 10
Godiva Tablet Dark Chocolate 72% Almond
Partnership with Godiva Chocolatier
Dari RM67.20

4. Tidur sekurang-kurangnya selama 7 jam

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana anda tidak cukup tidur, dan berasa ‘cranky’ atau bad mood sepanjang harini bukan? Apabila mood tidak baik mulalah anda hendak stress-eating dan makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, jika di tempat kerja anda mula snacking tidak berhenti untuk kekal berjaga.

Tidur bukan sahaja membantu untuk mengelokkan mood anda untuk menjalani kehidupan seharian malah ia juga dapat mengelakkan anda untuk tidak makan pada tengah malam dan mengelakkan daripada melambatkan metabolisma badan anda.  Kajian mendapati kurang daripada 6 jam tidur akan menambah risiko seseorang untuk overweight atau obesiti.

5 daripada 10
Bantal Kekabu Dewasa
Partnership with
Dari RM19.90
6 daripada 10
Tilam Kekabu
Partnership with
Dari RM25

5. Kurangkan stress

Menurut pakar Dr. Reichman, apabila anda penat & lesu, badan anda secara automatik akan menghasilkan lebih banyak steroid dan hormon stress yang akan memberi kesan negatif kepada sistem pencernaan anda. Ini akan menyebabkan masalah seperti sembelit. Bukan itu sahaja, stress juga akan menambah penghasilan cortisol, hormon ini akan bertindak untuk menghantar lemak tambahan pada perut anda untuk melindungi organ-organ penting di dalam badan. Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 20 minit waktu rehat untuk mengurangkan kadar stress.

7 daripada 10
Sanctband Active Massage Ball
Partnership with
Dari RM39
murah
saiz kecil, dibawa kemana sahaja
2 lagi
mudah digunakan
kualiti terjamin

6. Pastikan anda mendapat Vitamin D yang mencukupi

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa mereka yang kekurangan Vitamin D adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah obesity dan tidak melakukan exercise.

Antara masalah kesihatan lain yang boleh berlaku akibat kekurangan vitamin D termasuklah:

  • Masalah metabolisma
  • Depression dan anxiety
  • Diabetes type 1 dan type 2
  • Osteoporosis dan osteoarthritis

Terdapat 2 cara untuk mendapatkan vitamin D yang secukupnya iaitu melalui pendedahan terhadap cahaya matahari dan makanan yang diambil. Antara makanan yang kaya dengan vitamin D adalah kuning telur, ikan, cendawan dan makanan yang diformulasi dengan Vitamin D.

8 daripada 10
Blackmores Vitamin D3 1000iu
Partnership with Blackmores
Dari RM63.99

7. Kurangkan pengambilan air manis & manisan

Kajian mendapati air manis dengan pemanis tiruan boleh menyebabkan lemak badan yang berlebihan bagi kanak-kanak. Pastinya ia juga mendatangkan keburukan bagi orang dewasa. Terdapat pelbagai alternatif bagi mereka yang mempunyai sweet tooth atau gemarkan manisan dan air manis. Antaranya adalah air yang ditambah dengan daun pudina, lemon dan timun.

Terdapat juga beberapa teh yang ada di pasaran yang sesuai diformulasikan khas untuk memberi pelbagai nutrient dan faedah untuk kesihatan. Air jus buah di pasaran kebanyakannnya mempunyai banyak gula jadi anda dinasihatkan untuk membuatnya ssendiri di rumah dan mengambilnya tanpa gula.

9 daripada 10
RUSSELL TAYLORS Slow Juicer SJ-33
Partnership with RUSSELL TAYLORS
Dari RM197.99
10 daripada 10
AHMAD Tea Green Tea
Partnership with AHMAD Tea
Dari RM6.35
Jenis uncang
Mudah disediakan
Harga agak mahal

Cara-cara ini adalah praktikal dan mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, kami menasihatkan agar anda mengamalkannya di samping melakukan sedikit riadah selama 30 minit sehari bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat selain elok untuk kesihatan anda.

Lagi daripada ProductNation