Sudah hendak masuk tahun baru, tetapi anda masih gagal untuk capai berat badan ideal yang diidamkan. Di mana salahnya? Harus diakui ia adalah amat sukar untuk berdisplin dan mengikuti sesebuah perancangan diet dan workout. Kadangkala usaha anda terkandas di tengah jalan kerana terlampau sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga sehingga tidak mempunyai masa untuk exercise dan berdiet. Di sini kami senaraikan beberapa cara mudah untuk anda jadikan ‘habit’ atau tabiat dalam menjalani kehidupan seharian, yang boleh membantu anda untuk kurus tanpa menyeksa diri.
1. Kunyah dengan lebih banyak dan perlahan semasa makan
Sekali seumur hidup, pasti anda pernah terdengar kenyataan “kunyah 40 kali semasa makan”. Rupa-rupanya ia bukanlah hanya mitos semata-mata. Cara ini terbukti secara saintifik dapat mengurangkan pengambilan makanan dan menjadikan anda lebih kenyang. Ia juga dapat memberi masa untuk otak anda supaya memproses maklumat dan memberi signal kepada badan anda apabila telah kenyang.
Terdapat juga kajian yang mengatakan mereka yang makan dengan lebih cepat adalah lebih mudah untuk menambah berat badan dan berisiko untuk obesiti dan tinggi kalori daripada mereka yang mengunyah dan makan dengan perlahan.
2. Masak dan bawa bekal ke tempat kerja
Tidak dapat dinafikan kadangkala memang sukar untuk mencari masa dan kerajinan untuk memasak lebih-lebih lagi bagi mereka yang bujang dan berkerjaya. Namun tahukah anda, dengan memasak, anda dapat mengurangkan pengambilan gula, garam, kolestrol dan banyak lagi bahan yang dapat menaikkan berat badan serta menaikkan risiko untuk masalah kesihatan.
Cuba anda fikirkan, mengapa perlu bayar lebih untuk makanan terlebih masin, terlebih manis, tidak segar, dengan kuantiti yang sedikit, sedangkan anda boleh menyediakannnya dengan mudah dan cepat di rumah. Disamping itu, anda juga boleh jimat perbelanjaan bulanan. Bagi mereka yang bujang, anda boleh masak dalam kuantiti yang lebih dan bawanya sebagai bekal ke tempat kerja pada keesokan harinya.


3. Snek di rumah dan tempat kerja
Semasa shopping barang rumah, pastikan anda menggantikan junk food atau jajan dengan kudapan ringan yang sedap dan penuh dengan fibre dan protein seperi kekacang, buah-buahan dan juga sayuran seperti cherry tomato. Fiber juga boleh didapati pada kulit buah-buahan, jadi jangan dibuang kulit buah tetapi pastikan ia dibasuh dengan cara yang betul untuk membuang lilin/racun serangga pada permukaaanya.
Fibre adalah lain daripada jenis makan yang lain kerana ia tidak dicerna di dalam usus kecil tetapi ia akan dibawa ke usus besar di mana fermentasi berlaku. Dengan pengambilan fiber sebagai snack ini, ia dapat:
- Menjadikan anda cepat kenyang
- Mengelakkan sembelit (yang boleh menyebabkan angin dan perut kelihatan buncit)


4. Tidur sekurang-kurangnya selama 7 jam
Pasti anda pernah mengalami situasi di mana anda tidak cukup tidur, dan berasa ‘cranky’ atau bad mood sepanjang harini bukan? Apabila mood tidak baik mulalah anda hendak stress-eating dan makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, jika di tempat kerja anda mula snacking tidak berhenti untuk kekal berjaga.
Tidur bukan sahaja membantu untuk mengelokkan mood anda untuk menjalani kehidupan seharian malah ia juga dapat mengelakkan anda untuk tidak makan pada tengah malam dan mengelakkan daripada melambatkan metabolisma badan anda. Kajian mendapati kurang daripada 6 jam tidur akan menambah risiko seseorang untuk overweight atau obesiti.


5. Kurangkan stress
Menurut pakar Dr. Reichman, apabila anda penat & lesu, badan anda secara automatik akan menghasilkan lebih banyak steroid dan hormon stress yang akan memberi kesan negatif kepada sistem pencernaan anda. Ini akan menyebabkan masalah seperti sembelit. Bukan itu sahaja, stress juga akan menambah penghasilan cortisol, hormon ini akan bertindak untuk menghantar lemak tambahan pada perut anda untuk melindungi organ-organ penting di dalam badan. Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 20 minit waktu rehat untuk mengurangkan kadar stress.

6. Pastikan anda mendapat Vitamin D yang mencukupi
Terdapat kajian yang membuktikan bahawa mereka yang kekurangan Vitamin D adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah obesity dan tidak melakukan exercise.
Antara masalah kesihatan lain yang boleh berlaku akibat kekurangan vitamin D termasuklah:
- Masalah metabolisma
- Depression dan anxiety
- Diabetes type 1 dan type 2
- Osteoporosis dan osteoarthritis
Terdapat 2 cara untuk mendapatkan vitamin D yang secukupnya iaitu melalui pendedahan terhadap cahaya matahari dan makanan yang diambil. Antara makanan yang kaya dengan vitamin D adalah kuning telur, ikan, cendawan dan makanan yang diformulasi dengan Vitamin D.

7. Kurangkan pengambilan air manis & manisan
Kajian mendapati air manis dengan pemanis tiruan boleh menyebabkan lemak badan yang berlebihan bagi kanak-kanak. Pastinya ia juga mendatangkan keburukan bagi orang dewasa. Terdapat pelbagai alternatif bagi mereka yang mempunyai sweet tooth atau gemarkan manisan dan air manis. Antaranya adalah air yang ditambah dengan daun pudina, lemon dan timun.
Terdapat juga beberapa teh yang ada di pasaran yang sesuai diformulasikan khas untuk memberi pelbagai nutrient dan faedah untuk kesihatan. Air jus buah di pasaran kebanyakannnya mempunyai banyak gula jadi anda dinasihatkan untuk membuatnya ssendiri di rumah dan mengambilnya tanpa gula.


Cara-cara ini adalah praktikal dan mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, kami menasihatkan agar anda mengamalkannya di samping melakukan sedikit riadah selama 30 minit sehari bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat selain elok untuk kesihatan anda.