Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Ini 20 Tempat Wajib Lawat & Aktiviti Menarik Jika Singgah di Perak

Table of Contents

Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang. Disebabkan itu, negeri Perak dipenuhi dengan khazanah alam yang semestinya ialah sangat menarik untuk di lawati dan sangat sesuai untuk percutian keluarga. Daripada keseronokan kota kepada aktiviti semula jadi, negeri Perak darul Ridzuan mempunyai segala-segalanya untuk memenuhi mood percutian anda. Jom kita tengok tempat mana yang menarik yang pasti akan mengembirakan hati keluarga anda!

  • Tempat Menarik Di Perak Untuk Lawatan Sekolah

Kellie's Castle

View this post on Instagram

A post shared by みんなの旅ライフ (@minnano_tabilife) on

View this post on Instagram

A post shared by Zul | Mobile Photography 🇲🇾 (@photobyzulfathly) on

  • Alamat: Kelli's Castle, 31000 Batu Gajah, Perak
  • Nombor telefon: 09-9625055
  • Waktu Operasi: Setiap hari 9 pagi hingga 6 petang
  • Bayaran masuk: RM5 Malaysia (dewasa), RM 3 (kanak-kanak)
  • Warganegara asing RM 10 (dewasa), RM 9 (kanak-kanak)

Kellie’s Castle ialah salah satu tempat yang wajib dilawati jika anda berpeluang untuk bercuti ke Perak. Istana yang dikatakan dihantui oleh pemiliknya, William Kellie Smith, ini terletak di Batu Gajah. Istana ini dahulunya dibina untuk dijadikan sebagai rumah dan hadiah untuk isteri William Kellie Smith, Agnes. Namun pembinaan istana ini tergendala atas sebab kematian pemiliknya disebabkan oleh pneumonia. 

Dan selepas tragedi itu, istana ini dikekalkan kecantikannya sebagai symbol bangunan bersejarah dan dijadikan sebagai tempat lawatan pelancongan. Istana ini juga dikatakan penuh dengan bilik dan terowong rahsia. Setiap biliknya juga terhias cantik dengan perincian siling yang vintaj dan sangat romantic. 


Muzium Perak

View this post on Instagram

A post shared by MFBAR (@firdraz) on

View this post on Instagram

A post shared by #PerakMuseum #JMM (@muziumperakrasmi) on

  • Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak.
  • Nombor telefon: 05-807 2057
  • Waktu operasi: Buka setiap hari (9 am-6pm)
  • Bayaran masuk: Warganegara Malaysia RM2 (dewasa), RM 1 (kanak-kanak),warganegara asing RM5 (dewasa), RM2 ( kanak-kanak)

Muzium ini sangat sesuai buat percutian keluarga kerana tiketnya yang murah dan juga koleksinya yang pelbagai. Muzium Perak yang terletak di Taiping ini sangat menarik kerana ianya dibina dengan konsep neo-klasikal Inggeris dan dibina oleh residen-residen Inggeris di Perak pada tahun 1883. Fokus utama muzium ini dibina ialah untuk menempatkan specimen sejarah semulajadi negeri Perak darul Ridzuan ini seperti kancil, harimau dan juga kerangka tulang haiwan-haiwan besar seperti gajah. 

Walaupun muzium ini lebih mengetengahkan kepada koleksi muzium zoology, dan botani, ia juga mempunyai koleksi sejarah orang asli. koleksi antic milik pembesar Perak dan juga mini galeri 3D untuk kanak-kanak dan keluarga bergambar. 


Kota Belanda

View this post on Instagram

A post shared by ᗷᗩᗪᖇIYᗩᕼ ᗩᗰIᖇ (ᗷᗩ) (@badriyahamir) on

View this post on Instagram

A post shared by faqihah afifah (@faqiya.afifah) on

  • Alamat: Teluk Gedung, Pulau Pangkor, 32300 Perak, Perak Malaysia
  • Nombor telefon: 05-807 2057
  • Waktu operasi: Selasa hingga Ahad dari 9.00 pagi - 5.00 petang Tutup pada hari Isnin, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
  • Bayaran masuk: RM 2 (dewasa) , PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan kanak-kanak dengan pakaian sekolah.

Kota Belanda atau dikenali juga sebagai Dutch Fort terletak di Pulau Pangkor sebenarnya ialah hasil peninggalan gudang yang dibina oleh penduduk Belanda pada kurun ke 17. Gudang ini kemudiannya dijadikan sebagai tempat penempatan askar-askar dan sebagai kubu pertahanan. Yang menariknya disini, askar-askar ini meninggalkan “graffiti” diatas batu besar disini yang kemudiannya dikekalkan sebagai bahann bersejarah yang sekarang dikenali sebagai Batu Bersurat Belanda. 

Namun, Kota Belanda ini telah ditinggalkan oleh pihak Belanda dan membina kubu di tempat lain. Disebabkan itu, kawasan Kota Belanda ini kelihatan usang dan tidak terjaga. Dan kemudiannya dijadikan sebagai kawasan bersejarah dan tempat pelancongan. 


Tempurung Cave

View this post on Instagram

A post shared by Que (@qistina.nadzri) on

  • Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung ,31600 Gopeng, Perak, Malaysia
  • Nombor telefon: 012-529 2426
  • Waktu operasi: Buka setiap hari 9 pagi hingga 5 petang
  • Bayaran masuk: tiada

Gua Tempurung amat sesuai jika anda seseorang yang menyukai keindahan alam semulajadi. Gua ini ialah gua batu kapur yang terbesar du Semenanjung Malaysia dan dikatakan berusia lebih 400 juta tahun! Pelawat boleh menikmati kecantikan gua ini dengan berjalan sepanjang penjalan kaki yang berada didalam gua ini. Gua yang terbesar di semenanjung Malaysia ini berukuran 1.9km panjangnya dan terletak di daerah Gopeng dan dikenali sebagai Gua Tempurung kerana bahagian siling gua ini berbentuk kubah yang menyerupai tempurung kelapa. 

Yang menariknya disini ialah anda boleh menyertai aktiviti sukan lasak bagi yang berkenan yang diadakan disekitar Gua Tempurung ini seperti whitewater rafting, water absailing, dan juga aktiviti caving bagi yang menyukai aktiviti ekstreme seperti ini. 

  • Tempat Menarik di Perak Yang Percuma

Sungai Klah Hot Spring Park

View this post on Instagram

A post shared by praddeep (@praddeep) on

View this post on Instagram

A post shared by Shasa G.D.H 🌸👣 (@iamsha1614) on

  • Alamat: Taman Air Panas Sungai Klah, 36000 Sungkai, Perak
  • Nombor telefon: +6 05 438 8801 atau +6 03 2697 9772
  • Waktu operasi: Buka setiap hari 8 pagi hingga 10 malam

Sungai Klah Hot Spring ini sangat sesuai bagi yang bekeluarga dan ingin menikmati waktu bersama dengan lebih seronok. Sungai Klah ini terdapat dua bahagian kolam, satu kolam air panas semula jadi daripada bawah tanah dan satu lagi ialah kolam air sejuk yang dibekalkan daripada mata air gunung. 

Kolam air sejuknya sangat sesuai buat kanak-kanak untuk menikmati keseronokan dan keterujaan bermain bersama kawan-kawan, manakala kawasan kolam air panas privasinya pula sesuai buat ibu bapa dan orang dewasa yang ingin bersantai dan relaks seperti berada di spa mahal. 

Sungai Klah ini juga telah dinobatkan sebagai kolam air panas yang terbaik di Malaysia. Dengan kemudahannya yang seperti taman tema air, pasti keluarga anda sangat senang ketika berada di sini, lagi-lagi kolam air panas ini tidak ada bayaran kemasukan, dan percuma!


Menara Condong Teluk Intan

View this post on Instagram

A post shared by ChengYee ™ (@chengyee.c) on

View this post on Instagram

A post shared by Tan陳 Kai凱 Kiat傑(.Alex.凱傑.) (@alex.t0111) on

  • Alamat: Lot 1 & 2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
  • Nombor telefon: -
  • Waktu operasi:

Menara Condong Teluk Intan ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Gong. Menara ini juga dilengkapi dengan jam besar dan kini digunakan sebagai tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. 

Keunikan menara condong ini ialah ianya menyerupai Menara Pisa terletak di Itali iaitu bangunan condong paling terkenal di dunia. Sejarahnya ialah, bangunan ini sebenarnya bukanlah dibina untuk menjadi condong, namun, bangunan ini sebenarnya mula condong kerana tragedy banjir besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan bangunan ini. Sejak dari hari itu, bangunan ini menjadi senget namun jangan risau ya, ianya selamat untuk dinaikki dan anda boleh menikmati pemandangan seluruh bandar Teluk Intan di tingkat paling atas sekali. 


Lata Iskandar

View this post on Instagram

A post shared by elanakhong ® (@elanakhong) on

View this post on Instagram

A post shared by @mohamed.farag on

  • Alamat: Lot 1 & 2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
  • Nombor telefon: -
  • Waktu operasi:

Lata Iskandar ialah air terjun semulajadi yang sangat menarik kerana ianya terletak disempadan Cameron Highland yang mempunyai cuaca sejuk. Jadi, air terjun Lata Iskandar mempunyai suhu yang sangat sejuk dan nyaman. Sesuailah buat berkelah dan bermandi manda pada musim panas untuk menyejukkan badan dan lari daripada gelombang panas. 

Anda juga tak perlu risau untuk membawa makanan kesini kerana di sini banyak terdapat warung makanan yang menjual pelbagai juadah untuk melengkapkan hari berkelah anda. Kawasan ini juga dilengkapi dengan tandas awam untuk anda menukar pakaian dengan selesa. Disini juga terdapat warung yang menjual cenderamata daripada Cameron Highland, jadi boleh lah anda membawa balik sesuatu sebagai kenangan. 

Anda hanya tinggal datang membawa tuala, dan pakaian tukar sahaja ke sini!


Pantai Remis

View this post on Instagram

A post shared by Ming Lee 📸 🇲🇾 (@mingleeng) on

View this post on Instagram

A post shared by silver (@silveryang) on

  • Alamat: Pantai Remis, Manjung, Perak
  • Nombor telefon: -
  • Waktu operasi:-
  • Buka setiap hari

Jika anda ingin bersantai menikmati bayu angin laut yang sangat menenangkan, disini lah tempatnya! Pantai Remis ini sebenarnya pantai kampung nelayan dimana terdapat banyak rumah-rumah nelayan dan juga bot-bot yang tersusun di tepi pantai. Nama pantai ini diinspirasikan oleh siput remis yang banyak terdapat disini.

Yang paling menariknya ialah terdapat juga jeti kayu yang sangat instagrammable. Jika berpeluang, anda juga boleh menyaksikan matahari terbenam disini. Sangat romantik! Bagi yang bekeluarga pula anda boleh bersantai dibahagian pantai berpasir yang sesuai untuk berpiknik. Jika anda datang melawat ketika waktu air laut surut, anda juga boleh mengutip siput remis untuk dibawa pulang untuk seisi keluarga!

  • Tempat Menarik di Perak untuk Honeymoon

The Haven Resort Hotel

View this post on Instagram

A post shared by Mohd Adnan Maaris (@mohdadnanmaaris) on

View this post on Instagram

A post shared by Shane Liew (@iamround) on

  • Alamat: Jalan Haven Persiaran Lembah Perpaduan, Tambun, 31150 Ipoh, Negeri Perak, Malaysia
  • Nombor telefon: +605-540-0000  
  • Waktu Operasi: Sentiasa dibuka
  • Tempahan

Jika anda ingin kan “the best of both world” ketika berbulan madu, resort ini pasti akan mengujakan anda! Ini kerana, resort ini terletak di bandar Ipoh, tetapi di kawasan tasik yang dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi. Jadi anda dapat menikmati kehidupan bandar dan juga alam semulajadi dalam masa yang sama. 

The Haven All Suite Resort ialah satu resort mewah yang terletak di tengah-tengah tasik dan berkonsepkan mesra-alam. Dengan pemandangan tasik dan batu gua yang sangat menenangkan dan romantic, pasti anda rasa tidak mahu keluar daripada bilik! Resort ini juga mempunyai spa, jadi sangat sesuailah untuk anda yang berbulan madu itu. 

Anda juga berpeluang untuk menikmati waktu bermandi-manda dengan berenang di kolam infinity yang menghadap kea rah pemandangan tasik dan hutan yang menghijau. 


The Banjaran Hot Springs

View this post on Instagram

A post shared by TheBanjaran Hotsprings Retreat (@thebanjaranhotsprings) on

View this post on Instagram

A post shared by Roger Hew (@rogerhew) on

  • Alamat:  No 1, Persiaran Lagun Sunway 3 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Nombor telefon: 05-210 7777
  • Waktu operasi: Sentiasa dibuka
  • Tempahan

Jika anda inginkan percutian bulan madu lebih mewah dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan, disinilah tempatnya! Resort ini terletak di kawasan kolan air panas dan juga dikelilingi dengan kawasan gunung yang menghijau. Bilik disini juga mempunyai kolam renang privasi yang sangat sesuai buat pasangan muslim lagi-lagi ketika berbulan madu. 

Resort ini juga dilengkapi dengan Jacuzzi air panas, sauna dan bilik stim yang sangat sesuai buat relaks dan menenagkan badan yang keletihan. Resort ini juga mempunyai restoran gua yang sangat unik! Restorannya betul-betul terletak didalam gua yang dilimpahi cahaya lilin yang sangat romantic sekali. Sesuailah buat pasangan pengantin baru yang inginkan suasana percutian yang lebih tenang dan ingin lari daripada kesibukan ibu kota.


M Roof Hotel & Residence

View this post on Instagram

A post shared by jacq🍴 (@jacqsowhat) on

View this post on Instagram

A post shared by @driaN Lau (@adrian_lch) on

  • Alamat: Jalan Dato Lau Pak Kuan, Taman Bandaraya, Ipoh, Malaysia, 31400
  • Nombor telefon: 05-547 1777
  • Waktu operasi: Sentiasa dibuka
  • Tempahan

Nah, hotel yang ini pula sesuai buat pasangan yang mahu berbulan madu berdekatan dengan kawasan bandar Ipoh, jadi senanglah jika anda hendak berjalan kemana-mana kerana semuanya dekat. Hotel ini juga ialah hotel butik yang mempunyai tema yang sangat unik. Hotel ini yang menggunakan konsep mid-century modern mempunyai dekorasi yang sangat instagrammable, sesuailah bagi jenis pasangan yang suka bergambar. 

Bukan itu sahaja, hotel ini juga sesuai buat pasangan yang inginkan percutian bulan madu yang ringkas namun penuh makna dan romantic. Hiasan dan dekorasi hotel ini sahaja cukup buat anda tidak mahu keluar daripada bilik hotel anda dan hanya meluangkan masa bersama yang tersayang.


Pangkor Laut Resort

View this post on Instagram

A post shared by Pangkor Laut Resort (@pangkorlautresort) on

View this post on Instagram

A post shared by Anna💐 (@annahayashi) on

  • Alamat: Pangkor Laut Island, 32200 Lumut, Perak, Malaysia
  • Nombor telefon: +60 3 2783 1000
  • Waktu operasi: Sentiasa dibuka
  • Tempahan 

Sesuai buat pasangan yang gemar menikmati percutian pantai, hotel ini sudah tentu buat anda! Jika anda inginkan ketenangan alam semula jadi, dengan bunyi-bunyian ombak menderu dan menikmati waktu bersantai bersama yang tersayang dalam percutian tropical, Pulau Pangkor ialah pilihan yang tepat buat anda dan pasangan anda. Dengan dikeliling oleh laut yang luas, hotel ini menawarkan bilik yang berhadapan dengan pemandangan laut. Sudah tentunya menambah keromantisan bulan madu anda. 

Pangkor Laut Resort yang telah dianugerahkan sebagai resort terbaik di Asia Tenggara ini berkonsepkan Bali, jadi jika anda seseorang yang suka akan ketenangan spa mewah, hotel ini sangat sesuai buat anda! nm

  • Tempat Menarik di Perak Waktu Malam

Night Safari Zoo Taiping

View this post on Instagram

A post shared by Zoo Taiping & Night Safari (@zootaiping) on

View this post on Instagram

A post shared by Zetty Nabila 🇲🇾 (@zetty_hotfm) on

  • Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
  • Nombor: 605 - 8086577
  • Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 11.00 malam, dibuka setiap malam termasuk Cuti Umum, 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am.

Terletak di kawasan semulajadi Taiping Lake Gardens, Zoo Taiping ini mempunyai konsep terbuka yang membolehkan anda menyertai Night Safari. Jadi jika anda inginkan aktiviti malam, yang sedikit mencabar, pasti anda akan suka menyaksikan habitat haiwan pada malam hari dan belajar tentang haiwan-haiwan yang ada disitu. 

Taiping Night Safari juga ialah night safari yang pertama di Malaysia, dan akan memberikan anda peluang untuk menyaksikan pelbagai haiwan yang ada di zoo ini termasuklah harimau, singa, gaja, badak air, zirafah, burung kenyalang, orang utan dan banyak lagi. Disini juga terdapat haiwan-haiwan Australia dan bukan Asia sahaja tau! Sangat menarik jika ingin memenuhkan masa anda dengan anak-anak. 


Gerbang Malam

View this post on Instagram

A post shared by Azmil Nasir (@azmil_nasir) on

  • Alamat: Jalan Dato Tahwil Azhar 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Nombor telefon: 017-555 3587
  • Waktu operasi: Open daily from 7pm to 2am
  • Bayaran masuk: -

Tidak lengkap rasanya percuan anda jika tidak mengunjungi gerbang malam di Jalan Tahwil Azhar ini. Sangat sesuai buat anda ingin berjalan keliling bandar Ipoh dan tidak tahu ingin kemana, cubalah singgah di gerbang  malam ini. Gerbang Malam Ipoh ialah tapak pasar malam yang menjual pelbagai barang-barang yang menarik. Daripada tudung, baju dan jam tangan kepada makanan street food yang sedap!

Gerbang malam ini salah satu lokasi yang menghidupkan suasana ceria pada malam hari. Ia mendapat sambutan terutamanya pada hujung minggu dan juga musim perayaan. Walaupun akan menjadi sesak, namun masih senang untuk mendapatkan kemudahan parkir kerana terdapat banyak  kawasan kedai-kdai yang mempunyai parkir kosong.


Pasar Malam Taman Rapat Setia Baru

View this post on Instagram

A post shared by Hazimi Hariri (@hazimi.hariri) on

View this post on Instagra

A post shared by ROTI GULUNG ARING (@breadspringroll) on

  • Alamat: Tapak Pasar Malam (Rabu, Jalan Teoh Kim Swee, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh, Perak
  • Nombor telefon: -
  • Waktu operasi: Rabu 7 malam hingga 10 malam
  • Bayaran masuk: -

Nah kalau nak cari lagi banyak makanan sedap-sedao yang pasti akan buat anda tidak bosan, mari lah ke tapak pasar malam Taman Rapat Setia Baru. Bukan itu sahaja, pasar malam ini  juga menjual pelbagai barang makanan basah yang sudah tentunya sangat segar dengan harga berpatutan. 

Anda juga boleh mencari keperluan disini seperti baju, tudung, kasut, bag, dan juga mainan kanak-kanak. Jadi jika anda dah bosan dengan makanan hotel sepanjang percutian anda di Ipoh, jangan lupa singgah di pasar malam ini ya. Dibuka setiap malam Rabu daripada pukul 7 malam sehingga 10 malam. 


Dataran KTM Ipoh

View this post on Instagram

A post shared by WEDDING PHOTOGRAPHY (@nadafotografi) on

View this post on Instagram

A post shared by encik_boy (@encik_boyy) on

  • Alamat: 2700, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Negeri Perak
  • Nombor telefon: -
  • Waktu operasi: 8 malam hingga 11 malam
  • Bayaran masuk:-

Dataran KTM Ipoh salah salah satu lokasi santai warga Ipoh yang popular. Lagi-lagi pada waktu malam, dengan bangunan colonial KTM-nya yang mempunyai personality tersendiri, air terjun yang berlampu berwarna-warni, dan juga pelbagai warung makanan dibuka disitu, pasti akan menjadikan pengalaman anda melawat Ipoh sangat menyenangkan. 

Satu masa dahulu, dataran ini hanya menjadi stesen keretapi namun telah bertukar menajdi lokasi hip bagi bersantai atau melepak. Setiap malam, pengunjung akan datang untuk menyaksikan lampu berwarna warni mengikut rentak air terjun di kolam dihadapan bangunan KTM ini. 

Kanak-kanak pula pasti teruja untuk menyertai permainan roller skate dan meluncur laju di kawasan dataran KTM ini. Caj minimum dikenakan pada pelanggan ialah sebanyak Rm 5 untuk 3 minit pertama dan RM 7 untuk sejam. 

  • Tempat Menarik di Perak Untuk Family Day

Lost World of Tambun

View this post on Instagram

A post shared by Lost World Of Tambun (@sunwaylostworldoftambun) on

View this post on Instagram

A post shared by Paavi thiran (@paavithiran) on

  • Alamat:  Sunway City Ipoh 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Nombor telefon: 05-542 8888
  • Waktu operasi: Buka setiap hari 11 pagi hingga 11 malam
  • Bayaran masuk

Sesuai buat hari keluarga yang penuh dengan keseronokan, taman tema air ini lah yang anda perlukan! Disembunyikan oleh hutan tropical yang subur, sumber air panas semula jadi, bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun dan juga 88 tarikan dari 10 taman tema yang menakjubkan, Lost World of Tambun ini akan membuatkan lawatan eko-pengembaraan anda sangat unik untuk semua peringkat umur.

Dapatkan keseronokan berganda dengan taman tema air dan juga taman hiburan yang lengkap untuk mengembirakan keluarga anda. Selain daripada berseronok bermain air, anda juga berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan liar di zoo kecil dan juga menyaksikan persembahan istimewa.

Untuk warga tua pula, boleh menikmati masa dengan berendam didalam kolam air panas semulajadi untuk merehatkan badan.


Taman Tasik Taiping

View this post on Instagram

A post shared by Badrul Akram (@bartdrul) on

View this post on Instagram

A post shared by Badrul Akram (@bartdrul) on

  • Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak
  • Nombor telefon: 017-546 0464 
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Bayaran masuk: -

Taman Tasik Taiping atau dikenali sebagai Taiping Lake Garden ini sangat sesuai jika anda ingin bersiar-siar menikmati angin petang Sesuai untuk melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga seperti bersukan, berjoging dan juga berpiknik. Taman ini dipenuhi dengan pokok angsana yang sangat rimbun dan redang, sangat sesuai untuk bersantai dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.

Dikawasan taman ini juga terdapat rumah-rumah zaman colonial yang menempatkan rumah setiausaha kepada Residen pada abad ke 17, jadi anda bolehlah bergambar untuk instagram anda.  


Taman Rekreasi Gunung Lang

View this post on Instagram

A post shared by 阿马尔 (@ammar.salehan) on

  • Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Negeri Perak
  • Nombor telefon: 05-208 3333
  • Waktu operasi: Buka setiap hari 8:30 pagi – 6 petang
  • Bayaran masuk: -

Taman rekreasi ini adalah salah satu hidden gem di Ipoh ini. Taman ini terdapat tasik yang luas yang anda boleh bawa keluarga datang dan menaiki bot ketika waktu petang-petang untuk merehatkan minda. Terdapat juga air terjun buatan manusia yang sangat instagrammable untuk anda bersantai dengan percikan air terjun yang sejuk. 

Anda juga boleh memberi makan kepada ikan keli Afirika dan juga ikan koi, tilapia dan lampam. Anda dan keluarga juga boleh bergerak memasuki kawasan Gunung Lang dengan menaiki bot yang disediakan untuk menyeberangi tasik dan melihat mini zoo. 


X Park Sunway City Ipoh

View this post on Instagram

A post shared by X Park Malaysia (@xparkmalaysia) on

  • Alamat: Extreme Park is at Jalan Darul Johan, Sunway City, Ipoh
  • Nombor telefon: 05 549 8276 or 012 588 7266.
  • Waktu operasi:
  • Bayaran masuk:

         - Paintball war game: RM45 seorang untuk 100 pellets

         - Paintball target practices: RM10 untuk 20 pellets

         - Go-kart: RM20-RM25 untuk 5 minit

         - All-Terrain Vehicle: RM20 untuk 5 minit

Destinasi terakhir ini sangat sesuai buat keluarga yang suka akan aktiviti ekstreme dan juga sesiapa yang ingin mengalami ‘adrenaline rush’ yang mengujakan. X Park Sunway di Ipoh ini menyediakan aktiviti fizikal yang mencabar seperti abseiling, caving, canoeing, dan juga jungle trekking. 

Bukan itu sahaja, taman ekstreme ini juga mempunyai aktiviti paintball, go-kart dan juga ATV. Jika anda suka akan ketinggian, anda juga boleh menyertai rock climbing yang pastinya kehijauan keliling akan sekaligus menghilangkan kepenatan selepas melakukan aktiviti fizikal yang mencabar!

Artikel Berkaitan

End of Article