Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

20 Tempat-Tempat Menarik di Melaka. Terokai permata-permata Bandaraya Bersejarah Ini

Table of Contents

Melaka sememangnya terkenal sebagai sebuah tempat yang kaya dengan nilai sejarah dan tradisi Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Ianya merupakan antara kawasan terawal yang telah didatangi oleh kuasa penjajah-penjajah asing. Hasil dari ratusan tahun percampuran budaya, tradisi, dan sosioekonomi, lahirlah Bandaraya Melaka sepertimana yang kita dapat temukan sekarang. Tak tahu apa yang menarik di Melaka? Tak mengapa, kami tahu. Jom!

  • Tempat menarik di Melaka untuk bergambar di waktu siang

A’ Famosa

View this post on Instagram

A post shared by Tourism Malaysia (@malaysia.truly.asia) on

  • Harga : Percuma
  • Alamat : Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka
  • L/Web : -
  • Email : -
  • Telefon : -
  • Waktu Operasi : 24 jam

Melaka sememangnya terkenal dengan jolokan sebagai bandaraya bersejarah, jadi tak sahlah kalau anda tidak melawat salah satu binaan bersejarah yang masih berdiri utuh sebagai bukti catitan sejarah di Melaka. Hasil peninggalan Portugis ini telah dibina semenjak awal tahun 1500 dan keutuhan senibinanya berjaya mengharungi perkembangan waktu hingga kini.

Kota A’Famosa ini pada asalnya dibina oleh Alfonso de Albuquerque yang memimpin serangan tentera Portugis di Melaka. Disebabkan peranannya sebagai kubu pertahanan tentera Portugis, A’Famosa dibina dengan struktur yang utuh dan kuat bagi menampan serangan dari askar Melaka pada masa itu.

Sehingga kini, beberapa bahagian dari benteng perthanan Portugis ini dapat diamati dan dihayati. Rekabentuknya juga sangat menarik kerana menggunakan ciri rekaan Eropah tetapi diaplikasikan pada suasana tropikal di Malaysia. Kalau anda jenis yang minat bergambar, jika anda mahukan gambar dengan nilai aesthetic dan warisan yang tinggi bolehlah ke A’Famosa!


Christ Church Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Mas Alisha Binti Mat Jalil (@alishajalil_) on

  • Harga : Percuma
  • Alamat : Gereja Christ, Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • L/Web : -
  • Email : -
  • Telefon : +606-2848804
  • Waktu Operasi : 9 am – 4.30 pm

Untuk anda yang minat melancong sambil berfotografi, anda pastinya mahukan sesuatu yang mempunyai kelainan, baik dari segi suasana, rekabentuk dan tema gambar anda. Hah, tahukah anda tidak perlu pergi jauh-jauh pun untuk dapatkan suasana ala-ala Eropah? Di Christ Church Melaka sahaja!

Christ Church ini merupakan cetusan idea dari golongan bangsawan Portugis di Melaka, dimana ia  dikepalai oleh Abraham de Wind. Pembinaannya mengambil masa selama 12 tahun dan akhirnya disiapkan pada  tahun 1753. Begitu lama gereja ini telah berdiri, bukan

Dek kerana umurnya yang sudah berabad lamanya, anda dapat melihat cetusan senibina klasik yang terdapat padanya. Ia menggabungkan senibina Portugis klasik dengan mengadaptasikan bahan-bahan pembinaannya dengan suasana setempat, sebagai contoh, ia menggunakan plaster dari Cina melengkapkan dindingnya.

Gereja Christ Church ini mempunyai nilai sejarahnya yang terendiri terutamanya dari segi senibina dan lanskapnya, menjadikannya tempat yang sangat menarik untuk dilawati, dan pastinya, untuk mendapatkan gambar yang cantik.

  • Tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak & murah

The Shore Oceanarium

  • Harga : RM 40.00 (Dewasa) | RM 30 (Kanak-kanak) | RM 30.00 (Warga emas) | RM 10.00 setiap satu (Pakej tambahan 3D & ‘Feeding Frenzy’)
  • Alamat : Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka
  • L/Web : https://www.oceanariummelaka.com/ 
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-2829966
  • Waktu Operasi : 10.30 am – 9.00 pm

Bagi anda yang ingin membawa anak-anak kecil berjalan, anda bolehlah datang ke The Shore Oceanarium ini, ia dibina di tengah-tengah bandaraya bersejarah ini. Ia mempunyai saiz yang agak kecil berbanding akuarium-akuarium lain tetapi ia mempunyai pelbagai jenis haiwan marin, serangga, amfibia dan reptilia untuk anda dan si kecil anda lihat, pastinya rambang mata si kecil anda mahu melihat yang mana satu dahulu.

Oceanarium ini mengandungi pelbagai spesis yang jarang dilihat, dan ia juga mempunyai sudut maklumat yang sangat informatif, sekaligus menggalakkan pembelajaran bukan setakat untuk anak anda sahaja, anda pun pastinya akan terpegun dengan pelbagai informasi menarik yang disediakan. Ia juga mempunyai paparan kreatif 3D yang sangat menarik, sesuai untuk menarik minat si kecil anda.

Dari segi lokasi pula, Oceanarium ini terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah The Shore, hotel The Shore dan hotel Swiss garden, sekaligus memudahkan anda untuk pergi ke Oceanarium ini.


Zoo Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Jah (@piejasaruan) on

  • Harga : RM 25.00 (Dewasa) | RM 15.00 (Kanak-kanak 4-12 tahun / Warga Emas / OKU) 
  • Alamat : Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
  • L/Web : http://www.zoomelaka.gov.my/ 
  • Email : - 
  • Telefon : 1-800-222-900
  • Waktu Operasi : 9 am – 6 pm | 8 pm – 11 pm

Bagi anda yang mahu membawa anak anda berjalan-jalan sambil melihat haiwan-haiwan unik dan alam sekitar, anda mungkin mahu ke Zoo Melaka ini, dimana ia menempatkan pelbagai jenis haiwan yang unik dan menarik untuk tatapan anda dan seisi keluarga.

Zoo Melaka menyediakan perkhidatan “night safari” dimana anda akan dibawa untuk mengelilingi Zoo tersebut diwaktu malam. Ini sangat sesuai jika anda mahukan suasana yang menenangkan dan menyamankan, tidak perlulah berpanasan, bukan? Perkhidmatan night safari ini juga membolehkan anda untuk melihat haiwan-haiwan yang nokturnal bergerak lebih aktif, ini anda tidak dapat lihat di waktu siang hari.

Namun begitu, terdapat pelbagai komentar dari pengunjung yang mengatakan bahawa Zoo ini agak kotor, usang dan terdapat beberapa eksibit dan kemudahan yang ditutup, jadi kalau anda sekadar mahu berjalan dan meluangkan masa bersama keluarga, Zoo Melaka ini masih lagi praktikal untuk anda.


Kompleks Falak al-Khawarizmi – Alor Gajah

View this post on Instagram

A post shared by Creative_Crafty_none Cruelty (@izral_1zar) on

  • Harga : Percuma (Lawatan sahaja) | RM 12 (Pakej Lengkap Dewasa) | RM 10 (Pakej Lengkap Kanak-kanak) | OKU Separuh harga
  • Alamat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi
  • Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Alor Gajah, Melaka
  • L/Web : https://www.alkhawarizmimelaka.com.my/ 
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-4852671
  • Waktu Operasi : Isnin – Khamis, Sabtu (9 am - 4.30 pm) | Jumaat (9 am – 2.30 pm)

Bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih menjurus kearah lawatan sambil belajar bagi si kecil anda, kami mencadangkan kepada anda Kompleks Falak al Khawarizmi ini, dimana ianya merupakan sebuah pusat pegkajia ilmu falak dan astronomi, dimana terdapat pelbagai jenis pakej dan aktiviti yang dapat anda lakukan di sini.  

Kompleks falak terbesar di Malaysia ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dengan harga yang murah, disamping dapat menambahkan ilmu anak-anak melalui aktiviti seperti tayangan planetarium, tayangan 3D, cerapan langit malam, cerapan matahari dan juga treasure hunt. Aktiviti-aktiviti ini pastinya dapat meransang minda anak-anak tentang ilmu falak dan astronomi.

Selain dari menjadi pusat kunjungan dan lawatan, Kompleks Falak ini juga merupakan institut kajain sebenar yang mengkaji ilmu dan bidang falak serta stronomi, jadi dari segi input pengetahuan itu anda tidak perlu risau, pasti berbintang mata anda dengan pelbagai jenis fakta dan ilmu tentang astronomi dan falak ini.


Melaka Thousand Tales of Adventures – The Adventures of Sinbad

View this post on Instagram

A post shared by anne othman (@anneothman) on

View this post on Instagram

A post shared by @arale305 on

  • Harga : RM 28.00 (Dewasa – 13 tahun keatas) | RM 23.00 (Kanak-kanak)
  • Alamat : No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka
  • L/Web : https://melaka1001.com.my
  • Email : [email protected]
  • Telefon : + 6016-232 2070
  • Waktu Operasi : Isnin – Khamis (10 am – 6.30 pm) | Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10 am – 9 pm)

Bagi anda yang mahu membawa si kecil anda melalui pengembaraan ala-ala pengembaraan Sinbad, idola fantasi kanak-kanak suatu keitka dahulu, inilah tempatnya. Pusat rekreasi ini mengambil konsep ‘escape room’ dimana anda perlu berkerjasama untuk melepasi halangan-halangan yang disediakan sebelum maju ke kawasan yang seterusnya sehinggalah sampai ke penamatnya. 

Tema pusat rekreasi ini berasaskan pengembaraan Sinbad, pelayar yang berlayar mengharungi lautan demi mencari harta karun yang tersembunyi. Jadi, dalam usaha anda untuk mendapatkan harta karun anda, anda perlu melalui pelbagai halangan, termasuk melawan lanun menggunakan platform 7-Dimensi, menarik bukan?

Cumanya, menurut pengalaman beberapa pengunjung, kekurangan tempat ini hanyalah pada stafnya yang agak kurang mesra dengan layanan yang agak teruk. Tetapi jika anda tidak kisah tentang hal yang demikian, jemputlah berkunjung ke dunia penuh fantasi ini!

  • Tempat menarik di Melaka yang  free/percuma/tanpa bayaran

Taman Botanikal Melaka – Ayer Keroh

View this post on Instagram

A post shared by 𝑾𝑰 👩🏾 (@prima_dewi89) on

Untuk penggemar suasana yang tenang dan nyaman sambil dikelilingi kedamaian alam semula jadi, Melaka Botanical Park inilah tempat yang sesuai untuk anda. Ia dahulunya merupakan kawasan hutan, tetapi telah diubahsuai menjadi pusat rekreasi dengan mengadakan laluan pejalan kaki, trek berjogging dan sebagainya.

Apa salahnya berehat seketika dari hiruk-pikuk bandar sambil menikmati bunyi cicipan burung ditemani nyanyian unggas dan cengkerik kan? Lebih-lebih lagi bila ianya percuma! Kawasan ini dihiasi dengan landskap yang sangat cantik dan menenangkan, sesuai untuk anda yang mahukan istirehat dari kekusutan kerja dan sebagainya.

Tahuah anda, kalau hendak berkhemah di sini pun boleh? Anda hanya perlu maklumkan kepada Jabatan Perhutanan Melaka dan maklumkan kepada pejabat yang mempunyai bidangkuasa di Ayer Keroh. 


Pantai Pengkalan Balak

View this post on Instagram

A post shared by Korean Muslim 🇰🇷 Ahmad, Maryam (@ahmad_maryam_kr) on

  • Harga : Percuma
  • Alamat : Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, 78300 Melaka
  • L/Web : - 
  • Email : - 
  • Telefon : - 
  • Waktu Operasi : 24 Jam

Mahukan suasana yang nyaman dan menenangkan ditemani bayu laut dan bunyi ombak yang mendamaikan jiwa? Lawati Pantai Pengkalan Balak untuk mendapatkan kedamaian yang dicari. Pantai Pengkalan Balak ini saangat terkenal sebagai sebuah kawasan yang tidak bising dan mendamaikan, dimana anda boleh menikmati kehalusan pasir pantai sambil merendamkan kaki di dalam air laut. 

Kalau anda rasa lapar dan dahaga pun tidak mengapa, terdapat pelbagai kedai tempatan di keliling pantai ini untuk anda dapatkan ‘refreshments’ anda, bab harga anda tak perlu risau, makanan di sini murah-murah! Anda juga boleh dapatkan kudap-kudapan untuk dimakan sambil menikmati suasana pantai, tapi makan makan juga, sampahnya jangan lupa dibuang di tempatnya ya!


Pantai Klebang

  • Harga : - 
  • Alamat : Pantai Klebang, 75200 Melaka
  • L/Web       : - 
  • Email : -
  • Telefon : -
  • Waktu Operasi : 24 Jam

Pantai Klebang sememangnya terkenal sebagai sebuah ‘port’ dikalangan peminat fotografi dek kerana tambakan pasirnya yang berbukit ditemani laut memberikan rupa seakan-akan padang pasir dengan oasis, menjadikan tempat ini sebagai antara tempat yang sangat fotogenik untuk tujuan penggambaran. 

Selain dari tujuan fotografi, anda juga boleh berpiknik dengan keluarga dan menikmati suasana yang lapang di pantai ini  sambil dibuai bayu angin laut. Kalau anda tidak membawa makanan pun tak mengapa kerana di persekitaran pantai ini, terdapat kedai-kedai makan dan bagi sesetengah hari akan ada pasar yang menjual pelbagai juadah untuk anda.

Namun begitu, pengunjung dinasihatkan untuk menjaga kebersihan pantai ini kerana semenjak-dua ini terdapat pelbagai aduan yang pantai ini semakin dicemari sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung.


Perigi Hang Tuah

  • Harga : Percuma
  • Alamat : Perigi Hang Tuah, Kampung Duyong, 75430 Melaka
  • L/Web : -
  • Email : -
  • Telefon : -
  • Waktu Operasi : 24 Jam

Bagi anda yang meminati tempat-tempat yang bersejarah dan tidak mahu berbelanja banyak, Perigi Hang Tuah ini sememangnya tempat yang anda patut lawati. Perigi ini terkenal kerana ia dipercayai telah digali oleh pendekar Hang Tuah sendiri untuk kegunaannya. Perigi ini terkenal dengan airnya yang jernih dan tidak pernah kering semenjak zaman Hang Tuah lagi, dimana ia dianggarkan pada abad ke-15. 

Perigi ini juga terkenal kerana strukur galiannya yang sangat kemas dan teliti, sekaligus menjadikannya simbol kepada tahap kepakaran senibina tamadun Melayu suatu ketika dahulu. Perigi ini juga mempunyai bentuk yang agak menarik iaitu bujur sirih, kerana kebiasaannya perigi dibina dengan bentuk yang bulat. Kenapa bujur sirih? Bagaimanakah rupa senibinanya? Hah, kalau mahu tahu dengan leih lanjut jemputlah melawat ke Perigi Hang Tuah ini!

  • Tempat menarik di Melaka untuk keluarga/ family day

Melaka Wonderland

View this post on Instagram

A post shared by Syam Kamal (@mistagrax) on

  • Harga RM 36.00 / RM 40.50 (Dewasa Hari Minggu / Hujung Minggu) | RM 29.00 / RM 34.00 (Kanak-Kanak Hari Minggu / Hujung Minggu) | RM 22.50 (Warga Emas / OKU)
  • Alamat : Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
  • L/Web : http://www.melakawonderland.com.my/ 
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-2313333
  • Waktu Operasi : Selasa – Jumaat (11 am – 7 pm) | Sabtu – Ahad (9 am – 7 pm)

Bagi anda yang terfikir hendak mengadakan hari keluarga dan sebagainya, anda mungkin boleh masukkan Melaka Wonderland kedalam senarai anda. Ia merupakan sebuah taman tema air yang dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan menarik seperti gelongsor air, ‘pantai berombak’ yang ditemani live band dan juga pelbagai lagi aktiviti menarik

Setelah penat bermain, anda boleh rehatkan diri di resort berhampiran yang juga dibawah pengurusan yang sama. Cumanya, bagi taman tema air tersebut, ianya tidaklah dibina dengan kelengkapan bertaraf antarabangsa, jadinya sekadar untuk menggembirakan anak-anak kecil dan sekadar untuk anda berseronok ringan-ringan itu boleh sahaja. Anda juga perlu menyewa dahulu pelampung sebelum menggunakan sesetengah permainan yang ada, dan yang paling penting jangan lupakan selipar anda ya! Jalan tar di taman tema air ini boleh menjadi sangat panas terutamanya diwaktu tengahari.


Taman Ekstrem Tasik ChinChin – Jasin, Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Syam Kamal (@mistagrax) on

Bagi ada yang lebih cenderung kearah beriadah dan aktivti-aktiviti lasak, kami mencadangkan kepada anda Taman Ekstrem Tasik ChinChin ini, dimana pusat ekstrem yang bertapak di Jasin ini dikelilingi alam semulajadi yang menyegarkan dan mendamaikan Tempat yang jarang diketahui ramai ini sebenarnya dipenuhi dengan elbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

Di sini, anda dan keluarga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermandi-manda di taman tema air mininya, tetapi saiznya sebenarnya lebih sesuai untuk kanak-kanak, tetapi apa salahnya meneman si kecil anda sambil mencelupkan kaki sedikit kan? Ia juga menyediakan aktiviti flying fox dan memanah. Anda juga boleh mencuba aktiviti lain seperti jungle trekking atau berjogging didala kawasan belukarnya dengan bimbingan staf-staf disini.


Bayou Lagoon Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Bayou Lagoon Park Resort (@bayoulagoonparkresort) on

  • Harga RM 21.00 / RM 26.00 (Dewasa Hari Minggu / Dewasa Hujung Minggu) | RM 15.00 / RM 19.00 (Kanak-kanak Hari Minggu / Kanak-kanak Hujung Minggu | RM 11.00 / RM 13.00 (Warga Emas Hari Minggu / Warga Emas Hujung Minggu)
  • Alamat : Jalan Wakaf Utama, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka.
  • L/Web : http://www.bayoulagoon.com.my/ 
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-2330888
  • Waktu Operasi : Jumaat (9 am – 7 pm) | Sabtu – Ahad, Cuti Umum (8 am – 7 pm)

Melaka Bayou Lagoon Resort and Park sememangnya patut ada dalam senarai anda jiak hendak mengadakan family day ataupun lawatan keluarga di Melaka. Ianya merupakan gabungan antara taman tema air dan resort, dimana pengunjung boleh menetap di Resort yang disediakan kemudian berkunjung ke taman tema airnya untuk berseronok.

Terdapat pelbagai permainan menarik untuk anda nikmati ketika di taman tema airnya. Manakala bagi resortnya pula secara keseluruhannya adalah baik, tetapi terdapat beberapa pelanggan yang mengatakan bahawa pengurusan kebersihan biliknya agak teruk dan tidak bersih. Tapi kalau anda tidak mahu menyewa bilik pun tidak mengapa, anda masih boleh menikmati permainan taman tema airnya.

  • Tempat menarik di Melaka waktu malam

River Cruise Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Visit Malaysia (@visitmalaysiaofficial) on

  • Harga : RM 25.00 (Dewasa) | Percuma (Kanak-kanak bawah 2 tahun) | RM 15.00 (Kanak-kanak / OKU Dewasa) | RM 10.00 (OKU Kanak-kanak / Warga Emas 70 Tahun Keatas) | RM 20.00 (Warga Emas 60 Tahun Keatas / Pelajar IPTA atau IPTS dalam Negara) | RM 1000.00 (Penyewaan Sebuah Bot)
  • Alamat : Bandar, 75100 Melaka
  • L/Web : https://www.melakarivercruise.my 
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-2814322
  • Waktu Operasi : 9.00 am  – 11.30 pm

Bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih unik, cubalah perkhidmatan River Cruise di Melaka ini. Ia menyediakan perkhidmatan ala-ala cruise sepanjang Sungai Melaka, dimana anda dapat menghayati suasana persisiran Melaka disamping menghayati bunyi desiran air sepanjang perjalanan anda.

Satu trip dengan Melaka River Cruise ini kebiasaannya akan memakan masa selama lebih kurang 30 hingga 45 minit. Kalau anda mahukan gambar yang mempunyai limpahan cahaya dan mood yang menarik, anda dinasihatkan untuk datang berdekatan dengan waktu senja, dimana sepanjang jambatan dan persisiran sungai akan diterangi lampu berwarna-warni, itu tidak dicampur lagi dengan kecantikan langit diwaktu senja. Pastinya gambar anda akan menyerlah!

  • Tempat menarik di Melaka pada waktu malam

Crazy Racing Melaka

View this post on Instagram

A post shared by TCWPhotography (@tcwphotography) on

  • Harga RM 30.00 (200 cc) | RM 46 (270 cc)
  • Alamat : PT434 PEKA KLEBANG SEK.II, 75200, Melaka 
  • Facebook : https://www.facebook.com/crazyracingmelaka/ 
  • Email :
  • Telefon : +6016-2275337
  • Waktu Operasi : 5 pm – 1 am (Hari Minggu) | 3 pm – 2 am (Hujung Minggu)

Kalau anda tak tahu nak buat aktiviti apa di waktu malam, sudah bosan pusing-pusing bandar apa kata anda pusing-pusing litar go kart pula! Terletak di kawasan klebang, litar go kart ini memberikan ada peluang untuk merasakan limpahan adrenalin ketika anda mengejar kelajuan di litar baru ini.

Terdapat dua jenis go kart yang disediakan di sini, satunya dengan enjin 200 cc ataupun 270 cc, jadi kalau anda rasa mahukan ‘kick’ yang lebih bolehlah sewa yang 270 cc. Tapi jangan tertipu, yang 200 cc pun dah cukup laju! Kalau anda baru nak berjiak-jinak bolehlah cuba go kart 200 cc dahulu. Apa tunggu lagi, kalau anda datang dengan kawan atau keluarga, tarik mereka sekali untuk berlumba dengan anda.


Menara Taming Sari – Bandar Hilir, Melaka

View this post on Instagram

A post shared by 🌻Tepak &Sirih☀️🇲🇾 (@_inaijari_) on

  • Harga RM 17.00 (Dewasa) | RM 11.00 (Kanak-kanak) | RM 9.00 (Warga Emas) | RM 8.00 (OKU)
  • Alamat : Jln Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka. 
  • L/Web : https://menaratamingsari.com/ 
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-2881100
  • Waktu Operasi : 10 am – 11 pm

Jika anda mahukan ketenangan sambil menikmati pemandangan kota Melaka, Menara Taming Sari ialah tempat yang patut anda lawati. Menara ini menggunakan konsep seperti permainan taman tema dimana pengunjung akan masuk kedalam ruangan atau kabin, dan kabin tersebut akan bergerak naik ke puncak menara tersebut. Menara ini dibuka pada waktu malam, jadi anda ada lah benda nak dibuat pada waktu malam.

Anda juga tidak perlu risau kerana kabin tersebut akan bergerak dengan perlahan dan tidak menakutkan, sekaligus membolehka anda menikmati pemandangan kota Melaka. Kalau menurut pengalaman kami, waktu senja akan memberikan pemandangan dan suasana yang terbaik. Namun begitu, buat masa ini Menara Taming Sari masih lagi dalam proses penambahbaikan, jadi anda selalulah lawati laman webnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut samada ia sudah dibuka atau belum.

  • Tempat menarik di melaka untuk honeymoon

Casa del Rio

View this post on Instagram

A post shared by Wandering Dejavu (@wanderingdejavu) on

Kalau anda merupakan pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, mestilah nak merasa honeymoon juga kan? Nak pergi jauh-jauh bajet pula tak mencukupi. Tak mengapa! Hotel Case del Rio ini merupakan hotel mewah bertaraf lima bintang dengan harga yang berpatutan. 

Hotel ini dibina dengan konsep yang mewah dan menenangkan, dimana langkah pertama anda ketika mula-mula menjejakkan kaki disini pasti akan dipenuhi dengan kekaguman. Apabila anda masuk dan check-in, kekaguman anda pasti akan bertambah. Fasilitinya yang lengkap dengan gym, kolam dengan ‘pool bar’, spa dan macam-macam lagi. Biliknya juga tidak kurang mengancam, ianya luas, selesa dan dihias dengan sangat cantik. Sememangnya penginapan yang tidak akan dilupakan!


The Majestic Malacca

View this post on Instagram

A post shared by by Arnie & Hafiq (@jelajournal) on

Bagi anda yang mahukan sesuatu yang agak mewah dan elegan ketika menikmati honeymoon anda, hotel 4 bintang, The Majestic Malacca menawarkan apa yang hati anda inginkan. Dekorasi dan suasana interor hotel ini bertemakan hotel-hotel mewah seakan-akan tahun 80-an dan 90-an, dimana anda akan dapati rekaannya yang klasik tetapi terjaga dan terhias rapi seakan-akan mengembara ke masa silam.

Dari segi fasiliti dan perkhidmatan pula anda memang tidak perlu risau, ia menyediakan wifi percuma, bar, kolam renang, gym, spa dan macam-macam lagi. Tetapi yang paling penting sekali kesemua fasiliti dan perkhidmatan ini memang tip-top! Rugi kalau tidak mencuba.


Encore Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Yvonne 蔡怡汶 🇲🇾 (@yvonnechua) on

View this post on Instagram

A post shared by Amin S. (@k__amin) on

  • Harga Bergantung kepada acara/persembahan
  • Alamat : No. 3 Jalan KSB – Impression 8 Impression City, Kota Syahbandar, 75200, Melaka. 
  • L/Web : https://encore-melaka.com/ 
  • Email : [email protected]/  
  • Telefon : +606-2707700
  • Waktu Operasi : Ditutup sementara (COVID-19)

Kalau berjalan-jalan untuk honeymoon sayang jugalah kan kalau sekadar terperuk di hotel sahaja? Datanglah ke Encore Melaka ini, dimana ianya merupakan pusat pertunjukan seni dan persembahan, seakan-akan teater opera. Teater ini dibina dengan menggunakan konsep senibina moden dan menempatkan antara persembahan-persembahan terbaik di Melaka.

Buat masa ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19, pusat seni dan budaya ini ditutup sementara dan anda hanya boleh melihat bangunan ini dari jauh. Pengunjung dinasihatkan untuk melayari laman web Encore Melaka bagi mengetahui perkembangan pembukaan atau penutupan teater ini. Kalau anda mahu bergambar di sini, kami mencadangkan waktu senja atau malam kerana suasananya lebih cantik dan dihiasi lampu berwarna-warni yang pastinya memberikan kepada anda mood yang tenang dan elegan.


The Shore Melaka

View this post on Instagram

A post shared by Z (@zeckronezz) on

  • Harga RM 105.00/malam – RM 300.00/malam
  • Alamat : Level GF, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka. 
  • L/Web : http://www.theshorehotelmelaka.com
  • Email : [email protected] 
  • Telefon : +606-2828200
  • Waktu Operasi : Selasa – Jumaat (11 am – 7 pm) | Sabtu – Ahad (9 am – 7 pm)

Kembali kepada hotel dan penginapan, kalau anda mahuka sesuatu yang lebih mesra bajet, kami mencadangkan kepada anda Hotel The Shore ini, dimana ianya merupakan hotel 4 bintang yang terletak berhampiran dengan Sungai Melaka. Hotel ini mengambil konsep rekabentuk dan hiasan moden, sekaligus memberikan imej yang elegan dan cantik pada keseluruhan hotel ini.

Dari segi fasiliti pula, hotel ini dilengkapi dengan gym, ruangan parkir, taman tema air mini dan kolam renang yang sangat cantik, terutamanya apabila digunakan pada waktu malam. Dari kolam renangnya, anda boleh memerhati pemandangan dan suasana kotaraya Melaka sambil berendam didalam kolam, suasana romantik sebegini sangat sesuai untuk honeymoon anda.

Artikel Berkaitan 

End of Article