Gaya Hidup

17 Baju Tema Kemerdekaan Malaysia (Paling Kreatif) 2026

17 idea baju merdeka untuk sekolah, pejabat dan pertandingan, untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak, dengan harga dan tempat beli bagi setiap satu.


Editor · Updated 25 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

17 Baju Tema Kemerdekaan Malaysia (Paling Kreatif) 2026

Jawapan ringkas: untuk baju merdeka paling kreatif tahun ini, cadangan kami untuk anak perempuan ialah set bertema Tun Teja Puteri Perak yang direka khas untuk pertandingan sekolah (saiz 2 hingga 14 tahun), manakala anak lelaki sesuai dengan set Baju Budak Merdeka Pahlawan yang turut disertakan tanjak. Kalau mahu sesuatu yang lebih praktikal dan boleh dipakai berulang kali ke sekolah atau tempat kerja, Jersey Merdeka Malaysia (saiz XS hingga 8XL, ada pilihan lengan panjang untuk muslimah) adalah pilihan paling selesa. Semua 17 pilihan dalam senarai ini disemak semula 11 Ogos 2026.

Bulan Ogos merupakan bulan bermakna bagi rakyat Malaysia kerana kita semua akan menyambut Hari kebangsaan.

Kandungan

Lagi beberapa minggu Hari Kemerdekaan akan tiba, jadi kehangatan sudah terasa. Anda dah mula gantung bendera Malaysia di rumah atau kereta?

Di sekolah pula cikgu sudah mula buka senarai nama kemasukkan pertandingan baju merdeka paling cantik atau baju merdeka paling kreatif di antara anak murid.

Kalau anda mencari contoh baju merdeka, idea baju merdeka, baju tema merdeka atau baju tradisional merdeka untuk digayakan pada hari pertandingan baju merdeka paling cantik kami ada jawapannya!

Untuk naikkan semangat Kemerdekaan, dewasa juga tidak ketinggalan boleh pakai tudung, design baju merdeka dan pelbagai fesyen baju merdeka ke tempat kerja.

Jom lihat contoh pakaian patriotik dan pakaian tema kemerdekaan yang sesuai digayakan pada Hari Kebangsaan nanti!


Senarai 17 Design Pakaian/Baju Merdeka

Baju Kurung Moden with Merdeka Print
Baju kurung merdeka 1 daripada 17
Baju Kurung Moden Merdeka Print
Dari RM60
Selesa dipakai
Ada 4 reka bentuk berbeza
Tiada saiz kanak-kanak

Untuk wanita dewasa anda mesti mahukan baju fesyen merdeka yang simple tapi masih lagi kelihatan cantik dan mengikuti tema.

Apa kata anda beli baju kurung merdeka ini kerana ia mempunyai corak kemerdekaan yang terletak kemas pada baju.

Selain itu, anda juga tidak kelihatan terlalu menonjol dan tidak juga kelihatan terlalu 'suram' kerana baju ini masih lagi sesuai dengan tema kemerdekaan.

Material kain ini adalah jenis Como Crepe, jadi anda tidak akan rasa terlalu panas semasa memakainya dan akan kekal selesa sepanjang hari.

Harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan baju kurung merdeka yang simple ini untuk dipakai semasa sambutan Hari Kemerdekaan kita.

Baju Merdeka Tema Tun Teja Puteri Perak 2
Baju merdeka puteri perak 2 daripada 17
Baju Merdeka Tema Tun Teja Puteri Perak 2
Dari RM149
Reka bentuk menyerlah
Lain daripada lain
Harga mahal

Mungkin anak anda ada memberitahu bahawa sekolahnya membuat pertandingan pakaian tercantik sempena Hari Kebangsaan, dan anda mahu pastikan anak anda menang.

Inilah caranya, belikan saja baju tema kemerdekaan ini yang dihasilkan dengan reka bentuk Tun Teja atau Puteri Perak.

Memang sangat unik dan pasti lain daripada yang lain, turut disertakan bersama dengan aksesorinya.

Pakaian ini mempunyai saiz untuk kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 14 tahun, jadi anda tidak perlu risau kerana ia anak anda di sekolah menengah pun boleh pakai pakaian ini.

Material kain adalah jenis creepe jadi tidak terlalu panas semasa memakainya.

LAKSAMANA BAJU MELAYU MERDEKA
Baju melayu tema merdeka 3 daripada 17
Laksamana Baju Melayu Merdeka
Dari RM39
Jenis cekak musang
Material selesa dipakai
Hanya untuk budak lelaki

Kalau nak rasa seperti lelaki melayu sejati, boleh juga kenakan baju melayu tema kemerdekaan ini semasa menyambut hari kebangsaan nanti.

Reka bentuk yang menarik dengan corak bendera Malaysia pada bahagian baju membuatkan anak anda kelihatan lebih menonjol.

Selain itu, anda juga boleh lengkapkan pakaian ini bersama dengan tanjak corak bendera Malaysia.

Material pakaian ini adalah Como Crepe, jadi ianya selesa untuk dipakai dan tidak terlalu panas, berbeza dengan kain bendera Malaysia.

Baju Melayu ni adalah jenis cekak musang, tapi anda tidak perlukan butang tambahan kerana ia sudah hadir bersama dengan butang.

Baju Budak Merdeka Design Pahlawan
Baju merdeka budak lelaki 4 daripada 17
Baju Budak Merdeka Design Pahlawan
Dari RM25
Material premium
Tak perlu iron
Hanya untuk budak lelaki
1 lagi
Tak mudah renyuk

Anak lelaki anda minta untuk belikan pakaian sempena hari kemerdekaan? Jangan risau anda boleh belikan Baju Budak Merdeka Pahlawan ini.

Baju dengan reka bentuk terkini ini diperbuat daripada Como Crepe premium untuk keselesaan yang maksimum. 

Kainnya lembut, elastik, dan selesa, memastikan anak anda berasa nyaman sepanjang hari. 

Materialnya mudah dijaga, tidak perlu digosok dan tahan kedut, sesuai untuk anak-anak yang aktif. 

Ia juga anti melekap dengan berat yang sempurna – tidak terlalu ringan, tidak terlalu berat, dan tidak juga terlalu nipis. 

Tersedia dalam saiz untuk kanak-kanak berumur 4, 6, 8, 10, dan 12 tahun, pakaian ini direka untuk memberikan kesesuaian dan penampilan terbaik bagi pelbagai peringkat umur. 

Sesuai untuk sambutan Hari Kemerdekaan, rekaan baru ini menggabungkan tradisi dan kemodenan, memastikan anak anda menonjol berbanding rakan-rakannya.

Baju Merdeka Kebarung
Baju merdeka perempuan dewasa 5 daripada 17
Baju Merdeka Kebarung
Dari RM49
Baju selesa dipakai
Sesuai untuk perempuan dewasa
Corak agak plain
1 lagi
Tak panas masa pakai

Kalau anda mahukan sesuatu yang lain untuk dipakai semasa hari kemerdekaan pada tahun ini, boleh raikan warisan Malaysia dengan Baju Merdeka Kebarung ini.

Untuk perempuan dewasa, ia boleh dipakai dengan selesa sambil kelihatan anggun, diperbuat daripada kain crape dan kapas berkualiti tinggi. 

Berbeza daripada kain bendera yang biasa tu, campuran ini menjamin keselesaan dan kebolehtahanan, sesuai untuk pemakaian yang lama. 

Pakaian ini juga sangat ideal untuk pertandingan atau aktiviti sekolah. 

Kebarung ini mempunyai potongan yang kemas dengan panjang baju yang boleh dilaras, membolehkan penampilan yang dapat disesuaikan. 

Tambahkan gaya anda dengan pilihan tambahan seperti mahkota, pin sanggul, payung, atau bunga raya. 

Jangan lupa rujuk ukuran baju untuk kesesuaian yang tepat dan pastikan ukuran yang betul.

BAJU BUDAK JUBAH DRESS MERDEKA LELAKI DAN PEREMPUAN KEBAYA MERDEKA MURAH
Baju kebaya merdeka 6 daripada 17
Baju Budak Jubah Dress Merdeka Lelaki Dan Perempuan
Dari RM59
Kain ringan
Tidak jarang
Perlu ukur untuk dapatkan ukuran tepat
2 lagi
Warna tidak mudah luntur
Pelbagai pilihan rekaan

Dengan menggunakan material Como Crepe, kain ini sangat ringan dan tidak panas akan memastikan anak-anak anda selesa ketika menggayakannya.

Rekaan baju ini sangat sesuai untuk dipakai pada hari sambutan Kemerdekaan atau Hari Malaysia pada 16 September nanti. 

Baju ini lengkap dengan aksesori tambahan jadi sangat membantu untuk ibu yang nak peragakan anak-anak pada hari Merdeka nanti. 

Paling penting, jenis kain ini sangat menjaga warna supaya tidak mudah luntur dan lusuh jadi anda boleh simpan dan gunakannya semula tahun depan. 

Kainnya juga tidak tebal dan tidak jarang supaya baju ini sesuai dipakai atau digayakan di kawasan sekolah dengan selamat. 

Baju Merdeka Malaysia Budak Perempuan
Baju merdeka budak perempuan 7 daripada 17
Baju Merdeka Malaysia Budak Perempuan
Dari RM179
Jahitan kemas
Kain berkualiti
Harga mahal
2 lagi
Kain tidak panas
Pelbagai pilihan rekaan

Last minute mencari baju tema Kemerdekaan untuk anak perempuan anda? Jom dapatkan baju ready stok sudah siap dijahit ini!

Baju ini mempunyai pelbagai pilihan rekaan dan saiz dari umur 2 hingga 12 tahun dan anda boleh mengukur badan anak terlebih dahulu sebelum membeli baju ini kerana saiz baju dan umur mungkin sedikit berbeza. 

Dengan menggunakan material Cotton dan Crepe ini menjadikan baju tidak panas dan tidak tebal akan dapat memastikan anak anda selesa ketika menggayakannya.

Menarik lagi, baju ini tidak perlu digosok dan mempunyai jahitan yang kemas menjadikannya nampak eksklusif. 

BAJU MERDEKA / BAJU BENDERA KANAK-KANAK
Baju merdeka simple 8 daripada 17
Baju Merdeka / Baju Bendera Kanak-Kanak
Dari RM45.90
Pelbagai pilihan rekaan
Jahitan kemas
Harga mahal
1 lagi
Tidak menggunakan kain bendera sebenar

Anak anda terlibat dengan pertandingan peragaan baju tema Kemerdekaan di sekolah bulan ini? Jom dapatkan Baju Merdeka / Baju Bendera Kanak-Kanak!

Paling penting, untuk menghormati bendera Malaysia, baju ini tidak diperbuat dengan kain bendera sebenar dan semua baju ini menggunakan material kain Crape serta Cotton.

Ini menjadikan baju Kemerdekaan kanak-kanak ini lebih selesa digayakan, tidak panas dan terletak elok pada badan si pemakai. 

Pelbagai rekaan baju ini menjadikannya sesuai digunakan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang bakal masuk pertandingan atau perarakan Kemerdekaan. 

Dengan jahitan yang kemas dan cantik, pasti anak anda akan kelihatan cantik, handsome dan lain daripada yang lain!

Menarik lagi, anda juga akan dapat beberapa aksesori tambahan bergantung pada kuantiti stok yang ada. 

Jersey Merdeka Malaysia
Baju merdeka kembang 9 daripada 17
Jersey Merdeka Malaysia
Dari RM15
Pelbagai pilihan saiz
Material kain tebal & lembut
Baju cutting besar
2 lagi
Ada lengan panjang & lengan pendek
Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Kalau anda mencari baju ala jersey untuk digayakan pada Hari Kemerdekaan, jom dapatkan Jersey Merdeka Malaysia yang mempunyai beberapa pilihan seperti berkolar, roundneck, short sleeve, long sleeve dan jersey labuh muslimah.

Anda juga boleh pilih dari saiz yang disediakan bermula dari XS sehingga saiz dewasa 8XL mengikut keselesaan si pemakai supaya mudah disuaikan dengan gaya.

Dengan menggunakan material kain jenis Microfiber Pin Dot 160gsm, corak di atas baju ini fully sublimation iaitu Digital Printing menjadikan corak bajunya tampak kemas dan hidup!

Material kain tebal dan lembut akan pastikan anda tidak mudah berpeluh dan rasa selesa semasa menggayakan baju ini.

Jom kita support baju keluaran peniaga lokal Malaysia!

Hand flag Malaysia
Bendera Malaysia untuk tangan 10 daripada 17
Hand Flag Malaysia
Dari RM9
Batang plastik ada warna gold, tampak eksklusif
Harga murah
Saiz kecil
2 lagi
Tahan lasak
Material kain berkualiti

Jika anda mencari bendera tangan untuk dikibarkan pada Hari Kemerdekaan nanti, anda boleh dapatkan Hand Flag Malaysia bersaiz 14cm x 27cm ini. 

Dengan menggunakan batang plastik keras tapi ringan, menjadikan bendera ini tahan lasak dan mudah digunakan oleh anda atau anak nanti. 

Untuk setiap pembelian, anda akan dapat 20 batang bendera setiap set dengan harga yang sangat murah!

Meterial yang digunakan pula ialah jenis Polyster menjadikannya tahan lasak dan boleh di pakai lama.  

Kraft DIY Kipas Tangan Merdeka
Kipas merdeka kreatif 11 daripada 17
Kraft DIY Kipas Tangan Merdeka
Dari RM1.99
Corak depan belakang
Warna terang
Kertas mudah koyak
2 lagi
Saiz besar tapak tangan
Cutting kemas

Untuk anak-anak yang terlibat dengan perarakan Hari Kemerdekaan, anda boleh dapatkan Kipas Tangan Merdeka Malaysia Madani ini sebagai aksesori tambahan.

Setiap pembelian anda akan dapat set kertas bercorak bendera Malaysia dan lidi panjang untuk dipegang ketika perarakan nanti. 

Selain digunakan semasa perarakan, kipas kertas ini juga sesuai dijadikan hiasan dalam kelas atau gunakannya semasa aktiviti Hari Kemerdekaan.

Menarik lagi, warna kipas tangan ini terang, cutting kertas juga kemas dan mempunyai corak yang sama pada bahagian depan dan belakang kipas kertas ini.

Saiz untuk kipas tangan ini ialah 10.5cm X 18cm lebih kurang satu tapak tangan orang dewasa. 

Set DIY Merdeka Hand and Cap Festival Craft DIY
Aksesori merdeka 12 daripada 17
Set DIY Merdeka Hand and Cap Festival Craft DIY
Dari RM4
Mudah dipakai
Ringan
Mudah koyak
2 lagi
Anak boleh warna mengikut pilihan
Saiz boleh laras

Selain pakaian, anda juga boleh dapatkan set Set DIY Merdeka Hand and Cap Festival Craft DIY untuk anak anda gayakan ke sekolah pada Hari Kebangsaan nanti.

Bukan sahaja harganya murah, aksesori tambahan tangan kertas dan topi kertas ini mudah dipakai oleh anak dan selesa digayakan sepanjang hari kerana ia ringan. 

Selepas pembelian, anak anda boleh warna kertas tangan dan topi ini dengan warna bendera Malaysia iaitu merah, putih, biru dan kuning mengikut kreativiti masing-masing. 

Saiz topi dan tangan kertas ini juga boleh dilaras mengikut saiz tangan dan kepala anak anda dengan mudah. 

Bagaimanapun, kami nasihatkan anda untuk gunakannya dengan cermat kerana kertas mudah koyak. 

Tudung Merdeka 13 daripada 17
Tudung Sarung Merdeka Free saiz
Dari RM14.90
Mudah digunakan
Kain tidak panas
Satu gaya sahaja
2 lagi
Kain tidak jarang
Kain tidak melekat

Dengan pilihan 5 corak tudung yang cantik dan menarik, anda yang gemarkan tudung sarung boleh dapatkan Tudung Sarung Merdeka 2023 ini.

Jenis material kain yang digunakan untuk tudung sarung ini ialah Moscrepe dengan ukuran depan 19 inci dan labuh belakang pula 28 inci.

Oleh itu, saiz ukuran tudung sarung ini sesuai untuk mereka yang bersaiz S hingga saiz L. 

Material Moscrepe juga sangat lembut, senang dipakai dan paling penting fabrik ini tidak mudah melekat pada badan jadi aurat anda lebih terjaga. 

Selain sesuai digayakan pada Hari Kemerdekaan, anda juga boleh gayakannya pada hari biasa kerana tudung sarung ini sejuk, selesa dan senang digosok.  

Topi Merdeka Malaysia Trucker Cap
Topi merdeka kanak-kanak 14 daripada 17
Topi Merdeka Malaysia Trucker Cap
Dari RM15.90
Saiz boleh dilaras
Tulisan sulam timbul
Pilihan terhad
1 lagi
Rekaan unisex

Anda tidak mempunyai baju bertemakan Hari Kemerdekaan dan tidak mahu kelihatan janggal di kalangan mereka yang semangat bersiap untuk menyambut hari yang bersejarah ini?

Jangan risau, pakai saja topi yang direka Hari Kemerdekaan yang sudah cukup menonjolkan sifat patriotisma anda.

Selain itu, dapat melindungi anda daripada terik panas sinaran matahari jika anda mengikuti majlis merdeka pada sebelah siang.

Untuk topi sulam timbul ini ada dua rekaan pilihan warna iaitu merah dan gold, jadi anda boleh pilih yang mana berkenan di hati.

Menarik lagi, rekaan topi ini unisex jadi anda yang perempuan juga sesuai untuk menggayakannya.

Axellent Hari Kemerdekaan Merdeka Tshirt Jersey Sublimation Unisex
Baju merdeka lelaki dewasa 15 daripada 17
Axellent Hari Kemerdekaan Merdeka Tshirt Jersey Unisex
Dari RM24.30
Kain jersey
Tidak panas
Harga mahal
2 lagi
Ada saiz besar
Sesuai digayakan oleh muslimah

Cuaca panas di Malaysia membuatkan ramai yang masih terfikir untuk menggayakan baju bertemakan patriotisma di Hari Merdeka.

Tapi, kini anda tidak perlu pening lagi sebab ada pelbagai pillihan pakaian untuk menunjukkan semangat patriotisma anda.

Salah satu cara adalah untuk memakai baju jersey yang bertemakan Hari Kemerdekaan.

Dengan baju yang berlengan pendek dan diperbuat daripada kain jersey ini, anda tidak perlu risau tentang cuaca yang panas lagi. 

Menarik lagi, jersey ini juga ada pilihan lengan panjang untuk muslimah tau jadi anda boleh sedondon dengan pasangan untuk sambut Hari Kebangsaan nanti!

Tanjak Merdeka 3 in 1 design Budak Sekolah Lelaki
Tanjak tema Merdeka 16 daripada 17
Tanjak Merdeka 3 in 1 design Budak Sekolah Lelaki
Dari RM25.90
Mudah dilaras ikut saiz kepala
Rekaan cantik
Untuk kanak-kanak sahaja
2 lagi
Jahitan tanjak kemas
Kain berkualiti

Pada bulan kemerdekaan ini, pasti anak lelaki anda bersemangat untuk bersiap menyambut Hari Kemerdekaan bersama kawan di sekolah.

Untuk memupuk semangat patriotik dalam anak-anak kita, sokong mereka dengan belikan tanjak atau tengkolok bertemakan Merdeka ini.

Pasti mereka gembira dan tidak sabar memakai bersama kawan-kawan untuk menyambut hari bersejarah ini. 

Tanjak ini sesuai digayakan untuk mereka yang bersaiz ukuran dari 17" hingga 23" dan mempunyai tape velco yang akan mudahkan anda laras mengikut saiz kepala anak.

Dengan rekaan yang cantik dan kemas ini, anak anda akan selesa mengayakannya sepanjang hari kerana tanjak ini diperbuat daripada kain yang berkualiti dan tidak panas. 

Baju dress Merdeka Anak Saya Malaysia
Dress baju merdeka perempuan 17 daripada 17
Baju Dress Merdeka Anak Saya Malaysia
Dari RM55
Selesa
Tidak panas
Rekaan simple
1 lagi
Mudah diseterika

Antara elemen utama sambutan kemerdekaan pastinya terletak pada semangat patriotisma dan cinta pada warisan masyarakat Malaysia.

Sebab itulah kami mencadangkan baju melayu moden dan baju kurung Saloma bagi anda yang inginkan sesuatu dengan lebih nilai warisan turun-temurun.

Dengan reka bentuknya yang ringkas namun dapat menonjolkan sedikit iras-iras pakaian tradisional, pasti anak anda kelihatan cantik dan menawan pakai baju ini!


Sejarah Hari Kemerdekaan

Hari Kemerdekaan Malaysia, yang juga dikenali sebagai Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan, disambut pada 31 Ogos setiap tahun untuk memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada tahun 1957. 

Berikut adalah sejarah ringkas Hari Kemerdekaan Malaysia:

Latar Belakang Penjajahan

Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu dijajah oleh beberapa kuasa asing, termasuk Portugis, Belanda, dan akhirnya British. British menguasai Tanah Melayu sejak awal abad ke-19.

Gerakan Kemerdekaan

Selepas Perang Dunia II, semangat nasionalisme dan keinginan untuk merdeka semakin kuat dalam kalangan rakyat Tanah Melayu. 

Pemimpin-pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, dan Tun Tan Cheng Lock memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, menggantikan Malayan Union yang tidak popular. 

Persekutuan ini terdiri daripada sembilan negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang.

Perundingan Kemerdekaan

Pada tahun 1955, Pilihan Raya Umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman menang besar. 

Tunku Abdul Rahman kemudian mengetuai satu delegasi ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

Pengisytiharan Kemerdekaan

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi merdeka daripada British. 

Upacara pengisytiharan kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, dengan Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka!" sebanyak tujuh kali di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Pembentukan Malaysia

Pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk Malaysia. 

Walau bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Hari Merdeka kini disambut dengan pelbagai acara seperti perarakan, persembahan kebudayaan, dan upacara menaikkan bendera sebagai tanda menghargai kemerdekaan dan kemajuan negara.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation