Kecantikan

Lindungi Kulit Tanpa Mencemarkan Terumbu Karang Semasa Bercuti Dengan 7 Sunscreen Mesra Alam Ini

Elak mengguna sunscreen yang mengandungi oxybenzone & octinoxate kerana bahan ini membunuh terumbu karang. Ini senarai sunscreen yang reef-friendly.


Editor · 3 Jul 2020, 5:45pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Lindungi Kulit Tanpa Mencemarkan Terumbu Karang Semasa Bercuti Dengan 7 Sunscreen Mesra Alam Ini

Memakai sunscreen ataupun sunblock telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu yang menjaga kulit wajah mereka daripada dimamah bahaya sinaran matahari. Namun, tahukah anda bahawa sesetengah  bahan didalam sunscreen tersebut mendatangkan bahaya kepada hidupan laut dan juga membunuh terumbu karang?

Jika anda pernah ternampak gambar terumbu karang yang berwarna putih, mungkin bagi anda ianya cantik dan unik, tetapi, secara benarnya, terumbu karang yang berwarna putih itu telah mati dan kelamaan akan bertukar menjadi hitam. Dan kebanyakannya kerana air laut yang telah tercemar dengan bahan sunscreen dan produk penjagaan badan yang berunsurkan kimia. 

Kandungan

Bagaimanakah cara untuk megenal pasti sunscreen jenis mesra terumbu karang?

Untuk mengenalpasti produk sunscreen yang boleh dipakai ketika ingin melakukan aktiviti air di laut dan pantai itu senang saja. Kebanyakan produk sunscreen zaman sekarang ini akan meletakkan label “reef-safe” atau “reef-friendly” sebagai tanda bahawa produk tersebut dapat digunakan ketika bermandi manda di lautan nanti. 

Tetapi jika sunscreen tersebut tidak mempunyai label, anda boleh melihat senarai bahan yang digunakan pada belakang bekas sunscreen tersebut. Elakkan dari menggunakan sunscreen yang mengandungi oxybenzone dan octinoxate.

Suncreen terbaik untuk kulit sensitif dan kulit jenis gelap 1 daripada 7
La Roche Posay Anthelios Shake Fluid Invisible Fragrance-free SPF50+ 50ml
Partnership with La Roche-Posay
Dari RM81.72
Lihat harga di Care to Beauty
Sesuai untuk kulit sensitif
Senang diaplikasi pada kulit
Mengandungi alcohol denat
2 lagi
Kemasan matte
Boleh menyebabkan breakout pada kulit matang

Sangat sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif kerana sunscreen ini bebas allergen,bebas pewangi, bersifat non-comedogenic dan juga tidak memberikan kesan white cast pada wajah. Jadi ianya sangat sesuai untuk sesiapa yang berkulit gelap. 

Sunscreen ini mempunyai tekstur yang sangat ringan, nipis dan juga memberikan kemasan matte jadi ianya sangat sesuai untuk orang yang mempunyai kulit berminyak dan juga berjerawat. Bukan itu sahaja, walaupun botolnya kecil, dan harganya yang tinggi, sunscreen ini tahan lama kerana anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja untuk keseluruhan wajah. 

Namun, review juga mengatakan bahawa sunscreen ini tidak sesuai buat kulit matang kerana menyumbat pori dan mengakibatkan blackhead.

Primer solekan dengan sunscreen SPF tinggi 2 daripada 7
Supergoop! Glowscreen Broad Spectrum Sunscreen Primer SPF 40 PA++
Partnership with Supergoop!
Dari RM155
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit kering
Tekstur nipis dan senang diaplikasi pada kulit
Memberikan white cast pada kulit gelap
1 lagi
Kemasan dewy dan glowy

Kebanyakan primer solekan tidak mempunyai SPF, dan jika ada pun pasti SPF-nya rendah seperti SPF 15 dan SPF 30. Dengan itu kami cadangkan sunscreen daripada Supergoop! ini. Sunscreen ini sangat sesuai buat sesiapa yang ingin mengenakan solekan tetapi tidak suka menggunakan sunscreen yang biasa kerana boleh membuatkan solekan tampak tebal dan cakey. 

Primer sunscreen daripada Supergoop! ini sangat sesuai untuk solekan jenis glowy dan dewy kerana formulanya yang pearlescent. Bukan itu sahaja, sunscreen ini juga akan memberikan kilauan pada kulit jika dipakai begitu sahaja yang menjadikan kulit tampak sihat dan menawan. 

Sunscreen ini sangat ringan, sesuai buat kulit kering kerana formulanya yang menghidrat, dan juga mesra terumbu karang dan hidupan lautan. Namun tidak sesuai buat kulit jenis berminyak kerana kulit boleh kelihatan terlampau berkilau dan juga merimaskan.

Baca juga: Lindungi Kulit Anda Dari Sinaran UV Dengan 13 Sunblock Ini

Terbaik untuk menjaga kesihatan rambut berwarna ataupun chemical-treated 3 daripada 7
Supergoop! Poof Part Hair Scalp Powder SPF 45
Partnership with Supergoop!
Dari RM145
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit kepala sensitif
Senang digunakan dengan botol semburan
Serbuk menjadi tergumpal dan berketul pada rambut jenis berminyak
2 lagi
Dapat memberikan volume pada rambut nipis
Memudarkan warna rambut

Sunscreen daripada Supergoop! ini sangat unik kerana ianya khas untuk digunakan pada kulit kepala dan rambut. Sesuai untuk sesiapa yang mempunyai jenis rambut nipis dan kulit kepala yang senang sunburn, serbuk sunscreen ini akan melindungi kulit kepala dan helaian rambut anda dan juga memberikan volume kepada rambut nipis anda. 

Sunscreen ini jenis mineral ataupun dikenali sebagai physical sunscreen, jadi ianya sangat mesra terumbu karang dan hidupan laut. Sunscreen ini juga akan melindungi rambut berwarna daripada kerosakan matahari. Ianya sama seperti dry shampoo yang mempunyai kuasa SPF.

Teksturnya berserbuk nipis, tetapi tidak berminyak, dan tidak berwarna.

Sunscreen mampu milik sesuai untuk aktiviti air dan sukan 4 daripada 7
Badger Company Sport Sunscreen Cream SPF 35
Partnership with Badger
Dari RM66
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit kering, normal dan kombinasi
Tekstur tebal dan pekat, tidak mudah tertanggal ketika membuat aktiviti air dan juga berpeluh
Memberikan white cast
2 lagi
Tidak mempunyai bau
Memberikan kesan berminyak

Jika anda gemar melakukan aktiviti sukan dan air, sunscreen ini pasti akan menjadi kegemaran anda. Sunscreen ini mempunyai tekstur produk yang pekat dan likat supaya ianya susah tertanggal dan terhapus ketika berpeluh ataupun berada didalam air. 

Sunscreen ini juga sangat sesuai buat sesiapa yang menggemari produk organic dan vegan kerana produk ini telah diiktiraf sebagai produk organic dan vegan. Sifat sunscreen ini juga broad spectrum bermaksud ianya akan menlindungi kulit anda dengan meluas. Namun produk ini tidak sesuai buat kulit gelap kerana akan meninggalkan white cast.

Terbaik untuk kulit berminyak dan jerawat 5 daripada 7
REN Clean Screen Mineral SPF 30
Partnership with
Dari RM150
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Kens Apothecary
Sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak
Tekstur nipis dan ringan
Boleh mengeringkan kulit jenis kering
1 lagi
Diperbuat menggunakan bahan natural

Ren Clean Skincare ini sangat popular dengan formulanya yang vegan dan menggunakan bahan natural dan bebas bahan kimia. Sama seperti sunscreen ini juga yang bersifat nipis dan ringan sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak.

Kemasannya yang matte akan mengelakkan kulit daripada berminyak dan berkilau. Sunscreen ini juga melindung daripada sinaran UVA dan UVB termasuklah blue light. 

Sunscreen ini juga amat sesuai buat kulit sensitif kerana tidak mempunyai bahan yang akan mengeringkan, dan juga mengiritasikan kulit seperti paraben, pewangi, pengawet, dan pewarna.

Baca juga: Lindungilah Kulit Anda Daripada ‘Kekejaman’ Sinar UV Dengan 7 Sunscreen Dari Watsons Ini 

Sunscreen jenis spray untuk badan dan muka 6 daripada 7
Caudalie Milky Sun Spray SPF50
Partnership with Caudalie Paris
Dari RM125
Lihat harga di Care to Beauty
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit kering dan berminyak
Tekstur nipis dan milky yang sangat menghidratkan
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Mempunyai haruman musim panas yang berbunga dan manis

Semburan sunscreen ini sangat sesuai jika anda ingin meluangakn masa di luar pada jangka masa yang lama kerana anda hanya perlu menyembur sahaja jika ingin aplikasi semula. Sunscreen ini mempunyai tekstur yang cair dan milky seperti susu. Ianya sangat mudah menyerap ke dalam kulit dan sangat senang digunakan. 

Sesuai buat jenis kulit berminyak, sunscreen ini tidak akan menyebabkan kulit melekit dan juga berkilau. Sunscreen ini juga sesuai buat yang inginkan kulit sawo matang naun tidak membahayakan, kerana formulanya akan memberikan kulit anda ‘luminous tan’. 

Namun sunscreen ini tidak sesuai buat kulit sensitif kerana mengandungi pewangi, tetapi, pasti menambat hati sesiapa yang menyukai wangian musim panas yang berbunga dan manis.

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kanak-kanak kecil 7 daripada 7
Thinksport SPF50+ Sunscreen
Partnership with Thinksport
Dari RM127.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kesemua jenis kulit termasuklah sensitif dan bayi
Tekstur losyen krim yang senang menyerap
Memberikan sedikit white cast
1 lagi
Tidak melekit dan bermiyak

Susncreen bersifat waterproof ini sangat sesuai untuk digunakan buat aktiviti luar dan air. Bukan itu sahaja, malah, sunscreen ini sesuai buat kanak-kanak kecil dan bayi juga kerana formulanya yang sesuai buat kulit sensitif dan juga organic. 

Sunscreen ini sesuai buat kesemua jenis kulit kerana ianya tidak pekat, senang menyerap, tidak mempunyai bau, dan juga bebas minyak!

Baca juga: Sayangi Kulit Anda - Gunakan 10 Sunscreen Alcohol-Free Ini

Lagi daripada ProductNation