Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Jenis Rak Untuk Dapur Yang Teratur. Barulah Ada Mood Nak Masak!

Dapatkan dapur yang kemas dan anggun dengan rak-rak ini!

Kekemasan dan kebersihan dapur sangatlah penting untuk menjamin persekitaran dapur yang selamat untuk anda dan seisi keluarga. Bukan itu sahaja, nak memasak pun jauh lebih mudah dan cepat kalau anda mempunyai dapur yang teratur dan kemas. Ya lah, kalau dah dalam satu kabinet disumbatkan segala jenis bawang, halia, rempah dan pinggan mangkuk tak terkecuali, memang nak menghimpun bahan saja pun boleh mencecah berpuluh-puluh minit, last-last makan di luar lah jawabnya. Tak mengapa, biar kami bantu anda dengan rak-rak yang akan memastikan dapur anda sentiasa kemas dan rapi.  

Apakah material rak dapur yang bagus dan tahan lama?

Rak-rak di dapur perlu dipilih dengan baik kerana dapur merupakan antara tempat yang paling mencabar untuk sesetengah material kerana ianya sentiasa terdedah kepada haba dan kelembapan. Secara umumnya, material-material besi yang tahan karat sangat dicadangkan kerana rak penyimpanan kebiasaannya terdedah kepada kelembapan. Adakah material dari kayu tidak bagus? Tidak juga! Anda perlu pandai memilih jenis kayu dan jenis finishing pada kayu tersebut kerana jenis kayu yang kuat seperti solid wood akan menjamin ketahanan kayu pada tekanan dan finishing yang bagus seperti laminate akan memelihara kayu tersebut dari menyerap kelembapan dan mereput. 

10 Kabinet Dapur Penyimpan Rahsia Masakan Anda

Rak dapur gas aluminium
3V Metal Stove Rack (630A)
From
RM79.90
Check 3V Metal Stove Rack (630A) price below:
add_circle Tahan lasak
add_circle Mudah dicuci
add_circle Murah
remove_circle Rekabentuk tampak usang

Bagi anda yang mencari rak dapur gas yang kuat, kami mencadangkan kepada anda rak 3V Metal Stove Rack model 630A ini dimana ianya merupakan rak dapur berserta dengan kompartmen untuk tong gas yang diperbuat daripada besi berkualiti tinggi.

Strukturnya yang berasaskan besi tempa menjadikannya rak yang sangat tahan lasak kerana besi mampu menahan haba tanpa sebarang masalah dan air tidak akan memberi kesan kepadanya, sekaligus menjadikan rak ini antara rak yang mampu bertahan buat masa yang sangat lama. 

Rak ini juga mempunyai rekabentuk berjejaring dan terbuka sekaligus memudahkan proses pencucian dimana anda hanya perlukan kain lembap dan sabun (kalau berminyak) dan lapkan sahaja kompartmen yang hendak dicuci.

Tidak cukup dengan itu, rak ini dijual di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan, eloklah untuk anda yang sedang berkira-kira bajet tu, tak terasa sangatlah kalau berbelanja untuk rak yang berkualiti macam ni!

Cumanya, rekabentuk rak ini akan tampak sedikit usang kerana rak ini dicipta lebih berfokuskan kepada fungsi dan ketahanan dan tidak pada aesthetic dan rupa.

Rak dapur besi
5 Tiers Stainless Steel Organizer
From
RM45.40
Check 5 Tiers Stainless Steel Organizer price below:
add_circle Tahan karat
add_circle Besi kukuh
add_circle Penjimatan ruang
remove_circle Sendi plastik mereput setelah pengunaan yang lama
remove_circle barang kecil mudah terjatuh

Rak penyusunan dengan lima tingkat ini merupakan rak yang sangat baik untuk anda yang perlukan rak yang tahan lasak dan versatil. Ianya diperbuat dari stainless steel yang tahan kelembapan membolehkannya dijadikan rak untuk pelbagai jenis barang, baik barangan kering ataupun basah, kalau nak letak dua-dua pun boleh!

Rak ini sangat digemari pengguna kerana ia mempunyai ruang penyimpanan yang banyak tetapi dalam masa yang sama ia tidak memakan begitu banyak ruang dari dapur anda. Bukan sahaja anda boleh mengemaskan dapur anda, tetapi kali ini anda akan mampu mengemas dengan lebih efisien.

Kalau bercakap pasal perkakasan dan perabot rumah pastilah kena cakap pasal rekabentuknya sekali kan? Dari segi rekabentuk, rak ini sememangnya sangat cantik, ia tidak terlalu menyerlah tetapi tidaklah terlalu usang, menjadikannya sebuah rak yang sesuai dipadankan dengan tema dapur anda yang pelbagai.

Sambungan atau ‘sendi’ pada rak ini diperbuat daripada plastik yang tahan lasak, tetapi anda perlu berhati-hati dan tidak meletakkan barangan yang terlalu berat kerana ia mungkin akan rosak setelah penggunaan yang lama.

Rak dapur murah
Modern Nordic Cabinet
From
RM124.90
Check Modern Nordic Cabinet price below:
add_circle Pelbagai guna
add_circle Pelbagai kompartmen
add_circle Rekabentuk moden
remove_circle Penjual berkemungkinan memberikan produk yang mempunyai kekurangan

Untuk rak dengan harga yang paling menjimatkan pula kami mencadangkan kepada anda Sokano Expendable Kitchen Rack ini dimana ianya merupakan rak kecil untuk menempatkan bahan-bahan yang bersaiz kecil dan sederhana balang gula, garam, jeruk dan sebagainya. 

Walaupun harganya murah, rak ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana kepanjangannya yang boleh diubahsuai mengikut keperluan anda, menjadikannya antara rak penyimpanan yang versatil, sesuai mengikut keperluan anda baik dari segi saiz dapur ataupun keperluan untuk meletakkan barang. Kalau barang banyak, panjangkan saja! Mudah bukan?

Selain itu, rak ini juga sangat sesuai untuk anda yang nak menjimatkan ruang kerana ianya bersaiz kecil dan tidak memakan terlalu banyak ruang, barulah anda boleh bernafas sikit sebelum menunjukkan kepakaran anda beraksi di dapur.

Oleh kerana saiznya yang kecil dan kakinya yang agak halus, rak ini tidak sesuai untuk barangan yang terlalu berat kerana boleh jadi besinya akan membengkok dan rosak.

Rak dapur masak
3V 32” Metal Stove Rack (ME630A)
From
RM68.90
Check 3V 32” Metal Stove Rack (ME630A) price below:
add_circle Kalis air
remove_circle Ruang jejaring besi agak luas

Untuk chef-chef diluar sana yang nak mencari rak dapur untuk memasak diluar sana, apa kata anda cuba intai-intai rak 3V Metal Stove Rack ME360A ni? Ianya merupakan rak dengan tiga tingkat dimana tingkat atasnya diperbuat dari besi tempa disaluti dengan finsihing epoxy resin yang tahan lasak dan sering disarankan oleh pakar.

Rak keluaran jenama terkenal 3V ini mempunyai harga yang sangat murah untuk produk yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Rak ini sememangnya dicipta untuk bertahan dengan materialnya yang mampu menahan tekanan yang kuat, disudahi pula dengan finishing yang berkualiti, setakat kelembapan dan haba dari dapur memang tidak akan menjejaskan rak ini.

Selain dari lapisan atas yang sesuai digunakan untuk penyediaan bahan atau memasak, ia juga mempunyai dua lapisan bawah yang sesuai diguanakan untuk meletakkan peralatan yang besar seperti periuk belanga dan lain-lain, kalau letak peralatan yang kecil nanti kami khuatiri senang terjatuh dari ruangan jejaring besi rak ini, satu hal pula nak membasuh balik.

Rak dapur kayu pallet
Rak Bawang Kayu Pallet
From
RM55.00
Check Rak Bawang Kayu Pallet price below:
add_circle Rekabentuk eksklusif
add_circle Efisien
add_circle Tahan lasak
remove_circle Kayu boleh mereput jika terededah kepada kelembapan berpanjangan

Kalau anda ke kafe-kafe atau kawasan ‘lepak’ muda mudi, anda mungkin akan perasan yang sesetengah dari mereka menggunakan perabot atau hiasan dari kayu pallet sejajar dengan trend masa kini. Apa tunggu lagi? Jadikan dapur anda ‘kafe’ yang tersendiri dengan Rak Bawang Kayu Pallet dari kayu Pine ini. 

Rekabentuk rak kecil buatan tangan ini sangat cantik dan elegan walaupun ianya tidak mempunyai sebarang dekoratif atau ukiran padanya. Ia sangat sesuai dengan anda yang sukakan gaya yang simple tetapi eksklusif. Rak ini sesuai digunakan untuk menyimpan bahan-bahan kering seperti bawang, halia dan lain-lain.

Selain dari rupa paras dan kecantikannya, rak ini juga bukan calang-calang kerana ia mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap tekanan, tetapi dengan saiz yang kecil, tak ada barang yang terlalu berat pun untuk anda letakkan didalamnya. Adapun begitu, alang-alang membeli biarlah beli yang elok kan?

Kelemahan rak ini hanyalah pada fakta yang ianya diperbuat daripada kayu, jadinya kelembapan yang berpanjangan perlulah dielakkan supaya kayunya tidak mengembang dan merosak.

Rak dapur stainless steel
Heavy Duty Pan and Cookware Organizer
From
RM23.00
Check Heavy Duty Pan and Cookware Organizer price below:
add_circle Kalis air
add_circle Rekabentuk efisien
remove_circle Tidak sesuai untuk peralatan besar

Untuk anda yang menggemari produk stainless steel. Kami mencadangkan Heavy Duty Pan and Cookware Organizer ini dimana ianya sesuai digunakan untuk penyusunan pinggan dan terutamanya periuk belanga yang sering memakan ruang penyimpanan di rumah. 

Selain dari mampu membuatkan dapur anda lebih kemas dan teratur, rak ini juga mampu digunakan secara versatil samada secara melintang ataupun menegak, mengikut citarasa anda. Kalau anda lebih pentingkan kecepatan pengeringan peralatan, anda boleh lintangkan, kalau anda lagi suka penjimatan ruang, letak sahaja secara menegak.

Untuk rak-rak berkualiti rendah, titisan air dari peralatan yang baru dicuci boleh mengakibatkan karat atau kerosakan pada material rak tersebut, tetapi setakat air itu tiada masalah untuk rak ini kerana stainless steel berkualiti tingginya mampu menahan kelembapan tanpa sebarang masalah.

Rak ini juga tahan lasak dimana ianya mampu menampung peralatan memasak yang berat tanpa sebarang masalah. Cumanya, rak ini mempunyai komparmen yang agak terhad untuk sesetengah orang, bergantung kepada banyak atau tidak periuk belanga atau pinggan mangkuk anda.

Rak dapur untuk oven
Singarac Adjustable 5 Tier Storage Rack (1.5m)
From
RM12.36
Check Singarac Adjustable 5 Tier Storage Rack (1.5m) price below:
add_circle Bahan tahan lasak
add_circle Kompartmen yang banyak
remove_circle Barang boleh terjatuh dari tepi rak

Rak penyimpanan barang dan peralatan dapur Singarac ini diperbuat daripada stainless steel yang kukuh membolehkannya menampung peralatan yang berat seperti oven dan air fryer disamping mempunyai lima kompartmen penyimpanan utama yang mampu memuatkan pelbagai jenis barang dapur anda supaya dapur anda tampak lebih kemas dan tersusun.

Selain daripada fungsi rak ini yang pelbagai, rekabentuknya juga setara dengan rak Hyllis keluaran Ikea dimana rekabentuknya yang moden dengan warna yang elegan menjadikannya antara rak terbaik untuk dapur anda.

Rak ini juga dilengkapi dengan tayar untuk memudahkan anda dalam mengalih rak sekiranya anda perlu mengubahsuai layout dapur anda tanpa perlu bersusah-payah memunggah barang kemudian menyusunnya kembali.

Tetapi anda perlu juga mengambil langkah penjagaan dengan tidak meletakkan bebanan yang terlampau berat pada rak ini, kerana walaupun bahan asasnya kukuh, tetapi bahagian kakinya, terutama sekali apabila bertayar boleh bergoyang dan kalau nasib tidak baik besinya boleh patah dek tekanan yang terlampau.

Rak untuk dapur minimalis
3 Tier Trolley Kitchen Racks
From
RM50.90
Check 3 Tier Trolley Kitchen Racks price below:
add_circle Murah
add_circle Rekabentuk menarik
add_circle Mudah-alih
remove_circle Tidak sesuai untuk perkakasan besar

Konsep minimalis sememangnya menjadi pilihan masyarakat masa kini, tambahan pula dengan konsep tersebut ruangan akan tampak lebih luas dan moden. 3 Tier Trolley Kitchen Racks ini mampu memberikan dapur anda sentuhan minimalis ala moden dengan rekabentuknya yang sangat simple ditemani bentuk yang elegan.

Rak ini juga jauh lebih murah berbanding dengan rak berjenama yang rekabentuknya lebih kurang atau serupa, menjadikannya rak yang sangat cantik tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi. 

Ia juga dilengkapi dengan tayar untuk memudahkan pergerakan kesana dan kemari memudahkan anda untuk meletakkan herba-herba dan ramuan anda dimana-mana sahaja yang anda rasa selesa di sudut dapur anda. 

Cumanya, rak ini tidak sesuai untuk menempatkan perkakasan-perkakasan atau bahan yang besar kerana ruangnya yang agak kecil dan sempit, tetapi kalau diikutkan rak ini memang tidak dibuat untuk perkakasan yang besar pun.

Rak untuk dapur kecil
Netel 2 Layer Dish Rack
From
RM83.00
Check Netel 2 Layer Dish Rack price below:
add_circle Rekabentuk moden
add_circle Efisien
add_circle Menjimatkan ruang
remove_circle Tidak tahan peralatan berat

Untuk dapur yang kecil, penjimatan ruang memainkan peranan yang sangat besar dalam memberikan anda keselesaan ketika memasak, sebab itu kami mencadangkan kepada anda Netel 2 Layer Dish Rack. 

Bentuknya yang kompak tetapi tinggi mampu mengoptimumkan pengunaan ruang di dapur, dimana kebiasaannya ruangan atas daripada sinki tidak digunakan, tetapi tidak dengan adanya rak ini, setiap ruangan dapur anda pasti digunakan dengan baik dan kemas! 

Ia juga merupakan rak pinggan yang sangat efisien dimana setelah anda basuh, anda hanya perlu letakkan diatas rak ini tanpa perlu risau titisan air membasahkan kaunter atau lantai dapur anda kerana dengan rak ini, air akan terus menitis kedalam sinki. 

Rak ini juga mampu menempatkan jumlah pinggan mangkuk dan perkakasan yang banyak sekaligus menjadikannya pembelian yang berpatutan, dimana dengan harga yang sederhana, anda boleh menyusu barangan yang banyak.

Walaupun rak ini tahan lasak, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan peralatan yang terlalu berat diatasnya kerana kakinya yang halus mampu menampung berat muatan yang munasabah sahaja seperti pinggan-mangkuk, senduk dan periuk bersaiz biasa.

Rak dapur gantung
Wall-Mounted Spice Rack
From
RM23.80
Check Wall-Mounted Spice Rack price below:
add_circle Pemasangan mudah
add_circle Kukuh
add_circle Menjimatkan ruang
remove_circle Barang halus mudah terjatuh melalui jejaring

Ruangan di dapur sudah penuh? Jangan risau, kita pergi kepada dinding pula! Dengan Wall-Mounted Spice Rack ini anda boleh menambahkan kompartmen penyimpanan barang anda tanpa perlu memakan ruang dari kaunter atau lantai dapur anda.

Rak ini mampu menampung bahan-bahan atau peralatan yang sederhana berat seperti botol sos, botol kicap dan minyak masak. Tetapi rekabentuknya memang tidak sesuai untuk meletakkan barangan berat kerana walaupun ianya agak besar, ia tidak terlalu besar untuk menempatkan peralatan-peralatan yang berat. 

Bagi anda yang takut atau sayang untuk menebuk dinding dapur, anda tak perlu risau kerana rak ini datang dengan dua cara gantungan dimana pertama, anda boleh menebuk dinding dan gantungkannya dengan skru seperti biasa; atau anda juga boleh menggunakan pelekat yang disediakan.

Cumanya, anda kurang dinasihatkan untuk menggunakan pelekat sebagai asas gantungan rak ini kerana haba dari dapur boleh merosakkan daya lekatan gam pelekat rak tersebut secara perlahan dan dibimbangi rak tersebut akan terjatuh.


Artikel Berkaitan

End of Article