Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Kabinet Dapur Pelengkap Rumah Agar Tampak Lebih Teratur & Kemas

Menyimpanlah dengan lebih efisien di dapur dengan kabinet-kabinet ini!

Dapur ini merupakan ‘makmal’ terpenting bagi sesetengah orang, dari situlah lahirnya masakan-masakan penuh aroma dan kasih-sayang. Penyimpanan peralatan dan bahan memasak sememangnya memainkan peranan yang penting dalam keselesaan kita nak memasak sehari-harian. Kadang-kadang tu kelam-kabut jadinya bila tak jumpa bahan yang diperlukan, jadinya kami ada sediakan untuk anda senarai kabinet dapur yang sesuai dengan keperluan penyimpanan anda.

Apakah material kabinet dapur yang bagus dan tahan lama?

Memilih material yang betul sememangnya penting supaya kabinet anda mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama dan lambat mereput. Kebiasaannya, terdapat tiga material yang sering digunapakai oleh pakar binaan untuk dapur, Medium Density Fiberboard (MDF), Plywood dan besi Stainless Steel. Besi stainless steel lebih sesuai untuk restoran dan dapur-dapur hotel, jadi anda tak perlu fikirkan. Secara umumnya, lebih ramai pakar yang mencadangkan plywood kerana ianya lebih tahan kepada kelembapan dan lebih utuh berbanding MDF, tetapi, kalau dapur anda mempunyai pengudaraan yang baik, MDF pun sudah memadai. 

10 Kabinet Dapur Simple, Murah dan Cantik

Kabinet dapur murah
JFH Solid Wooden Cabinet
From
RM16.99
Check JFH Solid Wooden Cabinet price below:
add_circle Murah
add_circle Menjimatkan ruang
add_circle Mudah dipasang
add_circle Tidak perlukan maintenance
remove_circle Material Particle Board mudah rosak oleh haba dan kelembapan
remove_circle Ruang penyimpanan sedikit sempit

Kadang-kadang harga kabinet memang boleh mencecah hingga ratusan bahkan ribuan ringgit, itu lah sebabnya kami cadangkan kepada anda yang pentingkan penjimatan JFH Solid Wooden Cabinet ini. Dengan harga yang tidak langsung menjejaskan bajet anda, rak ini mampu menempatkan pelbagai jenis barang masakan di dapur anda disamping tidak memakan terlalu banyak ruang supaya dapur anda sentiasa kelihatan lapang dan mudah untuk anda bergerak.

Ianya sebuah rak menyimpan barangan dapur yang kecil dengan tiga kompartmen bersaiz sederhana besar, membolehkan anda menyimpan barangan dapur seperti garam, gula, sos dan lain-lain tanpa sebarang masalah.

Ianya diperbuat dari particle board dengan permukaan mudah dibersihkan dan anda juga  tidak perlu ‘maintain’ pun kabinet ini, guna sehingga rosak sahaja dimana menurut pengalaman kami, agak lama.

Seagai langkah penjagaan, anda digalakkan untuk elakkan dari mengenakan haba dan kelembapan  secara berterusan kerana struktur particle board boleh rosak dan mereput kerana bahannya merupakan bancuhan serbuk kayu dengan gam pengikat, dimana struktur gam tersebut mudah rosak apabila dikenakan haba dan lembapan secara berterusan.

Kabinet dapur untuk rumah atau ruang yang kecil/sempit
GTE Simple Modern Kitchen Storage
From
RM76.00
Check GTE Simple Modern Kitchen Storage price below:
add_circle Menjimatkan ruang
add_circle Pelbagai guna
add_circle Reka bentuk yang efisien
remove_circle Permukaan sticker boleh terkupas setelah pengunaan yang lama

Untuk anda yang pentingan penjimatan ruang, rak GTE Simple Modern Kitchen Storage ini sangatlah sesuai dengan kehendak anda. Ianya mempunyai rekabentuk yang kompak dan moden dengan pilihan warna yang menarik dan sesuai diletakkan di dapur anda tanpa mengubah aesthetic keseluruhan dapur anda. 

Kabinet ‘mini’ ini mempunyai pelbagai jenis ruang penyimpanan untuk menyimpan barangan yang berbeza seperti laci, ruangan terbuka untuk anda letakkan benda-benda seperti botol sos dan tempat penyimpanan berpintu bagi barangan yang tidak bagus dibiarkan terdedah. 

Walaupun rekabentuknya kelihatan kompak dan agak ‘kurus’, ia mempunyai ruang penyimpanan yang banyak supaya anda boleh simpan pelbagai jenis barang dapur tetapi dalam masa yang sama menjimatkan penggunaan ruang sekaligus memberikan anda keselesaan untuk beraksi di dapur. 

Harganya juga sangat berpadanan dengan bahan asasnya, MDF board yang seringkali dicadangkan oleh pereka interior sebagai antara bahan asas yang berkualiti.

 Anda perlu pastikan yang ianya tidak dalam keadaan lembap kerana finishing laminatenya mungkin akan merosak dan terkoyak, sekaligus mendedahkan papan dalaman kepada kelembapan dan haba.

Kabinet dapur yang simple
Modern Nordic Cabinet
From
RM124.90
Check Modern Nordic Cabinet price below:
add_circle Pelbagai guna
add_circle Pelbagai kompartmen
add_circle Rekabentuk moden
remove_circle Penjual berkemungkinan memberikan produk yang mempunyai kekurangan

Konsep rumah yang simple dan minimalis menjadi trend yang sangat popular sekarang, sebab itu kami cadangkan Modern Nordic Cabinet ini, dimana ianya mempunyai rekabentuk yang sangat bersahaja dan sesuai untuk dipasangkan dengan tema dapur anda tanpa perlu risau. 

Ia juga mempunyai warna finishing yang cantik dan elegan, sesuai untuk rumah yang menggunakan konsep moden, tetapi ia juga sesuai dengan konsep yang lain kerana apabila rekabentuk sesebuah produk itu tidak mempunyai aesthetic yang berlebihan, ia membolehkan produk tersebut untuk kelihatan secocok dengan tema yang pelbagai. 

Walaupun ia nampak simple, ia sebenarnya mempunyai ruang penyimpanan yang banyak dan luas supaya anda boleh sumbatkan segala jenis barang tanpa membuatkan dapur kelihatan berselerak. Ia juga mempunyai pelbagai jenis ruang penyimpanan seperti laci, ruangan berpintu dan ruangan terbuka untuk menyimpan pelbagai jenis kelengkapan memasak. 

Cumanya, berdasarkan pengalaman kami, kadang-kadang sesetengah penjual boleh tersilap dan menghantar produk yang sedikit rosak dan janggal, jadinya, pastikan anda periksa dahulu produk setelah diterima untuk tujuan penukaran sekiranya ada sebarang kecacatan pada produk.

Kabinet dapur gas
Kitchen Cabinet CW2008
No Brand
From
RM185.00
Check Kitchen Cabinet CW2008 price below:
add_circle Alas mozek pada bahagian atas boleh menahan haba
add_circle Ada ruang penyimpanan untuk gas memasak
remove_circle Tiada lubang untuk tiub saliran gas

Memastikan ruang dapur sentiasa digunakan dengan efisien sangatlah penting untuk keselesaan anda memasak, tentunya menjengkelkan kalau anda nak kesana-kemari kemudian terlanggar tong gas dan sebagainya. 

Kitchen Cabinet CW2008 inilah penyelesaiannya. Ia mempunyai rekabentuk yang moden dengan pilihan warna yang elegan dan unik. Ia dilengkapi dengan ruangan yang pelbagai dan luas termasuk ruangan untuk penyimpan tong gas, dimana anda tidak perlu lagi menghadap tong gas yang memakan ruangan dapur anda, sekaligus membuatkan dapur anda kelihatan kemas dan rapi.

Ia juga mempunyai alas mozek pada bahagian atas yang mampu menahan haba dan kelembapan jadinya anda boleh membuat persiapan bahan memasak diatasnya tanpa perlu risau, ataupun anda juga boleh meletakkan dapur diatasnya. 

Kabinet ini mempunyai tiga kompartmen utama yang luas dan sesuai untuk anda letakkan perkakasan memasak yang besar seperti periuk, senduk dan sebagainya. Barulah dapur anda akan kelihatan kemas dan teratur!

Dari segi penjagaan pula, ia dibina menggunakan material chipboard jadinya anda hanya perlu sentiasa lap kabinet tersebut sekiranya terdapat kelembapan bagi mengelakkan daripada chipboard tersebut mereput.

Kabinet dapur moden
Creative Simple Kitchen Rack
From
RM158.00
Check Creative Simple Kitchen Rack price below:
add_circle Rekabentuk elegan
add_circle Kukuh
remove_circle Barang-barang mudah terjatuh dan tidak sesuai jika mempunyai haiwan peliharaan yang aktif

Dalam dunia yang kian moden ini pastinya anda tak mahu dapur anda ketinggalan kan? Apa lagi, dapatkanlah Creative Simple Rack untuk dapur anda bagi menambahkan aesthetic moden pada dapur anda.  Dengan pilihan warnanya yang simple tetapi cantik, ia pasti dapat menambahkan seri pada dapur anda.

Ia diperbuat daripada material asas kayu dengan rangka besi sebagai tiang dan pengukuh kepada struktur rak ini. Material yang digunakan juga sangat tahan lasak dan tekanan, sampaikan anda nak letakkan microwave pun tidak akan menjadi masalah.

 Ianya menggunakan konsep rekabentuk yang moden dan terbuka dengan pelbagai kompartmen untuk pelbagai jenis barang, cumanya, struktur jejaring besi yang diletakkan agak kurang sesuai kalau anda mahu gunakan sebagai tempat pengeringan kerana alas kayu dibawahnya boleh terjejas akibat kelembapan yang berterusan. 

Kalau anda seorang yang kelam-kabut, anda mungkin perlu berhati-hati sedikit ketka meletakkan atau mengambil barang dari rak ini kerana ia tidak mempunyai ‘pagar’ pada strukturnya sekaligus barang-barang boleh terjatuh dengan mudah kalau anda tidak cermat.

Kabinet dapur aluminium
Small Stainless Steel Aluminium Cabinet
From
RM124.31
Check Small Stainless Steel Aluminium Cabinet price below:
add_circle Struktur aluminium mampu menahan haba dan kelembapan
add_circle Ruangan dalam yang luas
remove_circle Struktur aluminium mudah tercalar
remove_circle Rekabentuk kelihatan usang

Untuk anda yang pentingkan ketahanan kabinet, kami mencadangkan Small Stainless Steel Aluminium Cabinet (Second-Floor Four Doors) ini kerana material stainless steel sememangnya digunakan oleh chef-chef dan tukang masak profesional oleh kerana ia tahan kepada haba dan kalis air, membuatkannya antara material yang mampu bertahan lama.

Ia mempunyai kompartmen yang sama besar disamping mempunyai tempat meletakkan barang berpagar di bahagian terpaling atas. Jadinya, anda boleh menyimpan pelbagai jenis barang, cumanya ia tidak mempunyai kompartmen yang begitu banyak, jadi kalau anda jenis yang boleh sahaja simpan pelbagai jenis barangan didalam satu ruang, ia tidak akan menjadi masalah untuk anda.

Ia juga mempunyai rekabentuk rustic yang akan kelihatan amat cantik kalau kena dengan tema dapur anda, disamping mempunyai pilihan warna yang menarik. Kalaupun ianya tidak sesuai dengan tema dapur anda, ia mempunyai rekabentuk yang ergonomik dan sangat selesa digunakan diamana tempat membuka pintu kabinetnya direka dengan sangat selesa. 

Cumanya, anda perlu berhati-hati kerana material mudah tercalar dan akan kelihatan usang kalau ia mempunyai calar yang banyak, tetapi dari segi ketahanan, calar macam manapun ia akan tetap teguh!

Kabinet dapur dengan sinki
Kitchen Cabinet With Stainless Steel Sink
From
RM384.00
Check Kitchen Cabinet With Stainless Steel Sink price below:
add_circle Plywood tahan kelembapan
add_circle Sinki diperbuat dari material tahan lasak
remove_circle Pemegang pintu kabinet payah dan menjengkelkan untuk dibuka ketika tangan basah

Untuk anda yang mencari kabinet dapur berserta sinki, anda boleh dapatkan Kitchen Cabinet With Stainless Steel Sink ini dimana ianya diperbuat dari material yang tahan lembapan, tahan lasak, tidak mudah berkarat dan juga mudah dicuci bersesuaian dengan keperluan anda selaku ‘masterchef’ di rumah.

Ia juga mempunyai rekabentuk yang moden termasuk pada sinkinya sekali, disamping mempunyai warna dan design yang menarik dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis aesthetic dapur anda. 

Dari segi ruangan pula, ia hanya terdiri daripada satu kompartmen besar dengan sepasang pintu sahaja, maknanya anda boleh meletakkan banyak barang didalamnya tetapi ia tidak sesuai untuk barang yang berbeza jenis, sebagai contoh periuk dan sos. 

Kekurangannya rekabentuknya hanyalah pada pemegang pintu kabinetnya dimana rekabentuknya kadang-kadang agak licin dan payah hendak dibuka jika tangan anda basah kerana ia tidak mempunyai tombol pemegang dan lekuk pemegangnya tidak begitu dalam sekaligus membolehkan jari anda ‘tergelincir’ ketika hendak membukanya. 

Kabinet dapur dengan island
Ikea Knoxhult Base Cabinet
Ikea
From
RM495.00
Check Ikea Knoxhult Base Cabinet price below:
add_circle Tahan haba, kelembapan dan calar
remove_circle Bahagian atas berpermukaan licin ketika basah

Konsep ‘island’ di dapur telah menjadi kegemaran ramai pereka interior rumah kerana ianya mampu memberikan anda ruang yang selesa untuk penyediaan bahan masakan, sebab itu kami cadangkan produk keluaran IKEA yang sememangnya terkenal dan dipercayai dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Knoxhult Base Cabinet ini diperbuat dari material yang tahan lasak, haba, kelembapan dan calar, sekaligus membolehkan anda membuat persiapan bahan memasak diatasnya tanpa perlu risau.

Ia juga mempunyai finishing yang licin dan mudah dibersihkan setelah anda selesai memasak, dimana anda hanya perlu lap sahaja dengan kain basah dan sabun yang tidak telalu menghakis tanpa perlu memberus dan sebagainya.

Kabinet dapur untuk oven
GDeal Multifunctional Wooden Cabinet (D4438)
From
RM99.90
Check GDeal Multifunctional Wooden Cabinet (D4438) price below:
add_circle Pelbagai guna
add_circle Rekabentuk yang kemas
add_circle Kukuh
remove_circle Laminate boleh terkoyak setelah pendedahan yang lama kepada haba dan kelembapan

Anda mahukan kabinet dapur yang boleh anda letakkan oven? Apa kata anda cuba Multifunctional Wooden Cabinet ini. Ia perbuat dari material yang berkualiti tinggi dan kukuh, sesuai untuk anda letakkan oven yang berat.

Kabinet ini juga mempunyai feedback yang positif dari pembeli-pembeli kerana materialnya yang kukuh dengan saiznya yang mampu memuatkan microwave, air fryer dan lain-lain lagi. 

Ia juga mempunyai rekabentuk yang moden dan kompak, bersesuaian untuk pelbagai jenis design dapur, dengan pilihan warna bercorak kayu yang sesuai untuk dipadankan dengan macam-macam tema, cumanya anda perlu pastikan ia tidak berada didalam keadaan lembap supaya permukaan kayu tidak rosak.

Kabinet ini juga mempunyai pelbagai ruangan berbeza untuk menyimpan pelbagai jenis peralatan dan bahan memasak. Sememangnya pembelian yang sangat berbaloi dengan harga yang sangat murah. 

Kabinet dapur dengan meja bar
Home's Love Kitchen Storage With Bar Table
From
RM188.00
Check Home's Love Kitchen Storage With Bar Table price below:
add_circle Penjimatan ruang
add_circle Tahan lasak
add_circle Pelbagai guna
remove_circle Meja kaunter agak kecil untuk kegunaan ramai orang

Kalau anda jenis yang sukakan konsep kabinet dengan kaunter untuk anda melepak sambil minum kopi, kabinet Home’s Love ini sesuai untuk anda. Ia mempunyai rekabentuk yang moden dengan pilihan warna yang sangat cantik dan elegan. 

Ia diperbuat dari material yang mantap dan kukuh dengan jangkahayat yang lama jika digunakan dengan betul. Kompartmen dan ruangangannya pula mempunyai pelbagai saiz untuk penyimpanan pelbagai jenis perkakas dapur.

Untuk kaunternya pula, menurut pengalaman kami kalau penggunaan dalam seorang dua tiada masalah, tetapi ia tidak mampu memuatkan ramai orang dan kebiasaannya kaunter ini tidak sesuai dijadikan meja makan, sekadar untuk meletakkan barang atau makanan sementara sahaja. 


Artikel Berkaitan

End of Article