Kecantikan

Pudarkan Kesan Pori Dengan 10 Foundation Non-Comedogenic Terbaik Di Pasaran

Untuk yang mempunyai pori besar, gunakan foundation hasil matte untuk atasi masalah ini. Ini senarai foundation non-comedogenic terbaik untuk menutup pori.


Editor · 17 May 2020, 10:58pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Pudarkan Kesan Pori Dengan 10 Foundation Non-Comedogenic Terbaik Di Pasaran

Penggunaan foundation haruslah bersesuaian dengan jenis kulit anda. Pemilihan yang tepat berdasarkan bahan kandungan dan jenis-jenisnya seperti krim atau liquid. Jika anda tidak suka aplikasi foundation dengan kerap, gunakan jenis long lasting yang dapat bertahan sepanjang hari tanpa perlu memakainya berulangkali.

Kandungan

Apakah cara terbaik dalam memilih foundation bagi menutup kesan pori?

Memiliki masalah pori yang besar sering menjadi masalah yang dihadapi setiap wanita. Penghasilan minyak yang berlebihan dapat mengakibatkan make up menjadi cakey atau pudar. Masalah ini sering timbul jika salah memilih asas solekan atau foundation. Biasanya, buat kamu yang mempunyai masalah pori, hal ini dapat diatasi dengan menggunakan foundation hasil kemasan matte yang bersifat non-comedogenic. 

Formulanya akan menahan kelenjar sebum berlebihan terutama pada kawasan T-Zone. Ia merupakan pilihan terbaik jika kamu inginkan liputan yang mantap dari siang ke malam, tanpa menghasilkan peluh atau sebum. Itulah sebabnya formula non-comedogenic muncul sebagai asas terbaik. Jom ikuti senarai foundation bersifat non-comedogenic untuk kegunaan anda;

10 Foundation Non-Comedogenic Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Foundation farmasi terbaik untuk remaja
Foundation murah dan sesuai untuk remaja 1 daripada 10
Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation
Partnership with Maybelline
Dari RM44.63
Lihat harga di Lazada Malaysia
Perlindungan SPF 22
Formula Superfine Silky Particies
Terlalu berminyak
2 lagi
Lebih 20 jenis pilihan tona warna
Tekstur sedikit berat

Bersifat non-comedogenic serta mengandungi serbuk mikro, Maybelline Fit Me! Matte+Poreless foundation ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung berminyak. Ianya memberi hasil kemasan matte untuk mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. 

Sesuai buat kaum wanita Asia yang berkulit sawo matang, foundation dengan variasi warna 16 tona ini akan meninggalkan kulit wajah anda dengan kemasan semulajadi yang halus.

Foundation terbaik dari drugstore untuk kulit berminyak 2 daripada 10
Rimmel Lasting Finish 25 Hour Foundation (30ml)
Partnership with Rimmel
Dari RM28.43
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi Vitamin E
Tidak keringkan kulit
Tekstur sedikit cair
1 lagi
Ada 6 pilihan tona

Diproses dengan gabungan serum serta Vitamin E, formula cecair long-wear ini memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. Tidak kira apa jua jenis cuaca, Rimmel Lasting 25 Hour Foundation ini membantu menghidrat dengan serta-merta tanpa mengeringkan kulit.

Foundation heat dari London dengan SPF20 ini akan membantu anda mencapai kulit idaman dengan lancar serta memberi keselesaan sepanjang hari. Kulit anda pastinya akan tampak lebih flawless!

Foundation matte sesuai untuk kulit kering - berkesan menutup pori terbuka 3 daripada 10
L.A. Girl Pro Matte Foundation (30ml)
Partnership with L.A. Girl
Dari RM45
Lihat harga di Shopee Malaysia

Hadir dalam 10 warna di pasaran, LA Girl Pro Matte Foundation ini direka dengan ekstrak Sunflower Oil bagi memberi kawalan efektif sehingga 24 jam tanpa menyebabkan atau menambah iritasi pada kulit. Foundation terunggul dari USA ini juga mengandungi Vitamin E dan B5 bagi membantu mengurangkan kesan garis halus akibat kekeringan dan dehidrasi.

Formulanya bebas paraben, sekaligus, meninggalkan kulit anda tampak lebih lembut dan sempurna sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kering.

Foundation ringan dengan Tea Tree Oil - selamat digunakan setiap hari 4 daripada 10
The Body Shop Matte Clay Skin Clarifying Foundation
Partnership with The Body Shop
Dari RM64.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Seperti yang sedia maklum, semua produk dari jenama Body Shop adalah 100% selamat dan hanya menggunakan bahan semula jadi atau vegan. Jadi, tidak hairanlah foundation Matte Clay dari Body Shop ini sangat selesa diguna pakai setiap hari. Diperkaya dengan Tea Tree Oil, Aloe Vera serta Rose Water, menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari. 

Sesuai untuk kulit sensitif dan cenderung jerawat, foundation dengan pilihan 7 warna ini telah terbukti secara klinikal, ianya berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam. 

Foundation krim CC dengan kandungan SPF untuk kulit jeragat 5 daripada 10
It Cosmetics CC+ Cream With SPF 50+ Foundation
Partnership with It Cosmetics
Dari RM112.37
Lihat harga di Shopee Malaysia

Foundation ini didatangi dalam bentuk krim CC untuk memberi perlindungan SPF50+ daripada matahari sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap. Ianya juga terbaik dalam menutup cela yang terhasil dari hiperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit. 

Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti Peptida, membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit lebih licin. Kandungan asid Hyaluronik pula dapat mengunci lembapan dan mengurangkan garis-garis halus. Ianya bebas phthalates dan selamat untuk kulit jeragat.

Foundation untuk kulit sensitif agar elakkan iritasi 6 daripada 10
Mary Kay Timewise Luminous-Wear Liquid Foundation (29ml)
Partnership with Mary Kay
Dari RM44.90
Lihat harga di Mary Kay Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi Vitamin E, Peptida & kolagen
Tekstur ringan
Harga mahal

Dilengkapi dengan bahan utama yang berkemampuan melawan jerawat seperti Vitamin E, Peptida dan kolagen, foundation ini memberi ketenangan ketika memakai. Ianya dijamin bebas iritasi dan membantu mencegah pertumbuhan jerawat serta kawalan sebum berlebihan. 

Tekstur foundation dari Mary Kay yang ringan ini berfungsi untuk meredakan keradangan kulit serta bintik-bintik merah akibat iritasi. Bukan sahaja ia berupaya menutup kesan jeragat dan jerawat tetapi juga melindungi sensitiviti kulit dengan kesan berpanjangan.

Foundation untuk hasil full coverage 7 daripada 10
NYX Professional Makeup Can’t Stop Won’t Stop Matte Finish Foundation (30ml)
Partnership with NYX Professional Makeup
Dari RM189
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk remaja
Tekstur ringan
Harga mahal
1 lagi
Ada 45 pilhan warna

Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, foundation keluaran NYX ini memang serasi buat anda yang memiliki kulit bersawo matang. Terdapat dalam 45 warna berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam. 

Selamat digunakan setiap hari, foundation ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan foundation ini bersama berus kabuki atau beauty blender untuk hasil kemasan yang perfect.

Sesuai untuk kulit kombinasi dan normal, wajah tidak tampil berkilau 8 daripada 10
Too Faced Born This Way Foundation (30 ml)
Partnership with Too Faced
Dari RM143
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Anda pastinya sudah lazim dengan jenama terkenal Too Faced. Tetapi apa yang anda mungkin tidak tahu, Born This Way Foundation ini memberi hidrasi dengan medium to full coverage tanpa menghasilkan minyak berlebihan sehingga 12 jam. Intipati air kelapa di dalamnya menaikkan tahap kelembapan kulit.

Seperti yang anda ketahui, jenama Too Faced ini semestinya diperbuat 100% dari bahan organik dan sesuai untuk vegan serta tanpa gluten. Wajah anda juga tidak akan tampil berkilau, tiada masalah mengambil selfie dari pelbagai angle!

Liquid foundation oil free - tidak mudah menyumbat liang pori 9 daripada 10
Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation
Partnership with Fenty Beauty
Dari RM191.69
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Hanya dengan 1 atau 2 titisan kecil, foundation ini mampu menutup segala kesan cela yang ada, meninggalkan kulit nampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ianya kalis air, malah diformulasi dengan teknologi penyesuaian iklim yang tidak mengganggu kulit atau menyumbat liang pori.  

Dengan kehebatan pilihan 50 tona berbeza termasuk anda berkulit gelap, teksturnya terasa ringan pada kulit dan hanya bahan semula jadi yang unik diproses untuk memberi liputan penuh dan fleksible!

Foundation high-end dengan bahan organik - memberi manfaat antioksidan 10 daripada 10
Tarte Amazon Clay 12 Hour Full Coverage Foundation (50ml)
Partnership with Tarte
Dari RM160
Lihat harga di Sephora Malaysia

Dikuasakan oleh tanah liat dari Amazon, foundation jenama Tarte ini diperkaya dengan batu permata semula jadi yang memberi perlindungan kalis air sehingga 12 jam. Asas inovatif ini menggunakan sistem terbaik bagi melengkapi keperluan kulit, menjadikan kulit tampak lebih sihat, bersinar dan sempurna. 

Bahan-bahan semula jadi seperti Tourmaline, Pearl Powder dan ekstrak Camellia Leaf diproses untuk memberi manfaat antioksidan, membantu penambahbaikan kulit anda serta memberi tenaga untuk penghasilan kulit yang lebih cerah dan berseri!

Lagi daripada ProductNation