Makan

Sediakan Juadah Di Pagi Syawal Dengan 10 Hidangan Instant Hari Raya Ini

Raya ini, cubalah makanan instant. Ini senarai makanan segera seperti lemang, kuah kacang & serunding daging yang boleh disediakan dengan ringkas.


Editor · 17 May 2020, 2:37pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sediakan Juadah Di Pagi Syawal Dengan 10 Hidangan Instant Hari Raya Ini

Sedar tak sedar, bulan Ramadhan sudahpun berada dipertengahannya. Ini bermaksud umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Walaupun rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri kali ini dalam keadaan terkawal akibat PKPB, ianya tidak seharusnya mematahkan semangat kita. 

Memadailah jika kita menyambut dalam keadaan bersederhana. Sambutan Hari Raya kali ini harus dilakukan dengan penuh waspada kerana harus diingatkan bahawa wabak COVID-19 belum pulih sepenuhnya.

Mengapakah Hari Raya Aidilfitri disambut?

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah simbolik kemenangan setelah satu bulan berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga serta meninggalkan laranganNya. Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita untuk mengenakan pakaian baru semasa Hari Raya. Walaupun begitu, sifat kesederhanaan haruslah kita terap dalam diri kerana Hari Raya bukannya hari untuk bermewah.

Justeru itu, memandangkan kita akan beraya dalam suasana yang lebih santai dan dikalangan ahli keluarga terdekat sahaja, tidak perlulah kita memasak dengan banyak. Inilah masanya untuk kita mengurangkan masa didapur setelah bertahun-tahun melakukan persediaan Aidilfitri dengan meriah.

Kali ini, apa kata kita cuba makanan instant ataupun segera yang boleh didapati di pasaraya dan secara online. Ayuh lihat senarai makanan instant yang boleh disediakan dengan cepat dan ringkas;

10 Makanan Segera Untuk Sambutan Hari Raya

Dodol dengan keunikan rasanya yang tetap asli 1 daripada 10
Dodol Panas (Asli Gula Melaka, Durian, Pandan, Strawberry, Wajik Sirat)
Partnership with
Dari RM8
Lihat harga di Shopee Malaysia

Buat penggemar dodol, ini untuk anda. Dodol ini diperbuat daripada gula melaka asli untuk memberi rasa yang unik itu. Berbeza daripada dodol yang diperbuat dari gula pasir, dodol ini 100% asli dan bebas pewarna serta perasa tiruan. Anda boleh pilih daripada perisa asli gula melaka, durian, pandan, strawberry atau wajik sirat. Pasti anak-anak pun menggemarinya.

Lemang segera enak yang boleh didapati melalui online 2 daripada 10
Nona Lemang (5pcs)
Partnership with
Dari RM6.75
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Tak perlu susah-susah cari buluh untuk bakar lemang. Hanya rebus lemang instant Nona selama 45 minit dan tambahkan santan untuk rasa lebih umph! Lemang enak dimakan bersama apa jua jenis lauk antaranya ialah kari ayam dan rendang. Hari Raya tak lengkap tanpa lemang tau!

Biskut raya coklat untuk kanak-kanak, buatan Muslim 3 daripada 10
Kukimon Cookies Super Pack (150g)
Partnership with
Dari RM12
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Biskut dari Kukimon ini adalah biskut coklat butterscotch premium homemade. Ianya diperbuat daripada 100% mentega tulen, cip coklat Belgium dan bahan berkualiti tinggi tanpa pengawet tambahan. Bahan premium ini memberi rasa biskut yang unik dan istimewa, teksturnya crunchy dan crispy yang memuaskan dalam setiap biskut! Siapa yang tak suka biskut cip coklat kan?

Nasi impit yang lembut dan bebas bahan kimia 4 daripada 10
Salsabila Nasi Himpit (45gm x 5pcs)
Partnership with
Dari RM12
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dapatkan nasi impit Salsabila untuk dimakan dengan kuah kacang kegemaran anda. Ianya bebas dari plastik beracun kerana dibungkus dengan kain. Nasi impit ini sangat mudah untuk disediakan. Tak perlu tambah apa-apa perisa lagi. Untuk anda yang menggunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker), boleh rebus nasi impit selama 25-30 minit sahaja.

Briyani ayam yang simple dan menjimatkan masa penyediaan 5 daripada 10
Brahim's Nasi Briyani Ayam
Partnership with Brahim's
Dari RM15.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Untuk anda yang beraya berdua sahaja akibat tidak dapat pulang ke kampung, apa kata cuba hidangan nasi briyani ayam ini. Ianya menggunakan beras Basmathi gandum panjang yang dimasak dengan ayam tanpa tulang dan rempah aromatik. 

Hanya perlu microwavekan pek makanan selama 2 minit atau letakkan di dalam air mendidih panas selama 8 minit. Siap untuk dihidang!

Serunding daging original dari Kelantan dan dijamin kelazatannya 6 daripada 10
Serunding Daging Ori Kelantan
Partnership with
Dari RM15
Lihat harga di Shopee Malaysia

Serunding merupakan makanan popular di Semenanjung Malaysia ketika Hari Raya. Ini kerana pembuatan serunding tertumpu di sana. Jadi apa kata kita cuba serunding dari Kelantan ini. Ianya dijamin enak dan menepati citarasa ramai. Gandingkan serunding dengan nasi impit atau lemang, pasti makan bertambah-tambah.

Kuah kacang segera yang sedap 7 daripada 10
Jamilah Mansor Sambal Kuah Kacang Instant (500gm)
Partnership with
Dari RM13.80
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kuah kacang antara juadah yang remeh untuk disediakan. Ianya memerlukan bahan yang banyak serta masa penyediaan lebih panjang. Selain itu, teknik memasak kuah kacang juga tidaklah mudah. Kini, dengan kuah kacang instant ini, cuma tambah air panas untuk dibancuh. 

Ianya sedia untuk dihidangkan bersama sayur-sayuran dan sesuai dijadikan kuah kacang untuk cucur udang atau nasi impit. Satu paket kuah kacang ini cukup untuk jamuan 15 orang.

Kek lapis Sarawak famous dengan aneka jenis pilihan ramai 8 daripada 10
Kek Lapis Original Sarawak
Partnership with
Dari RM18.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Selain lapisan cantik tersusun dan berwarna-warni, kek lapis Sarawak mempunyai karakter yang tersendiri dan ianya tidak mudah untuk ditiru. Pemilihan butter juga amat penting agar tidak mempengaruhi rasa kek. Kek lapis original dari Sarawak ini menggunakan resepi turun temurun untuk rasa yang asli. 

Anda boleh pilih dari perisa coklat, cheese, durian dan banyak lagi. Order cepat sebelum kehabisan stok!

Kerepek popular yang harus dihidangkan setiap kali Hari Raya 9 daripada 10
Pakchips Raya Giftbox
Partnership with
Dari RM43.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tak lengkaplah meja hidangan tanpa kerepek dihari raya. Untuk anda yang tidak pasti mahu memilih, dapatkan kerepek nangka dan pisang ini. Ianya bukan sahaja enak malah pembuatannya tidak menggunakan garam atau gula tambahan. Kerepek ini 100% asli dan anda tak perlu risau untuk menghabiskan satu balang!

Rendang yang enak – tidak perlu menunggu berjam-jam di dapur 10 daripada 10
Rendang Cinta Hati by @NAZIAMUSTAFAR
Partnership with
Dari RM49.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda hendak tahu, memasak rendang memerlukan masa yang lama agar daging menjadi empuk. Tapi, raya kali ini order saja rendang enak dari Nazia Mustafar ini. Anda boleh memilih antara rendang daging, paru atau istimewa. Jika diletak di dalam freezer, rendang boleh tahan selama 4 bulan. Apa yang pasti adalah, daging yang digunakan adalah premium dan segar!

Lagi daripada ProductNation