Tumbuh-tumbuhan sememangnya merupakan salah satu jenis hiasan rumah yang menarik. Ia membuatkan rumah anda kelihatan tenang dan menyegarkan, diikuti pula dengan pelbagai manfaat kesihatan yang pokok-pokok dapat berikan kepada anda dan seisi keluarga. Ada yang boleh dimakan, ada yang boleh digunakan jadi ubat dan ada yang boleh dibuat menjadi minuman, bukan biasa-biasa ‘mahkota alam semulajadi’ ni!
Berapa kerapkah tanaman dalam rumah perlu disiram?
Pertama sekali, setiap pokok mempunyai kadar dan style penyerapan air yang berbeza-beza. Secara umumnya, anda hanya perlu siram cukup sekadar melembapkan tanah di dalam pasu/bekas, jangan siram sampai banjir pula! Pokok akan kehilangan air lebih kerap jika di luar rumah berbanding di dalam rumah. Ini disebabkan oleh kelembapan udara di luar rumah lebih rendah jadi lebih mudah untuk pokok keluarkan lebihan air.
Kalau dalam rumah pula, kelembapan udara biasanya tinggi, jadi pokok lebih susah untuk keluarkan lebihan air yang ia tidak perlukan. Jom kami senaraikan tanaman yang mudah dibela, cepat tumbuh dan yang paling penting, sesuai ditanam di dalam rumah anda.
10 Tanaman Indoor Yang Mudah dan Bermanfaat

Kalau anda minat tumbuhan akuatik, apa kata cuba tanam teratai. Selain dari menjadi hiasan rumah anda, pokok teratai juga dapat menghalang pembiakan alga di dalam air. Kalau anda ada kolam ikan di rumah, letakkan sahaja bunga teratai supaya air tidak beralga dan keruh.
Proses menanam teratai juga sangat mudah. Anda hanya perlu dapatkan tunas pokok, masukkan ke dalam campuran tanah dan baja, kemudian masukkan ke dalam air.

Sayur bendi tidak boleh dinafikan sebagai salah satu pilihan terbaik untuk kaedah tanaman hidroponik ini. Terdapat banyak manfaat seperti tanaman lebih berkhasiat kerana mediumnya lebih padat dengan nutrien asas. Pokok bendi boleh ditanam dari bijinya dan mengurangkan masa siraman kerana struktur hidroponik memudahkan anda.
Dapatkan bancuhan nutrien untuk bendi dan tomato kerana setiap pokok memerlukan nutrien yang berbeza-beza. Elakkan daripada terusan jemur dibawah cahaya matahari, nanti layu pula!

Kalau anda yang jenis malas nak jaga tumbuh-tumbuhan tapi mahukan juga kehijauan di dalam rumah anda, anda boleh cuba menanam pokok kaktus. Ianya sangat mudah dibela dengan pelbagai bentuk menarik dan ada sesetengah spesis yang boleh mengeluarkan bunga cantik dan berwarna-warni.
Penjagaan pokok kaktus bergantung kepada spesis yang anda bela, tetapi secara umumnya, ianya sangat mudah. Anda hanya perlu sediakan tanah yang agak berpasir supaya air tidak bertakung, dan siraman pula hanya seminggu sekali sudah mencukupi. Senang kan?

Pokok selasih mengeluarkan aroma yang mengandungi bahan kimia methylcavicol, dimana bahan kimia ini akan mengganggu deria nyamuk. Selain dari itu, selasih juga merupakan toksin untuk jentik-jentik, jadi kalau anda nak elakkan nyamuk dari membiak di rumah anda, tanamkan selasih di kawasan yang dekat dengan air yang bertakung. Hebat kan?
Selasih sangat mudah dibiakkan samada melalui biji ataupun dari keratan batang sahaja. Pokok ini perlu disiram dengan lebih kerap, ini kerana semakin kecil pasu, lebih banyak anda perlu siram kerana selasih lambat menyerap air.

Sawi memang sangat sinonim dengan pelbagai jenis masakan penuh khasiat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ianya sangat sesuai ditanam menggunakan kaedah hidroponik kerana kaedah ini dapat menghasilkan sawi berkhasiat dan memberi nutrien penting. Sawi juga boleh ditanam didalam pasu sahaja dimana anda hanya perlukan medium tanah, pasu, dan biji sawi.
Dengan penjagaan yang mudah, dalam masa lebih kurang sebulan anda sudah boleh menuai hasil tanaman anda. Yang paling penting, anda memakan tanaman dijamin bersih dan suci!

Anda nak tanaman yang cepat tumbuh? Kangkung ialah jawapannya! Tumbuhan ini sememangnya terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ianya diperkaya dengan mineral, Vitamin C dan E. Kangkung boleh ditanam di dalam pasu, atas batas ataupun secara hidroponik.
Cara menanamnya juga sangat mudah. Tanamkan biji kangkung sedalam 3cm hingga 5cm dan hanya perlu dibaja dua minggu sekali sahaja menggunakan samada baja kompos ataupun baja NSK Hijau dengan komposisi mineral (15-15-15).

Pokok sirih gading terkenal sebagai pembersih udara semulajadi yang sangat bagus. Ia dapat menyerap bahan kimia seperti xylene, benzene, formaldehyde dan toksin-toksin lain dari udara. Maksudnya, pokok ini akan menjadi penapis udara semulajadi anda kalau ditanam di dalam rumah
Penjagaan pokok sirih gading juga sangat mudah samada anda letakkannya di dalam pasu yang kecil dan digantung, di atas meja makan atau ruang tamu asalkan ada cahaya matahari. Siram pun tak perlu terlalu banyak, sehari dalam 2-3 kali sahaja sudah mencukupi.

Kalau anda cuma nak hias rumah dengan sedikit kehijauan alam, pokok lili paris atau spider plant ini merupakan pokok yang anda patut cuba. Ianya sangat mudah dijaga, cantik dan tahan lasak. Dedaunan unik pokok lili paris ini memberi seri kepada rumah anda dan dalam masa yang sama struktur warnanya memberi imej minimalis.
Pokok lili paris juga boleh menapis bahan kimia berbahaya dari udara dan sesuai untuk dijadikan hiasan rumah kerana ianya mudah dijaga, cantik, dan menyegarkan rumah anda tanpa perlu disiram dengan kerap.

Pokok ini sebenarnya sangat bagus untuk ditanam di rumah anda. Ianya menghasilkan oksigen bagus untuk kesihatan anda kerana pokok ini antara spesis ‘rare’ yang dapat menghasilkan oksigen selama 24 jam berbanding pokok lain.
Pokok ini juga dapat menapis bahan kimia berbahaya dari udara supaya udara di rumah anda sentiasa segar. Mudah dibela dan tahan lasak; sememangnya pokok ini merupakan antara jenis tanaman yang sangat sesuai ditanam didalam rumah.

Buluh bertuah ini merupakan tumbuhan yang sangat cantik dan unik dengan bentuk yang menarik, ianya juga dipercayai dapat membawa ‘feng shui’ kepada rumah anda. Bentuk unik pokok buluh bertuah ini juga sesuai untuk membawa imej yang mewah dan elegan kepada suasana rumah anda.
Buluh bertuah boleh ditanam samada di dalam tanah ataupun bekas berisi air. Pastikan tanah yang digunakan mempunyai pengudaraan ataupun rongga yang baik bagi membantu proses penyerapan air. Kalau anda nak tanamkan di dalam air, masukkan dahulu bebatuan kecil (pebbles) ke dalam bekas dan lebihkan air.