Kelengkapan Rumah

10 Meja Belajar Untuk Si Kecil Lakukan Sistem ‘Learn From Home’ Dengan Efisien

Meletakkan meja belajar adalah penting agar anak-anak lebih bersemangat untuk belajar. Ini senarai meja belajar terbaik yang cantik, murah & simple.


Editor · 5 May 2020, 11:10pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Meja Belajar Untuk Si Kecil Lakukan Sistem ‘Learn From Home’ Dengan Efisien

Di musim PKP ini, selain ibu bapa yang harus bekerja dari rumah, anak-anak juga giat menghadiri kelas secara online. Guru-guru aktif menghantar material kerja sekolah kepada para pelajar melalui emel. Dengan cara ini ianya menjamin bahawa tiada silibus pembelajaran tercicir walaupun pelajar tidak dibenarkan ke sekolah. 

Justeru, meletakkan meja khas untuk belajar adalah inisiatif yang baik dan penting agar anak-anak lebih bersemangat untuk belajar. Keselesaan juga terjamin berbanding membuat kerja di lantai atau di atas katil. 

Kandungan

Apakah ukuran dan ketinggian ideal untuk sebuah meja belajar?

Itu semua bergantung pada anda. Ketinggian standard adalah kira-kira 74 cm atau 29 inci dari lantai tetapi ketinggian ini tidak semestinya tepat. Untuk mendapatkan ketinggian meja yang optimum, ianya harus diukur di posisi duduk pada kerusi anda dengan kaki di atas lantai, rilekskan bahu anda dan bengkokkan siku anda sekitar 90 darjah. Ukuran besar meja pula bergantung pada keperluan masing-masing.

Dengan ini, apa kata ikuti senarai meja belajar terbaik yang anda boleh pesan online hari ini! Ayuh kita lihat! 

10 Meja Belajar Terbaik Buat Kegunaan Harian

Meja belajar lipat dan murah untuk anak kecil 1 daripada 10
Comel Study Table
Partnership with
Dari RM34.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Meja ini adalah saiz yang sesuai untuk kanak-kanak belajar dan melakukan aktiviti seharian seperti makan dan bermain. Ianya mudah dilipat dan tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar. Ketinggian meja ini – 30cm adalah ukuran yang ideal untuk anak kecil.

Meja belajar adjustable untuk dapatkan lebih keselesaan 2 daripada 10
Height Adjustable Table Lift
Partnership with
Dari RM36.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Dapatkan meja yang boleh diubah alih ini untuk keselesaan anda. Kini, anda boleh belajar dimana sahaja. Plus point untuk meja ini adalah ketinggiannya boleh diubah-ubah mengikut keselesaan anda ketika duduk. Ianya juga sesuai untuk kegunaan anak-anak kecil.

Meja belajar untuk kegunaan dengan komputer 3 daripada 10
DIY Wooden Computer Table
Partnership with
Dari RM79.80
Lihat harga di Shopee Malaysia

Buat anda yang belajar dengan menggunakan komputer, boleh dapatkan meja ini. Ianya dilengkapi laci peletak keyboard agar ruang atas meja boleh digunakan untuk menulis. Dengan cara ini, keyboard tidak akan memakan ruang diatas meja. Saiznya sederhana, sesuai untuk diletakkan di dalam bilik kecil.

Meja belajar dengan rekaan simple pilihan terbaik 4 daripada 10
Qatella DIY Premium Wooden Writing Study Table
Partnership with
Dari RM94.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Buat anda yang memerlukan hanya meja belajar semata-mata, meja yang simple ini menjadi pilihan terbaik. Ianya berketinggian 74cm, sesuai untuk kegunaan dirumah. Diperbuat daripada material berkualiti, meja belajar ini dijual pada harga yang mampu milik.

Meja belajar pilihan terbaik untuk kegunaan mahasiswa 5 daripada 10
DIY Study Table
Partnership with
Dari RM95
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Untuk mahasiswa, meja belajar dengan ruang penyimpanan tertutup ini pilihan bijak. Saiznya tidak terlalu besar, ideal untuk kegunaan seorang. Ianya tidak memerlukan ruang yang besar serta mudah untuk dipasang.

Meja belajar budak untuk kegunaan dengan adik-beradik (2 anak) 6 daripada 10
Ikea Mammut Children’s Table
Partnership with Ikea
Dari RM138
Lihat harga di Lazada Malaysia

Sesuai untuk kanak-kanak kecil, meja ini boleh dijadikan tempat belajar, bermain, melukis, membuat kraf tangan malahan berkelah di laman rumah. Walaupun ianya ringan, meja ini stabil, mudah untuk dipindah-pindahkan. Sesuai untuk kegunaan luaran kerana materialnya boleh tahan lama jika terkena hujan, matahari dan kotoran.

Meja belajar jimat ruang untuk bilik yang sempit 7 daripada 10
Bondi Study Table
Partnership with
Dari RM169.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Untuk keadaan bilik yang agak sempit, meja belajar ini pilihan terbaik. Ianya berukuran panjang 100cm, lebar 50cm dengan tinggi 77cm dan masih boleh digunakan untuk meletakkan laptop ataupun komputer. Bahagian atas meja dengan bahagian tepi yang tebal agar tangan tidak sakit akibat geseran. Ianya dilengkapi laci dan ruang untuk penggunaan yang yang optimum.

Meja belajar untuk anak perempuan – stylish dan cantik 8 daripada 10
Various Office Table / Study Desk
Partnership with
Dari RM250
Lihat harga di Shopee Malaysia

Meja belajar ini mempunyai reka bentuk yang sleek dan stylish. Kebiasaannya meja sebegini kita boleh lihat digunapakai oleh designer. Dilengkapi dengan laci dan ruang penyimpanan dibawahnya. Ianya lain dari yang lain dan pasti akan menjadi sebuah perabot tambahan cantik dirumah.

Meja belajar ergonomik dilengkapi kerusi sesuai untuk anak anda 9 daripada 10
DR. Tong Ergonomic Kids Study Desk and Chair
Partnership with
Dari RM273.95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Anak-anak pasti teruja dengan set meja belajar berserta kerusi ini. Ianya bersaiz ideal untuk anak-anak kecil kerana rekaan ergonomiknya dapat menyokong struktur badan anak anda akibat belajar seharian. Meja dilengkapi ruang penyimpanan di bahagian bawah untuk meletak alat tulis dan material pembelajaran. Apa yang menarik tentang set meja dan kerusi ini adalah ketinggiannya boleh diubah mengikut keselesaan.

Meja belajar dengan rak buku pilihan terbaik 10 daripada 10
Tekkashop Home Writing Computer Desk with Bookshelf (GDOT2422BL)
Partnership with Tekkashop
Dari RM391.21
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Kini anda boleh menyusun buku pada rak sedia ada di meja belajar ini. Selain rak buku di bahagian atas meja, ianya juga mempunyai ruang penyimpanan pada bahagian bawah meja. Anda juga boleh bina pejabat sendiri di dalam ruangan khas kediaman anda dan menggunakan meja ini sebagai meja untuk melakukan kerja dengan lebih baik.

Lagi daripada ProductNation