Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Masakan Menyelerakan Dengan Hanya Menggunakan 1 Tin Sardin

Pilihan paling selamat

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula daripada 18 Mac sehingga 28 April 2020 ini membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia mula beraksi di dapur bagaikan chef selebriti. Pasti sesetengah daripada anda sudah kehabisan idea untuk memasak juadah / hidangan buat ahli keluarga. Hampir semua resepi viral atau yang ada di internet sudah dicuba. 

Adakah tempoh PKP akan dilanjutkan lagi?

Walaupun kita lihat pelbagai pengumuman yang dibuat agensi-agensi kerajaan seperti PKP akan ditamatkan tidak lama lagi tetapi semuanya bergantung kepada kadar penularan wabak COVID-19 ini. Negara jiran, Singapura pun sedang mengambilkira untuk mengenakan perintah berkurung secara berkala (Intermittent Lockdown) sehingga 2022 jika tiada vaksin ditemukan.

Jangan risau, setakat ini kadar penularan di Malaysia masih dalam keadaan yang terkawal dan sangat baik berbanding negara-negara lain. Jangkaan tamat tempoh PKP adalah pada 28 April ini. Tetapi ini semua bergantung kepada keputusan kerajaan. Nah, sementara PKP masih belum berakhir, apa kata anda cuba menu berasaskan sardin? 

Ya, sememangnya nampak sahaja sardin itu sejenis lauk yang ringkas. Tetapi kalau dipelbagaikan, pasti kena pada selera anda nanti. Ayuh lihat senarai resepi yang boleh anda gunakan sebagai panduan; 

10 Resipi Sardin Yang Bakal Membuai ‘Tastebuds’ Anda

1. Sardine Rolls 

View this post on Instagram

A post shared by Dancer teacher.freelance. (@leatutty_dapoq) on

Mahukan sesuatu yang enak dan hangat untuk menemani minum petang santai anda? Sardine Rolls adalah jawapannya. Dengan kerangupan breadcrumbs diluar ditemani pula dengan kehangatan ikan sardin didalamnya, gandingan yang mantap untuk secawan teh minum petang.

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (isi dihancurkan dengan sudu)
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar ‘cili boh’
  • 2-3 Cili Padi dihiris (bergantung anda mahu pedas atau tidak)
  • 1 sudu besar air asam jawa (bergantung kemahuan anda)
  • 1 sudu besar gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1 cawan air sejuk
  • Telur (dipukul/kacau rata)
  • Serbuk Roti/ ‘Breadcrumbs’
  • Garam

Cara-cara membuat isi sardin :

  • Panaskan minyak untuk menumis di dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh selama 5 minit.
  • Tambahkan isi sardin, air asam jawa, cili padi dengan secubit garam dan gula bagi menambahkan rasa.

Balutan Sardin:

  • Masukkan tepung, marjerin dan secubit garam kemudian gaulkan sambil menambahkan air seditkit demi sedikit sehingga ianya menjadi doh.
  • Ulikan doh tersebut sehingga menjadi nipis. 
  • Letakkan sardin ke atas doh yang sudah diuli tersebut.
  • Kemudian balut sardin itu sehingga menjadi bentuk roll.
  • Celupkan roll sardin anda ke dalam telur kemudian salutkannya dengan serbuk roti.
  • Setelah minyak panas, gorengkan sardin roll tersebut sehingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan minyak agar sardin roll anda tidak menjadi ‘soggy’.
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Ayam Brand
From
RM4.90
Check Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce price below:
Bon Chef Panko Breadcrumbs Orange
Bon Chef
From
RM2.90
Check Bon Chef Panko Breadcrumbs Orange price below:

2. Sardin Masak Kentang

View this post on Instagram

A post shared by Ezz Abd Rahman (@my_love_ezz) on

Kalau anda mahukan lauk yang hangat dan mengenyangkan, apa kata anda cuba resipi sardin masak kentang ini. Kalau makan dengan nasi panas, lagi bertambah kenyang. Tak cukup sepinggan!

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz besar)
  • 1 biji kentang (dipotong dadu, saiz sederhana dan digoreng terlebih dahulu)
  • 5 biji cili padi (potong julienne, ikut selera anda) 
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 4 sudu besar ‘cili boh’
  • 3 ulas bawang putih (ketuk) 
  • 1 batang serai (ketuk)
  • ½ inci halia (ketuk)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar air asam jawa/ asam gelugor 
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  • Masukkan minyak untuk menumis bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia sehingga kuning keemasan dan naik bau.
  • Tambahkan cili boh dan tunggu sehingga naik aroma atau pecah minyak.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan seperti ikan sardin, sos ikan, tomato dan kentang. 
  • Kacau sehingga sebati dan dengan perlahan agar ikan sardin tersebut tidak hancur.
  • Tambahkan air asam jawa.
  • Masukkan secubit garam dan serbuk perasa mengikut selera anda.
  • Kacau secara perlahan sehingga ia betul-betul masak.
  • Setelah masak, angkat dan hidangan bersama nasi yang masih panas. Fuh, mantap!
Sos Ikan Tiparos
Tiparos
From
RM6.30
Check Sos Ikan Tiparos price below:
add_circle Halal
add_circle Tidak berbau hanyir
remove_circle Sedikit cair

3. Sardin Masak Kari

Anda teringin makan hidangan dengan rasa yang lebih pedas dan berempah? Jom cuba resepi sardin masak kari ini. Rasanya dan aroma yang menyengat pasti akan membuatkan anda makan sampai tak angkat kepala!

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz besar)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji kentang (dipotong dadu bersaiz besar)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar asam jawa
  • 3 biji cili api
  • Santan
  • Air
  • Garam

Cara-cara:

  • Asingkan sardin dari sos tomatonya.
  • Gorengkan  ikan sardin terlebih dahulu.
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
  • Kemudian hiriskan bawang besar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga keemasan dan naik aromanya.
  • Masukkan serbuk kari dan tumis sedikit sehingga naik bau, kemudian masukkan air sehingga biarkannya pecah minyak.
  • Masukkan kentang dan secubit garam. Biarkan kari anda mendidih sampai kentang empuk.
  • Masukkan air asam jawa dengan santan secukupnya.
  • Bila kari itu sudah mendidih, masukkan sardin yang telah digoreng sebentar tadi.
  • Kacau sebentar dan tutup api. Sardin anda kini siap untuk dihidang!
Serbuk Kari Ikan Cap O
From
RM0.75
Check Serbuk Kari Ikan Cap O price below:

4. Sardin Masak Lemak Cili Padi

View this post on Instagram

A post shared by Najah’s all home-cooked. (@trulyhomecooked_) on

Inginkan rasa yang lebih ‘comfort’ dengan kepedasan sebagai pembuka selera ketika bersahur? Semua itu ada pada resepi sardin masak lemak cili padi ini. Jika anda inginkan pedas dan berlemak, boleh cuba resepi ini. Pasti anda tidak akan menyesal!

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz besar)
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • Santan (lebih kurang 250ml)
  • 5 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 2 keping asam gelugur
  • Air (lebihkan sedikit dari santan)
  • Kentang (dipotong dadu besar)
  • Garam

Cara-cara:

  • Blend atau tumbuk serai, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dengan api sederhana kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
  • Masukkan air dan tunggu sehingga ia mendidih.
  • Kemudian, masukkan santan, garam dan daun kunyit lalu kecilkan api.
  • Masukkan kentang dan masak sehingga sedkit lembut, kemudian masukkan cili padi berserta ikan sardin (dengan sos atau tidak terpulang kepada anda).
  • Tunggu sehingga lebih kurang 5 minit dan sardin masak lemak cili api anda siap untuk dijamu. Senang kan?
Kara Coconut Cream Extract (200ml)
From
RM2.85
Check Kara Coconut Cream Extract (200ml) price below:

5. Sardin Masak Kicap

View this post on Instagram

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Kalau anda inginkan rasa yang manis-manis sedikit dengan selingan kepedasan dan aroma yang membuka selera, apa kata anda cuba resipi sardin masak kicap ini. Kadangkala bertukar selera, tidak jadi masalah. Yang penting, kenyang!

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz besar)
  • 1 cubit asam jawa (direndam didalam 1/3 cawan air)
  • 2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 2 biji lada besar (bilangan boleh diubah mengikut selera anda)
  • 1 biji cili padi
  • Kicap lemak manis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin terlebih dahulu.
  • Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga kelihatan keemasan dan naik aroma.
  • Masukkan sos sardin dan kicap.
  • Masukkan air rendaman asam jawa. 
  • Seterusnya masukkan sardin yang telah pun digoreng ke dalam kuali dan gaulkan dengan perlahan.
  • Tunggu selama lebih kurang 10 minit sehingga ia mendidih.
Adabi Kicap Lemak Manis
Adabi
From
RM4.40
Check Adabi Kicap Lemak Manis price below:

6. Roti Canai Kuah Sardin

View this post on Instagram

A post shared by Yusee Rinawaty Md Nawawi (@rienakitchen77) on

Roti canai sememangnya merupakan makanan yang kita sentiasa rindukan diwaktu PKP ini. Ayuh cuba buat resepi roti canai sendiri. Tak perlu lagi ke mamak jika teringin sangat, buat sahaja di rumah dan cicah dengan rasa penuh aroma resipi kuah sardin ini.

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (saiz besar)
  • 1 bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji cili hijau 
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • Gula 
  • Garam 
  • Roti canai segera

Cara-cara memasak roti canai instant:

  • Defrost dahulu roti canai tersebut.
  • Letakkan sedikit minyak atau mentega ke atas pan dan panaskan
  • Masukkan roti canai anda dan flipkannya setiap 2 minit agar tidak hangit.

Cara membuat kuah ikan :

  • Panaskan minyak untuk menumis kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili hijau. Tumis sehingga naik aroma.
  • Kemudian, masukkan serbuk kari ikan dan kacau hingga sebati. Masukkan sardin berserta dengan sosnya. Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air dan secubit garam.
  • Bagi yang sukakan kari yang sedikit manis, tambahkan gula secukup rasa.
  • Masak sehingga mendidih dan hidangkan bersama roti canai bertemankan secawan teh tarik panas.
Roti Canai Frozen Cikgu Sally (Homemade)
From
RM9.00
Check Roti Canai Frozen Cikgu Sally (Homemade) price below:

7. Sandwich Sardin

View this post on Instagram

A post shared by N. Atikah Bt Zurin (@atikahzurin) on

Mahukan sesuatu yang simple, mudah dibuat dan enak dimakan? Sandwich sememangnya pilihan yang terbaik ditambah dengan kehangatan inti sardin. Sesuai untuk dibuat sahur bersama keluarga tersayang.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • 1 tin sardin (besar)
  • ½ biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • Gula 
  • Garam 
  • 3-4 cili padi (mengikut selera)
  • Limau nipis (pilihan)
  • Mayonis
  • 3 biji telur rebus

Cara-cara:

  • Tumbuk bawang besar, bawang merah, cili dan bawang putih kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Panaskan minyak atau marjerin untuk menumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus dan gaulkan perlahan sehingga naik aromanya.
  • Kemudian, masukkan telur rebus yang dah dikupas ke dalam periuk kemudian hancur dan gaulkan selama lebih kurang seminit.
  • Masukkan pula sardin berserta sos dan gaulkan selama 2-3 minit kemudian perahkan asam limau sekiranya anda mahukan rasa yang lebih asidik.
  • Setelah siap anda boleh hidangkan diatas roti begitu sahaja atau anda boleh bakar roti tersebut terlebih dahulu untuk lebih kerangupan. Letakkan sedikit mayonis dan sandwich sardin anda sedia untuk dimakan.
Roti Bantal / Roti Potong
From
RM5.00
Check Roti Bantal / Roti Potong price below:
Kewpie Japanese Mayonnaise (1L)
Kewpie
From
RM16.90
Check Kewpie Japanese Mayonnaise (1L) price below:

8. Sardin Goreng Suhun

View this post on Instagram

A post shared by Zul Ashraf (@ash_halim) on

Mahukan masakan yang sesuai dimakan oleh anak anda? Kami ada resepi khas untuk anda yang pasti membuka selera si kecil! Sesuai dimakan tidak kira peringkat umur, hidangan ini pasti akan menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (besar)
  • ½ biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 kentang (dipotong bentuk wedges dan digoreng terlebih dahulu)
  • 3 bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 2-3 Lada
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam
  • Gula 
  • Suhun (direbus)
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  • Tumbuk bawang besar, bawang merah, cili dan bawang putih kemudian masukkan garam serta gula secukup rasa.
  • Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan sardin berserta sosnya kemudian gaul sehingga sebati.
  • Setelah itu, masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  • Masukkan suhun, hirisan bawang besar, kentang goreng dan serbuk perasa kemudian gaulkan.
  • Masak lebih kurang 5 minit kemudian hidangkan dengan nasi panas! 
Hajar Suhun Product Muslim
From
RM1.70
Check Hajar Suhun Product Muslim price below:
Faiza Serbuk Perasa MSG (Flavour Enhancer)
Faiza
From
RM6.00
Check Faiza Serbuk Perasa MSG (Flavour Enhancer) price below:

9. Karipap Sardin 

View this post on Instagram

A post shared by ANA PATIN HOUSE (@ana_patinhouse) on

Kadangkala tekak rasa teringin sangat nak makan karipap. Yalah, musim PKP ini pasti makcik yang biasa menjual kuih terpaksa menutup kedai. Nah, apa kata anda lakukan sahaja sendiri di rumah dengan bahan-bahan yang ada. 

Bahan-bahan untuk membuat kulit karipap :

  • 1 kg tepung gandum
  • Air suam
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk membuat inti sardin:

  • 1 tin sardin (besar)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 5 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 20 tangkai cili kering (dikisar dengan sedikit air)

Cara-cara membuat kulit karipap :

  • Bancuh tepung untuk membuat kulit karipap dengan air dan secubit garam.
  • Sambil masukkan air, uli tepung tersebut sehingga menjadi gandingan doh yang mantap.
  • Sesudah menjadi doh, letakkan ditepi dahulu 

Cara-cara membuat inti sardin :

  • Asingkan sardin dan kuah tomatonya.
  • Kemudian panaskan minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan dan naik aromanya.
  • Masukkan pula cili kering kisar kemudian gaulkan dan tunggu sehingga ‘pecah minyak’.
  • Setelah itu, masukkan sardin dan hancurkannya sambil menggaul. Tambahkan garam dan gula mengikut selera anda.
  • Tunggu sehingga sardin tersebut “pecah minyak’ kemudian angkat dan sejukkan.
  • Setelah sejuk, balutkan inti sardin tersebut dengan kulit karipap dan gorengkan.
  • Tunggu sehingga karipap anda rangup dan keemasan kemudian angkat, toskan minyak dan kini karipap panas berinti sardin yang pedas siap menjadi santapan minum petang anda.
Tepung Gandum Cap Ros
MFM
From
RM1.90
Check Tepung Gandum Cap Ros price below:

10. Sardin dengan Baked Beans

View this post on Instagram

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Anda mahukan menu yang mengenyangkan, tetapi tak terlalu berat? Mungkin sesuatu yang boleh mendamba selera anda atau sekadar buat mengalas perut yang kosong? Apa kata anda cuba resipi sardin dengan baked beans ini. Ianya sesuai untuk menu sarapan, minum petang dan supper. Tambahan pula semasa bulan Ramadhan ini, pasti ada yang ingin mencuba resepi baru.

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (besar)
  • 1 tin baked beans
  • Bawang besar (dicincang)
  • 3-5 cili hijau atau merah (dihiris)

Cara-cara:

  • Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang besar berserta cili hingga bawang menjadi sedikit layu dan naik baunya.
  • Masukkan sardin dan baked beans bersama dengan sosnya sekali.
  • Gaulkan sehingga mendidih.
  • Hidangkan sebagai kuah untuk mencicah dengan roti atau dengan telur goreng mata untuk menaikkan lagi selera.
Ayam Brand Baked Beans
Ayam Brand
From
RM4.30
Check Ayam Brand Baked Beans price below:
End of Article