Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Barangan Penting untuk Jaga Kebersihan Dapur dan Tandas

Masa untuk lakukan aktiviti membersih rumah sepanjang PKP

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan kini disambung sehingga 14 April 2020. Hal ini berikutan peningkatan dalam kes jangkitan COVID-19 yang berlaku di negara ini. Sehingga kini pihak kerajaan bersama dengan anggota keselamatan dan barisan hadapan negara iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan jangkitan. 

Ianya boleh merebak dengan hanya dari sentuhan atau semburan air liur, mudah kan? Ada beberapa aspek kebersihan rumah yang perlu dijaga terutamanya pada ruang dapur dan tandas. Tanpa kita sedar aktiviti aktif di dapur dan tandas membolehkan lebih banyak lagi pembiakan bakteria dan kuman jika tidak dibersih secara rapi. 

Apakah kesan / akibat yang akan terjadi jika dapur & tandas kotor?

Menjaga kebersihan adalah satu perkara wajib yang harus dilaksanakan bukan sahaja ketika wabak pandemik ini melanda tetapi juga setiap hari agar tiada virus dan bakteria merbahaya akan terjangkit pada anda serta keluarga. Sebagai contoh, menghidang makanan yang menggunakan bahan telah tamat tempoh. Kesannya anda dan keluarga terdedah dengan keracunan makanan yang mengakibatkan cirit-birit, muntah dan kelesuan. 

Ada juga yang tidak mencuci peralatan memasak dengan bersih. Perkara yang kita anggap remeh tentang kebersihan sebenarnya boleh mengundang 1001 penyakit dalam jangka masa yang panjang. Nak mula bersihkan dapur dan tandas rumah sekarang? Mari sama-sama tambah kelengkap membersih yang disyorkan;

10 Barangan Penting Untuk Membersih Dapur & Tandas

Jaga kualiti makanan dengan menyediakan ruang penyimpanan rapi
Lava Airtight BPA Free Food Canister Plastic Container CST771 (3L)
From
RM4.50
Check Lava Airtight BPA Free Food Canister Plastic Container CST771 (3L) price below:

Makanan yang mudah masuk angin seperti biskut atau tepung bancuhan air Milo perlu disimpan didalam bekas kedap udara. Selain mengelakkan dari cepat rosak, ia juga sebagai pertahanan dari dimakan oleh serangga atau cicak. Bekas makanan dari jenama Lava antara jenama bekas dipercayai, berkualiti dan yang paling sangat kedap udara. 

Anda boleh menyimpan pelbagai bahan kering seperti cili kering, rempah ratus dan serbuk kopi atau teh. Ruangan penyimpan lebih teratur, bersih dan ceria dengan bekas warna-warni dari Lava.

Agen pembasmi kuman mangkuk tandas paling popular!
Harpic All in One Power Plus Toilet Cleaner Original (200ml)
Harpic
From
RM4.93
Check Harpic All in One Power Plus Toilet Cleaner Original (200ml) price below:

Formula cecair yang pekat Harpic Power Plus ini membasmi 99.9% kuman dengan hanya sekali flush sahaja. Ia juga menghilangkan daki kotoran pada mangkuk tandas dan meninggalkan bau menyenangkan. Jangan risau ia sesuai digunakan untuk tandas jenis duduk dan cangkung. Ini cara membersih paling senang sekali tak perlu sental atau gosok. 

Anda cuma sapu muncung Harpic pada keliling mangkuk tandas, tunggu beberapa minit dan flush! Terus berkilat dan putih bersinar mangkuk tandas.

Pewangi tandas dengan haruman menyegarkan
Ambi Pur Room Fresh Gel 180g
Ambi Pur
From
RM9.00
Check Ambi Pur Room Fresh Gel 180g price below:

Pewangi bilik dari Ambi Pur ini boleh juga diletakkan disudut dapur dan tandas. Ia kekal 24 jam dan menyah segala bau yang tidak menyenangkan. Produk ini antara pewangi bilik dengan harga berpatutan. Anda boleh pilih pelbagai jenis wangian semulajadi dari Lemon, Serai, Lavender, Mawar dan banyak lagi. Jadikan dapur dan tandas juga ruang yang istimewa dengan haruman menyenangkan seisi keluarga.

Pengalas bakteria dalam peti ais untuk cegah kulapuk
Eva Refrigerator Pad Kitchen Anti-fouling Fridge Mat (4 pieces)
From
RM4.90
Check Eva Refrigerator Pad Kitchen Anti-fouling Fridge Mat (4 pieces) price below:

Kekalkan kesegaran sayur dan buah-buahan dengan memasang pad khas untuk peti ais anda. Pad ini direka untuk memerangkap lembapan lebih oleh udara sejuk yang menimbulkan kulat dan bau hapak. Tambahan lagi, ia boleh dibersihkan dan sangat senang untuk dipasang (boleh dipotong mengikut saiz peti ais). Bahan basah dalam peti ais dijamin segar tanpa gangguan kulat dan bakteria.

Semburan organik yang selamat untuk ruang dapur anda
Afy Haniff Swipel Natural Insect Repellent Spray (650ml)
From
RM8.95
Check Afy Haniff Swipel Natural Insect Repellent Spray (650ml) price below:

Runsing dengan masalah serangga yang kerap menganggu beras, gula dan bahan mentah lain? Gantikan racun seranggan dengan semburan organik serai wangi dari jenama Afy Haniff. Ianya selamat digunakan di dapur malah tidak merbahayakan pada kanak-kanak dan bayi. 

Semburan multi-tasking ini bukan sahaja menghalau serangga tapi juga digunakan untuk membersih permukaan lantai, meja dapur dan ruang peti ais. Semut, lalat, nyamuk dan cicak pasti tidak lagi singgah di dapur anda.

Lap habuk pada cermin dan ruang dapur dengan tuala microfiber
MR. DIY Microfiber Multi-Colour Square Towels (5pcs)
From
RM10.85
Check MR. DIY Microfiber Multi-Colour Square Towels (5pcs) price below:

Selidik juga pada cermin tingkap tandas dan dapur anda. Mana tahu rupanya sudah ditumbuhi kulat kesan dari percikan minyak masakan. Pada anda yang gantung kuali dan periuk berdekatan tingkap hati-hati mungkin habuk boleh melekat. Sekurang-kurangnya seminggu sekali lap dan bersihkan cermin tingkap. 

Ia dapat menghindari habuk dan kulat penyebab batuk, selesema dan sesak nafas. Gunakan tuala jenis microfiber dimana lebih cekap menarik kotoran seperti tuala dari jenama Mr. DIY ini. 

Tisu kecemasan untuk kesan minyak tumpah
Scott Disposable Household Towels (6 Rolls x 60 Sheets)
From
RM12.70
Check Scott Disposable Household Towels (6 Rolls x 60 Sheets) price below:

Masalah minyak sambal yang terpercik ketika menumis menyebabkan lantai dan meja dapur berminyak. Kadang-kala mengundang kehadiran semut yang ingin mengambil kesempatan. Jadi sesudah siap menumis sentiasa lap permukaan yang berminyak. Manfaatnya anda juga berasa selesa sepanjang berada di dapur dan sekaligus mengekalkan kebersihan dapur.

Lantai dapur licin, wangi dan bersih sepanjang hari
Ajax Fabuloso Multi-Purpose Cleaner (3L)
Ajax
From
RM16.50
Check Ajax Fabuloso Multi-Purpose Cleaner (3L) price below:

Pencuci lantai serbaguna dari Ajax Fabuloso boleh menghilangkan 99.9% bakteria pada permukaan lantai dapur anda. Selain itu juga anda boleh jadikan ia sebagai agen lap pada lantai marmar, jubin, terrazzo, simen, mangkuk tandas dan malah pada almari kayu! 

Hasilnya ruangan dapur, tandas mahupun bilik jadi bersih terhindar dari bakteria merbahaya. Terdapat 3 haruman berbeza Lavender, bunga mawar dan epal hijau Ajax Fabuloso. Tiada lagi lantai bertompok dan berminyak!

Mop lantai paling moden dan penggunaan yang cekap
3M Scotch-Brite Quick Sweeper Kit
3M Scotch-Brite
From
RM43.13
Check 3M Scotch-Brite Quick Sweeper Kit price below:

Lupakan mop tradisional yang perlu anda perah dan menggunakan kudrat yang banyak untuk mengemop lantai. Kini mop jenama Scotch-Brite memperkenalkan mop dengan rekaan moden dan lengkap dengan kain lap microfiber. Ianya menyerap 5 kali ganda air dari mop biasa menjadikan lantai lebih cepat kering. 

Malah dengan hanya sekali sapuan ia membersih kesan minyak, tompok hitam pada lantai serta habuk sawang di siling rumah. Kain lap mop ini tahan lama dan mudah dibersih.

Tong sampah ajaib yang wajib ada di setiap rumah
Bokashi Bucket Recycle Composter Aerated Compost (12 liter)
From
RM51.99
Check Bokashi Bucket Recycle Composter Aerated Compost (12 liter) price below:

Bahan buangan sampah sebenarnya boleh dijadikan sebagai baja tanaman. Sekaligus menjadikan anda seorang yang menjamin kebajikan alam sekitar. Bokashi Bucket ini sesuai diletakkan didalam rumah sama seperti tong sampah biasa. Ia ditutup rapi dan tidak mengeluarkan sebarang bau sampah atau hasil kompos. 

Saiz yang sederhana sesuai untuk anda yang baru mula dalam bidang pertanian. Apa kata sepanjang PKP ini anda jadikan ia sebagai hobi baru iaitu menanam dan kitar semula sampah makanan.

Artikel Berkaitan 

End of Article